Pages

Mimpi buruk


Pernah mengalami mimpi buruk?

Semalam aku mimpi dasyat giler. Dalam mimpi tu aku tak boleh rely on or tak boleh percaya sesiapa pun termasuk orang terdekat even family sendiri sekalipun. Mimpi yang aku tak boleh percaya orang lain melainkan diri sendiri. Ni bukan kes naya ke apa tapi macam aku tengah berjalan dengan orang yang aku kenal tapi tetiba orang tu bertukar jadi orang lain. Macam magic giler. Ala macam citer han-dot-dot-dot-tu, ko ingat kau tengah berjalan dengan someone yang ko kenal rapat abis la tapi sebenarnya itu adalah 'orang lain'.

Mimpi aku tu ala2 macam citer han-dotdotdot-tu bergabung dengan citer mafia gangster. Tak tau la eh yg mana satu tapi dasyat giler sampai aku tersedar dari tidur tu aku taknak tidur balik sebab aku takut mimpi tu datang semula.

Tak ingat sangat la mimpi tu tapi dalam mimpi tu aku sentiasa dikelilingi oleh orang2 jahat yang nak bunuh aku. Ada satu part tu kan, orang tu letak pisau betul2 kat leher aku je. Aku macam dah putus harapan dah tapi aku macam tetiba teringat nak mengucap dua khalimah syahadah (note:ini dalam mimpi. Dalam mimpi biasanya jarang kot ingat benda2 lain melainkan go on dengan mimpi tu je). Lepas je aku mengucap dua khalimah syahadah tu kan, tetiba orang tu tak berjaya bunuh aku. Sejak dari tu everytime aku rasa takut or everytime aku ditimpa bahaya (dalam mimpi tu) mesti aku mengucap. Masa tu kan aku BETUL2 rasa yang bila ditimpa dengan situasi yang amat sukar or situasi genting di mana aku tak boleh percayakan sesiapa atau tiada siapa2 untuk aku bergantung harapan, aku seolah-olah ada satu-satunya tempat bergantung yang boleh aku percaya. Itu yang aku simpulkan sebaik sahaja aku terjaga dari tidur.

Ada satu part tu kan, aku accompany someone ni. Tak tahu la sebab apa aku tetiba accompany dia padahal bukan kawan and aku tak kenal pun. Mungkin kebetulan kot. Maklumlah dalam mimpi memang banyak betul tiba2 dan kebetulan. Pastu budak tu masuk cyber cafe dah book 2 jam online tapi dia keluar dalam masa tak sampai 10 minit. Dia tak nak bayar la kiranya. Pastu orang yang jaga cc tu kiranya gangster dan mafia abis la, minta dia bayar tapi dia taknak. Dengan aku2 yang accompany dia terkena tempias sekali (sebab aku sekali dengan dia kan). Aku offer bayar tapi bayarannya RM25 satu jam (fuyooo, ingat lagi jumlah ni). 2 jam so RM50. Aku fikir, macam tak logik gila mahal camtu. Paling penting aku rasa pekes nak pi bayarkan pihak dia padahal aku tak kenal dia langsung. Aku taknak bayar la (walaupun tyme tu aku ada lebih dari RM50 masa tu), just sebab dia bukan kawan aku so aku rasa takde tanggungjawab untuk bayarkan dia plus harga kalau RM5 takpe la kan. Pastu korang tau apa jadi? Benda yang aku dah agak dah. Aku jadi mangsa buruan mafia n gangster2 tu. Macam bongokkkkk je aku rasa tau. Kesalahan orang lain, yang aku tak kenal, aku kene tanggung. Aku kene buru sampai lubang cacing.

Bila aku fikir2 balik, situasi ni ala2 macam kes ah long minta hutang. Minta secara gangster dan mafia kalau tak bayar dia akan buru sampai ke lubang cacing. Tapi bezanya kes ah long tu melibatkan orang yang pemiutangnya dikenali (sedara or kawan), ni kalau tak dikenali ni dapat bayangkan betapa tensennnya aku? Bila fikir2 balik, gambaran ni seolah-olah bermaksud yang jangan sekali-kali accompany orang yang kau takleh percaya.Aku bayangkan macam ni. Kau ni awek mat rempit la kiranya. Pastu tetiba bf ko rupa-rupanya bergaduh dengan someone. Di pertengahan jalan kau dan bf kau kene tahan pastu bf kau kene belasah dengan geng2 mat rempit yang lain pastu dengan title kau sebagai gf dia tu maka kau dijadikan 'tebusan' and the rest u will know the story goes around. Alahh, macam citer dalam tv tu. Aku macam takut je kalau aku terinvolve dengan someone yang berhadapan dengan situasi hidup dan mati yang macam aku selalu tengok dalam tv tu.

Err apakes la tetiba masuk bab ah long & mat rempit ni? lol. Biasalah kadang2 aku selalu tersasul ;P


p/s: Itu adalah salah satu contoh kes aku macam nak kene bunuh tu. Ada banyak lagi kes tapi aku tak ingat. Tapi serius rasa berdebar-debar sepanjang perjalanan mimpi aku ni.