Pages

First impression: The other 2 Nana

Nama nana ni glemer gak eh? LOL

1) Semalam masa lalu kat tol BTR, terserempak dengan Nana, ex-manager kat 7-E dulu. Maka berjejak-kasih la kat situ. Tapi takleh lama2 sebab nanti orang belakang marah. huhu.. Ayah aku komen yang dia ni peramah giler sebab dia nampak ayah aku terus "Ehhhh" sambil senyum sampai telinga tanda dia kenal dan tegur ayah aku (sila imagine dalam kepala). Aku jawab "Bukan biasa ke macam tu?" Ayah aku cakap tak, sebab biasanya kalau kita kawan dengan seseorang tu, kita paling2 pun senyum skit2 je dengan ayahnya. Yang kawan aku ni senyum lebar gile macam pernah berborak-borak dengan ayah aku ni. Padahal kawan aku ni just nampak ayah aku dari jarak lebih kurang 2-3 meter macam tu kiranya tak pernah bertegur sapa la. Ayah aku memula tak kenal dia tapi bila dia tanya "Nadiah mana nadiah?". Baru ayah tahu yang dia kawan aku. LOL.

Cakap pasal Nana ni, aku dengan dia ibarat langit dengan bumi. Tiada langsung persamaan. Lifestyle toksah cakap la kan. Kalau ada sekali pun, SAMA JANTINA. LOL. Seriuslyyy. Tapi aku agak kagum dengan how well dia cuba adapt-kan perangai dia dengan diri aku. Melihatkan kesungguhan dia, membuatkan aku automatic cuba adapt diri aku dengan dia pulak. That's how we begin. Yang aneh tu. Kalau dengan Syam (MT lagi sorang) dia cakap memang kemain gangster abis la tapi bila dengan aku dia akan cakap dengan sopannya. hohoho... Perhaps that is one of her way of adaptation. hehe. Sebab aku tak biasa owhhh cakap gangster2 dengan perempuan.Dengan lelaki boleh lah. Itupun kalau lelaki tersebut jenis yang menyakitkan hati/kerek.

2) Nana kat tempat kerja lama. If you read this u must know that u're one of the great friends that i have. Nana ni receptionist kat tempat kerja lama aku dulu. Apa syarat untuk orang berkawan? Selalu berkomunikasi right? I tell u dia kerja bahagian depan, aku kat dalam lab kat bahagian belakang dalam production plant. There is really really really impossible untuk berkomunikasi sebab dah la tempat kerja jauh2, celah mana nak borak2 kan? Apatah nak baik2 kan. But she break the rules. Setiap kali aku masuk office (sebab nak pergi toilet) mesti dia akan say "Hi" dengan ramah giler pastu ajak aku borak2 kejap. Borak kejap2 macam susah nak mesra lah kan. So gitu2 je la. And then one day dia ajak pergi rumah dia (rumah family) and that is the begin. ^_^ Lepas tu ada la dalam 2-3 kali aku gi rumah dia.haha.. Teringat kat FS, first2 aku tak rapat dengan dia sebab dia budak office jarang jumpa apatah lagi nak berborak kan (time tu rapat dengan budak lab je) and then ditakdirkan lepas pindah office baru aku ditempatkan kat depan dia (and handle some admin/QC job too) and then bermula dengan sapaan2 kecil dan ringkas seperti "Makan apa tu?", kitorang pun jadi rapat.

Aku baru perasan yang mostly aku baik dengan orang semuanya bermula dengan orang tersebut initiate the step kemudian aku respon and then baru start berkawan baik. I tell u, aku susah untuk initiate the step untuk approach orang silalah faham dan jangan kata aku sombong ke apa sebab aku memang begitu (Approach untuk berkawan la. Kalau approach untuk promote/buat sales, aku pandai ar. haha.). Memang orang yang aku dulu start initiate the step tu bertuah la sebab aku jarang buat camtu kat orang.Tapi buat sesiapa yang initiate the step memang aku hargailah dan try to respon sebaik mungkin.