Pages

Anak kedua

Aku pernah dengar orang kata anak kedua tu selalunya flexible dan mudah menyesuaikan diri. Mula2 aku tak faham. Lama2 baru aku faham.

Aku perlu menyesuaikan diri dengan kakak yang agak keras sifatnya. Fiza tak macam anak2 sulung yang lain. Dia memiliki segala ciri2 yang ada pada anak sulung, memikirkan adik2, mudah beralah dengan adik etc etc (dah besar baru aku nampak, masa kecik dulu memang tak de der ciri2 ni. haha) tapi dia ada extra 'keras' dalam perilakunya. Keras yang aku tak jumpa lagi pada kawan2 aku yang jadi anak sulung ataupun kakak sulung kepada kawan aku ke. Memang dia lain. Itu yang membuatkan aku dengan dia selalu sangat bergaduh dulu. Sangat. Tambah2 lagi jarak umur kami yang dekat.Memang panas. Tambah2 lagi aku pantang dibuli memang aku tentang habis-habisan, tu yang merasa penampo dengan dia masa sek rendah dulu ;)

Sebab tu setiap kali bila aku tengok JM kat variety show, aku mesti teringat kat fiza. He resemble Jung Min's behaviour much. Especially part 'konker' & 'kuasa veto' . LOL.

Dan aku juga perlu menyesuaikan diri dengan adik aku yang bongsu. U know macam mana anak bongsu ka, takleh cerita kat sini sebab dia baca ;P


Kadang2 aku belajar menjadi tegas melalui kakak aku. Dan kadang2 jugak aku belajar menjadi 'mudah mengikut' dengan adik aku.So dalam certain2 keadaan aku selalu buat penilaian memilih untuk 'bertegas' atau 'mengikut'. That's why i can say i'm quite flexible & easy tolerate. Sebab tu kot aku boleh mix around dengan someone walaupun different personality dengan aku. Dari sekasar-kasar orang sampai la selembut2 orang (mostly kawan aku yang lembut ni macam wawa dan juga sorang kawan kat Taiping). Dan sebab itu jugak anda akan menemui pelbagai 'personality' dalam diri aku in every angle. Kejap2 kang garang, kejap2 kang soft-spoken, kejap2 kang gedik (LOL.Yang penting i tak pernah gedik dengan lelaki ye kahkahkah), kejap2 kang macam budak(LOL, when growing i will make sure this behaviour will fade;P ), kejap2 kang aku akan act macam orang dewasa. Errr...didn't it means i'm unpredictable?

Pernah ada sorang peng-interview tanya how come aku boleh kata aku ni sedikit keras (when somethings reach my limit) sedangkan aku tak ada adik-beradik lelaki (if u can see kebanyakan perempuan ada sedikit sifat keras terdiri dr yang ada abang lelaki). Aku balas, kakak aku tu aku dah boleh samakan dengan lelaki dah. You don't even know her. LOL.