Pages

F.A.R.A.H.I.Y.A.H

So sorry sebab terlambat 2 hari wish kat awk

Farah...

Ingat lagi perkenalan kita? Darjah enam, tapi masing2 ignorance.
Ingat lagi bila kita start rapat? Form 1.
Awak tau, sebelum kenal dengan awak, saya tak pernah ada best friend tau. Sebab masa sekolah rendah saya ni bercirikan ignorance sikit, langsung tak pedulikan orang. Yang saya tau, tegur orang secara rambang, belajar, sit exam, balik rumah. That’s it. Sampai masuk Form 1 pun terbawak-bawak perangai tu sampai la the moments awak tegur saya kat kantin. Macam terbukak je hati nak berkawan dengan awak.

Ingat lagi masa Form 3, ada someone (girl) yang nampak macam nak rapat dengan awak? Setiap kali waktu rehat, mesti dia tarik awak dari kami pastu berborak sampai la habis waktu rehat dan awak kurang masa dengan kitorang. Sebenarnya saya langsung tak kisah. Sebab saya rasa ‘dekat’ dengan awak so saya tak kisah awak rapat dengan sape2 pun. Bila geng2 kita usik2 awak rapat dengan dia, awak mesti perasan kan yang saya the only yang tak pernah mempersoalkan kerapatan awak dengan dia.

Sampai la saya dapat tawaran ke sekolah lain, kita bertukar surat. Awak tahu, saya tergelak tau baca surat awak, sebab tak sangka yang awak memang ‘care’ dengan saya. Awak minta maaf kalau kerapatan awak dengan dia buat saya terasa. Sangat tak sangka yang awak masih memikirkan perasaan saya walaupun saya tak pernah mempersoalkan. Saya langsung tak terasa awak ;)

Seingat saya, sekali je yang saya buat awak terasa. Masa birthday awak dulu. Yang saya amik gambar awak curi2 tu. Saya harap now atau kemudian saya takkan buat awak terasa lagi. Sebab saya boleh menangis tau kalau saya tau awak terasa dengan saya.


Jarak memisahkan kita. Saya di Perak-Kedah-KL, awak pulak all the time kat Johor. Awak tau, walaupun kita jarangggg sangat berhubung, jarangggg sangat berjumpa (for more a year?) tapi dalam hati ni tetap reserved satu tempat untuk awak tau. Sebab tu saya rasa tak pernah jauh dengan awak, sebab awak dah berada dekat dengan hati saya.


Ada kawan, yang kita terbiasa berbual hal2 'general'
Ada kawan, yang kita senang berbicara dari hati ke hati
Ada kawan, yang constantly nasihatkan kita berkait ugama
Ada kawan, yang kita sering berbual hal2 mengujakan/minat
Ada kawan, yang kita selesa to be with, rancak berbual non-stop
Ada kawan, yang suka belanja kita macam2 terutama bab makan2
Ada kawan, yang tegur kita untuk perkara2 random seperti "Nadia suka kasut eh"
Ada kawan, yang mampu detect ketidaksihatan kita hanya dengan mendengar suara
Ada kawan, yang pandai bergurau sentiasa buat kita ketawa, cas positif die tak pernah padam
Ada kawan, yang kita tak berhubung dengan dia selalu tapi kita tahu deep inside hati masing2 masih reserved satu tempat khas untuk dia yang takkan berubah sampai bila2

Kredit: Diya



p/s: Siapa kata kawan baik itu terhad kepada satu jenis sahaja? Tak semestinya kawan baik itu adalah yang kita selalu jumpa, yang selalu lunch sama2, yang selalu contact etc etc. Come on, don't be too rigid to define 'best friend' please. And i'm proud the fact that i have a best buddy yang tergolong dalam macam2 jenis . =)