Pages

3 Julai 2009



Gambar dicilok daripada entri ini



Tarikh hari ni merupakan tarikh terakhir mak bekerja di Sekolah Menengah Teknik Cheras, KL. Mak dinaikkan pangkat dan bakal ditukarkan ke SMK Alam Damai, sekolah yang agak dekat dengan rumah aku. Bak kata ayah aku, jalan kaki pun boleh.



Huwaaaa… aku plak yang sedih semacam padahal yang pernah bekerja dan pindah adalah mak aku, bukan aku. Bagi aku Sek Men. Teknik Cheras (SMTC) ni banyak memberi kenangan kepada aku. Dari aku kecil lagi aku seolah-olah ‘hidup’ disini. Bila ayah nak amik mak dari tempat kerja, kalau aku kat rumah takde buat apa, aku pun terkedek-kedek la ikut ayah amik mak skali. Masa kecik dulu, aku dengan nana selalu pergi tempat kerja mak, main cikgu-cikgu pastu tulis2 kat papan guna kapur. Menghabiskan kapur je kerja kami. Kadang2 rasa macam warna kapur yang berwarna-warni tu buat aku rasa cam comel je benda tu dan tanpa berlengah kapur itu akan dibungkus dalam tisu dan akan dibawa balik rumah. Pastu mulalah, menconteng dinding bilik tidur. Tak cukup main cikgu2 kat sana, kat rumah pun kami bantai main jugak. Tapi tu dulu, sekarang semua pun dah pakai whiteboard ngan marker pen. Takde dah stok kapur. Dan..Adakah jika masih menggunakan kapur sekarang beerti kapur tu tetap akan dibawa pulang? Ceh, perbuatan membawa pulang benda tak berfaedah tu adalah perbuatan budak kecik. Orang besar mana ada buat macam tu. Hahaha..



Sebab SMTC , aku merantau seluruh Malaysia. Pekerja2 kat sini tiap2 tahun buat rombongan. Mungkin sebab sekolah berasrama ada bas mereka yang tersendiri so nak dapat bas tu tak susah. Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Cameron Highland, Genting Highland, dan bermacam-macam tempat lagi. Kadang2 satu tempat dua kali pergi pun ada jugak. Masih kusimpan lagi gambar masa darjah berapa tah, gambar keluarga di atas feri, aku yang ketika itu memakai skirt, rambut berikat tapi ada yang berterbangan, berwajah selebet (hahaha). Tapi yang ralitnya, sejak aku masuk MRSM-MATRIK-UPM, aku dah jarang ikut dah. Antara negeri yang aku terlepas pergi ialah Kelantan dan Terengganu. Dan bila nana menceritakan kepada aku tentang trip tersebut, aku makan hati berulam jantung je. Sedih tak dapat pi @sedih



SMTC mendedahkan dunia kehidupan pelajar asrama kepada aku sekaligus menimbulkan minat aku untuk masuk asrama, menguruskan diri sendiri tanpa ada ibu bapa di sisi. Di sini lah permulaan yang membuatkan aku nak perform yang terbaik untuk PMR. Sebab rasa cam best je tengok akak-akak dan abang-abang tu pergi kelas prep malam-malam. Istilah prep tu sendri membuatkan aku teruja. Sebab? Sebab hanya sekolah berasrama je yang pakai istilah ni. Hahaha sengal!! Mula2 aku ingatkan kelas ni prep ni adalah kelas jasmani&pj. Last2… Ok, bukannya best pun kelas prep ni. Masa kat Taiping selalu je ponteng masa nak dekat SPM dulu.



Huwaaa…Aku pasti merindui SMTC. No more karnival2, no more dinner2, no more lepak2. Event terakhir yang kami sertai ialah Majlis Makan Malam PIBG. Menikmati makanan yang sedap2 dan menonton persembahan budak Form 5 menari poco-poco kat atas pentas. Aku rasa SMK Alam Damai tentu kurang seronok. Sebab bukan sekolah asrama. Aktiviti tentu kurang. Bak kata ayah, dah takleh pergi rombongan naik bas beramai-ramai dah (sebab biasanya sekolah tak berasrama tak ada bas sekolah tersendiri).huhu



Nanti aku mahu melawat sekolah tu pulak. Agak2, on the way tu boleh terserempak dengan Siti Nurhaliza tak? Hohoho..Sengalnya, Siti mana ada duduk Alam Damai dah.

Kesimpulan: SMTC memberi 'sesuatu' kepada aku. I'm gonna miss that.


Nak selit2 skit.




A: Ko kerja apa sekarang?
B: Keje aku? Adalah…Rahsia beb..hehehe
A: Kenapa pulak? Jangan kerja tak elok dah la..
B: Ish, takkan aku nak wat kerja tak elok plak.
A: Mana ler tahu…
B: Ala, kerja aku bukan berkaitan ngan kimia pun, so malas nak beritahu. Asal? Ko ingat aku jadi GRO ke? Mana layak weh. Kah3x!@guling
A: Hahaha… Nape tak layak pulak
B: Ye ar, GRO sumer cun2, aku tak cun. So, tak layak. Hahaha…


p/s: Tak sangka bila aku rahsia2 kerja aku, orang boleh terfikir aku kerja yang bukan2 plak. Hahaa..Lawak2. Kerja aku ni tersangatlah halalnya dan tak berkaitan dengan benda2 haram atau salah di sisi agama.

3 voice out:

en_me said...

nape nad tak tempek gambor2 lamer tewww.. nostalgia kannns

Yana Ismail said...

part rombongn tu yg plg best kan dear;)huhu..

anyway, mestila cr yang tsgt halal kan...huhu tkknla nak kerja merepek2..hish..hehe

Nadia said...

en_me: hehe..takde scanner

yana: yup2. Rombongan tu yg paling best..ehehe