Pages

3 Julai 2009



Gambar dicilok daripada entri ini



Tarikh hari ni merupakan tarikh terakhir mak bekerja di Sekolah Menengah Teknik Cheras, KL. Mak dinaikkan pangkat dan bakal ditukarkan ke SMK Alam Damai, sekolah yang agak dekat dengan rumah aku. Bak kata ayah aku, jalan kaki pun boleh.



Huwaaaa… aku plak yang sedih semacam padahal yang pernah bekerja dan pindah adalah mak aku, bukan aku. Bagi aku Sek Men. Teknik Cheras (SMTC) ni banyak memberi kenangan kepada aku. Dari aku kecil lagi aku seolah-olah ‘hidup’ disini. Bila ayah nak amik mak dari tempat kerja, kalau aku kat rumah takde buat apa, aku pun terkedek-kedek la ikut ayah amik mak skali. Masa kecik dulu, aku dengan nana selalu pergi tempat kerja mak, main cikgu-cikgu pastu tulis2 kat papan guna kapur. Menghabiskan kapur je kerja kami. Kadang2 rasa macam warna kapur yang berwarna-warni tu buat aku rasa cam comel je benda tu dan tanpa berlengah kapur itu akan dibungkus dalam tisu dan akan dibawa balik rumah. Pastu mulalah, menconteng dinding bilik tidur. Tak cukup main cikgu2 kat sana, kat rumah pun kami bantai main jugak. Tapi tu dulu, sekarang semua pun dah pakai whiteboard ngan marker pen. Takde dah stok kapur. Dan..Adakah jika masih menggunakan kapur sekarang beerti kapur tu tetap akan dibawa pulang? Ceh, perbuatan membawa pulang benda tak berfaedah tu adalah perbuatan budak kecik. Orang besar mana ada buat macam tu. Hahaha..



Sebab SMTC , aku merantau seluruh Malaysia. Pekerja2 kat sini tiap2 tahun buat rombongan. Mungkin sebab sekolah berasrama ada bas mereka yang tersendiri so nak dapat bas tu tak susah. Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Cameron Highland, Genting Highland, dan bermacam-macam tempat lagi. Kadang2 satu tempat dua kali pergi pun ada jugak. Masih kusimpan lagi gambar masa darjah berapa tah, gambar keluarga di atas feri, aku yang ketika itu memakai skirt, rambut berikat tapi ada yang berterbangan, berwajah selebet (hahaha). Tapi yang ralitnya, sejak aku masuk MRSM-MATRIK-UPM, aku dah jarang ikut dah. Antara negeri yang aku terlepas pergi ialah Kelantan dan Terengganu. Dan bila nana menceritakan kepada aku tentang trip tersebut, aku makan hati berulam jantung je. Sedih tak dapat pi @sedih



SMTC mendedahkan dunia kehidupan pelajar asrama kepada aku sekaligus menimbulkan minat aku untuk masuk asrama, menguruskan diri sendiri tanpa ada ibu bapa di sisi. Di sini lah permulaan yang membuatkan aku nak perform yang terbaik untuk PMR. Sebab rasa cam best je tengok akak-akak dan abang-abang tu pergi kelas prep malam-malam. Istilah prep tu sendri membuatkan aku teruja. Sebab? Sebab hanya sekolah berasrama je yang pakai istilah ni. Hahaha sengal!! Mula2 aku ingatkan kelas ni prep ni adalah kelas jasmani&pj. Last2… Ok, bukannya best pun kelas prep ni. Masa kat Taiping selalu je ponteng masa nak dekat SPM dulu.



Huwaaa…Aku pasti merindui SMTC. No more karnival2, no more dinner2, no more lepak2. Event terakhir yang kami sertai ialah Majlis Makan Malam PIBG. Menikmati makanan yang sedap2 dan menonton persembahan budak Form 5 menari poco-poco kat atas pentas. Aku rasa SMK Alam Damai tentu kurang seronok. Sebab bukan sekolah asrama. Aktiviti tentu kurang. Bak kata ayah, dah takleh pergi rombongan naik bas beramai-ramai dah (sebab biasanya sekolah tak berasrama tak ada bas sekolah tersendiri).huhu



Nanti aku mahu melawat sekolah tu pulak. Agak2, on the way tu boleh terserempak dengan Siti Nurhaliza tak? Hohoho..Sengalnya, Siti mana ada duduk Alam Damai dah.

Kesimpulan: SMTC memberi 'sesuatu' kepada aku. I'm gonna miss that.


Nak selit2 skit.




A: Ko kerja apa sekarang?
B: Keje aku? Adalah…Rahsia beb..hehehe
A: Kenapa pulak? Jangan kerja tak elok dah la..
B: Ish, takkan aku nak wat kerja tak elok plak.
A: Mana ler tahu…
B: Ala, kerja aku bukan berkaitan ngan kimia pun, so malas nak beritahu. Asal? Ko ingat aku jadi GRO ke? Mana layak weh. Kah3x!@guling
A: Hahaha… Nape tak layak pulak
B: Ye ar, GRO sumer cun2, aku tak cun. So, tak layak. Hahaha…


p/s: Tak sangka bila aku rahsia2 kerja aku, orang boleh terfikir aku kerja yang bukan2 plak. Hahaa..Lawak2. Kerja aku ni tersangatlah halalnya dan tak berkaitan dengan benda2 haram atau salah di sisi agama.

Proses pembersihan sawang dan alkisah rokok...



Bosan ah tengok blog yang hidup tak mahu, mati pun tak mahu ni. Blog sape? Blog ni la.haha.. Geram je tengok tarikh yang tak bertukar tu. Rasa macam nak hentak2 je keyboard ni (exaggerated). Untuk mengelakkan keyboard menjadi mangsa, berbulan-bulan tak mengadap blog sendiri, jenguk blog orang lain je. Haha…Macam tu pulak ye…Sorry banyak2 sebab lama giler tak bersiaran di alam blog secara rasmi. Bukan sengaja tapi kekangan keadaan tidak memungkinkan aku untuk…(dah skema plak ayat. Ok, continue nadia! Next news please!)


Perkembangan terbaru….Aku sekarang bekerja sebagai Management Trainee di dot dot dot. Bermacam-macam spekulasi wujud. Ramai orang yang ingat aku ni manager. Mungkin sebab baju yang aku pakai sama dengan manager kot. Ada jugak staff dan customer yang hairan, baru je nampak aku kat situ, terus naik pangkat padahal staff lain amik masa bertahun untuk naik pangkat. Err, aku guna degree, mesti la terus naik jadi Management Trainee. Tak kurang jugak, ada MT branch lain kata, kalau jadi MT guna degree takkan kekal lama. Aku just tersenyum je. Sebab aku memang tak nak lama2 pun kat sini. This is only my temporary work. Aku just nak kutip pengalaman berkaitan management di sini. Maklum la, aku ni kan mempunyai sifat curious yang tinggi. Aku nak tahu, orang management buat kerja macam mana, manager buat kerja macam mana, orang bawahan pulak buat kerja macam mana.


Lagi satu, aku ni agak suka mencabar diri sendiri. Kerja yang challenging, yang pada mulanya aku tak tahu apa-apa (bermula dengan zero, tak pernah belajar), lepas tu aku berjaya lakukan, aku akan rasa seolah-olah kepuasan dalam diri. Aku rasa macam seronok. Oh ye, ada seorang staff aku cakap ‘Mesti seronok bila aku naik jadi Manager nanti’. Sebab aku tak berapa garang katanya. Ceh, mula2 memang la tak berapa nak garang sangat. Nak tegur diorang apa-apa pun segan je, mungkin sebab factor aku baru lagi, rasa macam ralit je nak tegur2. Nanti diorang kata aku gila kuasa pulak. Dan..tingginyaaa harapan dia. Kalau jadi manager kene jadi MT sekurang-kurangnya setahun, takkan aku nak kerja sini setahun plak kan. Hahaha…



Dah, gambar orang isap rokok la pulak kan. Ok, switch tajuk, tentang rokok pulak. Kenapakah Dunhill 14 sangat popular? Entah, aku tak tahu, takpe boleh abaikan. Bila aku tengok Rokok Malboro kan, aku tengok la jenama-jenamanya itu dan aku tersenyum sendiri. Malboro biasa, malboro menthol, malboro menthol light, malboro mild, malboro light, malboro soft pack, malboro fesh mint. “Aik? Mana malboro LM?” Yakin dan innocent je aku tanya salah seorang pekerja. Tergelak dia dan menjawab “Mana ada malboro LM. Malboro, malboro. LM, LM. Lain jenama”. Err..Aku macam familiar je dengan malboro LM tu. Haha.. Eh eh, kenapa aku senaraikan jenis2 Malboro ni pulak ye? Buang tebiat ke apa? Hehehe..Takde la….Sebab aku teringatkan sesuatu! Betul cakap salah seorang kawan aku, bila kita terpandang that thing (rokok Malboro), serta-merta kita akan teringat apa-apa yang related dengannya dan kadang2 boleh tersenyum sendiri…. Walaupun suatu ketika dahulu kita mungkin tak suka dengan nama gelaran yang diberikan :)



Winston, Malboro, Dunhill, L&M, Pall Mall, Lucky Strike, Surya (gudang garam), Benson Hedges, Kent, Peter, Mild Seven, Sampoerna. Pergh..banyak gila! Tu belum campur dengan beberapa jenama yang masing2 punya menthol, menthol light, light, super light. Yang aku tak faham, apasal sama je? Seolah-olah semua jenama duduk berkumpul dan bermesyuarat kemudian salah seorang berkata “Mari kita semua sepakat. Sepakat membawa berkat. Yang kotak biru kita namakan ‘LIGHT’ (malboro, sila keluar mesyuarat sebab dia punya light berwarna kuning) dan yang kotak hijau kita namakan ‘MENTHOL’. Biru cair kita namakan ‘SUPER LIGHT’ manakala hijau cair kita namakan 'MENTHOL LIGHT’. Setuju semua? Oklah, memandangkan semua setuju jadi kita boleh bersurai…”


Dari apa yang aku survey, DOKTOR jarang yang ada yang merokok. Sangat jarang untuk dijumpai. Sebab apa? Atas sebab yang sangat mudah. Sebab mereka adalah pengamal perubatan. Mereka mempelajari kesan-kesan dan betapa bahayanya rokok kepada manusia. Mereka juga tahu bahawa rokok adalah antara PEMBUNUH SENYAP. Jadi tak mustahil di kalangan pengamal perubatan jarang yang merokok.



Ayah aku tak merokok, jadi aku tak berapa terdedah kepada insan yang merokok. Aku teringat kat mana tah aku baca. Seorang mat saleh tegur someone. “You want to kill her right?” Terkejut perokok tu bila mat saleh tu tegur dia sambil menunjukkan aweknya di sebelah. Dia buat muka pelik. Dan mat saleh itu menayang senyuman cool sambil berkata “Because she sit next to you…” Heh, pedas seyh! Hahaha.. Ye la, orang kata, menghidu asap rokok akan menerima kesan dua kali ganda compare dengan menghisap rokok.


p/s: Bagi aku, zaman sekarang perempuan boleh berdiri sama dengan lelaki. Malah dalam sector kerajaan atau swasta dah ramai perempuan menjawat jawatan professional. Lelaki boleh panjat gunung, perempuan pun boleh, lelaki boleh menyelam scuba, perempuan pun boleh. Tapi aku tak berapa setuju bila PEREMPUAN MEROKOK. Bagi aku, perempuan akan hilang ‘nilai’nya bila dia merokok. Hurm…ni pendapat aku je bukan umum… Moga tak ada orang yang melenting =)

p/s: Eh, laju jugak la wireless streamyx combo ni. Jauh lagi laju daripada yang aku jangkakan. Aku ingatkan slow..

Yana, Selamat Bertunang. Walaupun dah terlambat tapi nak wish jugak. Semoga Yana dan JK (eh, dah tukar nama jadi Mr. Fiancee kan?) kekal ke jinjang pelamin kemudian ke anak cucu kemudian ke akhir ayat =)

Kegilaan nana sekarang




Sekarang tengah teman nana kat cc. Entah apa mimpi nana, sejak aku provoke dia suruh dia tengok cerita Twilight, terus dia mabuk asmara dengan hero cerita tu . Ni dia tengah tengok youtube search pasal review cerita New Moon, sambungan daripada cerita Twilight. Lepas tu katanya nak tengok mata hero cerita Twilight yang memukau itu. Siap tengok interview session antara press dengan hero dan heroin cerita tu. 2 jam dia di cc semata-mata nak tengok hero tu (abis tu nadia buat apa sekarang? baca blog korang lah apa lagi. Mengejar semua entri yang dah ketinggalan. Fuh, sampai tak sempat meninggalkan komen di blog anda semua =(


Sambung cerita balik. Robbert Pattinson. Memang cool..hahah..Ingat lagi masa mula2 cerita ini hebat diperkatakan di blog2, aku tengok macam takde perasaan je (sebab masa ni belum tengok lagi cerita ni). Ceh, tengok gambar takde la hensem mana pun(hahaha!). Pastu sanggup pula blogger2 sekalian jadi pontianak semata-mata lelaki ini.Nadia pelik kejap.



Lepas tu bila rakan2 ku berebut-rebutkan si Edward (main rebut2), nadia dengan selambanya cakap "Korang amik la edward cullen tu, nasib baik kita tak berapa minat sangat. Kita amik pen kaler2 jek" wakakakka!!!




nOW, APA terjadi. Nadia pun sudah jatuh suka bila asyik ulang2 je tengok cerita Twilight tu dengan nana. Nana la ni, dok ulang2 (sampai nadia pun terikut excited jugak bersama-sama dia), part2 best dalam cerita tu lepas tu siap describe perlakuan hero tu dalam setiap scene. Contoh scene best yang nana selalu ulang ialah masa edward main baseball bersama familynya dan juga bersama Bella lepas tu datang pontianak jahat kacau diorang. Fuh, memang nampak protective giler la si Edward tu. Suka kami tengok. Scene lain ialah masa scene bella first time jumpa edward kat cafe. Scene lain ialah masa pertemuan first edward dan bella masa kat kelas Biology(yang rambut bella berterbangan tu). Scene lain ialah masa perbualan ini (kat hutan)


bella: I know who you are.
Edward: Say it, loud.
bella: Vampire.
edward: Are you afraid?
bella: No.
edward: Now, I wanna ask you a basic question, WHAT DO WE EAT?
bella: You won't hurt me.
edward: I will kill you
bella: I trust you

Scene kegemaran lain ialah masa part last tu.

Doctor: Suck the venom out.
edward: No. I won't able to stop.
Doctor: Then, FIND THE WILL, TO STOP.


hahaha..Banyak kali kami ulang scene ni sampai terhafal dialog mereka. Lepas tu, saya dengan nana akan meluahkan dialog ni di mana-mana walaupun masa tu tengah tunggu iklan cerita cerekarama..hahaha. Giler besar betul pengaruh cerita ini.



p/s: NOW, AKU PUN SANGGUP JADI PONTIANAK KALAU AKU LA YANG BERADA DI SITUASI BELLA JUGAK..HAHA! (edward, mari gigit leherku supaya kita sama2 jadi pontianak) Fuh,power betul penangan edward cullen nih. Sebab dalam sejarah , NADIA boleh minat lelaki mat saleh. Sebelum ni, brad pit ke, tom cruise ke, mana ada nadia pernah minat walau hensem mana pun..hahaha


p/s: TAK TAHU KENAPA, BEGITU MUDAH AKU MEMPENGARUHI NANA DAN BEGITU MUDAH NANA MEMPENGARUHI AKU. DALAM APA2 PERKARA PUN =). Nanti aku nak pengaruh dia tengok cerita Boys Over Flower versi korea punya. Sure dia akan giler sekali.


p/s: cerita ni dah lama. Biasa la, nana kan macam ketinggalan sikit seolah-olah macam duduk di gua pada zaman Paleolitik. Apa2 cerita best, nadia lah tukang menyampaikan dan mempengaruhi lepas tu kami sama2 akan histeria bila tengok berdua. kahkahkah!!


p/s: Tak sabar nak tunggu cerita NEW MOON. Kami teka, bella akhirnya akan jadi pontianak jugak macam edward.