Pages

Update

Susah kan kalau dapat bos yang tak berapa memahami? Siang tadi aku menadahkan telinga dengar senior chemist aku komplen tentang manager kitorang. Ada ke pump ICP rosak dia salahkan kitorang? Aiyoyo, serupa kalau kau sakit pastu tanya doktor "Doktor, kenapa saya demam doktor?" Doktor nak jawab apa? Sebab awak dah memang nak demam so demam la nak sebab apa lagi?

Kitorang rasa sebab ICP run overload. Ada kemungkinan tak cepat rosak? Entah, aku teka je. Tapi ada kebaikan jugak la rosak sana sini, error sana sini. At least aku dapat belajar something dari engineer machine tu. I mean sort of troubleshoot dan macam mana nak overcome troubleshoot tu. Ada sekali tu tiub tersumbat, aku pun apa lagiiii main hentam je potong & sambung sana sini sekali engineer tu tengok kagum ok. "Ni sape yang sambung ni?" "Saya, kenapa? Salah ke? Kitorang takde tiub spare yang jenis macam ni so saya main sambung je bla bla bla" Aku tak ingat dia jawab apa tapi dia tergelak dan macam tak percaya otak aku boleh terfikir nak buat sambungan wierd tapi berfaedah tu. LOL. Wierd ok. Sambungan macam apa je . Takpe, asalkan air boleh lalu tiub sudahhh peduli apa tiub tu rupa macam tak siap ke apa ke. hahaah.... Aku mengikut kata pepatah "Gunakan sumber yang ada"

Yang peliknya sejak kedatangan senior chemist aku tu (dia lewat masuk sebulan dari aku) ada jeeeee equipment yang rosak. Let me make a list. Mula2 PC rosak. Lebih kurang 2 minggu baru boleh repair. Lepas tu ICP rosak. 2 minggu lagi masa nak repair. Total=1 bulan aku goyang kaki. Pastu alat penimbang plak rosak nasib baik yang ni kejap je satu hari dah elok. Pastu Boil mill plak rosak (alat nak hancurkan sample jadi serbuk). Pastu baru2 ni pump pulak rosak. Aiyoyo.. Tau senior chemist aku kata apa? "Kenapa ye semua barang pun rosak. Lab ini ada hantu ka?"

Senior chemist aku tu dah tua so tau2 je la mulut dia kalau mengkomplen macam mana kan. Aku layannnnnkan aje la. Aku ok je kalau orang tu tak kacau aku. Sekarang manager aku tu takde la direct kat aku sbb apa2 pun dia direct dengan senior chemist so apa2 dia la yang kene. Kene bambu ke apa ke. Ada ke belum confirm lagi berani dia amik cuti sampai 3 hari selama 3 bulan keje? Aku yang keje 4 bulan ni pun baru amik cuti 1 hari je (27/8 untuk event ehem ehem, cuti awal sket ;P ). Itupun selepas confirm baru aku amik cuti. Ayah aku pesan, selagi tak confirm jangan buat hal. Contoh buat hal tu adalah 'amik cuti'. So konon2 kalau demam pun nak keje la ngehngehngeh terlebih rajin plak. Senior chemist aku tu kata dia amik cuti sebab anak dia sakit. Sekali masa dia cuti, manager telefon "Miss XXX ni tiap2 kali pun anak sakit meh?" Aku jawab "Mana saya tauuuu" hahah tanya aku plak, macam aku ni sedara dia. LOL





Ni rupanya manager aku.

Perghhh kalau dapat manager camni, aku pun gerun jugak. Garang ok! Errr ada rupa macam Edward Cullen? Sudah tiada perasaan pada Edward Cullen dah sekarang. Tahniah nadia! LOL

p/s: Sebenarnya banyak nak cerita pasal bos aku ni. Berkobar-kobar nak cerita tapi bila depan lappy tak tertaip pulak. HAHAHA.

1 voice out:

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Haih lah bosssss.. kenapa le macam tu.. Huhuhuhuhu.. Boss is always right when he is right.. hahaha..

Takpe lah sabar je kannn...

Bos, kalau benda tu dah nak rosak, dia rosak gak.. hihihihihi..