Pages

be brave?hmmmm....

aku ada terjumpa entri kat blog sape tah..jom baca...

Be brave!!!!
Fear of rejection. That's what holding most people from admitting their feelings or confessing their heart. We fear being turned down. Fearing the word 'failure / loser' printed on our face after the rejection. Cursing ourselves later for being too bold, going on bended knees in front of tht person. And worry to risk the comfortable friendship that might be slightly awkward after the confession. So much things to worry. So little time.But if you don't tell the person now, would you one day, after 10 years, be wondering and asking to yourself questions like.." what if i had tell what i feel about her/him..?" ... and " what if she/he had said yes..?".When i was in matriculation, there was this guy who works as a cook in the cafeteria. I know him as the guy who ties a piece of cloth over his head, smiling shyly each time i place my order. One day, i went to eat by myself, waiting for my usual order -nasi goreng pattaya- while watching tv. He came from the kitchen, holding in his hand my plate of rice and place it in front of me, which was a bit weird because usually we have to go and get the food ourselves. When i look down at my nasi goreng pattaya, it took quite a while for me to register the words scribbled with ketchup on it. It reads ' I love u' with 'love' written in the shape of heart. I sit looking straight at my plate, not sure how to react. Should i politely smile while cheerfully wave to him, saying sthg like " thank you,.....hehehehe!" ( which sound terribly stupid when i think of it now ). Or should i pretend not noticing the words and began hungrily crushing his work of art with fork and spoon? What i remember was thinking to myself as i eat.." what a creative way to express one's feeling... "The point here is, be brave and say it out. Honestly and humbly. Maybe the person would respond by saying sthg like.." thank you, but i like us better as friends..", at least you have tried. By keeping it inside while you still got the chance, what good will it do. You never know what you might be missing by letting the opportunity pass by without you trying to take action to it. And if your honest confession resulted with disappointment, at least in the eyes of that person hearing you sincerely pouring your heart content, her impression of you has changed. She will see you differently, silently admiring your act of bravery. (well,..it is one act of courage, how many of us dare enough to admit our feelings to the person we like upfront..?)So..to everyone who's still very single, if your eyes and heart are set on someone, ( who is also single .. ;]), don't waste time hesitating. Get to know that person, pray hard to God may HE will lead and guide the way, and think positively..insyaAllah, if your intention is good, good things will come to you. And if that person prefer a 'friendship' instead of sthg more than that, it's okay..don't be discouraged, at least you have found one friend. And someone else is yet to be met...like the saying i read some time ago.." if you don't get what you want, just sit still and be patient, because God is thinking of something better for you.."What that guy did sure was sweet, and that made him remembered till now. His readiness to be bold and confess, knowing there's a risk of rejection but he still did it anyway..


*Kelakar pulak bila baca entri ni. erm,aku pun kagum dengan keberanian lelaki ni. Be brave! Betul gak! Tapi aku rasa entri ni lebih sesuai dgn lelaki berbanding perempuan. Dan aku rasa sedikit pelik kalau perempuan yg meluahkan perasaan dulu. Mungkin ada terutamanya pada zaman sekarang~zaman di mana perempuan lebih berani. Zaman di mana perempuan berani merampas hak orang lain dan dengan angkuhnya berkata “Best woman will win”~

Bagi aku x salah kalau nak jadi berani skalipun tapi biarlah berpada-pada. Jangan sampai menjatuhkan maruah sendiri. Tak jatuh maruah ke kalau merayu-rayu cinta seorang lelaki yg tidak mencintainya? Aku tak la kondem perempuan2 macam ni sebab diorang mesti ada alasan yang tersendiri. Mungkin diorang akan cakap “Salah ke kite dapatkan kebahagian kite sendiri?” Tak salah mencari kebahagian sendiri sedangkan itu sendiri dituntut agama. Cuma jalan untuk mendapatkan kebahagian itu yg kelihatan ‘salah’. Aku pun x berani nak cakap SALAH sebab aku x berada dalam situasi seseorang tu. Cuma aku nak cakap, berfikirlah secara rasional, BAHAGIA KE KITA, REDHA KE KITE KALAU KITE MENDAPAT KEBAHAGIAN ITU DENGAN MENGHANCURKAN KEBAHAGIAN ORANG LAIN?
*

filem malaysia

Aku ada terbaca ada artikel yg dikeluarkan oleh salah satu orang penerbit filem tempatan. Dia cakap, penonton sekarang terlalu mengagung-agungkan filem@ karya drpd luar (luar Malaysia) sampaikan filem@drama Malaysia x mendapat sambutan dan terpinggir. Pelik la dia ni. kenapa nak salahkan penonton pulak? Sepatutnya salahkan diri sendiri sebab tak mampu melahirkan filem sehebat karya daripada luar tu. Sebagai orang seni,diorang ni sepatutnya buat kajian terperinci kenapa karya dpd luar lebih mendapat tempat di hati penonton. Penonton sekarang bukan bodoh nak habiskan duit untuk sebuah filem yang x berkualiti. Penonton ada hak. Diorang ada ada duit, diorang berhak untuk dapat banda yg setimpal dengan duit yang diorang laburkan. Aku pernah rasa menyesal sebab tengok wayang cerita tempatan yg x berkualiti. Bila keluar panggung je,aku rasa rugi sgt2. Rugi! So,kalau nak tengok citer melayu, aku biasanya tunggu keluar tv je…tak pun tunggu time raya je,konfem kuar tv. Mungkin alasan sesetengah penerbit filem “Kitorang takde bajet yang tinggi untuk menghasilkan filem hebat”. Kenapa? Sesebuah filem@drama yg hebat mesti kene ada bajet yg tinggi ke? Mungkin diorang fikir dari satu sudut je kot. Memang filem dari Barat memerlukan teknologi yang canggih untuk filem yang hebat seperti Harry Potter, Narnia and ect. tapi diorang still boleh jadikan filem@drama dari Asia seperti Korea, Jepun and Taiwan yg semakin mendapat tempat di hati penonton Melayu dan Cina untuk dijadikan contoh. Cuba kaji kenapa produk dari sana membuatkan penonton nak tengok banyak kali. Bak kata salah seorang peminat filem luar “Produk luar ada aura dan karisma yg lebih menyerlah berbanding produk tempatan”. Aku tengok dalam filem@drama luar tu xde la perlukan rumah yang yg mewah sampai 6 tingkat+kolam renang semata-mata untuk menunjukkan kemewahan. Xde pun perabot yg mahal2, rumah besar2. Lokasi penggambaran pun simple seperti kat rumah, lrt, tepi laut. Xde sepanjang masa kat tempat eksklusif. Drama luar pandai mengadun cerita sehingga ‘kemewahan’ itu sampai kepada penonton walaupun tanpa ‘material’ yg hebat2. Setidak-tidaknya boleh mengurangkan bajet drama itu sendiri. Aku bukan tak tgk langsung drama tempatan ni. Tgk gak sket2. Tujuan aku tgk pun sebab aku nak tengok kualiti citer dia dan cuba bandingkan dengan filem luar yang pernah aku tengok. Aku tengok drama tempatan ni(contoh: Sembilu) jalan cerita terlalu meleret-leret, ulang-ulang sampai penonton naik muak tengok jalan cerita dia. Kalau nak panjang2 pun biarlah ada perbezaan skit dan ada kesinambungan dari segi plot cerita. Ini,tak. Sama je aku tengok. Gaduh baik,gaduh baik, gaduh pastu baik balik. Bosan. Plot cerita tak disusun dengan kemas. Kadang2 jalan cerita dia boleh dijangka kesudahannya. Sampaikan aku rasa aku nak tengok ending dia je. Yang tgh2 tu x nak tengok! Tak macam drama luar. Kalau drama luar bila tgk episode 1, rasa nak sambung episode 2. Pastu mesti nak sambung episode 3 dan seterusnya sampai habis. Plot cerita disusun kemas sampai penonton rasa nak tengok episode seterusnya tanpa berhenti. Haa… pasni aku nak tengok filem SEPI yang diuar-uarkan filem yang hebat coz katanya sarat dengan emosi,spiritual and intelektual. Betul ke seperti yang digembar-gemburkan oleh pengarah n pelakon citer tu. Kadang-kadang x boleh nak percaya sangat. Macam citer Jangan Pandang Belakang tu,x de la hebat sangat.Visual je lebih2. X takut mana pun. Citer Congkak lagi la. Banyak yang tak logic daripada yang logic. Aku susah nak terima citer yg x logic nih. Nampak sangat penerbit filem tu tak tahu berfikir dari pelabagai sudut. Aku rasa Pontianak Harum Sundal Malam pun lagi ok dpd citer tu (kalau nak wat prbndngan dr segi filem seram) . Citer Duyung pulak,pelakon hebat! Saiful Apek, Maya Karin(yg pernah mng pelakon terbaik peringkat antarabangsa) tp sayang jalan citer x berkualiti. Bak kata adik aku “Takde masanya aku nak tgk lagi cd citer tu. Campak buang longkang je.” Hehe..Daripada tgk filem tu baik aku tgk Narnia ke, Pirrate of Carribean ke, Harry Porter ke. Mencabar minda sket. Ari tu aku ada tengok citer hantu korea kat chrunchyroll. Biasanya aku x layan sgt citer hantu korea n jepun sebab citer dia streotaip (antu mesti muka putih, mata merah, rambut panjg pastu jalan merangkak-rangkak kejar orang!). Tetiba tergerak ati nak tgk citer korea yg tajuk RED SHOES ni. Bila tgk aku rasa hati aku berdebar-debar sepanjang cerita tu dan kesudahannya tak dapat aku jangka. Citer Dead Silence(inggeris) pun sama. Mencabar minda sungguh. Ending dia sgt tak dijangka tapi logic. Citer Red Shoes & Dead Silence ni merupakan antara filem luar yang membuatkan aku terpaku seketika di depan laptop walaupun ceritanya dah abis. Yang membuatkan minda aku still berfikir walaupun citer ni dah abis. Yang membuatkan aku flash back sedikit sebanyak apa yg aku dah tengok(keseluruhan citer dia) dan mengaitkannya dengan ending dia. Untuk menilai kelogikannya. Maksudnya, ending dia mmg mengejutkan aku. X disangka-sangka. Huhuhu…Sebab selalunya kalau citer x best,kalau abis aku blah macam tu je.

saat-saat yang mendebarkan...

Susahnya nak percaya orang zaman sekarang ni. Bahaya di mana-mana. Khianat,dusta,tipu helah semakin berleluasa nampaknya sekarang. Tak tau nape,dulu aku terlalu mencurigai orang terutamanya orang yang baru aku kenal. Sekarang tak sangat la. Dulu, kalau orang yang aku tak tau datang dari mana,entah dari planet mana,aku pun tak berapa kenal dia,tetiba ajak aku pergi mana-mana-aku mesti tolak.Kalau orang yang tetiba baik dengan aku tanpa apa-apa sebab pun,hati aku mesti tertanya-tanya “ dia ni ada muslihat lain ke?” Aku ingat dulu masa baru keje kat dot dot dot dulu. Baru 2 hari keje kat situ,bos kat tempat tu(lelaki 30-an cina) ajak aku teman dia pergi barang untuk dijual kat kedai tu. Aku pelik. Dah la aku baru keje. Ajak la orang lain. Orang yang dia dah lama kenal. Kenapa nak ajak aku? Aku cakap kat dia “ajak la orang lain”. Pastu dia suh aku offer kat pekerja lain. Kalau pekerja lain tak nak,dia suh aku yg pegi. Bila aku offer kat budak lain,diorang pun pelik kenapa bos ajak aku and diorang pelik atas tujuan apa coz bos aku mcm x nak btahu detail sangat. Bila aku tanya jawab mcm nak tak nak jawab je. Macam nak tak nak je btahu. Bila dah camtu konfem2 la pekerja lain tak mau ganti aku. Diorang pun ragu2 n pelik sket. Bila tengok reaksi muka diorang tyme aku offer tu, aku tahu sgt apa yang diorang fikir sebab aku pun fikir macam tu~entah2 bos nak buat apa2 yg tak baik kat aku! Nak antar aku p sempadan pastu jual! ~.Ingat diorang je takut? Aku pun takut gak tp aku takde pilihan. Terpaksa! Keadaan memaksa. Kalau tak pegi, kang dia cakap aku byk songeh plak x nak tolong dia buat keje(kalau betul2 la ada keje kt sana). Bila aku tengok cara dia,aku rasa takde apa-apa yg buruk tapi aku tetap simpan rasa curiga. Sepanjang perjalanan dalam kete dia tu memang meresahkan aku. Berdebar-debar seh! Dug-dag-dug dag. Dah macam orang nak kawen pun ada. Kat luar aku try control macho. Cuba tayang muka seposen(muka takde perasaan) kat bos aku tu. Macam-macam pulak yg dia tanya. Tinggal kat mana la,adik-beradik berapa la,ayah mak keje apa la,itu la ini la.Aku jawab nak taknak la. Sepatah dia tanya sepatah aku jawab.Sebenarnya masa tu aku dah fikir macam-macam dah. Contohnye… “Siap la ko kalau ko wat tak baik,aku tau aku nak attack kat mana!”. Tapi… kalau dia letak klorofom kat sapu tangan pastu dia tekup hidung& mulut aku sampai pengsan macam mana? Aku x boleh attack dia dah,sbb dah pengsan kan. Nak jerit pun tak boleh! Mmm…idea lain,aku tahan nafas pastu tepis sedaya upaya pastu gigit tgn dia! Boleh tak macam tu? Apa-apa je la. Aku tak sedar sepanjang proses tu aku diperhatikan bos aku…

Bos aku: Nadia,u kenapa? Takut ke? ni ketar ni macam ayam saja!(bm loghat cina)-( Time tu dia tgh pandu kete sambil menggayakan aksi ayam yang terketar-ketar.)

Aku nak tergelak! Buruk benar aksi dia tuh. Macam tu ke aksi aku kat mata dia? Alahai,buruknye. Malu aku seh! Tapi,macam biasa aku control….

Aku: Mana ada. Pandai-pandai je bos ni

Bos aku:U jangan takut,I bukan nak jual u. I tak jual orang punya. Haiya!. Bla,bla and bla (bebel2 sket sambil gelak-gelak dengan cara macam dia tak sangka aku boleh fikir macam tu. Sampai2,memang ada keje pun. Amik stok brg. Aku lega sket je la..
On da way balik(lepas abis urusan) dia tanya “nak minum @ makan x?”. Ah, sudah! Part ni yg klu boleh aku nak elak skali. Bukan ape, kang dia bubuh serbuk tah ape2 bagi aku pengsan macam mana? Haruuu. Aku cari alasan “Tak nak la,dah kenyang la”.
Pastu dia cakap ape tah. Aku terpaksa cari alasan lagi(time tu dia dah berhenti kat warung dah) “Tak payah minum la bos. Nanti KL jalan jem, sampai sana lambat. Saya kene balik on time ari ni. X boleh lambat! Nant ayah sy bising.” Pastu dia gelakkan aku lagi sambil cakap KL dekat je , kejap je sampai. Pastu siap ckp dia dah lama dok sini. Familiar sgt dgn tempat ni. Aku telan air liur. Terpaksa turun dr kereta!
Masa bos aku nak ambil air minuman, aku tengok dia dr jauh. Aku perhati je setiap kelakuan dia…Kot2 la…. Pastu aku nampak xde yg mencurigakan. Kalau la aku x nampak dia ms dia ambik air tu(terlindung ke), sumpah aku tak minum! Pastu aku lega skit. Bila dah betul2 sampai tmpat keje aku balik aku, 100% lega. Betul ckp dia, kejap je. Xsampai 15 minit.

Pastu abis la aku kene bebel n dia gelakkan aku sebab fikir macam tu. Kalau aku tengah fikir macam2 aku memang tak boleh sembunyikan. Kalau ada makanan kat depan aku,aku jadi tak lalu makan sgt(coz selalunya aku berselera bila time makan). Kalau orang tanya apa-apa aku tak boleh nak banyak cakap(walau dalam ati rasa nak ckp byk tapi tak boleh,rasa terkunci). Aku tak boleh gunakan otak aku ni untuk 2 perkara serentak. Eh,makan dengan berborak pun kene guna otak jugak tau!Tyme tu,mula la rasa senak perut. Tetiba rasa macam tali usus bersimpul,rasa nak muntah,nak beyak. Semua ada! Bagi aku,rasa nervous masih boleh disembunyikan asalkan aku kosongkan fikiran aku ni. rilek and buat tak tahu. Jangan fikir apa-apa. So dr kisah di atas, logic x aku rasa nervous? Dgn org cina lelaki ,aku baru kenal 2 hari and aku x prnh ckp ngan dia b4 tu… Aku still rasa logic!