Aku rasa setelah 8-9 tahun bergelumang dengan lagu2 korea dengan segala jenis OST drama, aku rasa ini LAGU YANG PALING COMEL. Kalau nak dibandingkan dengan lagu melayu jugak, aku rasa lagu ini jugak yang paling comel.Sebelum2 ni nana ada tanya aku, aku ada tak lagu tu dalam phone, aku selamba je jawab “Aku tak minat sangat lagu tu nana. Entah, tak tahu ada ke tak”. Hahah. Aku baru perasan kecomelan lagu ni khamis lepas masa nana pasang kat phone dia. 2-3 kali dengar tetiba je aku macam tertarik sikit. Then aku dengar dengan teliti iaitu mendengar dan menghayati sambil menutup mata (kiranya mendengar dari hati la. Cewahhh) terus fall in love gituu. Minat yang sangat2. Masa tengok cerita tak perasan pulak kan. Macam biasa, membagi alasan, khusyuk tengok reaksi muka pelakon2 . hahaha.
And then jumaat lepas aku pasang kat lab banyak kali jugak la. Macam puluh-puluh kali pun ada jugak. Sambil buat kerja lab, aku pasang lagu ni ulang2, hp letak kat poket baju lab. Supervisor lab takde so bermaharajalela la semua2 termasuk aku sekali. Haha.. Takde la kuat sampai satu lab dengar tapi cukup untuk aku je yang dengar. Kak N dan Ida which is NOT korean lover terdengar 2-3 kali pun terus suka. Kak N siap cakap sambil goyang2 kan kepalanya “Lalalala lalalala (she singing). Haishh, dengan aku sekali berjangkit dengan ko. Comel la lagu ni. Lagu sape ni?”. Setiap kali lagu ni berkumandang dan dia terdengar mesti dia akan cakap “Lalala lalala”. Hoho..Yang si Ida pula, masa tengah pasang lagu kat phone dia, nampak je aku dan terdengar lagu yang aku pasang terus dia tutup phone dia kejap sebab nak dengar lagu yang comel ni. Hahaah. Siap cakap “Cewah bleh tak, tutup phone kejap sebab nak dengar lagu tu. Haha. Comel la lagu tu. Walaupun tak faham satu apa yang dia cakap, tapi enjoy dengar dia nyanyi.” Owhh, aku telah menyebarkan lagu comel ini secara tak langsung nampaknya. Sebab selama ni kalau aku pasang lagu, aku tak kisah orang dengar atau tak.
Meh sekarang aku nak sebarkan kecomelan lagu ni secara langsung pulak.
Title: Lovely Day ; Singer:Park Shin Hye