Pages

Selamat Hari Ibu

14 Jan 2007

Aku melihat mak terlantar di katil ICU dengan wajah berselirat dengan wayar2.
Aku diberitahu oleh doktor nyawa mak 50-50.
Aku menangis meratapi nasib yang belum tentu.
Aku mula membayangkan hidupku seterusnya tanpa mak disisi.
Sumpah, aku mula memahami erti kehilangan.

Hari ini. 8 Mei 2011

Aku melihat mak dihadapanku
Sedang tersenyum sama seperti dulu
Seolah-olah peristiwa 14 Jan 2007 tak pernah terjadi.

Selamat Hari Ibu mak.

Terima kasih Allah kerana membenarkan ibuku berhidup sehingga ke hari ini. Terima kasih kerana mengabulkan doaku 5 tahun lepas.

Kadang2 kita hargai seseorang tu bila kita mula terasa kehilangannya kan?

=)

3 voice out:

Anonymous said...

selamat hari ibu, Kak Nadia! haha. :D

farah, s. said...

farah ingt lagi, antara entri terawal blog nadia adalah pasal mak nadia. sedih sgt baca :(

c.nad said...

bru bc your entry yg psl mak nadia tuh... nad pun dlu pnh mcm tuh.. tp ayah la.. ms tu kat mtrik, tbe2 dpt tau ayh msuk hosp... tp alhmdullh sht skrg... kite tak tau bile mereka akn pegi and bile kite akn pegi, so ms yg ade kite gune la sebaik2 nye... :)