Pages

Genting bersama FS

Aku ke genting berdua je dengan FS. Sampai2 pudu pukul 10 pg tapi tiket bas kul 12.30 tgh hari apa lagi aku zasssss pergi kedai cd yang aku pernah beritahu dulu dalam entry. Tak nak menyusahkan FS , aku cakap ngan dia aku je yang pergi , dia tinggal kat pudu jap tapi dia cakap dia nak ikut aku jugak. So aku bawak je la. Sampai2 sana dia impress kejap sebab katanya banyak giler cd korea kat situ. Yang aku tak pernah dengar pun ada. Aku tengok DVD BOF pun dah makan ruang display 1 rak dari atas sampai bawah. 5 ke 6 tingkat tah. Nampak sangat tyme2 camni BOF masih hangat2 lagi. Maklum la, tengah on screen kat tv8 kan tyme tu.Errr korang tau ke aku membebel panjang2 satu perenggan apa yang aku nak cari sebenarnya kat kedai ni? Of course la DVD You Are Beautiful. waakakka!! Cari2 tak jumpa aku tanya la salesman kat situ. Rupa2nya terperuk je DVD ni di suatu tempat. Nampaknya citer ni belum mencetuskan fenomena kat Malaysia lagi. Agaknya lepas setahun baru la nak popular kot. Sob sob sob (tetiba nak sedih ni apekeheiinya? Dushhhh~).



Ni masa sampai kat cable car. Kami bertolak ke theme park menggunakan cable car. Cuba lihat betapa ramainya umat manusia kat situ? Aku baru tahu yang hari tersebut adalah Thaipusam. Memang patut ramai.Disebabkan itu aku sampai ke genting nak dekat 3 petang! Fuhhh abis masa macam2 tu je. Dah la nak keluar theme park 5.45 pm. Masuk2 je aku mendapat perkhabaran yang permainan Spaceshoot tengah maintanence takleh main. Adoooo, apalah ertinya genting theme park tanpa Spaceshoot? Redha jek T____T

Kitorang makan kat marrybrown dulu. Eh, muka bos dia macam JGS look alike la. hahaha! Larikkkkkk!



Ini destinasi pertama kami.Corkscrew. Ianya memang seperti screw, berpusing-pusing. Aku dengan FS berhajat nak jadi orang paling hadapan sekali advanture sikit kot, tapi cina mana tah dah cop awal2. So, aku dan FS berada pada gerabak kedua (err...gerabak?) .Ada orang pernah buat review yang roller coaster ni lebih dasyat daripada roller coaster yang kat Disneyland UK. Oh ye. Haruslah kita main permainan yang horror2. Biasalah beb, rugi ok tak try permainan yang ala2 bisa mengegarkan jantung nih. Kalau nak naik gondola pusing2 yang macam tak advanture langsung tu, baik pergi FUNFAIR jek takyah naik genting. kahkahkah! Eh, betul apa. Bayar RM60 ++ (termasuk tambang bas+cable car), adalah sangat rugi kalau main permainan yang biasa2 jek. Bak kata pepatah, 'biar gerun asalkan berbaloi-baloi'. Eh pepatah mana pulak aku amik ni tah. Pepatah reka sendiri. LOL. Walaupun aku hanya mampu main 3 jenis permainan je tapi at least aku tak komplen menyesal. hahah. Takpe, lain orang lain pendapat kay.


Ini permainan kedua yang kami naik. Lebih kurang macam Corkscrew tapi ia kurang advanture sikit je daripada Corkscrew tu. Walaupun begitu ia tetap bisa menggegarkan jantung juaa. Masa tengah beratur nak naik tu sempat lagi aku....


menskodeng wajah&gaya ke-LeeMinHo-an. wakakaka! Wah wah nadia, boleh jadi pengskodeng terbaek neh (komen FS sebaik sahaja tengok gambar ni) Eleh, aku zoom je tuuuu. Aku buat2 lah tangkap gambar cawan permainan kat belakang dia tu ke, pokok kat belakang tu ke. Maka orang berkenaan tak akan dan tak boleh perasan la aku amik gambarnya. Eceh! Ni kalau pakai tele-lens sure jelas giler ni (berangan). Tapi, gambar ni act tak jelas sangat la kot. Kalau jelas, mesti nampak jelas muka keseluruhan dia, makanya, gugurlah kelayakanku untuk jadi mamarazi.





Ini permainan ketiga yang aku&FS main. Masa kat Marrybrown, telinga kitorang jadi bingit bila dengar orang terjerit-jerit main benda ni. Sebab lokasi tempat aku makan tu sebelah je dengan lokasi permainan ni. Paling tak boleh blah, ada jugak jejaka-jejaka yang terjerit-jerit gedik. Apekeheiinya laaa. Adeh. Kot nak bergurau main2 pun janganlah kuat jerit sangat, malulah sikit pada gadis-gadis ini (eceh). Ialah, benda tu belum bergerak lagi pun dah terjerit-jerit 'Aaaaaaa!!!!'. Tak kelakar ke namanya tu?

Oh ye, masa naik benda ni kan, aku tak menjerit langsung. Sebab best! Aku rasa sangat best sampaikan aku rasa macam nak patah balik je nak main sekali lagi tapi aku maluuuu. Eh ingat tambah nasi je ke malu? Tambah main pun malu okk. hahaha. Sebab aku rasa inilah permainan yang paling tenang sekali. Sebab ia terbang tinggi dengan smooth sekali. Walaupun dia terbang dengan tinggi&nampak macam scary tapi boleh dimaafkan sebab ia smooth. Dan aku boleh berangan jadi superman dengan mendepakan tangan (konon2 sedang terbang dengan keupayaan sendiri, ada kuasa magic) kemudian sambil2 tu menyanyikan lagu Buai Laju-laju.

Laju...laju...buaiku laju...pohon beringin, dahannya rendang. Lalalalalalala~

Ok, check it out. Aku dah penat bercerita dah.LOL









Tetiba je aku nampak ada seorang lelaki ni memakai hoodie&bersweater kelabu, automatik teringat imej JGS sebagai Tae Kyung dalam YAB . Dan dan ok aku ingin menggayakan fesyen Tae Kyung seperti imejnya dalam gambar ini dan juga gambar ini di genting itu. Maka ber-TaeKyung lah aku di tempat kejadian. Sebab aku nak tiru rambut dia macam tak sesuai makanya ikut fesyen dia pun jadi la. Wakaka! Alahhhh, sekali sekala apa salahnya, kebetulan macam sejuk2 sikit suasana tu so macam sesuai la kan. Tapi hoodie itu tak cukup besar la pulak, nanti aku beli sweater baru yang hoodie dia besar sikit.Muahahaha!!!!



Mak aih, besar yaamatz patung nih. Aku rasa kalau aku berdiri sebelah patung ni, sure patung ni lagi tinggi daripada aku.



15 minit beratur hanya untuk naik cable car untuk turun ke bawah.



Kitorang sempat main 3 permainan sebab line beratur corkscrew dengan cyclone amatlah panjang and aku kene keluar 5.45 petang untuk kejar tiket bas 6.30 petang. Aku rasa ada la dalam 45 minit untuk beratur je untuk each cyclone n corkscrew tu. Maklumlah permainan yang hot kat genting nih memang ramai nak naik so line memang sure panjang lah. Tapi kalau gi genting tak naik Spaceshoot,Corkscrew, Cyclone memang rugi. Aku dah rugi untuk Spaceshoot tu. T_T

p/s: Entri dah basi selama seminggu. ehehehe