Pages

Meneruskan tradisi

Sepupu aku yang kawen ni ialah lelaki ye

nota kaki: Gambar overload


Belah perempuan (Teluk Mas, Melaka)

apa2 hal pun letak gambar diri-sendiri dulu boleh? LOL


Kitorang sampai Melaka tengah hari (majlis nikah terus) pastu lepak2 pergi apartment.Pakcik aku (ayah sepupu aku yang kawen tu) provide apartment untuk bermalam. Yang ni bos pakcik aku sponsor so kitorang semua takyah bayar. Bos pakcik aku ni Datuk. Selain sponsor berapa buah apartment tah untuk kitorang rombongan belah lelaki bermalam(aku rasa dalam 4-5 buah), dia jugak sponsor pakej berbulan madu ke oversea kepada pengantin@anak pakcik aku ni. Fuh best betul dapat bos baik macam ni kan.

Apartment itu adalah sangat best!!! 3 bilik tidur 2 bilik air FULLY FURNISHED. Sofa ada, tv ada, meja kopi ada, meja+kerusi makan pun ada. Bilik tidur semua ber air-cond dan dilengkapi dengan almari baju dan katil+selimut. Pendek kata accommodation sebijik macam kat hotel. Tapi bezanya ini macam apartment. Lagi baguslah daripada hotel (takyah compare dengan hotel yang harga over RM500 la keyh.LOL)






Malamnya pergi sana (rumah pengantin perempuan) untuk majlis berinai.





Tengok fesyen tudung nana. Aku yang buatkan.hehe. Nana ni katanya nak ber-shawl, tapi takde@tak bawak shawl. Camno tu? Dia bawak tudung bawal hitam yang manik kilat2 tu je. Makanya aku pun amik la tudung bawal tu and belit2 la sampai jadi seakan-akan shawl.

Special sikit 'shawl' ni sebab bahagian muka ada manik.Sesungguhnya nana amatlah berterima kasih dengan hasil tangan aku dan sentuhan magic (konon) menjadikan tudung bawal kepada shawl. Kihkihkih. Aku kata dengan nana, fesyen is art and need ur creativity (sejak bila aku pandai berfalsafah??). Proses tak penting. Yang penting hasilnya. Pandai2 la ko buat macam mana2 pun biarpun prosesnya kelihatan sedikit pelik dan tak logik asalkan hasilnya tak kelihatan pelik, nampak kemas depan dan belakang kira ok lah kan. Act aku main hentam belit je tu. Mula2 macam pelik je style aku belit ni last2 tengok hasilnya menjadi jugak. hoho..



Pastu esok tengah harinya kemas2 barang untuk balik terus. Pergi majlis persandingan yang belah perempuan tu then balik KL terus.




Ala, serius nothing special kot so tak banyak nak citer.

Melainkan sesi fotoshoot-konon2-aku-dengan-nana di waktu petang


LOL

Tak boleh blah berposing sakan. Wakakakaka


Konon je la ni. Saje je nak feeling model kejap. Layankan aje la eh.
p/s: Nana kata kalau nak feeling model, amik gambar tapi mata tak pandang kamera. LOL

Sorry, aku tak berapa nak amik gambar pengantin di majlis persandingan belah perempuan kat sini.hoho. Aku makan je tau. hahahah

Belah lelaki (Klang, Selangor)



Waaaa. Hijauuuuuuuu. Pearl Light Green. Warna official SS501 dan of course mengingatkan aku dan nana dengan SS501 ;p

Since hijau warna tema maka ramailah sanak saudara pakai warna hijau. Aku je tak mengikut tema. hahaha

Sementara tunggu pengantin nak berarak, kitorang lepak kat masjid kejap (betul2 depan rumah pakcik aku) dan ber shoot-ing. HAHA

sepupu(nazira), aku dan nana. Aku punya headband bunga2, nana punya pulak love2. Ingat orang free hair je boleh pakai headband? hoho. Fungsi lain headband ni ialah since ianya getah, ia sedikit ketat dan mencegah rambut2 bahagian depan aku terkeluar dan menetapkan kedudukan inner syria cotton yang pakai ni (ye aku tetas sikit so sebab itu ia longgar dan berpotensi untuk 'bergerak-gerak')

takyah perkenalkan, semua reader kenal lah kan?

nana

Lain2 gambar

Dah habis majlis. Tyme cabutan bertuah (belum lagi upacara simbah air dan sapu arang) sebab tu aku rilek je landing kat khemah siap bergambar semua.

dengan nana. Fesyen apa tah yang aku buat kat dia ni. Fesyen hentam kromo. Ingat nak buat macam yang aku buat masa belah perempuan yang tudung-bawal-hitam-belit-biar-nampak-macam-shawl (macam masa majlis belah perempuan, sila rujuk gambar majlis belah perempuan di atas) yang dia suka style tu tapi memandangkan ianya hentam kromo, aku tak ingat aku belit style lagu mana last aku belit2 yang ni camni jadinya. Tak sama pun takpe lah eh nana.heheh

Tradisi family kitorang (belah mak aku)pelik sikit. Bukan tradisi pun tapi ini dilakukan secara suka-suka dan turun temurun. Acara ini dilakukan setelah majlis tamat (kiranya masa time tengah berkemas-kemas la).Syaratnya, pengantin dan pihak keluarga haruslah sporting (dan telah diberitahu lebih awal tentang acara ni)




Pengantin disapu dengan arang (diambil dari buntut kuali kawah)




dan kemudian disimbah dengan air lebihan basuh pinggan. Kadang2 left-over makanan yang orang ramai makan tu diorang amik dan campur sekali. Tu yang warna air tu lagu tu..Aigoo, ottokeh, sesiapa kahwen pun mesti akan menghadapinya. Unless kawen kat dewan. Masa tengok benda ni kan, adik aku telan air liur, senyum pastu cakap dengan aku “Kau macam mana ni angah, sanggup ke mandi dengan air tu? Takyah kawen la angah” Serentak kitorang gelak kuat. Aku jawab, alaaa apa susah, kawen kat dewan sudah. Celah mana nak main simbah2 air kan.wakakaka *gelak bijak*


Setelah itu air (air kosong, air paip) budak2 lelaki pakat2 letak dalam baldi dan disimbah secara random dan dilempar ke seluruh khemah. Sesiapa yang tengah duduk2 rilek kat khemah masa tu takkan terlepas la. Dasyat gila. Dah la aku bawa handphone ok. Terlupa nak tinggalkan hp kat bilik. Basah kang hp aku (aku takleh imagine kamera DSLR official photog macam mana). Time ni aku sempat lari masuk rumah. Haha. Sesi ni kan berulang-ulang setiap kali orang kawen so semua dah tahu awal2 so tukar baju basahan la siap2. Takde la nak sentap baju lawa2 basah kuyup.LOL. Macam budak bawah ni. Abis basah kuyup. Baju kurung plak tu. Tu laaa, apasai tak tukar baju awal2.




Selepas itu acara ‘sapu arang’ kepada semua sanak saudara terdekat (yang bertaraf dewasa sahaja. Budak2 tak dilayan.LOL). Ketuanya of course abg faizal, sepupu aku merangkap abang pengantin lelaki. Biasanya arang akan disapu ke muka family terdekat sahaja. Mak sedara, pak sedara dengan sepupu2 memang takkan terlepas la. Family jauh tak kan disapu sebab bimbang akan cepat sentap.LOL. Aku sebenarnya takde lah takut sangat kene sapu arang ni cuma aku fikir selagi boleh lari, aku lari (kalau dah lari pun kene jugak , redha je lah kan). But ottokeh? Aku dengan nana kan ala2 bijak sikit. Berjaya melarikan diri. Muahaha. Aku rasa advanture gila main lari2 ni rasa cam seronok pulak sebab tu aku lari. Rasa macam dalam situasi perang atau macam dikejar oleh penjahat. hahah. Seronokkkkk. Macam main nyorok2. Nyorok dalam toilet la (last2 mak aku citer yang diorang tahu ada orang nyorok dalam toilet Cuma tak tahu siapa), nyorok kat rumah kak Diana la (belakang rumah pakcik aku), Padahal abg faizal dah aim kitorang dah awal2. Sampai last2 bila dah abis sesi main arang tu, terserempak dengan dia terus dia cakap “Oooo, pandai korang lari eh”. Aku senyum2 la. Cuba lagi tahun depan ye. Eh tahun depan takde sepupu aku kawen kot, tahun lagi satu.LOL. Jom tengok gambar orang-kene-sapu-arang yang sempat aku snap





Mak aku dengan mak induk (kakak mak aku). Hehehe. Ni je sempat aku snap. Sebab keadaan sungguh tak selamat aku rasa, huru-hara dengan air simbahan dan upacara sapu arang. So selagi boleh dan ada peluang lari, lari jelah kan ;P

Selagi belum habis upacara sapu arang ni, semua dilarang untuk membersihkan, sebab akan disangka belum terkena dan arang akan disapu sekali lagi. Pernah jadi masa kawen sape tah sepupu aku bersihkan muka cepat sangat so dia kene dua kali sebab disangka belum kena lagi. hahhaha.



p/s: Nampak tak shawl coklat yang aku pakai untuk majlis belah lelaki tu? Tu shawl Arab manik ke apatah nama dia (update: Nama shawl tu ialah shawl crumple anting-anting) .Shawl ni baru nak popular tapi belum over-popular macam tudung ekin tu (sekarang dah ada tudung Rozita Che Wan pulak da. Macam2 kan? haha). Shawl ni ada manik besar bahagian hujung dan berkain cotton. Pastu dia macam style kedut2, tak payah gosok pun takpe (aku tak gosok ok?haha). Currently i loveeeeeeee that shawl. Neomu neomu neoumu chuaa. Sangat suka sebab ianya cotton dan selesa dipakai plus suka manik besar kat bahagian hujung tu. Lepas ni akan membeli shawl itu secara pukal. hahaha. Mari ramai2 serang Jalan TAR sebab ianya dijual RM10 satu helai pun dah boleh dapat kalau pandai tawar-menawar mak aku cakap, murah kan murah kan. Kan online shooping paling murah pun RM16-RM17 yang aku jumpa.

5 voice out:

Fay said...

nadia headband yg nadia pakai tu lawa la. serius suka gila bila tengok.

wuwuwuw. kat jalan tar semua barang murah2. mau boleh berhabis banyak kat sane. shopping x kan nak ingat dunia la. :D

Anonymous said...

oh my myyyy, this is the best ulasan wedding (yang diya pernah baca) ever! haha unik gile tradisi keluarga nadia. tak pernah kot diya pegi majlis kawen/baca/dengar orang cerita pasal majlis kawen buat tradisi lagu ni. serius unik.

tapi, part yang kena simbah dengan air basuhan pinggan tu, ya rabbiiiii. masa baca part tu, terus diya ter euwwwww haha. kaler air yang disimbah tu kelihatan begitu lazat sekali! tak sanggup oh. kalau sapu2 arang tu leh tahan lagi, kena simbah tu tak tahan. kalau diya yang kena, comfirm mandi bunga 4 hari 4 malam haha.

baca cerita nadia ni pun, dah terasa fun. apetah lagi kalau ade di tempat kejadian. thanks for sharing ;)

ps:comel lah gaya tudung nadia n nana ^-^

Nadia said...

fay: murah je headband tu fay. Satu RM5. hehehe. Aah, jalan TAR syurga tudung/shawl kot. Macam2 ada kat sana and mostly murah2 =D

diya: Diya nak tahu, air basuhan pinggan tu sikit sangat 'kekotorannya' so left-over makanan orang ramai yang dalam tong sampah tu yang diorang kutip n campur sekali dalam air tu (i saw with my own eyes, masa tu memang rasa euwwww la). LOL. Air sambal belacan pun ada sekali (sambal belacan ni sepatutnya dah buang awal2 sebab 2 hari lepas punya tapi abg faizal ketua acara ni simpan senyap2 untuk acara ni.). Pengantin kata abis pijar rasa muka diorang.hoho, memang yarabbi lah kan

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Akak rasa akak lah orang yang paling melas nak berfesyen... akak suka sebenarnya tengok orang berfesyen, pakai shawl lilit sana lilit sini pastu pakai headband comel2.. tapi disebabkan akak malas nak keluar pegi beli semua2 tu dan juga malas nak beronline shopping, jd lah akak kalau nak kuar je gi korek almari ibu tgk mana tudung dia yg best di pakai..

MIAHAHA

jadilah macam fesyen macik2 (T_____T)

aemynadira said...

Hi there, I've just finished reading your blog post. I appreciate your way of introducing this subject in a nice way.
You can see some interesting post here also: http://aemyifo.blogspot.com.
Kindly follow it. ^^