pic: Kredit to : this blog
Bukan senang untuk menjadi baik. Dan 'baik' bagi pandangan manusia sesungguhnya berlainan dengan 'baik' bagi pandangan Allah. (Versus, Hlovate)
Bukan senang untuk meninggalkan apa yang kita suka. Tambah2 bila ianya dah sebati dengan diri kita. Sangat sakit. Tapi demi untuk kebaikan, terpaksa la hadapinya jugak. (Versus, Hlovate)
Ulasan: Aku tertarik dengan olahan Hlovate untuk istilah 'baik' ni. Bagi pandangan watak, memakai tudung labuh, menutup aurat, solat tak tinggal etc etc dan berubah sikap menjadi baik daripada sifat nakal kira dah cukup baik dah. Namun bila ditakdirkan dia menemui sesorang yang jauh lebih 'baik' daripadanya (yang dulunya tergolong dari golongan2 'tak baik' dan berubah menjadi 'baik' sebab perempuan tu) membuatkan dia agak terkesima di situ. Dan dia merasakan dia 'jauh berbeza' dengan orang berkenaan. Yang mana orang berkenaan dahulunya pernah dia sifatkan tak layak untuk menjadi calon suami dia. Kini dia merasakan dia pulak yang sebenarnya tak layak untuk lelaki itu. Dia hanya baik bagi pandangan manusia sahaja sedangkan lelaki itu baik bagi pandangan Allah =)
Errr..faham tak ulasan aku? hahaha. Tak faham silalah beli buku tu ye. InsyaAllah banyak pengajaran yang boleh kita dapat melaluinya ;)
p/s: Kepada sesapa yang nak dapatkan novel2 Hlovate ni boleh ke laman web Jemari Seni untuk beli secara online. Pandai2 lah baca proses nak beli camne ek, aku bagi link tu pun cukup baik dah. hahaha. Kalau nak beli cara lain bolehlah ke kedai buku MPH. Tu pun kalau ada tapi setahu aku novel2 dia ni selalu cepat sold out. hehehe
Masih bersiaran
4 years ago
0 voice out:
Post a Comment