Pages

Sory, saya tak berminat

Sejak dulu lagi saya menyampah dengan orang yang mengiklankan ‘perkhidmatan’ di ruangan social. Menyampah! Hee!! Kalau desperate sangat, pergi la Jalan Chow Kit atau Lorong Haji Taib kat sana. Rasa nak sound je mereka2 ni tapi takde kekuatan. Rasa kalau sound2 pun takda guna pun. Setakat kutuk2 dalam hati je la. Yang membuatkan saya sedikit kesal, kebanyakan mereka adalah Islam. Takkan mereka tak dikurniakan hidayah? Asyik buat perkara yang bukan2 je. Hee! Mengarut! Dunia dah terbalik! Dah nak akhir zaman.






Saya saje2 buat akaun tagged. Nothing, just wanna look around. Semua buat, saya pun try tengok2. Yang saya terperanjat ialah di perkhidmatan “Meet Me “ ni. Disalahgunakan oleh pihak yang tah apa2. Kepada yang tak tahu, ‘Meet Me’ ni macam kita punya primary photo(dan profile) akan disebarkan secara rawak kepada akaun tagged yang lain. Sekiranya kita berminat untuk ‘Meet’ dengan orang tu, simply click yes. Then tagged akan maklumkan kat pihak satu lagi yang orang sekian2 berminat dengannya. Jika dia turut berminat, just do the same, simply click yes and then MATCH! Dua-dua akan tahu yang masing2 match then terpulang la nak buat apa . Add jadi fren ke.Just nak mesej je ke. Atau NO layan je (macam yang saya selalu buat.kakaka.Buat sesuka hati) Dengan bermain ‘Meet Me’ ni lebih mendedahkan kita kepada ‘orang2 yang tak senonoh’ (lepas ni taubat tak bukak Meet Me ni) Saya view profile dia (sebab takde gambar owner kan, so saje nak tengok bagaimana rupa ‘orang tak senonoh tu’). Bila bukak je profilenya, penuh dengan gambar2 tak senonoh kat ruangan testimonial. Eeeeuuwwww!!!!! Terkejut yaamatz saya. Terus klik pangkah kat hujung atas kanan.



Mereka umpama pelacur@kasanova kelas atasan. Berurusan di internet. Mereka tak ada maruah! Mereka tak ada harga diri!


Ya Allah, kurniakanlah mereka hidayah.Amin!


Yang saya perasan, Friendster lebih sopan daripada tagged ni. Takde gambar2 tak senonoh. Sebab itu saya hanya aktif friendster je.



Tagged macam pelik. Sepanjang ‘my look around’, kalau gambar perempuan cantik je (cantik setelah diedit guna adobe :D ) mulalah berlambak pujian dan comment2 dari lelaki “Cantik la u ni. Nak kenal boleh?” atau “Awak perempuan yang paling cantik yang pernah saya jumpa. MasyaAllah” n bla bla bla. Kalau profile lelaki2 ‘perasan macho’@ posing ala2 kasanova pulak berlambak la komen2 dari perempuan “Hai encem!” atau “Hye boleh kenal? U ni hensem la” atau “Ala ala, cutenya…” atau yang gaya manja2 sikit "Awak, taya nak tito dulu ea? Nak itot?" (translate: Awak,saya nak tidur dulu ea?Nak ikut?). Saya memang tak berapa berkenan dengan perempuan yang style cakap 'pelat ala-ala manja' ni. Terutamanya bila mereka tujukan ayat itu kepada lelaki yang baru je mereka kenal. Erk???



Oh ya! Saya pernah terbaca pengalaman orang yang mengalami ‘penipuan internet’ di mana bila lelaki tu meet up dengan seorang perempuan yang dia kenal melalui laman sosial (contoh:friendster,myspace). He found that the girl not as he imagine before. Indah khabar dari rupa. ‘Tak secantik yang dia tengok dalam gambar2 kat ruangan social tu’. Maklum lah, gambar edit guna adobe (saya yang still tak pandai guna adobe ni pun dapat bezakan sesebuah gambar tu diedit guna adobe@tak). Kecewa dia (tu la akibatnya kalau berkawan sebab rupa kan).Hahaha. Tergelak saya baca pengalaman lelaki tu dan bila saya cerita dengan kawan2 saya, kesemua kawan2 saya pecah gelak serentak masa saya cerita kisah tu. Sounds funny right? hohoho :grin:



p/s: Sebenarnya saya macam dah boring jugak dengan friendster ni. Rasa nak delete tapi mengenangkan ramai kawan2,sekolah lama, upm, semua ada di friendster, saya tak jadi delete. Saya takut lost contact dengan mereka. Macam biasa, hp kadang2 bukannya berkesan untuk medium perhubungan. Kadang2 simcard hilang, habis hilang semua nombor. So, cari balik mereka2 ni kat friendster balik :D



*I love my lappy because my friends live in it*

15 voice out:

IamYonna said...

tagged tu mcm mcmm sial punya social network!
yonna dah close acc kat c2.
ntah pape.
semua cheaper la dalam tu

farah, s. said...

farah pun ade tagged. berzaman dh buat. tp tak aktif lgsung. join ari tu sbb kawan ajak. tp mcm bosan je tagged tu so xaktif. friendster pun frh tutup. tp betulla, friendster lg sopan dr tagged dan myspace :)

Nadia said...

yonna: yup2.betul yonna. Sepanjang yang saya jumpa, kebanyakan mereka sangat 'murah' punya olang.

farah: tu tagged nadia pun da tak aktif da sekarang. Aktif frenster je. Itupun layan orang yang dikenali je..huhu. Nadia tak daftar pun facebook n myspace. Rasa macam lebih kurang je semua..

Anonymous said...

uhu. tak penah lagi main tagged2 ni. tapi, biasa gak dapat invitation melalui email. dan tak penah layan pun. huhu.

btw, kalau ayat mengayat tuh, kat friendster pun diya pernah nampak, nadia. tempek je gambar seksi lagi hot, berderet komen lelaki2 senget.

fina. said...

haaa, tagged ni time buat fs wktu zmn skola2 dulu tatau cne automatic terjoin skali.
tp br2 cuti arini mcm cuba nk active.
tp mashaAllah.
nk arap sorg pompuan pn xde yg add.
laki sumpahh menggelikann.euwww.
ade satu kes ni,
pakcik umur dlm 38 kot xingt.
die kasi msg, siap beralamat semua.
kata nk berkenalan.aduhhh, dala da botakk.
ahaha.
last2 delete acc. senang crita.
hehe.

fina. said...

adeh, terpanjang pulak commnt.soryy.hehe.

Thenadi said...

tagged tu banyak org dari banglas, pakistan semua kaki nak mengorat je. mcm hensem plak. pastu bla bla bla =.=" tah pe2 tah

aku dah tukar fs.
add kat sini

http://profiles.friendster.com/pelangipetangdanadia

Nadia said...

diya: tu la pasal. Tapi kat tagged rasanya 'lebih meriah'. Yang paling tak boleh blah tu, muka macam NENEK KEBAYAN tapi letak gambar seksi giler2,pastu berderet komen lucah lagi menggelikan dari lelaki-lelaki senget. Dan paling tak tahan terselit gak komen 'U have a natural beauty,sweet". hahah.Kaki ampu betol.hoho.

fina: takpe. Panjang satu page pun takpe.hehe

betul2. Saya pun ada pernah dapat mamat negro mana tah suh saya jadi teman dia jalan2 kat kl bila dia datang Malaysia nanti. Eh, tiba2 pulak.What da..? hahah

eclipse: haha..mereka semua perasan hensem betul. Dah la lain bangsa. Pi ngorat bangsa sendiri sudah.hoho

amatt mexes amir said...

hahahaa,sib baik saye tak tlibat dlm Tagged.com nih.hihih.wut a sick world kann2 :p

Nadia said...

yup2! dunia sedang sakit sekarang! wakakaka...

Nadiah Suhaidi said...

tagged? tatau pong. haha. ape2 pun mmg syg frenster tu sbb dr situ dapat tau perkembangan kawan2 yang jauh dan dekat :)

Cikgu Ije said...

ada gak join tagged tu. tapi jarang sign in. ehe. =) NO layan

Admin said...

friendster banyak akaun gay. haha. penuh msj dlm inbox bdk gay minta no tepon gara2 ak letak status domestic partner. Facebook la paling bagus dan selamat

NieZearm said...

ssh la ckpkan? pilihan masing2....

Unknown said...

....friendster la...

....plurk..la..


...my space.. laa..


facebook la...


tagged la...






hah lepas ni ape pulak?

macam tah pape je semua ni..yang kita maen ikot je..

tujuan semua account kat atas tu same je..

promote diri, cari kawan, cari awek, cari bf..cari teman penghilang sunyi..

hahahha