Pages

Dah tak ada kerja lain ke nadia?

Note: Entri kali ni mempunyai banyak gambar sebab mood EXCITED!


Nadia memang betul2 tak ada kerja kot hari tu. Sebab tu nadia buat aktiviti ni>---SKODENGGG! Wakaka!


TAPI! Jangan la salah faham,ini bukan skodeng untuk mengutuk, tapi untuk memuji occay :D


Nak tahu saya skodeng apa?


MEREKA DAN DSLR!

Saya skodeng cameraman la! Hahaha…Inilah hobi saya. Saya suka sebenarnya tengok GAYA jurugambar professional ni (especially waktu majlis kahwin). Of course la mereka bersama DSLR nya itu. Tak kisah la lelaki or perempuan yang jadi jurukameranya (tapi perempuan jarang la. Kalau majlis biasa kat k5 UPM,ada la sorang dua). Klik sana! Klik sini! Bila tengok gaya mereka ambil gambar ni, nampak macam mereka ni sangatlah bersungguh-sungguh mencari ‘angle’ yang baik semata-mata untuk menghasilkan shoot yang terbaik,kreatif dan memuaskan(Ayah saya pun kagum dengan cara mereka shoot). Sejak bila saya minat DSLR ni ek? Sejak saya tengok gambar kawan saya(girl) bergambar bersama DSLR(tak tahu DSLR siapa punya, tapi bukan dia punya). Saya rasa gambar tu sungguh unik dan bergaya la(terdetik dalam hati: Tu kamera sape? Saya pun nak bergambar macam itu jugak!). Tapi tyme tu saya tak tahu kamera tu namanya DSLR.. Dan masa tu terdetik je, tak minat lagi. Start minat DSLR dan ‘menghayati gambar’ sejak saya tengok gambar2 kat blog ini (OMG, gambar disitu semuanya kreatif dan cool! Bukan sekadar gambar ‘biasa-biasa’. Editting dia pun bagus. Gambar yang mempunyai sejuta makna.Salah satu gambar yang saya suka adalah gambar ini) Lama saya terpaku di depan lappy ni (extra kagum). Masa tu saya cakap dalam hati “Macam mana la agaknya gaya mereka masa amik gambar ni?” hoho. Dan minat pun jadi bertambah selepas saya tengok ramai blogger2 meletakkan gambar2 yang extra cantik dan kreatif di blog mereka.Erm..selalunya cameraman je yang amik gambar candid orang lain kan? Kali ni kita tengok ‘aksi candid’ cameraman pulak. Jom! Lai ! Lai! Lai!


Tarikh:25 Disember 2008

Tempat: Dewan Perdana, Lembaga Getah Malaysia

Majlis perkahwinan: Roslin(sepupu saya) dan isterinya







Serius saya ingin meniru ketiga-tiga gaya jurugambar ini mengambil gambar. Saya teringin nak buat aksi macam tu! (saya rasa,dalam ramai2 cameraman, dia la yang paling banyak buat gaya. Kagum betul :D)





Contoh angle yang baik untuk ambil gambar cincin kahwin





Tengok, sampai senget2 kepala semata-mata nak amik ‘shoot’ yang cantik.



















*siapa dapat snap gambar paling cantik, saya bagi hadiah!* :grin:

(note: semua gambar di atas diambil dari jauh tapi diZOOM di laptop)


Dan ini dia gaya ‘camerawoman’ tak professional yang mengambil kesemua gambar di atas.(berlainan lokasi.Gambar ni kat Mid Valley,kat hiasan pokok krismas.Whahahaha!)




Err..Siapakah ‘camerawoman’ itu? Sayakah, nanakah atau fiza atau orang lain? Okay, kat perenggan bawah ni ada jawapannya (^^,)


Mak saya bising2 “Ambil la gambar pengantin dekat sikit. Apa la. Amik jauh2 mana nampak” padahal dia tak tahu, SAYA bukan nak ambil gambar pengantin sebenarnya. Wakakaka.. Nak ambil gambar pengantin kene amik dekat2 (kasi nampak muka sebab kalau pengantin,muka penting). Amik jauh macam tak berfaedah la. Gambar yang SAYA amik tu semua jauh2 lorr. Mana taknya, takkan SAYA seorang je perempuan yang nak menyelit2 di celah2 jurugambar lelaki tu kot (Malu la sikit!). Ada je perempuan2 yang amik gambar guna kamera digital tangkap gambar jauh sikit (Tapi saya kene sedar diri, kamera phone saya takde fungsi zoom) Kalau nak diikutkan boleh je nak menyibuk dengan berhati-hati sket tapi bila teringat kamera ni…KAMERA CIKAI!! Terus cancel nak menyelit(rendah diri terus!). Macam peraturan yang saya reka sendiri , kamera phone tak boleh ‘terbang’ bersama-sama kamera DSLR (kene sedar 'kekurangan' diri.haha) Dah la ‘camerawoman’ tak professional, kamera pun cikai yaamatzz (maklum la, kamera phone SE K550i kan). Kalau SAYA menyelit jugak confirm dalam hati jurugambar2 profesional tu cakap camni “Hek eleh pompuan ni, kamera cikai2 pun ada hati nak menyebok jugak!”…Haa.. siapa yang malu? SAYA jugak kan. So, SAYA amik jauh2 la, konon2 amik gambar pengantin la tu. Amik jauh2 pun takpe (sebab aim nak amik gaya cameraman sebenarnya. Muka cameraman tak berapa nak nampak, itu tak penting. GAYA paling penting! kah3x!)


*Yang baju hitam dan rambut panjang paras bahu tu sepupu saya (baru tahu sebab selama ni tak pernah berjumpa, duduk jauh, so tak baik la). Masa dah abis majlis sementara nak tunggu2, ada sekali tu duduk sebelah dia. Kalaulah saya baik dengan dia(atau kalaulah dia seorang perempuan) , dah lama saya cakap macam ni “ Err..boleh tak nak pegang DSLR tu kejap? Tak tekan apa-apa butang pun, just nak bergambar dengan kamera tu je.Boleh la” .T.T >---- Muka kempunan, sebab tak cakap kan. So terkilan+jeles dengan dia. T.T


Saya aim nak beli DSLR (pakai duit sendiri,bukan duit mak@ayah) sebelum hujung tahun 2009 ^_^


p/s: Saya takut jugak kalau ‘cameraman2’ tu terperasan saya asyik memerhatikan mereka. Kot la mereka ingat saya ‘syok’ kat mereka ke..Kan dah salah faham tu…Ye la, saya kalau tengok orang sambil berfikir memang susah nak kawal diri (mata tak lepas pandang. Asyik nak tengok je.Perhatikan semua gaya@cara mereka.Cara mereka shoot,mereka shoot apa,angle shoot mereka). Lepas majlis tu baru terfikir, apasal la saya asyik ‘mengekori’ mereka je. Buat malu je kalau mereka tahu!(Jangan risau,mereka takkan tahu sebb nadia memang pandai cover.kakaka) Mereka pergi sini, mata saya pun pandang sini. Mereka pergi sana, mata saya pun ikut pandang sana. Mereka ambil gambar siapa saya tengok, “Oh, shoot gambar budak kecil yang sedang menangis rupanya”. Tengok lagi “Oh, shoot gambar pengantin perempuan yang sedang menuruni tangga dewan rupanya”. Dengan ini, SAH! MEMANG NADIA TAKDE KERJA LAIN. Wakakakaka!



17 voice out:

Mohd Nasri said...

nnti dh dpt dslr tu xyh la buat aksi mcm cameraman tu eh..
snget sne snget sni..trsenget2 lah nnti..hahaha

Nadia said...

macam best la buat macam tu :D..

Tapi kalau bersungguh-sungguh ambil gambar, macam susah la nak mengawal pergerakan (note: sebab bersungguh-sungguh) :D HOHOHO

farah, s. said...

haha.nadia. ni bukan obses ngan dslr, tp obses ngan si cameraman yg profesional tu. hehehe. insyaAllah kalau ade rezeki nnt dptla beli dslr tu ye. chaiyuk!

mmg lawak la kalau tgkkan gelagat photographer2 tu seme. mcm2 gaya ade. tp kalau tgk hasil yg memuaskan tu, tak kisahla dgn gaya tertonggeng2 pun kn.hikhik

Nadia said...

farah>---- :malu2: heheheh..rasanya kot... sebab belum obses dengan dslr lagi. Obses dengan gaya2 mereka ni dulu..kekekekekke

tu la,kalau gambar cantik,tonggeng2 pun tak kisah.hehehehe

Cikgu Ije said...

haha. amik feeling gaya cameraman dulu... nt br feeling nak ada dslr. huks. ok what~

Nadia said...

hehehe..tu la pasal..Semua benda pun kene ada peringkat demi peringkat kan..hahahaha

Thenadi said...

aku heran napa banyak nak ambik gambar dgn SLR itu CX tapi syok oh camera tu. kumpul 2500 dapat ah satu

Anonymous said...

haha..lawak la tgk pose diorang..
macam2..sanggup kerana nak dapat pic yang cantek..haha
nanti nadia pun akan jadi macam tu jugak..percaya la.. :P

Nadia said...

eclipse: nad, gambar dslr cantek bangat. Terutama kalau diutamakan aspek sudut ruang..hoho

kusu: yup2..agaknya la kan? hohoho..aku kalau bersungguh-sungguh mana main cover2,confirm akan terbuat gaya2 tu (tapi akan sopan sikit kot).wakakakaka

en_me said...

kamu memang chantekkkk .. perghhhh
salam tahun baru

Nadia said...

en me>--- salam tahun baru :)

uncle sam said...

sengal nyer org...
ade ke skodeng photographer..
wakakakak!

Nadia said...

sam>-- aah,tengah sengal kot masa tu.kakakaka!

Bro Framestone said...

ops ko membuat ku xsabar2 nak tangkap satu dslr he...23x http://belibuy.blogspot.com/2008/12/nikon-d60.html

Anonymous said...

hahaha. ambil gambar curi2 gak ye nadia!! amboi, kemain lagi. kalah diya okeh! hahaha. tapi, suka lah tengok gaya diorang tu. sampai tertonggek tonggek nak amek gambar [hish. keluar perkataan pelik dah =p].

diya pun teringin gak nak pegang dslr. entah bila ada peluangnya. tunggu husband photographer dulu lah kot. miahaha

Nadia said...

framestone>--- okay, pegi beli cepat2.hahahaha

diya>--- hehehe ;) kalau ikutkan ada banyak lagi gambar photographer2 masa majlis tu, tapi lepas cut2, ini je la yang terpilih masuk dalam blog.kihkihkih.

diya, tak lama lagi dapat la husband photographer tu.hehehhe

Bro Framestone said...

nk ek... jom la kumpul duit n beli huhuhu...

mmg riban2 masuk tue.. ade mbe (student lagi) wat pakej rm700 je.. tp kualiti baik punye.. ramai gak yg berebut... siapa ade yg tawar lebih semate2 nk dptkan die je