Pages

My Girlfriend is Gumiho (korean drama)




Cerita in bertemakan comedy romance. Lawak abis la. Tapi bila datang part sedih tu memang sedih la. Aku rasa lagi sedih daripada cerita2 Hong Sister yang lepas (My Girl, YAB etc) .Bolehlah tengok MV lagu ni untuk faham sedikit sebanyak tentang drama ni.



Lagu ni macam ada sikit2 fairy tale beatnya/bunyinya . Especially part intro tu ada bunyi 'ting ting ting'. haha..suka dengar. Muzik lagu ni berkumandang bila datang part2 sedih. Sedih ok!

Gumiho merupakan lagenda bagi masyarakat korea. Ala2 macam pontianak versi Malaysia la. hehe. Itu secara singkatnya. Kalau nak tahu lebih, sila google.

Gumiho merupakan musang yang mempunyai 9 ekor tetapi tinggal dalam sebuah lukisan. Dia teringin menjadi manusia. Suatu hari dia keluar dari lukisan dan ke dunia menjadi manusia yang sangat cantik. Kerana kecantikannya membuatkan ramai manusia terpesona dengan kecantikannya sampai huru-hara jadi manusia2 sampai takleh bekerja diorang. Mana taknya, tengah kerja2 sekali gumiho lalu je pengsan, kerja2 je gumiho lalu sebelah, pengsan. Pengsan sebab dia cantik sangat. So ramai la perempuan2 complain kat nenek yang jaga dia. Disebabkan itu nenek tu decide nak carikan seorang calon suami di kalangan manusia untuk dikawenkan dengan gumiho ni supaya problem solved. Tapi perempuan2 manusia ni taknak kasi anak lelaki or suami diorang kawen dengan gumiho dan diorang buat rumor yang gumiho akan makan hati lelaki yang dikahwininya. So takde sape nak kwen dengan gumiho. Jadi, nenek tu cut kesemua 9 ekor gumiho supaya dia terperangkap dalam lukisan dan tak boleh keluar ke dunia manusia lagi.


Ditakdirkan 500 tahun kemudian, suatu hari hero termasuk dalam temple yang ada dalam lukisan gambar musang tu (gumiho). Since dia boleh dengar suara gumiho, gumiho takutkan dia dan suruh dia lukis kat lukisan tu 9 ekor dia yang hilang tu.



Sebaik sahaja kesembilan ekor tu berjaya dilukis, dia dapat lah ke alam manusia . Dia terjumpa lelaki (hero)yang lukis ekor dia tu terbaring nyawa2 ikan (jatuh dari tempat tinggi). Disebabkan hero tu membolehkan dia ke alam manusia, dia decide untuk bagi beads (butiran ni ada kuasa untuk menjadikan orang yang ada beads ni ada kuasa luar biasa dan kuasa penyembuhan) kat hero tu.



Dan kisah ini seterusnya bermula dengan gumiho tu ikuttttt je mana2 lelaki ni pergi since beads dia ada pada lelaki ni dan dia perlu terusss berada dekat dengan ‘beads’ dia. Since gumiho asyik mengekor ke mana dia pergi membuatkan dia rimas dan menyampah dengan gumiho tu. Hero ni mula2 tak percaya yang ikut dia ni musang jadian (gumiho), pastu gumiho ni tunjuk la kesembilan ekor dia yang dia ada tu.



Ekor dia hanya akan muncul pada setiap kali bulan penuh sahaja. Bila tahu dia ni gumiho so hero ni terpaksa la layankan je gumiho ni dan biarkan gumiho ikut dia . Tambah2 lagi awal2 tu gumiho ugut dia yang kalau takde makanan, ‘hero’ tu yang akan dia makan. So takut kene makan punya pasal, terpaksa la si hero tanggung makanan gumiho yang mahal ni. Maklumla , musang kan, makanya dia suka makan daging lembu . Bukan sikit macam level manusia makan, banyak oke, manusia tengok pun terkejut. Seterusnya konflik terjadi di mana identity dia menjadi pertanyaan orang sekeliling. Bermacam-macam cara digunakan untuk sembunyikan identity gumiho yang nyaris-nyaris terbongkar.

Bila beads gumiho berada dekat hati hero tu, makanya hero sekali-kali tak boleh memusnahkan beads tu. Tahu bagaimana cara memusnahhan beads tu? Bila ada perempuan lain rapat/menyentuh hero tu. Sweet kan konsep ni? Look like he must loyal to gumiho dan hero tu milik gumiho seorang. Pernah jadi, bila ada seorang perempuan lain yang tahu identity gumiho dan kisah ‘beads’ tu, pompuan tu decide untuk mencari bukti kisah gumiho dengan test dengan cara kiss hero secara tiba2. Ini menyebabkan gumiho pengsan secara tiba2 dan jatuh dari tempat yang tinggi (sebab kebetulan gumiho berada di tempat yang tinggi ketika tu). Bila bangun2 je dari pengsan, dia tetiba menjadi hilang rasional/luar biasa dan berniat untuk membunuh perempuan yang cuba untuk memusnahkan ‘beads’ dia tu (perempuan yang kiss hero secara tiba). Eh panjang la pulak aku citer ni yang pasti scene ni sedih yaamatzz!


Gumiho ni sangat cintakan si hero dan dia bermisi nak jadi manusia sebab dia boleh berada di samping hero. Hero ni tahu yang gumiho ni sebenarnya musang jadian, bukan manusia sebab tu dia seboleh-boleh menghalang hatinya dari menyukai gumiho tapi at the last dia tak mampu halang lagi. At the last, hero ni terjatuh cinta dengan gumiho dan sanggup berkorban demi gumiho. Disebabkan konflik sorang manusia dan sorang lagi bukan manusia, pada penghujungnya, salah seorang perlu berkorban supaya salah seorang boleh hidup. Mereka perlu membuat pilihan. If you choose your partner to live, then you must willing to die. If you choose yourself to live, then you must faced you partner’s death. Soalnya siapakah yang harus hidup dan siapakah yang harus mati? Aku suka part ‘tarik tali’ diorang ni. Aku suka konsep diorang yang bila diorang masing2 sanggup berkorban antara satu sama lain demi memastikan orang yang diorang cintai terus hidup. Seboleh-boleh gumiho taknak hero tahu yang dia sanggup berdepan dengan kematian demi memastikan hero terus hidup. Same goes to hero. Pengorbanan diorang membuatkan hero 2nd sedar akhirnya gumiho berjaya menemui cinta sejati yang pada mulanya dia sangkakan hanya omong2 kosong dan angan2 khayalan gumiho sahaja. Dan pengorbanan hero yang sanggup mati (scene last2) demi memastikan gumiho berjaya menjadi manusia dan hidup membuatkan gumiho sedar yang cintanya berbalas dan dia tak berangan-angan kosong tentang itu. Sobs sobs sedih ok part ni. Sampai aku ternangeh-nangeh ni haaa.


In conclusion, cerita ni lain dari cerita korea yang lain. Aku sukakan keunikannya yang menggabungkan antara reality dan fantasi. Kalau korang mahukan sesuatu yang lain dan berbeza, boleh lah tengok citer ni. In fact, sebenarnya banyak aku nak ulas pasal citer ni tapi bila taip2 je panjang giler pastu tak reti nak tulis kasi pendek lagi last2 tinggal synopsis ni je haa. HAHAHA. Cerita ni agak kompleks untuk diceritakan sinopsisnya selengkapnya so kalau nak tahu kene tengok sendiri lah ye.


Ini caranya diorang dua greeting antara satu sama lain. Ala2 macam 'give me five'. Kene temukan jari hantu masing2 sambil cakap hoi hoi (versi comel).

Pasal OST, this song gonna be my top fav OST in this drama. OST ni bercirikan misteri dan akan muncul setiap kali lelaki non-human tu muncul. Dengar muzik je dah rasa misteri kan? Oh i really want this music instrumental (tanpa suara/vocal) tapi macam takde je unless dengar kat dalam drama je




p/s: Buat sesiapa yang tanya macam mana aku tengok citer2 korea yang baru2 yang belum masuk tayangan di Malaysia, you can ALWAYS watch it here >-- viikii.net or mysoju.com . Dan untuk pengetahuan korang, aku tak tengok online pun since aku jenis yang tak sabar nak tunggu video loading (lainlah kalau bukak2 terus dapat tengok like internet macam kat Korea or UK lah kan). So aku tunggu cerita tu habis siaran kat korea then aku beli je cd data dengan budak ni . Oh ye, kot la korang tak pernah tengok cerita korea or korang takut la kot2 citer ni tak menepati citarasa korang, bolehlah beli dengan budak tu. Korang boleh tengok cerita tu full sampai habis kesemua 16 episod dengan bayaran RM8 je. =D Cuma korang takleh pasang kat dvd biasa yang sambung kat tv tu la, just cd tu boleh mainkan kat PC or laptop je that’s why murah.hehe

4 voice out:

c.nad said...

neomu neomu chua!!!!
tak beli lagi dkt ana tu cite ni, but will buy... :)

Anonymous said...

huwaaaa detail nya explanation nadia! diya baca tak tinggal satu perkataan! hehe. yang intro nadia tu, baru diya faham nape gumiho terperangkap dalam lukisan (sebelum ni main tengok je).

suka sangat ep tengah2, sebab banyak cute moments diorang berdua. tapiiii, bila dah nak last2, setiap ep pun diya nanges! ouch. diya jarang nak sedih2 bab kapel2 nih, tapi tah nape la boleh terover sedih bila tengok diorang. wuwuwu

Nadia said...

naluvkpop: hehehe dah tgk dah? beli je la, murah and then boleh repeat banyak2 kali.=D

diya: tgk round 1st pun nadia tak faham sgt jalan ceritanya diya, tgk round ke 2 then teliti betul2 baru faham jalan ceritanya

betul2 diya!!! Nadia jarang menangis bab2 kapel ni untuk citer mana2 pun. Citer YAB dulu pun nadia tak nangis even scene sedih2 but this story really damn sad. Agaknya sebab melibatkan hidup dan mati kot dan tak klise that's why. Nadia pun rasa nadia ter-over nangis plak sebab diorang.huhuhu

c.nad said...

saye dh buat kan header tuk nadia... header gumiho...de check it dkt post gumiho tu in my blog ye...