Pages

nadia dan interview....

Notakepala: Entri ini panjang.Kalau takde masa, baca yang PALING BAWAH sahaja okay.Penting tuh….ahahahaha

Dari dulu nadia memang tak suka dengan interview. Kalau lah kat Malaysia ni ada persatuan ‘antiinterview’ dah lama nadia daftarkan diri. Sebenarnya nadia berhajat nak pergi bakti siswa ujung tahun ni(sebelum ni keadaan sangat tak mengizinkan). Tiba-tiba ada interview pulak. Aik? Apa kes bakti siswa ada interview? Nadia tak pernah dengar pun selama ni dan bakti siswa tahun sebelumnya. Apa-apa je la… Dan…Nadia tak lepas interview tu. kihkihkih…Aik nadia ni? Apa kes plak gelak2? Bukan sepatutnya kene kecewa ke? Bukan sepatutnya kene ketuk-ketuk dinding ke? Bukan sepatutnya kene guling-gulingkan diri ke? Bukan sepatutnya…Kih kih kih kih..Well@peluk

Sebenarnya dari dulu lagi nadia sangat tak suka interview. Dulu, UTP ada buat offer untuk pelajar mrsm masuk UTP dengan result Percubaan SPM je(tyme tu belum SPM lagi). Kira masuk awal drpd biasa. Nadia minta dengan kawan2 nadia untuk chemical engineering. Alih-alih nadia sorang je dikalangan kawan baik nadia yang terpilih. Nadia takut nak pergi interview sorang2! Boleh pakai tak alasan tu? Err..sebenarnya nadia agak segan nak pergi interview tu. UTP interview kitorang by group(sorang2 masih boleh dimaafkan).Lagi la nadia segan. Dahla orang lain yang berjaya dipilih untuk di temuduga tu agak mantap resultnya.Kebanyakannya muka2 yang biasa dapat Sijil Anugerah Pengetua a.k.a SAP tiap2 sem*rendah diri seyhh*. Pastu kene cakap English pulak (farah mesti terer bab nih.heheh).. Adoo..tyme tu dah la english nadia tak berapa fluent, nak pulak memalukan diri dengan pegi interview tu. Kalau nadia tergagap-gagap sape susah? Nadia dan keluarga nadia jugak. Pastu pegi interview tu plak kene pakai baju blazer(dress up sebijik macam BWP a.k.a Badan Wakil Pelajar kat skool tu). Malu woo! Smart sangat. Nanti kat perhimpunan sure2 banyak mata yang tengok dan akan ada suara-suara yang sumbang mengatakan “Aik,nadia yang tak pernah dapat SAP ni pun nak interview UTP jugak ke?” Sape malu????? Ini jawapannya=Nadia dan keluarga nadia jugak..

*Siji Anugerah Pengetua=sijil yg diperolehi kerana dapat pointer atas 3.5 dalam mana-mana sem. Sebenarnya itulah satu-satunya sem yg nadia lepas 3.5 pun

Kesudahannya nadia pergi jumpa cikgu kaunseling untuk potong nama untuk ditemuduga. Kira cancel la. Memang kene bebel abis tyme tu. Tu tak campur lagi bebelan dari ayah nadia. Bla bla bla. Terpaksa tadah telinga.

Masalah di atas dapat diatasi sket2 sekarang =) tp skg ni nadia ada massalah lain pulak.

1) nadia tak boleh la ditemu duga oleh orang yang nadia kenal. Serta merta nadia akan jadi tergagap-gagap dan percakapan tak lancar. Ayat jadi tunggang-langgang dan jawapan tidak akan diberikan secara rasional. Tak boleh nak fikir logic atau tidak jawapan itu. Langgar je. Jadi gelisah. Tah apa-apa tah.huhu..Berbeza kalau ditemuduga dengan orang yang nadia tak kenal langsung ,laju je cakap dan jawapan boleh difikirkan dari segi kelogikannya. Apa kes kalau dah kenal nak interview pulak?? Dia mesti tahu serba-sedikit tentang diri kita so kenapa nak tanya2 lagi pulak but I know its procedure. Tapi nadia susah nak terima. Sebenarnya macam ni,nadia tak suka sebarang aktiviti yang mempromotekan diri (kalau promote barang@benda lain nadia suke!). Nadia tak pandai nak promote diri. Serius cakap. Selama hidup ni belum pernah nadia promote diri kat sape2 (except kalau just main2@gurau). Malu woo! Tapi kalau tujuan untuk memohon pekerjaan nadia terpaksa gagahkan diri. Nama pun terpaksa kan. Bukan dengan kerelaan diri. Tapi takpe kot sebab mereka bukan kenal nadia,so jadi tugas nadia untuk memperkenalkan diri. Kalau dah kenal, apa kes nak tanya-tanya itu ini? Dia mesti dah dapat tengok kelebihan dan kekurangan diri kita sket2..

2) nadia tak boleh diinterview oleh orang yang jauh di sudut hati nadia dapat rasakan dia tak suka nadia(rasa je tp tak sure) .Lebih2 lagi kalau dia ada tanggapan yang tersendiri (tanggapan yang tak besh la kot) terhadap kita yang sukar diubah. Betul atau tidak sebenarnya tanggapan itu dia tidak ambil kira janji dia rasa tanggapan dia betul. So, kalau kita cakap benda bertentangan dengan tanggapan dia tu rasa-rasanya dia boleh terima tak? Mesti dia akan kata “Poyo la pulak budak ni. Kletung kletang kletung kletang. Cakap nak lebat...” So,atas sebab ini membawa kepada statement di bawah

Kalau nadia nak cari keje,nadia kene cari kat tempat takde orang yang kenal nadia la. Baru lancar interview. Nadia pernah terfikir macam mana ditakdirkan suatu hari nanti nadia nak interview keje tiba-tiba orang yg bakal interview nadia tu seorang yang nadia kenal dan ‘nadia tak berapa baik’ pulak. Fuh,nadia cabut lari keluar dari bilik interview itu serta-merta okay!! Anda jangan tak percaya tindakan yang bakal nadia ambil itu. Burn pun burn la. Nadia sanggup cari keje kat tempat lain! Pelik bukan?

*sebenarnya bukan nadia sorang yg macam ni. I’ve find sorang my fren ni yg mempunyai pendapat dan pandangan yang sama dengan nadia =)

Pesanan dari empunya blog : kalau sape2 nak offer keje untuk nadia (apa-apa pun bantai je) tanpa perlu menghadiri interview, inform kepada nadia cepat2! Sure nadia tak tolak punye…betul, nadia serius ni! hehehehe.. Aish, buat iklan minta keje la plak kat blog nih…OK la tu,normal apa... Mahsyar lagi power ! Siap buat iklan Bersamamu(TV3) minta derma ihsan lagik kat blog dia*still don’t believe it*. Wakakakakakaka!!!!!!!!!!!


@guling

13 voice out:

Thenadi said...

series x pernh di interview. mcm mana agaknya nak cercakap tah. kalau dlm bm aku bule goreng agy. tapi kalau dlm bi. duh~ pulak yg interview hensem plak. lagi ah. haha

teddi said...

hai salam kenal
jgn gubra sudah

Nadia said...

eclipse>--- betul2! kalau dalam bm masih boleh digoreng(sampai hangus pown takpe).huhu..ensem? aku pown gelabah!kahkahkah

utopia>---salam kenal too..thats the fact..trying to solve it actually =)

Anonymous said...

tu dah lama la..
ingat semua orang da lupa..
hahah..
jangan..
tu berkesan tu..
tak caya cuba..hehe

farah, s. said...

alala... fobia ngan interview ek? hehe..rasanya ramai yg tak suke interview. kalau boleh, xpyh interview2, dpt keje terus..haha..

Anonymous said...

alahai. skang sume kena interbiu, cik nadia. nak kawen pun kena interbiu jugak kan [masuk minang], inikan pulak nak dpt keje. huhu.

Nadia said...

mahsyar>--- berkesan? takpa nanti aku try.hahah
farah>---betul2.heheh.interview tu macam bilik gantung plak rasanya.haha
diya>--- interview tang tu takpe..hehehh

farah, s. said...

haha..bilik gantung?? xdela sampai mcm tu kot..ngeee

Anonymous said...

farah>---kih kih kih

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nadiah Suhaidi said...

interview? gegegege (ketar2)

*adekah semua org nama nadia/nadiah takot di interview?* hehehe..

Anonymous said...

hikhikhik..interview minang tu sy xgabra...hahhaha..

Nadia said...

nadxoxo>--- hehehe..agaknya la kan..kekek

sya>--- wah,tak tahan sya!wakakak..elele..ye la tu =p