Pages

Look like...

Look like ada orang telah, akan dan mungkin salah faham dengan status aku semalam. Act 'lie' yang aku maksudkan tu bukannya 'lie' dari erti kata sebenar. Oh apakah ayat aku berbelit?

'Lie' tu bukan dari segi status aku ok. Semua status2 aku benar2 belaka takda lie2 ni eh eh. Orang psiko je yang akan menipu di FB mahupun blog ni (ehem kak yonna, teringat kat kes 'chime model' dulu tu. Kecoh jap saentro dunia blog masa tu. hehehe)

Maksud aku 'lie' tu lebih kepada 'hide something'. Gitu lah lebih kurang. Contohnya macam ni la. Kau nak cakap sangat2 ada satu benda ni tapi atas sebab2 tertentu kau seolah-olah tersekat untuk taip kat FB maka kesudahannya kau taip update status kat twitter je. Padahal boleh kata 70% orang kau kenal ada kat FB dan 99% orang yang kau tak kenal kat twitter. Tapi kau pilih medium twitter untuk 'bercakap'. Kau pilih orang yang kau tak kenal untuk bersuara dan suarakan apa2 yang aku rasa. Faham? Kalau tak faham, sila sign up akaun twitter dan cuba update apa2 status kat situ. Follow some people and get follower too, then u can feel it. Sure kau akan rasa 'lie' yang aku maksudkan. Lepas tu bersedialah, sebab pastu sure nak tengok 'home FB' pun tak lalu dah.

Aku rasa orang yang ada twitter je kot yang faham apa yang aku nak sampaikan. Dan aku tak rasa status2 orang yang 'like' status aku tu pun menipu dalam statusnya. Diorang 'like' sebab faham apa yang aku nak sampaikan di sebalik ayat aku tu. Hey cuba berfikiran terbuka sikit dan jangan judge@tafsir directly dari apa2 yang kau baca. Tambah2 lagi kalau kau sendiri pun tak faham apa benda yang kau baca. Ok bye.

p/s: Dulu sign in twitter dengan niat stalk artis je. Artis malaysia+korea. Sekarang semua artis2 yang aku follow awal2 dulu semua aku dah delete@unfollow dah. hahahah. Sebab artis, niat nak stalk tu ada walaupun tak minat mereka pun. Sekarang, semua yang aku tak minat telah aku delete semuanya. Weee. Ada tinggal beberapa ketul je, yang aku betul2 minat dan ada je sorang dua yang aku takde la minat pun tapi saje je follow.hahah. Yang lain2 aku follow boleh kata 98% aku tak pernah bertentang mata, kenal online je but we always keep contact each other well. Dan sekarang twitter dah jadi medium rasmi untuk aku bercakap seorang diri *potong riben* hahahahaha

p/ss: Lagi satu kelebihan twitter ialah. Kau nak update status setiap dua minit pun takde sape bising. Hari2 update status 20 status satu hari pun takde sapa heran. Cuba kau buat macam tu kat FB tengok berapa ramai yang bising@respon.

p/sss: Dari apa yang aku perhatikan, kebanyakan orang yang aku follow kat twitter ni (yang juga frenlist aku dalam FB jugak) update twitter lebih kurang 10-20 status sehari. Tapi update dia kat FB boleh kata dalam seminggu, satu je update status dia . Kalaulah FB tu boleh ada sawang dah lama bersawang dah. hahaha. Ada kadang2 tu mak aih, satu bulan sekali kot update FB padahal kat twitter everyday ada update dari dia.

1 voice out:

Anonymous said...

oh saya like status akak sebab saya memang betul2 like haha. tade tipu2 nih. by the way, ape twitter Kak Nad? mau follow jugak ah :D