Pages

Fakta (1)



1) Tak pernah naik motor/membonceng motor dengan lelaki selain ayah aku. Lelaki yang aku maksudkan termasuk la kawan, sepupu mahupun bf sekalipun (ewaahh, pernah plak aku ada bf kan). Ok, kata saja aku kolot, aku tak kisah. Bukan kerana memikirkan pandangan orang atau apa. Aku sendiri pun tak mempunyai apa2 tanggapan dengan girl yang naik motor dengan lelaki. It’s just dalam diri aku sendiri rasa tak selesa. Pernah sekali aku kerja kene balik malam kul 8 camtu. Pastu aku telefon ayah suruh amik sebab tetiba rasa macam takut jalan malam2 ni. Pastu ayah aku tetiba tak boleh amik ada kenduri kat rumah jiran. Ada ke ayah aku suruh sepupu lelaki aku yang amik? Dah la sepupu aku yang tu ‘something wrong’ sikit. Tak perlu la aku jelaskan something wrong tu dari segi apa sebab nanti jadi panjang berjela plak entri aku ni.


Pastu sebaik sahaja ayah aku cakap nak suruh sepupu aku tu amik (guna motor) terussssss aku cakap tak payah, aku boleh balik sendiri. SORANG-SORANG DAN JALAN MENGGUNAKAN KAKI ok. Dah la malam2+jalan sunyi ar. Aku cakap dengan ayah aku balik dengan jiran aku yang kerja sekali (padahal jiran aku tu dah balik dulu dah). Menggambarkan betapa tak nak nya aku naik motor dgn sepupu aku tu. Aku beranikan diri jugak redah. Debar ok sepanjang perjalanan tapi aku beranikan jugak macam2 mana pun aku takkan naik motor dengan sepupu aku tu. Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat, takde orang culik aku pun. Aik? Haha tak abis2 fikir ada aorang nak culik aku macam la aku ni anak Tan Sri kan.


2) Jarang menipu or orang panggil tipu acah-acah. Aku tipu kalau terdesak giler je. Contoh kalau masuk lambat dalam lecture pastu lecturer tanya kenapa lambat, aku tipu2 la kata bas yang amik lambat. Kadang2 aku cakap bas takde. Wakakaka. Boleh terima alasan tu? Padahal kelas kul 2PM , keluar pukul 1:45PM pastu jalan kaki ke tempat bas dah makan masa 5-10 minit pastu berangan nak sampai kelas pukul 2 tepat. huahuahua.... Memang tak la kan!


Ok, tutup cerita pasal tipu untuk selamatkan diri a.k.a tipu sunat (aku bagi sendiri istilah ni). Kalau keadaan biasa2 atau orang tanya secara random atau secara direct, aku tak kuasa la nak tipu2 ni. Kalau aku tak nak beritahu apa-apa, aku takkan tipu tapi aku just rahsiakan je ataupun tak bukak cerita. Tak kisah la orang nak cakap aku suka berahsia ke apa. Justeru itu (tu diaaa keluar dah word skema), aku macam …. ????(tak tahu nak describe perasaan apa) dengan orang yang asyik cakap aku tipu tipu tipu. “Tipu lah.. Cakap la betul2” atau “Yekee..Cam tak caya je” ataupun “Biar betul? Tak caya lah”. Tak percaya sudahhh. Aku tipu betul2 kang.


Entri ini disudahi dengan video yang tak berkaitan dengan entri.



Love Ya by SS501. First time tengok video ni aku macam terpaku dari awal sampai akhir. Tak tahu kenapa. Aku rasa mungkin sebab muziknya kot. Muzik catchy yang berjaya diblend-kan dengan balada secara well jadi hasilnya tak berapa catchy, tak berapa balada. Yang pasti aku suka muzik intro dengan muzik paling last sekali. Lepas tu aku macam tertarik dengan pergerakan2 diorang dalam MV ni (padahal before ni belum lagi aku attracted dengan grup yang berasaskan tarian atau menari2 dalam MV). Pastu aku suka part diorang sebut "Baby let me love ya love ya love ya". Mungkin jugak sebab semua serba hitam yang aku rasa macam cool je . Mungkin sebab camera angel diorang nampak macam MV ni cool. Mungkin jugaa…wah banyaknya kemungkinan! Yang pasti pasti aku tak tahu kenapa aku suka MV ni. Semua sebab bergabung jadi satu boleh? Hahah. Lagu & MV ni menambah senarai wajib ulang along with lagu Love by CN Blue dan lagu bercirikan sweet Love Light by CN Blue jugak. So far buat masa sekarang tiga lagu ni je 'stuck' dalam kepala aku sekarang. Hehehe.

edit: terbaca news pasal isu plagiat2 bagai ni, kononnya SS501 plagiat lagu Michael Angelo (tajuk:Let Me Love Ya) dan akhirnya terjawab oleh komposer lagu itu melalui emel di sini yang ianya demo version. Orang hack email dia pastu sebarkan di youtube. Apa lagi youtube, jalankan tugas anda seperti biasa pergi delete video tu. Oh ya, ini link lagu yang versi english (demo tu). Kalau link itu masih available dan jika ianya belum didelete. SS501 fighting!! *tetiba minat diorang sejak dengar lagu Love Ya ni.


4 voice out:

fndrocka said...

aku tipu orang tak suka..tapi suka kena kan orang.hahaa.kalau tipu tu niat nya tak baik..'kena' kan orang niatnya nak bergurau.

kalau tipu oensyarah tu niatnya nak selamatkan diri..takda sapa yg dapat susah pun.kan kan.huhu

Latest Entri : Rumusan Lagenda Budak Setan

Fay said...

love ya best!! haihh mcm2 la isu plagiat ni. haihh. :(

Anonymous said...

Nadia, diya pun sukaaaaa lah sangat dengan Love Ya tuh. Rasanya dah ulang dengar dalam pat ratus juta kali kot, hihihi

en_me said...

nak komen yg atas tewww.. uhuhu