Pages

kerajaan ke swasta?

Benda ni aku dah lama terfikir. Nanti aku nak keje kerajaan ke swasta? Orang kata kalau nak senang keje kerajaan je. Macam2 dapat. COLA dapat,pencen dapat dan bermacam-macam elaun lg yang ada. Tapi aku dpt rasakan kalau aku keje kerajaan hidup mesti boring. Duduk je kat office dr 9 pg sampai 5 petang. Macam tak best je. Tak boleh nak berjalan-jalan. Tak boleh nak melihat suasana kat luar. Aku tak boleh la duduk keje kat satu tempat je. Lagi2 kalau xde orang ramai. Aku jadi cepat boring. Dulu masa keje sekejap dulu,aku cam boring sket asyik keje dalam bangunan tu je. Best memang best coz ramai orang tp lagi best kalau sesekali dpt kuar. Laaaaggiiiii ramai org! Budak kecik ada,org besar ada,org gelap ada,org putih pun ada. Macam2 ada! Sebab tu time bos aku suh beli makanan ke,bayar bil internet dia kat pejabat pos ke,beli McD ke , KFC ke aku rasa best je. Mmg mula2 agak bengang(coz dia ni mmg ada sejenis ‘penyakit’ dimana salah satu sindrom dia, dia slalu suh aku buat keje2 yg x berkaitan dgn keje aku) tp once bila dah ada kat luar tu aku rasa bahagia je sampai aku terrrrsenyum sorang2(note: aku slalu tersenyum kalau bahagia. Tak boleh sorok2!).

Di bawah aku senaraikan sebab2 lain yg aku rs cam tak berkenan dgn kerja kerajaan ni.

1) Mmg keje kerajaan byk kelebihan tp aku rasa kalau keje kat situ mesti xde kepuasan yg aku boleh capai. Kalau swasta biasanya ada target tp once bila dah capai target tu,rasa satisfy dia lain tau. Rasa satisfy tu akan membuatkan kite akan bekerja dengan lebih keras lagi. Rasa nak perform dengan lebih baik lagi. Nak buat untung manyak2! Kalau kerajaan pulak lebih kepada objektif. Asal tercapai objektif tu pun kira ok dah.

2) Kalau keje kerajaan takde istilah untung rugi. Duit kerajaan bayar. Mahal pun mahal la. Sebab tu diorang x berapa nak manage kewangan dgn betul2(tak semua la). Main langgar je.Dan sememangnya ada potensi untuk rasuah!(note:rahsuah ada di mana-mana ye).Kalau swasta biasanya akan manage kewangan dgn lebih teratur(sbb guna duit sendiri kan). So,sebolehnya mereka akan meminimumkan kerugian. Tu la yang bagus tu. Duit tak dibazirkan pada jalan yg tak sepatutnya. Tapi takdelah sampai bagi gaji murah sgt kpd pekerja. Tak setimpal dgn apa yg dibuat. Kalau syarikat cenggini,aku pun kondem. Tapi ada jugak syarikat yg amalkan rahsuah. Hmmm…pandai2 lah nak detect(Ya!aku suka mendetect apa yg tidak kena!)

3) Orang kata perempuan better kerja kerajaan. Coz kerjanya senang dan rilek giler. Duit masyuk tiap2 ujung bulan! Sebenarnya aku tak berapa berkenan dgn segelintir pekerja yg kerja kerajaan ni(note: x semua tp kebanyakan). Terlalu selesa dgn position yg dia ada. Tambah2 xde penyelia yg memantau. Selesa mmg selesa(sape yg x suka selesa kan?) tp selesa yg berlebih-lebihan akan menyebabkan penurunan produktiviti…Buat kerja pun ala kadar dan x perform yg terbaik. Asal buat je. Macam tak ada target dan kepuasan bekerja. Nanti bila aku masuk kerja yg macam ni, secara tak langsung aku mesti akan jadi macam ni. Tak suka! Masa dulu2 aku keje dgn bos yg ‘x berapa best’ ni aku slalu ckp dgn diri aku “Kan best kalau bos takde,buat keje sensorang tanpa tekanan.Takde asyik nak bising je” Lama2 baru aku rasa yg ketiadaan bosku yg cepat naik angin ni membuatkan aku cepat boring dan rasa kehilangan. Chewah! Mungkin sebab x de cabaran dan flow terlalu ok sampai aku naik bosan. Kene marah sekali sekala ni rupanya best gak ye..

4) Timing kerajaan tetap~ 9 pg-5 ptg. Aku tak suka asyik bekerja pada timing yg sama tiap2 hari. Tetap dan sama. Xde variety. Sesekali nak jugak merasa kerja pada waktu malam…Stay smpai malam coz wat keje..Pastu stay ramai2 satu office coz nak siapkan keje@projek. Wah! Mcm best!!!

So, cukup kuat x alasan aku?Hmmm….sebenarnya byk lagi,akan menyusul kemudian..

Camne ni?ayh aku suh keje kerajaan. Aku diambang dilemma..

p/s:sedang difikirkan… Aku x suka cakap lebat. Aku akan buktikan! Basha!!!!

kesian whiteboard ni


Entah epidemik apa yg melanda aku sem ni,tetiba aku rasa nak beli white board letak kat bilik kat upm.Bukan pe, ini juga sebagai salah satu langkah untuk mengingatkan aku tentang tarikh2 penting. Bagi aku sedar diri sket. Maklum la, dah final year,banyak benda yang aku kene ingat. Masa beli white board first, aku x puas hati coz kecik sgt. Macam budak2 tadika punyer. So aku beli lagi satu kt mydin. Hmm.. Hampeh! Lebih kurang sama je saiz dia. Cuma yg aku beli kat mydin tu advance sket drpd yg satu lagi~ada tmpat letak pemadam!~Mula2 kedua-dua whiteboard aku ni cantik je tergantung kat dinding, tetiba aku tidur pagi esok tu dah terjatuh dah. Patut la malam tu aku macam mimpi ada benda jatuh kat badan aku. Rupa-rupanya bukan mimpi,mmg betul pown! Terkejut aku! Geram jugak aku. Hari first white board yg berat jatuh. Dua hari lepas tu,whiteboard yg ringan pulak jatuh. Tensen! Sudahnya kedua-dua whiteboard ni tersadai tegak la kat tepi katil aku(bersandarkan dinding) seperti dalam gambar kat atas ni. Nak simpan masuk dalam kotak? Mana bleh! Mahal woo..rugi kalau x guna. Sebenarnya x mahal pun tp bila ia involve my money,so kira mahal gak la. Masa beli alat penggantung white board kat mydin ni aku sedaya upaya berusaha mencari penggantung whiteboard yang paling mahal supaya tahan lama. Orang kata makin mahal makin bagus barang tu. Aku cakap ngan rumate aku camtu. Dia balas, kalau mahal mydin punyer memang x boleh pakai. 2 penyangkut tu harga dia Rm2.60. Mahal x? Seriusly itula yg paling mahal yg aku jumpe kat sane. Serupa macam yg murah kat kedai biasa kan? Almaklum la MYDIN kan…Faham2 je la…

final year x seindah yg disangka~dah bosan blajo


Hari ni ingat nak abiskan keluarkan solvent+exctract pet ether yg tlh direndam dgn tumbuhan herba yg aku nak kaji tu. Lama-lama tu aku dah surrender dah!Mana taknya, tgn aku dah pijar dah! Sebenarnya walaupun guna sarung tgn kalau solvent bernama petroleum ether ni kene(even kat sarungtgn ni pun),sarung tgn ni akan berubah bentuk(mcm mengembang). Pastu tgn dah rasa panas lain macam. Tambahan lagi sarung tangan ni tetiba koyak pulak(sebab solvent pet ether tu). Dah 4 kali sarung tgn aku bertukar 4-4 jadi macam tu. Parah! Sudahnya aku x leh nak abiskan keluarkan solvent yg dalam rendaman tumbuhan herba yg aku nak kaji tu. Tergendala kerja aku! Dahla sarung tgn kat lab ni dah habis. Tak boleh jd,nak tak nak terpaksa aku kuarkan duit sendiri untuk beli dpd kedai kat luar(memandangkan pas ni aku kene berurusan lg dgn 1 solvent yg spesis dia ala-ala petroleum ether tu. Nama dia ethyl acetate).


Final year tak seperti yg aku idamkan. Dulu masa second year aku jeles tgk budak final year. Coz x lama lagi diorang akan meninggalkan alam universiti. Aku rasa mesti diorang tgh bergembira x sabar nak kuar u. Aku ingat lagi masa ujung second year, aku dah x sabar2 nak masuk final year. Sampai aku mention byk kali kat kawan aku “Tak sabo nyer nak masuk final year! Rasa macam nak cakap je kat semua orang(tak kira kenal@tak) yg terserempak kat fakulti~’Hai,Assalamualaikum! Saya budak final year~”. Kawan aku balas “Ada kaa???Boleh pulak….”

Sekarang baru aku tahu betapa pahitnye hidup sebagai budak final year. Terbeban dengan assignment+kuliah+kuiz+exam(seperti sem2 lepas) tp kali ni ada extra sket. Eh bukan sket,banyak!~projek tahun akhir~ Bleh kata hari2 kene masuk lab. Tapi aku masuk bila time free je(paling sekejap 4 jam,paling lama 7 jam sekali masuk) coz aku x boleh nak buat keje sekejap2 pastu tinggal2. Setakat 2 jam free masuk lab tu apa la yg boleh dibuat sgt. Aku rasa tak puas buat keje sekejap2 ni. Kalau nak buat aku kene masuk lama supaya aku tak tergesa-gesa nak siapkan projek(seperti yg kite tahu tergesa-gesa boleh mewujudkan kecuaian). Supaya aku boleh lebih focus dan tumpu pada yg aku buat. Hmm..bila dah final year aku baru sedar yg kitorang macam xde masa free sangat. X boleh dah nak ronggeng2(bersuka-ria) macam dulu lagi. Kalau nak meronggeng tu terpaksa fikir dua tiga kali. Hanya aktiviti yg menduduki list paling atas yg akan dilayan. Contohnye…ehem!only WE know it! Just wait n see! Kalau setakat aktiviti yg biasa2(contoh:jalan2 cuci mata kat tmpat yg biasa mcm sri serdang tu tanpa beli apa-apa) erm,…yg tu fikir dulu kot!Erm,susah2 pun aku terpaksa tempuhi 1 tahun ni dgn azam yg er...sedikit kuat.mueheheh



Sebenarnya aku dah bosan la belajar ni. Seriusly bosan. Pasni nak aim keje la pulak. Coz aku rasa keje lagi best dpd belajar. Aku rasa pengalaman tu lebih berharga daripada apa yg aku belajar kat universiti. Nanti lama2 sket bru la fikir nak sambung master ke apa ke…Tyme tu br rasa best belajar sbb tyme tu mesti dah pro dlm bidang tu. So belajar2 tu cam no hal la! (mengikut pengalamn org yg smbung master lps keje. Kawan aku citer ari tu)So, u guys jgn terkejut beruk plak kalau nampak aku kerja kat mana-mana. Restoran KFC ka, Jaya Jusco ka, Mid valley ka.. Cikai pun cikai la yg penting aku suke n seronok. Dulu masa keje cikai2 dulu(pas abis spm&matrik) ayah aku marah+bengang sebab aku suke minta keje jauh2(kat tgh bndr kl tu.klu naik bas ada la dlm 45 minit br sampai). Dia kata “Buat apa kerja jauh2? Yg dekat dgn rumah banyak”. Aku balas “Bukan masalah dekat@tidak. Masalahnya kedai yg dekat ngan rumah ni tak ramai orang.Tak meriah. Orang suke kerja yg ramai2 orang. Lagipun x mencabar la(sbb dekat ngan rumah)” Ayah aku cakap aku sama macam kakak aku. Kitorang suke kerja yg ramai2 orang(dalam satu bgunan besar mcm mid,jusco). Kakak aku suka ramai2 orang sebab dia ni suka bersosial sket(social macam jenis yg suka berkawan). Aku pulak suka ramai2 sebab suka observe org. Yg mana rasa sesuai buat kawan,ok la..Tapi type kawan2 kakak aku ni lain dgn kawan2 aku. Kawan2 dia jenis yg cm otai2 sket kot. Tapi dari perangai diorang yg kakak aku citer, diorang ni nampak je otai@nakal tapi hati baik. Lembut…Diorang nakal je tp tak jahat pun. Cuma pergaulan diorang nampak mcm kasar sket. Ori bukan buat2! Ok la tu. Kadang2 lebih baik daripada org yg nampak je baik luaran,tp hati…Hmm..toksah cakap la.. Terkejut beruk diorang bila tahu kakak aku yg otai ni ada adik macam aku. Sebaik aku *wink*(sebenarny diorang nk ckp ‘seskema aku’ tp x sampai hati kot.So guna ayat yg ala-ala amik ati sket). Diorang ckp aku ni pemalu*wink*. Neway, aku ni pemalu ke? Erm..tang tu tak boleh nak kata apa! Biarlah org terdekat dgn aku yg layak men ’describe’ kannya. Aku ni pemalu dgn org yg aku rasa tak sesuai je@rasa belum boleh masuk. Pendek kata ‘orang yg aku x boleh nak masuk’. Bila berhadapan dgn org mcm ni idea aku nak cakap yg berlambak-lambak ni tiba2 hilang tanpa dikesan. Mulut aku ni rs berat, selalu terkunci n rasa macam ada tongkol emas dlm mulut, tak boleh nak bukak(ni ayat favourite ayh aku). Kebolehan aku ‘masuk’ dgn seseorg tu pun bergantung pada keadaan. Ada yg secepat 5 saat, ada yg makan masa berhari-hari. Berjam-jam. Berminggu-minggu. Berbulan-bulan pun ada. Xboleh masuk langsung sampai bila2 pown ada. Kakak aku n da geng ckp org yg belajar kat mrsm+universiti ni org yg skema. Terlalu mengikut peraturan(diorang tak tahu kdg2 aku pun ponteng kelas.mueheheh) . Aku ingat lagi masa aku dapat *A PMR dulu. Kakak aku btahu result aku kat kawan dia(sbb kwn dia tanya), pastu kawan dia buat muka terkejut beruk+tak percaya. Siap cakap kakak aku kelentong dia. Kakak aku tergelak-gelak masa cerita kat aku.Hmm… Kitorang cepat boring dengan keje yg memboringkan@ala-ala ngantuk lagi sikit nak tido ni. Mana taknya,org yg masuk kedai macm boleh dikira dgn jari. Bila rasa keje tu best, semangat nak keje tu ada la sket2. Walaupun keje tu susah,tetap rasa senang n boleh buat. Redah je.Macam masa aku buat latihan industri dulu. Aku x pernah bosan walaupun kerja berlambak-lambak siap kene extend kerja sampai pukul 7. Ada satu kali tu kene keje masa cuti hari wesak. Seriusly aku x rasa bosan pown! Kalau nak balik u pun bukan sebab rindu nak belajar tp just nak jumpe fren aku kat kolej tu je la. Nak bercerita sambil bergelak-ketawa. Tu je la. Takde niat lain pown…

bandar or luar bandar?

Ahad 29 june

Kampung ke bandar?

Ari ni aku ada tgk citer Melayu kat tv 9 tajuk Hatiku Bukan Pualang. Penerbit dia Johari Saleh. Aku suka melihat citer2 kat tv untuk melihat mesej yg cuba disampaikan dalam cerita tu. Bukan nak tengok saje2. Sekarang berlumba-lumba ayat nak keluar daripada fikiran aku.

Dalam citer ni menggambarkan pemikiran orang kampung~bersesuaian dengan latar belakangnya yang 99% di kampung.

First, masyarakatnya terlalu mengikut cakap2 orang. Terlalu mengambil kira pandangan orang sehingga sanggup merosakkan kebahagiaan anak sendiri. Seorang ibu yg malu dgn orang kampung mengata anaknya andartu. Tidak berkahwin biarpun usia lanjut(rsnya x la tua sgt!dlm prtngahan20 an). Sehingga sanggup memukul anaknya itu dan mengatakan yang anaknya itu tidak pandai menjaga maruah keluarga dengan tidak berkahwin dalam usia sebegitu.

Second, anak yang tidak pandai mengawal tekanan@stress sehingga membawa tekanan perasaan yang serius atau yang lebih tepat lagi~GILA~

Third, bila anaknya gila lantaran menghadapi tekanan perasaan, ibunya mengatakan ada orang lain yang mem’bomoh’kan anaknya itu. Percaya bulat2!

Fourth, ibu yang tidak memahami anaknya.

Fifth, anak yang sanggup berkorban demi menjaga maruah ibunya.

Ending~anak dia sanggup berkahwin dengan sape saje yg meminangnya semata-mata ingin memuaskan hati ibunya yg mengatakan anaknya sudah tidak mempedulikan ibunya lagi. Suami dia?Seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Akhirnya anak dia ni jadi gila, berkasar dengan suami dan akhirnya diceraikan.

Kenapa macam tu? Sana sini akhbar dan majalah mengatakan kebanyakan orang kampung lebih kuat mental daripada orang bandar. Mana pergi semangat tu? Kenapa ‘serangan mulut yang bertubi-tubi’ boleh membuatkan dia lemah dan berada dalam keadaan tertekan? Biarkan mereka bercakap kerana lama-lama mereka akan berhenti bercakap apabila sudah penat. Kenapa perlu fikirkan sgt perasaan malu tu? Tak kahwin dalam usia pertengahan 20-an pun kira jatuh maruah sampai tertekan ke? Rendahnya harga diri…Singkatnya pemikiran…. Aku x la ban 100% dengan orang kampung yg berfikiran tertutup macam ni. Dan aku tidak pulak menyebelahi orang bandar. Aku tahu, x semestinya semua orang kampung berfikiran macam tu. Ada je citer Melayu lain yang menggambarkan kecekalan orang melayu kampung yang gigih. Aku kagum yang itu! Sebab diorang seorang yg cekal& ada inisiatif untuk memajukan diri biarpun hidup susah tanpa kemudahan dan kemewahan. Aku pun tahu, tak semua orang bandar tu jahat, terlalu moden, terlalu social, pergi pub minum arak. Ada yang ok, berfikiran matang dan berdikari hidup di ibu kota yang penuh cabaran dan dugaan ni. Semuanya terpulang kepada individu itu sendiri. Bagi aku masing2 ada kebaikan dan keburukan. Dan yang paling PENTING , walau dari mana pun seseorang itu berasal~ kampung ke,bandar ke, luar negara ke ~yg penting pemikiran dan cara seseorang itu berfikir yg membawa kepada cara pembawakan diri. Itu lebih utama. Kat situ lah kunci untuk aku menilai orang sama ada orang yang aku baru kenal mahupun orang yang aku dah lama kenal. Bukan hanya berdasarkan paras rupa dan penampilan saje. Tak kisah dr mana dia berasal.

Buat apa berkawan baik dengan orang cantik/kacak kalau dia hanya tahu bermegah dengan kelebihan yg dia ada sehingga sanggup memandang rendah orang lain? Dia rasa dia yang paling cantik antara kawan-kawannya sehingga tidak percaya yang ada orang lain meminati kawannya tetapi tidak dia. Biar dia seorang sahaja yg diminati oleh semua orang. Kenapa fikir macam tu? Semua org kan ada kelebihan masing2..

Buat apa berkawan dengan orang x cantik/x handsome kalau dah la ‘biasa2’ je tapi berlagak cantik pulak. Siap bercerita dengan penuh bangga dan angkuh kononnya menjadi pujaan ramai Pastu boleh pulak memandang rendah orang lain kononnya dia ‘ramai’ peminat tapi orang lain x laku padahal orang tu tak nak cerita atas sebab tidak mahu bermegah-megah.

Apa guna berasal daripada kampung kalau orang cakap sikit mudah terpengaruh, mudah terikut-ikut. Bila pergi bandar, senang kene tipu. Terlalu lurus dan mudah percaya dengan orang. Mudah terpengaruh dengan budaya luar yang x baik seperti punk, skin head n lain2. Masa keje kat ada satu shoping kompleks ni, aku pernah melemparkan pandangan yg penuh sinis, tajam dan jelik bila melihat sekumpulan lelaki remaja Melayu membawa sebotol ARAK di tangannya sambil tersengih-sengih pandang aku. Macam mana aku tau diorang Melayu? Sebab diorang bagi salam kat aku. Wallahualam. Aku nampak diorang ambik botol tu kat mane sebab aku perhati je diorang dpd diorang masuk sampai la diorang ambik sesuatu kat tempat yg sememangnya aku tau itu tempat ARAK dari dalam dan luar negara. Aku x tahu la diorang faham ke tak ‘pandangan bermesej’ aku tu. Aku tak la sound diorang tu. Nak mati? Kang dia wat ape2 kat aku kang naya je! Cukup la aku kutuk diorang dalam hati aku ni. Cara dia cakap menggambarkan dia bukan orang sini dan semestinya aku tahu negeri mana mereka berasal!


Apa guna jadi orang bandar kalau semata-mata ingin menunjukkan ‘modenisasi’ dan berbangga menjadi orang bandar sampai sanggup menjatuhkan maruah diri sendiri dengan buat benda yang x elok dan terlarang di sisi agama.. Buat benda x senonoh, minum arak. Bak kata sesetengah manusia “Aku org KL, kene la tunjuk gaya orang KL sikit”. Ada kawan aku yg berasal dari KL gak. Rumah kitorang agak dekat walaupun kitorang tak 1 taman. Dia ada komplen dgn aku “Ko tau Nadia, bila aku cakap dgn tutormate aku yg aku orang KL, semua buat muka tak percaya. Diorang x percaya siap cakap aku tipu diorang yg aku org KL. Kenapa? Buruk sangat ke dress up aku sampai diorang cakap aku bukan org KL?” First time dgr aku tergelak. Kelakar la cara dia cakap tu. Terlalu straight forward.hehe…Kawan aku ni seorang yg biasa,sederhana dlm berpakaian, pemikiran terbuka dan mungkin sebab dia pakai tudung agak labuh dan menyebabkan orang cakap dia bukan org KL. Dia pun dapat agak kenapa orang cakap dia orang kampung.


~Sesungguhnya aku lebih kagum dengan orang yang

1) Cantik/handsome tetapi tidak dahagakan pujian dan tidak pernah merasakan dirinya cantik/handsome
2) x cantik/x handsome tetapi berbudi bahasa, tau had bergurau, tidak menyakiti dan tau menghormati orang lain
3) kaya tetapi tidak pernah merasakan dirinya kaya, pemurah
4) x kaya tapi ada inisiatif untuk memajukan diri dan meningkatkan ekonomi.
5) Mempunyai banyak dugaan hidup tapi tabah menghadapinya dan tidak mudah mengalah
6) Tak banyak dugaan tetapi sentiasa menjadikan dugaan org lain sebagai pengajaran dan panduan kepada dirinya agar sentiasa beringat.

~aku harap dipertemukan dengan lebih ramai orang@kawan yang mempunyai 4 ciri di atas…

artikel mufti perlis

ni dia pendapat mufti perlis yg membuatkan aku tertarik tu...aku amik kat www.drmaza.com jom baca!




Boleh Jadi, Penyamun Jual PenyangakPosted on Jun 29, 2008 under Isu Semasa, Politik
Tokoh agamawan atau cerdik pandai sebesar mana pun mereka jika diselubungi dengan ketaksuban akan membunuh penilaian yang rasional dan ilmiah. Hasil daripada ketaksuban itulah akhirnya diwarisi oleh pengikut hingga sesetengah mereka enggan berfikir melainkan apa yang difikirkan oleh tokoh pujaan mereka sahaja.
Taj al-Din al-Subki (w. 771H) yang merupakan tokoh ilmuan besar dalam mazhab al-Syafi’i. Sumbangannya dalam kepada dunia kesarjanaan tidak boleh dinafikan. Tetapi kadang-kala sikap yang begitu kuat untuk mempertahankan mazhab pegangannya telah menyebabkan beliau mengeluarkan pandangan atau pendirian yang seakan meminggirkan penilaian ilmiah.
Antaranya, kata beliau: “Adapun Hijaz, semenjak mazhab al-Syafi’i muncul sehingga ke hari ini kesemuanya berada dalam tangan Syafi’iyyah (pengikut mazhab Syafi’i). Mereka menguasai jawatan kehakiman, jawatan khatib masjid, jawatan imam di Mekah dan Madinah. Orang ramai semenjak tahun 563H berkhutbah dan bersolat di Masjid RasululLah s.a.w. atas mazhab sepupu Nabi iaitu Muhammad bin Idris (al-Imam al-Syafi’i). Mereka qunut semasa solat subuh, menjaharkan (menjelaskan) bacaan basmalah (bismi Allah), menunggalkan iqamah dan berbagai lagi. Sementara RasululLah s.a.w. hadir mendengar dan melihat itu semua. Inilah dalil yang paling jelas bahawa mazhab al-Syafi’i adalah mazhab yang benar di sisi Allah”.) (Al-Subki: Taj al-Din ‘Abd al-Wahhab, Tabaqat al-Syafi’iyyah, jld 1, m.s 283, Beirut: Dar al-Ma’rifah t.t.)
Alangkah ganjil penilaian yang seperti ini. Di mana pergi penilaian ilmiah tokoh mazhab al-Syafi’i ini?!. Jika al-Subki hidup pada zaman ini dan melihat Masjid Nabi s.a.w dipegang oleh mereka yang bermazhab Hanbali, bagaimana pula beliau ingin mengulas?! Apakah ini akan membuktikan pula mazhab Ahmad bin Hanbal lebih Allah redhai di zaman ini?!
Bahkan al-Subki ketika cuba membuktikan kelebihan mazhab al-Syafii beliau menyatakan semua mujaddid (reformis) sehingga kurun yang ke-tujuh adalah bermazhab Syafi’I (Ibid, jld 1, m.s. 284). Beliau hanya mengiktiraf mereka yang bermazhab al-Syafi’i sebagai mujaddid dan melupai yang lain. Apakah jika dapat dibuktikan orang lain juga mujaddid maka beliau akan menarik balik pendapatnya tentang kelebihan mazhab al-Syafi’i dibandingkan mazhab lain?!
Bukan al-Imam al-Subki yang hendak saya tonjolkan di sini, tetapi yang hendak diketengahkan bahawa tokoh agamawan atau cerdik pandai sebesar mana pun mereka jika diselubungi dengan ketaksuban akan membunuh penilaian yang rasional dan ilmiah. Hasil daripada ketaksuban itulah akhirnya diwarisi oleh pengikut hingga sesetengah mereka enggan berfikir melainkan apa yang difikirkan oleh tokoh pujaan mereka sahaja. Enggan memahami sesuatu perkara di luar dari kerangka kefahaman pemimpin pujaan mereka semata. Lalu mereka akan meminggirkan kaedah penilaian yang seimbang yang hanya berpaksikan fakta dan angka.
Mengikut sesuatu mazhab itu tidak salah. Tetapi ketaksuban sehingga enggan mendengar hujah atau dalil daripada pihak yang lain, lalu menolak mentah-mentah fakta yang kukuh hanya kerana ‘itu bukan mazhab saya’ adalah satu kesalahan besar. Demikianlah menjadi ahli parti politik tidak salah. Tetapi ketaksuban kepada parti yang dianuti sehingga enggan menerima kebenaran daripada pihak lain dan menolak hujah yang benar hanya kerana ‘itu bukan pendirian parti saya’ adalah satu kesalahan besar.
Malangnya, sejarah selalu membukti sikap terlalu berpegang kepada aliran tertentu sering mengundang pendirian yang membuta tuli. Sehingga ada yang sanggup berdusta atas nama Nabi s.a.w kerana hasad kepada mazhab lain. Antara yang terkenal dalam sejarah sebuah hadis rekaan: “Akan ada di kalangan umatku seorang lelaki yang dipanggil Muhammad bin Idris (al-Imam al-Syafi’i), dia memberi mudarat kepada umatku lebih daripada iblis. Akan ada pula seorang lelaki di kalangan umatku dipanggil Abu Hanifah, dia adalah lampu umatku, dia adalah lampu umatku”.
Hadis ini direka oleh Makmun bin Ahmad al-Harawi yang hasad dengan perkembangan pengikut al-Imam al-Syafi’i di Khurasan. ( lihat: Al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, m.s. 182. Beirut: Dar al-Fikr) Kata al-Jarahi (w 1162H): “Tiada suatu pun hadis sahih mengenai pujian atau cercaan terhadap Abu Hanifah dan al-Syafi’i. Semua yang disebut mengenai hal berkenaan adalah palsu lagi dusta”. (Al-Jarahi, Kasyf al-Khafa,2,/420. Beirut: Dar Ihya al-Tutath al-‘Arabi).
Ada pihak mencadangkan saya menjadi ahli parti politik. Alasannya, tanpa menjadi ahli parti politik saya tidak mungkin dapat menegakkan kebenaran. Saya berterima kasih dengan cadangan itu. Saya rasa cadangan itu lahir daripada niat yang ikhlas. Mungkin ada kebenarannya pada pandangan tersebut.
Namun, ada juga keadaan yang menunjukkan bukan semua campur tangan politik itu lebih kuat daripada manusia biasa yang tidak mempunyai kuasa politik. Ramai para sarjana Islam dahulu yang tidak terlibat secara langsung dengan dunia politik. Namun, pengaruh mereka mampu merubah alam politik.
Di samping tidak dinafikan juga, kadang-kala keengganan para ulama yang soleh melibatkan diri dengan kuasa politik menyebabkan kuasa itu berada di tangan mereka yang tidak sewajarnya. Namun, politik adalah seni, bukan semua insan mampu untuk terjun ke dalamnya. Apatah lagi politik di zaman ini, sehingga seorang tokoh Turki, Said Nursi menyebut: “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik”.
Hari ini ada negeri yang ditadbirkan secara campuran parti termasuk yang berjenama Islam. Media melaporkan sayap pemuda parti berkenaan membuat bantahan demi bantahan terhadap persembahan artis tertentu di negeri tersebut, sehingga ke peringkat untuk mengadakan demonstrasi aman. Nampaknya belum berjaya lagi.
Jika mereka masih ingat, pada awal Mei lepas saya yang teramat daif dan kerdil ini membantah persembahan Faizal Tahir di Perlis. Alhamdulillah, dengan satu bantahan ternyata berkesan. Tidakkah negeri mereka juga ada mufti? Apa yang hendak saya sebut, keberkesanan dalam melakukan perubahan itu, tidaklah mutlak mensyaratkan seseorang menjadi ahli parti politik.
Ramai sarjana atau ilmuan yang terlibat dengan politik. Mereka memberi pandangan tentang politik, menegur orang politik dan seumpamanya. Mereka tidak menjadi ahli parti. Sekalipun, barangkali mereka tidak cukup kemampuan untuk berpolitik, tetapi mereka mampu menilai politik dan kuasa.
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a menulis buku tentang politik yang diberi judul as-Siyasah as-Syar’iyyah fi Islah al-Ra’I wa al-Ra’iyyah (Politik Syar’i Dalam Membaiki Pemerintah dan Rakyat). Buku itu menjadi rujukan umat sehingga hari. Ibn Taimiyyah berjuang dengan keringat dan airmata membaiki ahli politik. Beliau tidak menjadi pemerintah atau menteri, tetapi beliau menegur dan membetulkan pemerintah dan menteri. Lebih hebat, beliau mati dalam kurungan pihak berkuasa.
Pada hari ini, orang tidak memetik atau menukilkan pandangan politik penguasa yang memenjarakan Ibn Taimiyyah, tetapi puluhan juta manusia membaca sejarah perjuangan, karya dan pemikiran politik Ibn Taimiyyah yang mati dalam penjara kuasa politik. Kepada Allah segala pujian, Dia mengangkat sesiapa yang Dia kehendaki sekalipun manusia menghinanya, Dan Allah jua yang menghina sesiapa yang Dia kehendaki sekalipun manusia menabalkannya.
Saya ditunjukkan laman web yang ‘ala-ala semangat Islam’. Beberapa pengunjungnya memaki saya kerana tidak menyertai parti mereka. Mungkin itu bukan pandangan pimpinan mereka, tetapi gaya fikir seperti itu amat tidak sihat untuk perkembangan minda umat. Seperti yang saya sebutkan, yang menjadi masalah dalam sepanjang sejarah bukan bermazhab atau berparti, tetapi ketaksuban kepada mazhab atau parti. Sehingga ada pihak menganggap kebenaran mutlak itu hanya terkepung dalam mazhab atau partinya semata. Sesiapa yang berada di luar daerah mazhab atau partinya, maka orang itu berada di luar di petak kebenaran.
Inilah yang disebut oleh Dr Yusuf al-Qaradawi mengkritik golongan taksub mazhab dengan katanya: “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabah sepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (penganalisis) membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum , m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah).
Dalam politik kepartian juga demikian. Sehingga di Malaysia ini, jika kita bersetuju dengan pandangan parti A, maka kita dianggap menentang parti B. Jika kita menentang pandangan parti B, kita akan dituduh menyokong parti A. Inilah gaya fikir yang hanya menghadkan warna kepada hitam atau putih. Apabila kita tidak memilih hitam, kita dituduh memilih warna putih. Di atas kejumudan yang dianuti oleh mereka, difardukan hal tersebut kepada orang lain.
Mengapa mereka tidak berfikir orang yang tidak memilih warna hitam atau putih itu mungkin memilih warna merah atau hijau atau biru atau kuning atau selainnya.? Apakah kerana mereka hanya tahu dua warna, lalu orang lain pun dinilai berdasarkan kejahilan mereka?Jika kita tidak menyokong pendapat parti A, bukan bererti kita menyokong pendapat parti B.
Dunia idea, pemikiran dan cadangan lebih luas daripada sempadan daerah kepartian. Mengapakah mereka selalu berfikir, jika awak tidak menyertai kami, bererti awak menentang kami? Pemikiran sebeginilah yang diamalkan oleh pemerintah-pemerintah yang kejam sepanjang sejarah. Lalu ramai yang hukum tanpa dosa yang dilakukan. Sama seperti golongan jumud di negara ini yang menuduh sesiapa yang tidak beramal cara melayu, maka dia wahabi. Walaupun yang dituduh itu tidak tahu pun apa itu wahabi. Memfardukan kesempitan akal kita ke atas orang lain adalah kezaliman, dan bertindak atas kesempitan itu adalah kekejaman.
Islam selalu adil dalam menilai manusia. Sehingga mereka yang dianggap kafir (tidak mempercayai ajaran Islam) pun tidak disama ratakan. Ada yang dianggap Ahl Harb (mereka memerangi Islam) dan ada pula yang dianggap Ahl ‘Ahd (mereka yang mempunyai perjanjian dengan umat Islam). Dengan pembahagian itu politik Islam membeza-bezakan pendekatan terhadap mereka berdasar perbezaan sikap mereka. Bukan diletakkan dalam satu karung atas nama ‘kafir’.
Firman Allah: (maksudnya): “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memeberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.9. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah ayat 8-9).
Selagi kita tidak dapat membebaskan kesempitan fikiran sehingga mampu berfikir di luar kotak kebiasaan, maka kita sukar untuk mencari kebenaran dan maju kehadapan. Saya agak dukacita apabila berforum dengan seseorang daripada parti tertentu yang apabila tindakan partinya dikritik, dia menjawab “dulu parti lawannya buat lebih teruk lagi”.
Pemikiran yang seperti itu hanya akan menghalalkan kesalahan sendiri atas alasan musuhnya lebih buruk. Apakah jika parti yang memerintah dahulu merompak harta rakyat 1 billion, maka tidak salah untuk anda merompak setengah billion, kerana itu kurang daripada yang dahulu?. Inilah bahayanya apabila pemikiran tersepit antara partinya dan parti lawannya.
Sehingga bilakah rompakan itu akan berakhir jika setiap yang datang menghalalkan perbuatannya atas bandingan dengan musuhnya? Anda diberikan mandat oleh rakyat supaya anda mengubah segala penyelewengan itu, bukan untuk sekadar mengurang jumlah rompakan!!.
Namun ramai yang enggan atau memandulkan cara fikir disebabkan ketaksubannya. Sehingga ada yang berfikir apabila parti atau pihak musuh politiknya berbuat salah, maka itu bererti partinya atau dirinya di pihak yang benar. Padahal itu bukan semestinya. Mungkin parti lawan awak buat salah, dan awak juga buat. Mungkin parti A menyeleweng di sudut kewangan, anda menyeleweng di sudut agama. Mungkin dia menyeleweng dalam sepuluh perkara, awak pula dalam sepuluh perkara yang lain. Mungkin juga seperti kata P.Ramlee dalam filem ‘Tiga Abdul’ ketika diberitahu bahawa Sadik Sigaraga menjual abang-abangnya, jawabnya: “Dah kena dah, penyamun jual penyangak”.
Maka ke arah masa depan yang lebih cemerlang lagi diredhai Allah, jika kita ingin membuat perubahan, maka ubahlah cara fikir manusia agar betul, barulah hidup mereka akan berubah ke arah yang betul.

politik(first and last)

Tulisan karangan Mufti Perlis(dr. mohd asri zainal abidin) ni agak memberikan kesan kepada aku. Aku nak copy paste masuk sini tp panjang sgt pulak. Xlarat nak taip. Sebenarnya sebelum membaca tulisannya aku memang berpendapat sebegitu tetapi x berapa jelas. It’s hard to explain kenapa aku berpendapat sebegitu tetapi bila membaca tulisannya itu, aku hampir pasti I agree with him. Pendapat aku sama dengan dia. Dan sebab yang dinyatakan juga hampir sama. ~Kitorang kat tgh2~ x sokong keterlaluan dengan mana-mana parti(maksudnya bukan penyokong fanatic mana-mana parti politik kt Malaysia ni). Aku sebenarnya menyampah+boring tengok suasana politik kat Malaysia. Masing2 berlawan dan ada agenda yang tersendiri. Tuduh-menuduh semata-mata nak tutup kesalahan diri sendiri. Bosan! Aku harap inilah kali pertama dan kali terakhir aku bincangkan pasal politik kat sini. Aku sebolehnya nak mengelak bercakap pasal politik dalam perbincangan seharian. Bukan pe, entah la susah nak cakap. Macam susah nak percaya. Macam malas pun ada gak. Boring pun ada gak sebab kalau cakap pasal politik ni isunya tak pernah habis. Takkan selesai..Mana taknya benda kecik diperbesar-besarkan sampai jadi kecoh!

Ada ahli politik yang dipilih oleh rakyat oleh rakyat atas sebab parti. Parti tu pun satu hal. Kemukakan la calon yang elok sket bila bercakap. Ini cakap tergagap-gagap bila ditemubual wartawan. Banyak “Aaa…Aaa…Aaa” dalam 1 ayat. Takkan x reti cakap melayu sebab setahu aku, perbahasan kat Parlimen memang kene guna bahasa Melayu. Lain la kalau dia x join perbahasan kat Parlimen tu. Tapi bagi aku kalau x join perbahasan tu tak guna jadi ahli Parlimen kalau setakat tengok je orang lain berhujah@kemukan soalan. Macam pak pacak je la kat Sidang Dewan tu. Berkempen bagai nak rak tapi bila time Sidang Dewan TAK NAMPAK pun muka dia untuk lantang mengeluarkan hujah@isu-isu berbangkit. Layak ke orang macam ni jadi ahli parlimen? Kalau la betul2 dia x tau BM, I think better teach BM to him first before berkempen dalam pilihanraya. Aku rasa MPP kat UPM ni pun lagi layak. Aku kagum jugak dengan ahli Parlimen Bebas Pasir Mas-Datuk Ibrahim Ali ni. Walaupun tempat duduk dia agak tersorok dan susah untuk Pandikar Amin (Speaker) untuk nampak dia, dia lantang mengeluarkan hujahnya@kemukakan setiap kali Sidang Dewan. Dia selalu join perbahasan walaupun orang susah nak nampak dia sebab tempat dia kat hujung terceruk. Sampai dia mengadu dgn Speaker dan akhirnya tempat duduk dia dialihkan ke tempat yang lebih jelas dinampak. Ayah aku cakap, best je dia. Adakalanya dia hentam kerajaan. Adakalanya dia hentam pembangkang. Yang kelakarnya, ada skali tu aku tengok dia hentam dua-dua pihak serentak. Bagi aku dia pun macam Mufti Perlis tu. Tak terikat pada satu2 parti and x jumud pada sesebuah parti. Bukan bermakna takde pendirian, cuma tak nak terkongkong pada 1 parti je. Kalau kita sokong tindakan Parti A, x semestinya kita menentang Parti B. Kalau kita membantah tindakan Parti A tak semestinya kite sokong Parti B. Kalau terkongkong pada 1 parti sahaja, orang yang tidak tahu menilai akan mem’betul’ kan segala apa pihak atasan parti cakap. Bak kata mufti Perlis tu, bila seseorang tu jumud pada sesebuah parti, ini menyebabkan mereka mudah lalai dan x nampak apa-apa kesalahan pun pada parti yg diorang suka tu. Dia akan cepat je bersetuju dengan apa saja yang dibangkitkan tanpa menilai kebenarannya secara teliti dan terperinci dengan sebab yang logic dan munasabah diiringi dengan fakta yang tepat. Adakalanya jika jadi tgh2(x fanatic mana-mana) kita akan mudah kesan kesalahan seseorang@parti politik. Selalunya bila kita jadi penyokong fanatic ni kita mudah mengikut apa pendirian orang tu. Selalunyer la…Xsalah jadi fanatic pun tapi biarlah berpada-pada. Fanantik2 aku dengan Siti Nurhaliza tu(penyanyi favourite aku tu), aku x la menyokong segala tindak tanduk dia. Semua orang tak sempurna. Aku still rasa ada satu2 tindakannya tak berapa betul kat side yang tertentu. Kadang2 aku kritik juga,kadang2 aku puji jugak..Takla semua yang dia buat aku sokong. Sama macam kalau kite betul2 sayang, cinta pada kekasih 100%. Sudah tentu kita rasa apa-apa yg x baik padanya sebagai baik2 je. Semua yg kekasih kite buat semua betul. Kalau salah pun, mesti ada alasan “Semua manusia x sempurna”. Sama macam konteks parti ni. X semestinya tindakan sesebuah parti tu betul semua.Ini tak. Apa yg pihak atasan parti cakap semua betul kat mata diorang. Cakap macam ni? “Betul!Sokong2x!” Cakap macam tu? “Betul! Sokong2x!” Apa yang x betulnya? Sokong membuta tuli. Macam takde salah langsung pulak pihak yang dia sokong tu. Tak semua manusia sempurna. Tapi tak semestinya kene bangkang semua. Cuba nilai secara rasional, logic dan fakta yg tepat.

Contoh peristiwa: Harga Nasi Kerabu kat negeri A RM1, kat negeri B RM5, kat negeri C RM6.50. Orang kat negeri B dgn C tak boleh la buat bantahan harga yg harga diorang mahal dgn hanya bandingkan sekadar nombor sahaja. Diorang kene tgk la sebab kenapa harga jadi macam tu. Mungkin B dan C x tahu yg kos sara hidup di negeri A rendah, so harga brg kene jual rendah jugak la. Kalau still jual tinggi sape nak beli? Mungkin juga B dgn C tak tahu yang negeri A banyak duit, kerajaan negeri A kaya dan bnyk support peniaga Nasi Kerabu yg menyebabkan diorang boleh jual dengan harga yang rendah. Banyak lagi kemungkinan2 yang ada yang perlu difikirkan. Setelah membuat pertimbangan sebetulnya kalau rasa bantahan kita tu wajar, rasional dan perlu diteruskan , ok xpe…Go on! Kalau kite rasa kite dah ambil kira pertimbangan sewajarnya x pe kalau nak wat bantahan pun. Xsalah sebab kite berhak. Kalau difikirkan betul2, mungkin sebab yg ada tu boleh jadi berantai-rantai dan saling berkait antara satu sama lain. Sebab A membawa kepada B, sebab B membawa kepada C, sebab C membawa kepada D dan seterusnya sampai la sebab Z. Sebab yang kite perlu cari tu mungkin bukan M, N atau P (yg tgh2) tapi sebab yg kite kene cari tu adalah sebab A yg membawa kepada berpuluh-puluh sebab yang lain. Bak kata Prof Mat Rofa, lect Falsafah Sains, kite kene cari punca yang akar umbi yg membawa kepada berribu-ribu sebab yg lain. Bukan cari sebab yg kemudian2 tu.

Kat Malaysia ni aku tgk kalau seseorang ni terlalu fanatic pada sesebuah parti, apa-apa parti lawan buat apa-apa semua salah kat mata diorang. Semua nak kritik. Takkan xde langsung yang betulnya? Yang parti lagi satu pulak, takkan semua kritikan parti lawan semua salah atau tak betul? Kalau betul kritikan tu agak betul apa salahnya akui dan perbetulkan.. Jangan asyik menafikan tanpa menyelidikinya terlebih dahulu. Itu fungsinya kerajaan dan pembangkang. Saling membetulkan dan mengingatkan antara satu sama lain. Kadang2 Parti A betul, kadang2 Parti B betul. Sekarang heboh satu negara pasal kenaikan harga minyak. Pasal mekanisme pengstrukturan harga subsidi tu mungkin boleh dipertingkatkan dengan menjual minyak dgn harga tanpa subsidi kepada kenderaan asing(no pndftrn asing spt Thailand&Singapore), nak beli minyak kene scan ic ke(org indon@PATI beli pada harga tanpa subsidi!) dan byk lagi. At least boleh back-up sket2 duit rakyat. Xde la rakyat menderita sebab kenaikan harga minyak ni..Kan best kalau aku belajar ekonomi supaya aku lebih faham kenapa bila harga minyak dunia naik, kat Malaysia turut naik jugak padahal Malaysia pun negara pengeluar minyak jugak. Dan ia turut dirasai oleh negara2 pengeluar minyak yang lain. Apa implikasinya kalau Malaysia tetap jual pada harga lama sebab minyak kite punye,suka hati la nak jual brapa-brapa harga pun. Kenapa boleh effect ekonomi negara? Adakah kerana harga minyak diukur dengan dollar Amerika? Kenapa harga minyak mentah dunia boleh dipengaruhi dengan spekulasi? Dengar je spekulasi Israel nak serang Iran, harga minyak terus melambung naik. Kenapa semudah itu? Dan semestinya kegiatan ini didalangi oleh spekulator2 yang tak btgungjwb. Kenapa harganya ditentukan oleh satu-satu pihak je bukan kebanyakan anggota OPEC lain (terutama negara Islam) seperti Iran dan Arab Saudi yg merupakan pengeluar terbesar minyak mentah dunia? Kalau nak dihimpunkan negara2 Islam ni(maksudnya mereka bersatu) rasanya mereka dah boleh bersuara dalam menentukan harga minyak antarabangsa mengatasi negara yg conquer tu. Masalahnya, mereka tidak bersatu. Apa yang diterangkan oleh ahli ekonomi negara tentang implikasi harga minyak naik terhadap negara aku tak berapa nak faham walaupun aku dah baca berkali-kali. Mungkin kehadiran istilah-istilah ekonomi membuatkan aku x faham. Defisit la, unjuran ekonomi la, apa la. Aku tau semakin tinggi defisit tu semakin x bagus kedudukan ekonomi sebuah negara tapi aku tak tau maksud defisit tu apa sebenarnya. Sampai naik pening aku fikir persoalan2 ni. Mungkin kalau aku faham semua benda2 alah ni aku akan menerima hakikat ini dan mengakuinya walaupun pahit untuk ditelan. Kadang2 aku rasa kan best kalau aku tak ambik tahu langsung pasal hal ni sebab semakin aku ambil tahu semakin aku tertanya-tanya dan nak tahu macam2 perkara. Tu yang bahaya tu! Macam mana aku tak boleh tak ambil tau sebab benda ni berlaku depan mata, ada kaitan dgn aku(sbb bila minyak naik, semua hrga brg naik. Abis duit aku!). Bila ada kaitan ngan aku(walaupun sket2), nak tak nak, aku kene ambil tahu jugak. I must know! Sebab selagi tak jumpa jawapan yg memuaskan hati selagi tu aku akan fikir,fikir,fikir dan fikir. Kadang2 aku rasa penat sebab fikir mende2 ni! Tapi minda aku still xnak berhenti fikir. Penat, penat, penat! Kan best gak kalau aku rapat dengan semua pemimpin-pemimpin politik utama negara seperti Pak Lah, Najib, Hishamuddin, Mukhriz Mahathir, KJ, Azmin Ali, Wan Azizah, Nurul Izzah, Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim(MB Sel), Azizan(MB Kedah), Nik Aziz, Hadi Awang, Salahudin, Nasharudin, Karpal Singh, Gobind Singh, Poh Kuan, Teresa Kok. Aku nak tanya macam-macam dengan diorang ni. Bila rapat tak semestinya mudah terpengaruh, sekadar nak kenal diorang ni macam mana yang sebenarnya. Bila rapat, aku mungkin akan dapat menilai mereka dengan betul. Sape betul, sape salah..Sape sebenarnya baik dan sape yang jahat. Herm..mustahil plak kan nak jumpe muke2 ni. Bukannya jadi ahli politik pun. Nak kata minat tu ada gak sket2 tp malas nak join. Akak aku ajak aku join siap bagi borang untuk aku isi, tapi aku x bersedia lagi. Bagi aku kalau nak jadi ahli politik kene tau semua benda. Sejarah, undang-undang n lain2. Baru yakin bila bercakap. Family sedara mara belah mak aku aktif betul dalam politik ni. Siap jadi ketua bahagian la. Ketua itu la, ketua ini la. Bila time pilihanraya diorang jadi aktif giler. Siap letak bendera+pelekat besar parti politik kat kereta. Walaupun macam tu, diorang tak la fanatic sangat sampai semua tindakan ahli politik parti diorang,diorang sokong. Bila jadi ahli politik(kenal ahli politik lain), diorang dapat mengenal pasti apa yang tak kene dgn ahli politik yg diorang kenal tu. Masih ingat dengan kes ‘pembinaan rumah istana’ oleh seorang ahli politik kat pendamaran kat klang x lama dulu? Orang yang join politik kat kawasan area pendamaran tu tau la pasal cerita tu dan maklumat tambahan tentang apa yang terjadi. Tapi,kalau orang salah tugas kite la kene perbetulkan. Tegur sket2. Diorang tak la sokong je apa yg pihak atasan buat. Bila ada yang tak kene, diorang tegur2 apa yang patut. Yg jadi problemnya kalau pihak atasan tu tak nak terima teguran. Macam tu la bila orang ada kuasa(tak semua macam tu). Bila tgk diorang tau hal-hal politik ni,cam best je nak join. Boleh tau sape betul sape salah. Tapi…malas la nak join. Malas nak gaduh2 and lawan cakap pung pang pung pang sampai mengabaikan tugas yang diamanahkan. Nasib rakyat tak terbela pun. Kalau pung pang pung pang ada org mengalah xpe gak. Kang kalau masing-masing xnak mengalah, tanggungjawab tak selesai pulak~membela nasib rakyat.. Susah nak jadi ahli politik ni. Politik ni juga adalah satu seni yang bukan semua orang yang boleh join. Hanya orang yang betul2 kuat je yang boleh survive dalam politik ni. X boleh ada rasa serba salah. Kene yakin dengan tindakannya. Aku faham rasa serba salah ni. Bila kita buat macam ni orang kata macam tu. Bila kita buat macam ni,eh2!orang kata macam tu pulak. Pening! Serba-salah! Abis nak buat macam mana kalau x nak bagi orang mengata? Kang x buat langsung kang? Buat bodo boleh? Hmm..yg tu lagi la haru biru org mengata. Kalau bukan dalam bidang politik, senang je.Kalau orang mengata,jalan paling mudah~senyap! Mula-mula mesti la pertahankan diri kita kalau kita rasa kita betul tapi kalau orang lain still xnak percaya jugak siap pandang sinis lagi (tambah lagi kalau dia x pernah berfikir dan bertanya kenapa kita buat macam tu), jalan terakhir senyap je la. Penat kang tutup la mulut diorang. Tapi dalam politik mana boleh camtu. Kalau orang mengata(tuduhan@fitnah ke) kita senyap, nampak pulak kita yang bersalah. Tambah2 politik sekarang. Pelbagai media ada paper, berita tv, blog n lain2 untuk sebarkan benda2 alah tu and perbesarkan cerita. Dalam banyak2 orang, orang yang aku plg susah nak percaya ialah ahli politik sebab bg sesetengah orang, bila dah dapat kuasa, mudah lupa sket. Yang diorang tahu duit, duit, duit! Diorang pandai bercakap kt tv, masa temuramah sehingga susah nak menilai kebenarannya. Tapi x semua macam tu. Ada yang baik. Tu yang susah nak kesan tu. Kene jumpa diorang depan2 n berurusan dgn diorang baru bleh tau. Sekarang ni aku tgh develop cara nak kesan penipuan ahli politik kalau bercakap kat televisyen. Xkisah la dari mana-mana parti pun(kalau nak buat pertimbangan x boleh sebelahkan mana2 pihak.Kene tengok dua-dua). Tengok riak muka, cara cakap dan gaya bahasa. Melalui salah satu buku international yg ditulis oleh penulis yg sememangnya pakar dalam body language. Dia dapat perincikan penipuan Bush dalam ucapannya kat satu2 tempat(melalui bahasa badannya). Biasala BUSH kan, sape x kenal dia. Orang macam ni kite tak boleh nak baik sangat takut dia ‘makan’ kite balik. Just baik gitu2 je boleh la kot. X yah nak kamceng sangat. Dia cakap apa-apa mesti ada agenda dan kepentingannya yang tersendiri. Bukti2 dah ada. Bukti sahih tu bukan saje dapat tgk kat negara dia tapi kite dapat tgk kat negara-negara lain jugak. Terutamanya negara yang dia rasa ada kepentingan dan lemah dari segi ketenteraannya. Bukti yang terang lagi bersuluh! Kalau orang masih x beringat tak tau la nak cakap apa. BEKAS Perdana Menteri Australia yang satu geng dia pun sama. John Howard tu. Nasib baik dah ganti Perdana Menteri yang baru. Xingat pulak sape nama dia. Kevin Rudd ke nama dia? Lupa la…Tapi aku rasa dia lebih ok dpd John Howard tu. Dia lebih(cenderung) kepada Asia. Tak macam Howard tu, Barat je yg dia rasa bagus dan layak jadi geng. Asia dia x pandang pun. Dia tak tahu majority rakyat tak berapa suka dia baik sgt dengan Bush dan sokong semua tindakan Bush. Sape suruh tak ambil kira pandangan rakyat? Bila dah jadi ahli politik nak tak nak kene ambil kira pendapat rakyat. Dia lupa agaknya dia jadi PM pun atas undian rakyat jugak. Bila time pilihanraya baru dia tahu langit tinggi rendah. Erm…ada seorang yg dah lama terlibat dalam politik Malaysia ni. Xboleh beritahu sape dia. Aku tengok riak muka dia macam ada sesuatu yang pelik dan bila aku tengok sekilas terus aku tak suka dia. Adik aku pun berpendapat sama dengan aku. Aku ingatkan aku sorang je yang rasa macam tu, tak sangka adik aku pun dapat rasakan macam tu. Riak muka dia(ahli politik tu) nampak keruh sgt2 dan tak ada ketenangan kat situ. Bukan nak memandai-mandai tapi tu la yang aku rasakan. Orang kata buruk mana pun muka seseorang, kalau hati bersih akan terserlah ketenangan kat muka dia. Act muka dia x buruk pown,normal je tp riak muka dia buat aku tak suka. Mcm ada sumthing. Muka ahli politik ni seolah-olah ada menyembunyikan sesuatu dan penuh kepura-puraan. Cara dia bercakap pun macam aku dapat rasakan dia banyak menipu(nampak fake dan pelik). Aku rasa camtu bila aku baru je selesai baca buku pasal teknik nak kesan orang tipu tu. Pastu aku try observe cara dia bercakap+riak muka masa cakap tu. Tak tahu la tang tu. Wallahualam. Ahli politik lain(dari mana-mana parti termasuk parti dia) aku tak rasa macam tu termasuk anak isteri dia. Yang lain aku tak rasa macam tu. Dia sorang je. Entah la susah nak cakap kenapa. Aku rasa macam aku dah jumpa sebabnya tp I’m not sure betul@tidak. Xboleh nak kata apa sebab perpektif boleh macam2 so aku tak berani nak cakap perspektif aku betul. Kalau aku tak sure tentang sesuatu aku x suka nak cakap lebih2. Erm…jalan terbaik aku just tunggu dan lihat. Biar Allah je yang tunjukkan. Tengok tindakannya yang seterusnya. Walaupun aku x suka dia,aku still follow cerita dia melalui pelbagai media massa. Kalau kita follow x semestinya kita suka dia. Aku just nak tahu sgt apa motif setiap tindakan dia dan apa tindakkannya yang seterusnya..Aku baca lporan berita dari media parti dia and parti lawan dia. Sekadar nak buat perbandingan. Orang kalau x suka dengan parti2 tertentu dia akan baca media parti pro dia je. Media parti lawan dia x sentuh langsung. X boleh la macam tu. X adil namanya tu. Kalau nak buat penilaian kene ambil kira 2-2 pihak. Apa salahnya baca media parti lain. Baca x semestinya sokong. Cuba nilai kebenaran berita tu dan isi keseluruhannya. Kalau media tu banyak menipu, xpe…Kita tengok sejauh mana media tu nak menipu. Orang kata penipuan tak boleh berterusan sebab kebenaran akan terserlah jua pada akhirnya. Bak kata pakar body language tu, orang kalau menipu,dia tak boleh menipu lama2. Sebab penipuan memerlukan strategi jangka panjang yang tersusun mengikut tertib dan saling berkait. Orang menipu x boleh jangka apa yang berlaku seterusnya(kesan dia menipu) dan yg paling penting dia tak akan boleh ingat apa yang dia pernah tipu dulu. Kat situ percanggahan kata-kata kita boleh kesan melalui kronologi penceritaan.. Dia juga x dapat menjangka soalan2 yg akan ditanya drpd itu. Macam tu juga la cara polis nak kesan pesalah yang menipu. Sebenarnya melalui cara menjawab(riak muka) polis dah dapat kesan dah pesalah tu menipu. Tetapi polis memerlukan bukti yang kukuh melalui soalan2 yang dikemukakan. Bila terdapat percanggahan,kat situ dah boleh dapatkan bukti sampai pesalah mengaku jua akhirnya. Entah,panjang jugak step nak kesan orang menipu ni. Susah nak explain kat sini.Erm…Bila baca sesuatu berita, jangan cepat terpengaruh. Masalah orang sekarang, kalau dia baca apa-apa terutamanya gossip politik, dia mudah terpengaruh dan percaya. Entah,maybe aku jenis yang tak berapa nak percaya dengan apa-apa selagi persoalan dalam kepala aku ni belum terjawab sepenuhnya. Selagi aku tak jumpa dia depan2 dan berurusan dgn dia(khas untuk dunia politik sahaja) Tambah2 dalam politik~masing2 saling nak jatuhkan antara satu sama lain. Masing2 ada motif dan kepentingan yg tersendiri. Orang tu nak jatuhkan orang ni, orang ni nak jatuhkan orang tu.Apa-apa pun baca dulu. Just baca untuk buat perbandingan antara keduanya. Kalau la aku ahli politik, aku akan baca media parti lawan aku. Aku nak tengok segala kritikan parti lawan and nak tengok sejauh mana aku dikutuk. Kalau kritikan membina apa salahnya perbaiki, betul tak? Kalau berita tu tak betul, jelaskan sebab yang logic kepada rakyat kenapa berita tu tak betul dan apa yang disebaliknya yang berlaku.

Kadang2 aku tertanya-tanya. Perlukah parti2 politik dalam pilihanraya? Tidak boleh ke kalau bertanding atas tiket CALON BEBAS bagi semua kerusi Parlimen? Erm… x boleh gak kan? Nanti sape nak jadi menteri, ahli cabinet dan juga PM and TPM..herm…Aku x la bangkang system parti kat Malaysia ni cuma aku sekadar tertanya-tanya….Macam kat kolej aku, MTM dilantik oleh pihak pengurusan atas dasar individu. Kalau kat mrsm, semua calon yang berkempen untuk meraih undi adalah berdasarkan individu jugak. Takde pun gaduh2 ni. Xde kutuk2. Kalau politik kat Malaysia kutuk-mengutuk masa pilihanraya terbawa-bawa sampai ke Parlimen ~ tempat mereka menjalankan tugas membela nasib rakyat. Baik kerajaan mahupun pembangkang. X professional langsung! Bigfoot la, monkey la dan yang terbaru katak pulak. Saling balas membalas. Sampai Pandikar Amin naik pening nak handle diorang ni. Kesian pulak aku tgk dia ni. Aku n family pulak tergelak-gelak tengok. X payah la layan kutuk-mengutuk ni. Bagi aku orang yg mengutuk ni tujuannya nak buat kite bengang dan hilang kawalan. Lain la kalau nak bergurau or main2, tu takpe. Tapi…takkan kat parlimen pun nak main2 kot… Bila orang betul2 kutuk kite, kalau kite react juga ertinya mereka dah berjaya buat kite hilang kawalan dan bengang. Maksudnya tujuan mereka tercapai dan mereka menang. Fuh, aku susah betul nak bagi orang menang kalau melibatkan perkara2 mcm ni! Teori aku kalau kene kutuk ni, buat bodoh je. Biar bila dia tengok kite x react ape2, dia bertambah bengang tp tak tau nak cakap apa. Kalau dah x tahan sgt, keluarkan je 1 ayat yg mampu membuatkan dia senyap. Tak semestinya guna bahasa x sopan. Banyak je bahasa sopan yg lain boleh digunakan. Aku pernah buat macam ni dulu. X igt dah pasal apa. Best! Siap senyum ‘bermakna’ kat orang tu sampai merah padam muka dia. Terkesima sampai tak tau nak cakap ape! Mesti dia fikir aku ni kurang ajar(walaupun aku guna bahasa sopan dan tersusun.Erm…orang kalau dah terkene tpt kat btg hidung, mcm ni la prangai diorang) X kisah la…Tu la, sape suh kutuk aku guna bahasa x sopan? Kan dah kene! Kalau bahasa sopan boleh la nak terima@at least aku senyap je malas nak balas. Hmm…lagi pasal kisah di Parlimen. Kalau orang tu cakap kamu ni Bigfoot, takkan la rakyat nak percaya coz dah jelas dan sahih rakyat nampak kamu tu manusia kat dpn tv tu. So buat ape nak balas balik? Orang tau itu memang x betul pun! Kalau la yg ada kat Parlimen ni budak sek men ke, sek rndah ke, budak u ke, mat rempit tepi jalan ke, budak tak sekolah ke… no hal la nak ckp camtu. Biasa kot…Ini pemimpin. Kene la professional. Ini bukan kes berpura-pura tapi professional. Dua benda ni berbeza tau! Takkan mereka x tau berjuta pasang mata sedang memerhatikan perlakuan mereka di kaca televisyen. Jagalah imej tu sket… Malu weh! Mungkin selama ni sidang Parlimen memang macam tu tapi tak didedahkan kepada umum. Tapi…kebenaran kan. Buat apa nak sembunyikan? Kebenaran tetap kebenaran walaupun pahit untuk ditelan. Biar rakyat yang menilai. Erm… aku rasa mesti ada sebab2 yang tersendiri kenapa parti2 politik perlu wujud dalam pilihan raya sebab kebanyakan negara yg ada pilihan raya mesti ada parti yang berbeza. Mungkin juga perbezaan perlu ada untuk saling melengkapi antara satu sama lain…



Sebenarnya aku dgn ayah aku pelik dan tertanya-tanya kenapa orang sekarang berebut-rebut nak jadi ahli politik. Kitorang ada bincangkan hal ini masa cuti dulu. Nak kata gaji banyak,rasanya gaji orang professional contohnya CEO agensi2 kerajaan atau bukan kerajaan lagi tinggi. Diorang sanggup letak jawatan yg gaji berpuluh-puluh ribu sebulan tu dan semata-mata nak jadi wakil rakyat.Setengah tu siap dah ada syarikat sendri lagi. Kalau niat betul2 nak bela nasib rakyat,Alhamdulillah la..Aku pun sokong yang tu. Kalau itu bukan niat sebenar diorang,apa faedah yang diorang akan dapat? Apa niat diorang menceburi politik sebenarnya? Nak popular ke?Bak kata orang bila ceburi politik bisnes senang berkembang. Ada ramai contact dan kenalan. Kalau bisnes kecil-kecilan boleh la jadikan politik sebagai medium untuk pemasaran produk@apa2 ke. Sambil menyelam minum air. Kalau bisnes gah dan memang income banyak giler sebulan, focus kerja sudah. Biar orang yang bijak pandai dalam syarikat tu yang kembangkan bisnes tu.
Dan aku dan ayah aku tertanya-tanya sampai sekarang. Belum jumpa jawapan yang memuaskan hati…

*Minta di jauhkan dengan politik. Bak kata Tokoh Turki ‘Aku berlindung dengan Allah dari syaitan dan politik’

ideA and observation

Erm,skg aku selamat berada kat upm balik. Aku tak tahu kenapa, bila aku memikirkan masa-masa yang aku datang aku rasa macam berdebar-debar. Apa akan jd esok,aku wat apa esok…macam2 persoalan yg berada dalam fikiran aku ni. Sem baru, azam kene baru( rasanya azam mcm sama dgn sem lepas,ulang balik tp kali ni aku modified sket2 jd nampak macam lain….bantai je ler..) . Occay, tamau citer banyak pasal benda ni. Kang x jd , malu aku! Skg tukar citer lain…

Ari sabtu lepas aku pegi carnival kat sekolah adik aku. Aku x nak pegi tapi adik aku paksa! Punye la hebat promosi dia. Ada jual macam2. Ada rumah hantu la katanya. Aku kata ngan dia “Rumah hantu? Benda2 macam tu budak2 macam ko ni memang la suke. Aku dah dewasa, mana layan rumah hantu x professional mcm kat sekolah ko tu.huhu” Tapi aku pergi jugak. Mmm just nak tgk suasana kat sana macam mana. Sesuai la,aku mmg suka tgk orang. Rupa-rupanya, memang suasananya agak mengagumkan aku. Mana taknya budak2 sekolah dr form1 sampai form5 yang jual makanan. Sebijik suasana macam kat pasar ramadhan yg aku slalu p tu. Aku tak tgk pun muka2 cikgu kt gerai diorang tu(adk aku ckp cikgu pantau). Kelakar pulak aku tgk budak laki,kecik je badan dia(rsnya form 1) terkial-kial potong buah jambu untuk jual rojak buah. Tak serupa mcm buah yg dipotong. Macam lg sikit nak hancur pun ada! Boleh kata ‘asal potong’ je la… Budak2 perempuan pulak siap bentang tikar kat tepi potong buah (nasib baik aku x langgar masa tgh jln). Macam kenduri kahwin pulak! Ada tu, sampai hangus2 jagung dia bakar! Hitam legam! Macam mana bleh hangus..Ish3x….Suasana memang bising giler and ramai orang. Budak2 tu tak malu jerit2 dengan penuh bersemangat “JAGUNG2X” “KUIH2X!” “SANDWICH2X!”. Ok la tu, bak kata ayah aku, kalau malu baik x yah meniaga. Tapi yg wat aku nak trgelak tu sebab budak2 hingusan yg jerit2 camtu. Bukan pe. Dah la diorang budak kecik, nampak macam comel pulak diorang wat cam tu sampai buat aku tersenyum.. Heheh ..Ye la slalu aku tgk orang dewasa yg camtu, x la pelik sangat. Biasa je.. Memang kalau orang tgh semangat macam tu kot gayanya. Nak abiskan jualan cepat kan. So kene semangat2! X hirau dah orang sekeliling. Hmm…aku pun kalau time tgh bersemgt giler untuk ape2 je(terutamanya kalau tgh main game@tgk org main game), dah x pandang dah orang kiri kanan nih! X hirau orang sekeliling yg tgh tengok. Malu ke apa ke. Janji berjaya! Menang! Berjaya! Actually bukan tak hirau, tapi terlupa yg orang sekeliling tengah memerhati. Seriusly lupa! Bila dah perasan(orang sedarkan), mulalah rasa malu tp ttp control…. So buat biasa je..Dalam hal ni control mmg boleh dibenarkan sbb…takkan nak orang tau kite malu kan? Salah satu prinsip aku, kalau malu mane bleh bg orang tahu. Try cover seboleh-bolehnya. Terikut-ikut budaya kat rumah kot. Ayah aku paling pandai buat muka cover malu. Nak bagi alasan apa…. Ada-ada je alasan yg dia bagi. Blajar dpd dia kot. Ayah aku suke kenekan aku, mak aku, kakak aku termasuk adik aku. Dia ni memang suka sgt mengusik n menyakat! Kadang2 terkekeh-kekeh dia gelak sebab gelakkan aku. Suka sebab berjaya kenekan @usik aku. Sebab tu kitorang adik beradik akan berusaha mencari idea nak kenekan ayah aku balik(style balas2 cakap and lawan2 idea). Aku suka usik ayah aku sebab ada je yang dia akan balas and kenekan kitorang balik. Idea dia pun kaw2 jugak. Semakin ayah aku membalas semakin galak la kitorang adik beradik usik ayah aku tu. Seronok! Cabaran le katakan..heheh.. Kat sinilah pusat kitorang menjana idea. Happy je kalau berjaya. Berguling-guling ketawa. Sampai sakit2 perut tahan gelak. Secara x langsung, ayah aku pun gelak la skali pastu cr idea lagi nk balas balik….. Sape yg terdiam tak tau nak kata ape maksudnye kalah la. Kalau dia ada idea nak balas balik maksudnye kitorang x mng lagi. So kene bekerjasama cr lg idea yg bagus dan kaw-kaw untuk membalas smpai ayah aku dah xde idea untuk membalas. Selalunye dlm hal usik2 org ni idea aku selalunya banyak. Berlambak-lambak. Tapi yg herannya kalau nak jawab exam ke, benda2 skema ke, idea aku jadi terhad pulak. Nape ek? Erm..x tau pulak..Tapi orang paling best untuk diusik mesti la mak aku. Sebab dia selalu tersasul bila cakap. Kadang2 kitorang adik beradik gabung ngan ayah aku untuk usik mak aku. Fuh,lagi pecah gelak 4 org skali! Riuh satu rumah!

Mmm berbalik pada tajuk asal…adik aku cakap setiap kelas diberi modal RM 50 untuk jual apa2 je. Tapi yang aku n family rasa musykil bin heran tu, diorng(guru-guru+pengetua) sasarkan keuntungan RM800! Giler x? Mana bleh macam tu. Xlogic tul.Ayah aku cakap kalau nak jual2 ni, nak untung banyak, modal mesti banyak jugak. Aku da tahu taktik PIBG sekolah adik aku tu. Diorang nak ibu-bapa budak2 sumbang barang untuk dijual. Dahla brg makanan sekarang dah mahal. Pandai taktik diorang! Hasilnya, ayah n mak aku rajin la men ‘support’ bubur lambuk+kuih buah Melaka untuk dijual. Kesian kan kat kelas adik aku nix de orang support..Malam sabtu tu kitorang berhempas-pulas menyiapkan benda nak dijual tu. Jadi lintang pukang+hingar bingar dapur rumah.Pung pang pung pang...Falsafah kitorang adik beradik, kalau tangan jalan, mulut mesti jalan. Cot cet cot cet cot cet. Baru seronok buat keje, x boring. Dan sememangnya mak aku tak suka falsafah kitorang tu. Dia kata kalau mulut jalan,tgn mmg jalan tp tahap kelajuannya lambat sket daripada yang biasa..Betul ke? muehehe..

Erm…Walaupun manipulasi berlaku dalam hal ini,aku salute gak program ni. Melatih budak2 ni jadi usahawan, merancang perniagaan n mengikis sifat2 malu diorang ni. Tapi, harga makanan yg diorang agak mahal la. Jagung bakar kat pasar malam leh dpt RM1.50 diorang jual RM2.50. Mee kari boleh dpt RM3.00 , diorang jual RM3.50. Aku rasa macam nak komplen je “Dik, kenapa mahal sangat dik. Kalau kat luar boleh dapat harga sekian2 tau”. Tapi,malas la,kang macam kapur pulak muka diorang nak jawab soalan aku tu. Kesian pulak…Maybe diorang terlalu aim untung sampai mengabaikan nilai2 murni. Tapi,xpe,budak2 kan…Maybe diorang x pandai survey harga kat luar kot.. Ibu bapa yg datang beli pun sebab nak support diorang je..Erm, macam2 ragam lagi yg aku tengok kat sane tapi tak boleh la nak cerita semua coz aku lupa, x ingat. hhuhuhu

ego seorang bos?hmm...

Tajuk entri ni berkaitan dengan peristiwa yang pernah aku alami 3 tahun dulu. Erm, susah gak kan kalau berhadapan dengan seorang yg ego dan rasa dia seorang je yg betul, org lain salah..Dia seolah-olah xnak terima hakikat yang dia salah. Susah nak handle orang macam ni. First time berhadapan dgn keadaan mcm ni yg membuatkan aku igt sampai bila2 n susah nak lupa.






Tyme tu aku tak sangka ada jugak manusia kat dunia ni yg x ngaku salah walaupun memang betul dia salah. Dulu masa keje sementara(3 bulan) lepas spm dulu, aku slalu kene marah dgn bos ats sebab yg kecik n sgt x logic sampai lama2 aku dah lali. Pekerja lain pun slalu kene marah gak especially pekerja baru, tp biasanya tak lama pastu diorang trus resign dan semestinya aku tahu sebab apa. Mula-mula aku pun pelik gak,kenapa tempat ni slalu pekerja dia x kekal. Masuk pastu x lama tu berhenti. Masuk ari ni esok berhenti(terus x dtg) pun ada gak...Padahal aku rasa tempat ni agk menarik. Meriah dan sentiasa ramai pelanggan sama ada dr dalam@luar negara. Mmmm x lama kemudian baru aku faham kenapa macam tu. Biasanya kalau pekerja baru masuk, aku akan igtkan diorang awal2 “Bos kat sini suka marah2. So,kalau apa-apa jadi pun tahan lah ye! Dia slalu macam tu.Tahan tau! Lagipun kejap je dia bising2,x lama.”






Ada sorang pekerja ni baru masuk (appearance dia nmpk macam keras hati n gangster+otai sket).Aku igtkan dia ni ‘tahan serangan’ sebab dr gaya dia n dia ckp ngan aku ‘Takpe,saye dah biasa orang marah2 ni. No hal la!’. Aku harap2 dia bleh lama sket bertahan. Ringan sket kerja aku ada orang tolong. Mana taknye,bila pekerja sikit, nk p toilet pun susah. Dua hari dia kerja aku dapat menyaksikan satu ‘drama’ antara bos aku dgn dia. Bos aku sound dia pasal pe tah. Pastu diorang perang mulut. Tak sangka,esok tu terus resign tak datang2 dah. Aku n 5 pekerja yg lain je yg boleh bertahan lama sket. Ikutkan hati boleh je berhenti n cari keje lain. Tapi,sayang la…




Mungkin aku rasa tempat ni best and aku rasa seronok keje kat sini. Maybe sebab aku minat kot keje macam ni. Tu la salah satu sebab kenapa aku still boleh bertahan. Tambahan lagi aku dapat sokongan isteri bos aku tu bila time kene marah. Dia slalu backup aku sampai gaduh2 dia ngan laki dia(bos aku) tu. Selalunye aku buat tak tahu@tayang muka xde perasaan bila kene marah ngan bos aku tu. Biar dia tahu,dia terjerit-jerit macam tu, sikit pun x effect aku. Takde masa nak nangis2 nih! Kdg2 aku rasa mcm nak tanya je “Takkan cakap perlahan-lahan x boleh?” Tapi takut dia cakap aku kurang ajar pulak padahal xde niat pun. Lagipun, aku malas nak bising2 sebab kalau aku lawan@cakap yg betul pown, dia x kan ngaku salah. Aku dah pernah try dah! Kalau aku tinggikan suara pun,dia akan tinggikan suara dia 2 kali ganda dpd aku. Bila aku try 3 kali ganda, dia akan up lg sampai 6 kali ganda. Macam nak bergegar satu aras shoping kompleks tu! Dia x malu langsung,aku plak yg malu. So,buat apa nak bersuara kalau aku tahu dia takkan terima? No point kalau lawan dia pun. Xde faedah pun. Aku hanya akan bersuara kalau aku rasa orang tu boleh terima. Tapi kalau dia dah tutup pemikiran dia,dia rasa dia je yang betul org lain salah, aku hanya mampu senyap! Buat bodoh je la yg aku mampu buat.




Bila dah sampai tahap lali kan, setiap kali dia marah2 tu aku rasa nak tergelak pun ada. Dia ni semua benda pun nak marah@cakap kuat sampai bingit telinga. Macam bergegar gegendang telinga! Walaupun benda kecik, dia boleh marah dgn bersungguh-sungguh@ bersemangat sampai nak terkeluar2 bijik mata. Sampai tersembur-sembur air liur dia (nasib baik tak kene aku!) .Kelakar giler! Aku terpaksa tahan gelak. Kalau tak thn sgt, aku pandang tmpat lain(berpaling ke sisi) n senyum sikit. Takut dia fikir aku main2@kurang ajar pulak padahal serius nak gelak. Ye la,marah boleh la tahan2,gelak mana bleh nak tahan2! Erm… mungkin aku fikir marah teruk mana pun AT LEAST DIA X BERNIAT MENGHINA. TAMBAHAN LAGI XDE LA PERKATAAN X SOPAN SEPERTI B**I, BA**ANG, BO**H YG KELUAR DPD MULUT DIA. Sbb tu kot aku boleh terima n bertahan. Kalau la dia samakan aku dgn binatang yg nama b**i tu, aku rasa lama2 aku pun resign gak.Nasib baik la dia x cakap mcm tu. Selagi tgn dia x naik, selagi tu aku boleh bertahan. Kalaulah tgn dia naik skali…..aku report polis je! C u in the court! Negara kita kan ada undang2..




Nasib baik dia just marah2 je,x lebih2.Lagipun dia mmg seorang yg suka marah2,ego n panas baran pastu lepas kat orang. Isteri dia sendiri yg cerita kat aku. Kadang2 depan orang ramai@customer dia bleh terjerit-jerit marah pekerja. Nak marah kat dalam(office) takpe la gak.Aku boleh terima . Ini kat depan customer. Ye,la keje aku kene berhadapan@berinteraksi dgn customer setiap hari@setiap masa. Imej kene jaga beb! Bila customer tanya aku “Kenapa bos awak marah2 awak td?” dan aku hanya tersenyum kelat sambil jawab “Biasa la tu, dia mmg slalu macam tu. Entah angin apa yg melanda dia ari ni. Angin timur laut ke angin barat daya ke…tak tau la nak cakap!” Mula2 mmg malu gak tambah2 bila customer yg lalu lalang tayang muka kesian kat aku tp lama2 aku buat muka selamber je la. Ala,customer yg lalu lalang ni bukannye kenal aku pown! Buat apa nak malu? Dia marah sekejap je,esok tu terus baik balik siap boleh gelak2 n bergurau-gurau dgn aku. Walaupun dia cpt marah, cepat pulak sejuknye. Kadang2,pagi tu marah-marah sampai merah2 muka(coz dia org cina-kulit putih so boleh nampak bila marah muka dia camne) ptg tu boleh plak tayang muka n sengih2 depan aku. Pelik tul! Cepat sejuk gak temperature dia nih! Bila tgk muka dia yg biasa n kadgkala tersengih-sengih tu(xde nampk mcm wajah sinis~nmpk mcm ikhlas), secara x langsung temperature aku turun dgn sendirinya. Xde la simpan lama-lama. Lagipun aku faham sgt,bos slalu perangai macam tu bila dia ‘RASA’ pekerja dia buat salah…Lagi satu bos slalu tak boleh terima kalau dia buat salah tambah2 kalau pekerja dia yang tegur dia(ego la tu). Seseorang yg pernah btahu aku dulu. Erm,mungkin dia faham la kot sebab dia blajar pasal perniagaan,ilmu ke‘bos’an n benda2 tu semua. Tapi takkan bos tu tak belajar etika menjadi bos masa kat u? Adab2 nak tegur pekerja…Mungkin bos yg suka marah2 tu bos yg x masuk u kot….Yeah,that’s right!





Bila peristiwa macam ni jadi, aku rasa untuk sesuatu perniagaan@syarikat, bos kene la jaga hati pekerja sedikit sebanyak. Walau sehebat mana pun perniagaan, walau maju macam mana sekalipun, kalau hati pekerja x dijaga takut syarikat akan kehilangan pekerja yang berpengalaman@berpotensi yang akhirnya boleh membuatkan produktiviti sesuatu syarikat menurun Ini akhirnya boleh membawa kepada kerugian. Mungkin diorang akan cakap “Diorang berhenti kita cari la pekerja baru” tapi diorang kene ingat pekerja baru kene amik masa untuk sesuaikan diri dgn tata cara kerja@polisi syarikat. Kan amik masa n kalau pekerja yg dilatih ni berhenti jugak macam mana? Kan dah membazir!




Jaga hati ni takdela sampai pekerja pijak kepala pulak. Pandai2 la. Ini bukan soal ‘tahan tekanan’ atau emosi ke ape ke coz SEMUA pekerjaan ada tekanan masing2. Ini soal pekerja yang ingin bekerja dalam suasana yang tenang, tanpa tekanan dan mesra. Cukup2 la tekanan kerja yang dihadapi sehingga terpaksa mengorbankan masa untuk melaksanakan tugasan2 ‘sampingan’. Usah ditambah lagi tekanan yang sedia ada dengan perkara yang remeh dan tak masuk akal. Tekanan yg berlebih-lebihan@melampau akan menurunkan produktiviti. Ada kemungkinan pekerja yg berpotensi ni akan ke syarikat lain yg menawarkan suasana kerja yg lebih baik dan lebih mesra. Aku nak kaitkan kata2 kawan aku ni ~ Bak kata kawan aku yg pernah cakap dengan aku tak lama dulu ~ KITE, KALAU NAK ORANG TOLONG KITE UNTUK MELAKSANAKAN SESUATU TUGASAN (contoh: MAJUKAN SESEBUAH ORGANISASI) KENE LA CAKAP BAHASA YANG ELOK SIKIT. INI TAK. MINTA TOLONG PUN FIRST2 DAH KENE MARAH-MARAH, MACAM MANA ORANG NAK TOLONG DENGAN RELA HATI DAN IKHLAS? ORANG KALAU DARIPADA MEMANG NAK TOLONG DAH JADI XNAK TOLONG KALAU MARAH-MARAH (macam nak terkeluar anak tekak) MACAM TU.





*To sya~ macam kenal je ayat yg bertulis huruf besar kat atas ni kan?hehehe ;-)

awal sem yg boring....

Aku telah dilanda keboringan di tahap yang serius! Seriusly. Maybe sebab awal sem kot. Lum ada keje lagi.Nak baca nota kuliah tp xde la pulak skg ni.Lum copy lagi.(ceh, skema la pulak kan nak baca nota awal2?xpa…azam baru.mueheheh). Sya ngan nora cakap time ni la kitorang nak merasa rilek2 sket. Kang bila da datang assignment+nota kuliah+projek+exam time tu mulalah pening2 sampai demam2.
Untuk menghilangkan rasa boring aku n the gang turun g dewan p tengok muka2 mtm yang baru.

Kembara…Cakap pasal perkhemahan ni, ayah aku sebenarnya x brapa nak bagi aku masuk hutan dari dulu lagi. Macam2 alasan dia bagi supaya aku x masuk hutan..Macam2 benda yang dia takutkan supaya aku x pergi perkhemahan. Aku ingat lagi masa kes anggota rela diganggu hantu masa cuti sem lepas. Walkie talkie salah seorang anggota rela yg tgh buat operasi tgkap pendatang asing tiba2 berbunyi hantu mengilai-ngilai. Yg peliknye walkie talkie yg satu tu je yg berbunyi. Setahu aku kalau walkie talkie satu berbunyi ia akan bebunyi serentak dengan walkie talkie yg lain. Ayah aku sampaikan berita tu kat aku sambil buat aksi hantu mengilai-ngilai siap dengan sound effect lagik! Bersungguh giler. Tergelak aku dengan adik aku tengok aksi ayah aku tu! Asal ada orang mati masa g kem ke, banjir masa kem ke, orang hilang masa pegi kem ke mesti dia sampaikan berita tu kat aku sambil berkempen. Berkempen supaya aku tak masuk hutan lagi. Dia saje bace berita yg dalam paper tu kuat-kuat saje nak bagi aku dengar and pay attention. Aku rasa ayah aku risau dengan keselamatan aku. Takut aku mati kat hutan. Aku nampak dari cara dia cakap dengan aku. Xselamat la,banjir la dan macam2 lagi. Maybe dia masih tak percaya dengan anak perempuan dia ni. Tambah2 lagi setiap kali cuti sem je aku mesti x lekat kat rumah. Dia naik boring alasan aku setiap kali x balik cuti ialah ‘pegi kem’ sampai dia cakap ‘Asyik kem je ko ni. Tak habis-habis dengan kem. Cuti lepas kem,cuti ni kem’. Mana taknya Cuti sem 1-CARE, sem 2-kpsm&kjr, sem 3-CARE(fasi), pegi kenyir. Setiap kali itulah aku dapat menangkisnya dengan pelbagai alasan dan alasan2 itu disambut oleh ayah aku dengan muka tak puas hati dan bebelan sket2. Aku kan degil sket. Kalau aku nak buat maknanya aku nak buat la. Tapi aku x tahu sampai bila alasan itu akan bertahan. Aku ingat lagi masa kjr dulu. Aku nyaris2 x dapat pegi coz aku dapat rasakan yg ayah aku memang sungguh-sungguh x bagi pegi. Dia siap kol aku mlm2 (ayah aku jrg kol aku kalau xde benda2 penting). Dia tanya aku betul ke aku nak pegi kem tu. Tambah2 lagi dia ada baca berita yg ada khemah sekumpulan pelajar dihanyutkan banjir besar kat salah satu sungai kat Selangor. Dekat kot dgn kem yg aku nak pegi tu. Ayah aku ni peka sket dgn isu-isu semasa ni. Xleh nak kelentong2. Aku cakap aku just nak dapatkan pengalaman dpd kem tu. Aku kan suka cuba benda-benda baru ni. Ayah aku cakap pengalaman tak terhad setakat pergi hutan je. Dia kata pengalaman boleh dapat kat mana-mana je melalui macam-macam cara. Macam2 contoh la dia bagi. Pengalamannya sama cuma mungkin caranya saje berbeza-beza. So aku tak terkata apa la. Xtau nak balas macam mana. Macam betul pulak dia cakap! So,nak tak nak aku terpaksa bagi alasan yg paling selekeh skali “Kawan orang semua pegi.Orang pun nak pergi jugak.Boleh seronok2 dengan kawan.Lepas tension”

Aku rasa ayah aku x berapa nak galakkan aku join xtvt2 hutan. Dia kata tak selamat.Maybe dia harapkan aku join xtvt yg lebih kepada kemahiran@ala-ala skema sket. Kalau kursus bahasa Inggeris ke, kursus komunikasi ke, kursus keusahawanan ke…Haa…spesis2 macam tu dia suka la. Kalau aku cakap sekali je konfem dia bagi pegi tanpa sepatah pun membantah. Galakkan ada la.. Berkempen supaya aku pegi. Aku cakap ngan ayah aku “Takpe ayah,abis u nanti org pegi la kursus2 yg ayah cakap tu. Berbayar pun takpe. Lagipun best pe sebab kalau pegi masa tu mesti jumpa orang yg x pernah jumpa dari pelbagai negeri dan pelbagai umur. Silap2 jumpe mat salih boleh cakap omputih tanpa rasa malu. Kalau kat upm terhad kepada range umur2 macam orang ni je. Xde org tua, xde budak kecik. Tak mencabar sangat”. So, ayah aku tak terkata apa la… Alasan kaw2 ape…Muehehehe

be brave?hmmmm....

aku ada terjumpa entri kat blog sape tah..jom baca...

Be brave!!!!
Fear of rejection. That's what holding most people from admitting their feelings or confessing their heart. We fear being turned down. Fearing the word 'failure / loser' printed on our face after the rejection. Cursing ourselves later for being too bold, going on bended knees in front of tht person. And worry to risk the comfortable friendship that might be slightly awkward after the confession. So much things to worry. So little time.But if you don't tell the person now, would you one day, after 10 years, be wondering and asking to yourself questions like.." what if i had tell what i feel about her/him..?" ... and " what if she/he had said yes..?".When i was in matriculation, there was this guy who works as a cook in the cafeteria. I know him as the guy who ties a piece of cloth over his head, smiling shyly each time i place my order. One day, i went to eat by myself, waiting for my usual order -nasi goreng pattaya- while watching tv. He came from the kitchen, holding in his hand my plate of rice and place it in front of me, which was a bit weird because usually we have to go and get the food ourselves. When i look down at my nasi goreng pattaya, it took quite a while for me to register the words scribbled with ketchup on it. It reads ' I love u' with 'love' written in the shape of heart. I sit looking straight at my plate, not sure how to react. Should i politely smile while cheerfully wave to him, saying sthg like " thank you,.....hehehehe!" ( which sound terribly stupid when i think of it now ). Or should i pretend not noticing the words and began hungrily crushing his work of art with fork and spoon? What i remember was thinking to myself as i eat.." what a creative way to express one's feeling... "The point here is, be brave and say it out. Honestly and humbly. Maybe the person would respond by saying sthg like.." thank you, but i like us better as friends..", at least you have tried. By keeping it inside while you still got the chance, what good will it do. You never know what you might be missing by letting the opportunity pass by without you trying to take action to it. And if your honest confession resulted with disappointment, at least in the eyes of that person hearing you sincerely pouring your heart content, her impression of you has changed. She will see you differently, silently admiring your act of bravery. (well,..it is one act of courage, how many of us dare enough to admit our feelings to the person we like upfront..?)So..to everyone who's still very single, if your eyes and heart are set on someone, ( who is also single .. ;]), don't waste time hesitating. Get to know that person, pray hard to God may HE will lead and guide the way, and think positively..insyaAllah, if your intention is good, good things will come to you. And if that person prefer a 'friendship' instead of sthg more than that, it's okay..don't be discouraged, at least you have found one friend. And someone else is yet to be met...like the saying i read some time ago.." if you don't get what you want, just sit still and be patient, because God is thinking of something better for you.."What that guy did sure was sweet, and that made him remembered till now. His readiness to be bold and confess, knowing there's a risk of rejection but he still did it anyway..


*Kelakar pulak bila baca entri ni. erm,aku pun kagum dengan keberanian lelaki ni. Be brave! Betul gak! Tapi aku rasa entri ni lebih sesuai dgn lelaki berbanding perempuan. Dan aku rasa sedikit pelik kalau perempuan yg meluahkan perasaan dulu. Mungkin ada terutamanya pada zaman sekarang~zaman di mana perempuan lebih berani. Zaman di mana perempuan berani merampas hak orang lain dan dengan angkuhnya berkata “Best woman will win”~

Bagi aku x salah kalau nak jadi berani skalipun tapi biarlah berpada-pada. Jangan sampai menjatuhkan maruah sendiri. Tak jatuh maruah ke kalau merayu-rayu cinta seorang lelaki yg tidak mencintainya? Aku tak la kondem perempuan2 macam ni sebab diorang mesti ada alasan yang tersendiri. Mungkin diorang akan cakap “Salah ke kite dapatkan kebahagian kite sendiri?” Tak salah mencari kebahagian sendiri sedangkan itu sendiri dituntut agama. Cuma jalan untuk mendapatkan kebahagian itu yg kelihatan ‘salah’. Aku pun x berani nak cakap SALAH sebab aku x berada dalam situasi seseorang tu. Cuma aku nak cakap, berfikirlah secara rasional, BAHAGIA KE KITA, REDHA KE KITE KALAU KITE MENDAPAT KEBAHAGIAN ITU DENGAN MENGHANCURKAN KEBAHAGIAN ORANG LAIN?
*

filem malaysia

Aku ada terbaca ada artikel yg dikeluarkan oleh salah satu orang penerbit filem tempatan. Dia cakap, penonton sekarang terlalu mengagung-agungkan filem@ karya drpd luar (luar Malaysia) sampaikan filem@drama Malaysia x mendapat sambutan dan terpinggir. Pelik la dia ni. kenapa nak salahkan penonton pulak? Sepatutnya salahkan diri sendiri sebab tak mampu melahirkan filem sehebat karya daripada luar tu. Sebagai orang seni,diorang ni sepatutnya buat kajian terperinci kenapa karya dpd luar lebih mendapat tempat di hati penonton. Penonton sekarang bukan bodoh nak habiskan duit untuk sebuah filem yang x berkualiti. Penonton ada hak. Diorang ada ada duit, diorang berhak untuk dapat banda yg setimpal dengan duit yang diorang laburkan. Aku pernah rasa menyesal sebab tengok wayang cerita tempatan yg x berkualiti. Bila keluar panggung je,aku rasa rugi sgt2. Rugi! So,kalau nak tengok citer melayu, aku biasanya tunggu keluar tv je…tak pun tunggu time raya je,konfem kuar tv. Mungkin alasan sesetengah penerbit filem “Kitorang takde bajet yang tinggi untuk menghasilkan filem hebat”. Kenapa? Sesebuah filem@drama yg hebat mesti kene ada bajet yg tinggi ke? Mungkin diorang fikir dari satu sudut je kot. Memang filem dari Barat memerlukan teknologi yang canggih untuk filem yang hebat seperti Harry Potter, Narnia and ect. tapi diorang still boleh jadikan filem@drama dari Asia seperti Korea, Jepun and Taiwan yg semakin mendapat tempat di hati penonton Melayu dan Cina untuk dijadikan contoh. Cuba kaji kenapa produk dari sana membuatkan penonton nak tengok banyak kali. Bak kata salah seorang peminat filem luar “Produk luar ada aura dan karisma yg lebih menyerlah berbanding produk tempatan”. Aku tengok dalam filem@drama luar tu xde la perlukan rumah yang yg mewah sampai 6 tingkat+kolam renang semata-mata untuk menunjukkan kemewahan. Xde pun perabot yg mahal2, rumah besar2. Lokasi penggambaran pun simple seperti kat rumah, lrt, tepi laut. Xde sepanjang masa kat tempat eksklusif. Drama luar pandai mengadun cerita sehingga ‘kemewahan’ itu sampai kepada penonton walaupun tanpa ‘material’ yg hebat2. Setidak-tidaknya boleh mengurangkan bajet drama itu sendiri. Aku bukan tak tgk langsung drama tempatan ni. Tgk gak sket2. Tujuan aku tgk pun sebab aku nak tengok kualiti citer dia dan cuba bandingkan dengan filem luar yang pernah aku tengok. Aku tengok drama tempatan ni(contoh: Sembilu) jalan cerita terlalu meleret-leret, ulang-ulang sampai penonton naik muak tengok jalan cerita dia. Kalau nak panjang2 pun biarlah ada perbezaan skit dan ada kesinambungan dari segi plot cerita. Ini,tak. Sama je aku tengok. Gaduh baik,gaduh baik, gaduh pastu baik balik. Bosan. Plot cerita tak disusun dengan kemas. Kadang2 jalan cerita dia boleh dijangka kesudahannya. Sampaikan aku rasa aku nak tengok ending dia je. Yang tgh2 tu x nak tengok! Tak macam drama luar. Kalau drama luar bila tgk episode 1, rasa nak sambung episode 2. Pastu mesti nak sambung episode 3 dan seterusnya sampai habis. Plot cerita disusun kemas sampai penonton rasa nak tengok episode seterusnya tanpa berhenti. Haa… pasni aku nak tengok filem SEPI yang diuar-uarkan filem yang hebat coz katanya sarat dengan emosi,spiritual and intelektual. Betul ke seperti yang digembar-gemburkan oleh pengarah n pelakon citer tu. Kadang-kadang x boleh nak percaya sangat. Macam citer Jangan Pandang Belakang tu,x de la hebat sangat.Visual je lebih2. X takut mana pun. Citer Congkak lagi la. Banyak yang tak logic daripada yang logic. Aku susah nak terima citer yg x logic nih. Nampak sangat penerbit filem tu tak tahu berfikir dari pelabagai sudut. Aku rasa Pontianak Harum Sundal Malam pun lagi ok dpd citer tu (kalau nak wat prbndngan dr segi filem seram) . Citer Duyung pulak,pelakon hebat! Saiful Apek, Maya Karin(yg pernah mng pelakon terbaik peringkat antarabangsa) tp sayang jalan citer x berkualiti. Bak kata adik aku “Takde masanya aku nak tgk lagi cd citer tu. Campak buang longkang je.” Hehe..Daripada tgk filem tu baik aku tgk Narnia ke, Pirrate of Carribean ke, Harry Porter ke. Mencabar minda sket. Ari tu aku ada tengok citer hantu korea kat chrunchyroll. Biasanya aku x layan sgt citer hantu korea n jepun sebab citer dia streotaip (antu mesti muka putih, mata merah, rambut panjg pastu jalan merangkak-rangkak kejar orang!). Tetiba tergerak ati nak tgk citer korea yg tajuk RED SHOES ni. Bila tgk aku rasa hati aku berdebar-debar sepanjang cerita tu dan kesudahannya tak dapat aku jangka. Citer Dead Silence(inggeris) pun sama. Mencabar minda sungguh. Ending dia sgt tak dijangka tapi logic. Citer Red Shoes & Dead Silence ni merupakan antara filem luar yang membuatkan aku terpaku seketika di depan laptop walaupun ceritanya dah abis. Yang membuatkan minda aku still berfikir walaupun citer ni dah abis. Yang membuatkan aku flash back sedikit sebanyak apa yg aku dah tengok(keseluruhan citer dia) dan mengaitkannya dengan ending dia. Untuk menilai kelogikannya. Maksudnya, ending dia mmg mengejutkan aku. X disangka-sangka. Huhuhu…Sebab selalunya kalau citer x best,kalau abis aku blah macam tu je.

saat-saat yang mendebarkan...

Susahnya nak percaya orang zaman sekarang ni. Bahaya di mana-mana. Khianat,dusta,tipu helah semakin berleluasa nampaknya sekarang. Tak tau nape,dulu aku terlalu mencurigai orang terutamanya orang yang baru aku kenal. Sekarang tak sangat la. Dulu, kalau orang yang aku tak tau datang dari mana,entah dari planet mana,aku pun tak berapa kenal dia,tetiba ajak aku pergi mana-mana-aku mesti tolak.Kalau orang yang tetiba baik dengan aku tanpa apa-apa sebab pun,hati aku mesti tertanya-tanya “ dia ni ada muslihat lain ke?” Aku ingat dulu masa baru keje kat dot dot dot dulu. Baru 2 hari keje kat situ,bos kat tempat tu(lelaki 30-an cina) ajak aku teman dia pergi barang untuk dijual kat kedai tu. Aku pelik. Dah la aku baru keje. Ajak la orang lain. Orang yang dia dah lama kenal. Kenapa nak ajak aku? Aku cakap kat dia “ajak la orang lain”. Pastu dia suh aku offer kat pekerja lain. Kalau pekerja lain tak nak,dia suh aku yg pegi. Bila aku offer kat budak lain,diorang pun pelik kenapa bos ajak aku and diorang pelik atas tujuan apa coz bos aku mcm x nak btahu detail sangat. Bila aku tanya jawab mcm nak tak nak jawab je. Macam nak tak nak je btahu. Bila dah camtu konfem2 la pekerja lain tak mau ganti aku. Diorang pun ragu2 n pelik sket. Bila tengok reaksi muka diorang tyme aku offer tu, aku tahu sgt apa yang diorang fikir sebab aku pun fikir macam tu~entah2 bos nak buat apa2 yg tak baik kat aku! Nak antar aku p sempadan pastu jual! ~.Ingat diorang je takut? Aku pun takut gak tp aku takde pilihan. Terpaksa! Keadaan memaksa. Kalau tak pegi, kang dia cakap aku byk songeh plak x nak tolong dia buat keje(kalau betul2 la ada keje kt sana). Bila aku tengok cara dia,aku rasa takde apa-apa yg buruk tapi aku tetap simpan rasa curiga. Sepanjang perjalanan dalam kete dia tu memang meresahkan aku. Berdebar-debar seh! Dug-dag-dug dag. Dah macam orang nak kawen pun ada. Kat luar aku try control macho. Cuba tayang muka seposen(muka takde perasaan) kat bos aku tu. Macam-macam pulak yg dia tanya. Tinggal kat mana la,adik-beradik berapa la,ayah mak keje apa la,itu la ini la.Aku jawab nak taknak la. Sepatah dia tanya sepatah aku jawab.Sebenarnya masa tu aku dah fikir macam-macam dah. Contohnye… “Siap la ko kalau ko wat tak baik,aku tau aku nak attack kat mana!”. Tapi… kalau dia letak klorofom kat sapu tangan pastu dia tekup hidung& mulut aku sampai pengsan macam mana? Aku x boleh attack dia dah,sbb dah pengsan kan. Nak jerit pun tak boleh! Mmm…idea lain,aku tahan nafas pastu tepis sedaya upaya pastu gigit tgn dia! Boleh tak macam tu? Apa-apa je la. Aku tak sedar sepanjang proses tu aku diperhatikan bos aku…

Bos aku: Nadia,u kenapa? Takut ke? ni ketar ni macam ayam saja!(bm loghat cina)-( Time tu dia tgh pandu kete sambil menggayakan aksi ayam yang terketar-ketar.)

Aku nak tergelak! Buruk benar aksi dia tuh. Macam tu ke aksi aku kat mata dia? Alahai,buruknye. Malu aku seh! Tapi,macam biasa aku control….

Aku: Mana ada. Pandai-pandai je bos ni

Bos aku:U jangan takut,I bukan nak jual u. I tak jual orang punya. Haiya!. Bla,bla and bla (bebel2 sket sambil gelak-gelak dengan cara macam dia tak sangka aku boleh fikir macam tu. Sampai2,memang ada keje pun. Amik stok brg. Aku lega sket je la..
On da way balik(lepas abis urusan) dia tanya “nak minum @ makan x?”. Ah, sudah! Part ni yg klu boleh aku nak elak skali. Bukan ape, kang dia bubuh serbuk tah ape2 bagi aku pengsan macam mana? Haruuu. Aku cari alasan “Tak nak la,dah kenyang la”.
Pastu dia cakap ape tah. Aku terpaksa cari alasan lagi(time tu dia dah berhenti kat warung dah) “Tak payah minum la bos. Nanti KL jalan jem, sampai sana lambat. Saya kene balik on time ari ni. X boleh lambat! Nant ayah sy bising.” Pastu dia gelakkan aku lagi sambil cakap KL dekat je , kejap je sampai. Pastu siap ckp dia dah lama dok sini. Familiar sgt dgn tempat ni. Aku telan air liur. Terpaksa turun dr kereta!
Masa bos aku nak ambil air minuman, aku tengok dia dr jauh. Aku perhati je setiap kelakuan dia…Kot2 la…. Pastu aku nampak xde yg mencurigakan. Kalau la aku x nampak dia ms dia ambik air tu(terlindung ke), sumpah aku tak minum! Pastu aku lega skit. Bila dah betul2 sampai tmpat keje aku balik aku, 100% lega. Betul ckp dia, kejap je. Xsampai 15 minit.

Pastu abis la aku kene bebel n dia gelakkan aku sebab fikir macam tu. Kalau aku tengah fikir macam2 aku memang tak boleh sembunyikan. Kalau ada makanan kat depan aku,aku jadi tak lalu makan sgt(coz selalunya aku berselera bila time makan). Kalau orang tanya apa-apa aku tak boleh nak banyak cakap(walau dalam ati rasa nak ckp byk tapi tak boleh,rasa terkunci). Aku tak boleh gunakan otak aku ni untuk 2 perkara serentak. Eh,makan dengan berborak pun kene guna otak jugak tau!Tyme tu,mula la rasa senak perut. Tetiba rasa macam tali usus bersimpul,rasa nak muntah,nak beyak. Semua ada! Bagi aku,rasa nervous masih boleh disembunyikan asalkan aku kosongkan fikiran aku ni. rilek and buat tak tahu. Jangan fikir apa-apa. So dr kisah di atas, logic x aku rasa nervous? Dgn org cina lelaki ,aku baru kenal 2 hari and aku x prnh ckp ngan dia b4 tu… Aku still rasa logic!