Pages

3 perkara

New template. Quite simple this one. Gatal nak tukar. haha. Masih fresh, segar dari ladang. Eceh!

Tapi..mengapakah komen berada di atas? Letak kat bawah tak boleh ka? Currently trying to fix this one.Saya tak tahu nak buat macam mana. Siapa tahu? Update: Dah ubah dah..heee

Cerita 1: Tak sabar nak pergi melaka this weekend. Sepupu terdekat nak bertunang. OMG lama giler tak balik kampung! Rindu suasana kampung. Rindu kehijauan dan kedamaian kampung. Mak cakap kat sana buah rambutan tengah 'galak' sekarang. Boleh la ehem ehem ! Bawak balik satu bonet kereta.hehe



Cerita 2: Sejak2 keluar U ni, aku suka menyakat emak dengan ayah. Yang type2 dia macam ini

Aku: Mak, macam mana dengan sekolah baru mak? Best tak?

Mak: Best! Kat sana nadia, ramai cikgu hensem2.

Aku: Hensem2? Muda ke tua?

Mak: Muda lagi. Baru keluar U @ Maktab rasanya.

Aku: Apa lagi mak, gi la cakap dengan dia "MAK CIK ADA SEORANG ANAK PEREMPUAN. BARU JE KELUAR U. DIA BELAJAR KAT UPM DULU AMIK COURSE BLA BLA BLA. MEH LA BERKENALAN DENGAN ANAK MAKCIK. BLA BLA"

Mak: EEEEIIIII GATALNYAAAAAA!!!! AAaaa....

kahkahkahkah!!! Pecah perut aku ketawa di tempat kejadian. Lately, aku suka aku mengusik mak macam tu. Supaya mak menjerittt kerana tak sangka anaknya boleh mengeluarkan ayat segatal ini. Ceh, main2 lorr.. Ini ayat je semata-mata. Mak aku pun tahu jugak tapi dia tetap jerit tak tahu kenapa. hoho.. Nanti kalau betul2 mak bawak sorang datang depan, tau pulak aku lari2 pulak kan. hahaha... :guling2:


Cerita 3: Minggu lepas, tiba-tiba certain2 blogger masuk dalam mimpi aku. Pulak tu, setiap ciri dan character dia yang dia tampilkan dalam blog memang wujud la dalam mimpi aku tu. Comel je mimpi tu ;)

11 voice out:

farah, s. said...

comelnye layout!
hehe entri ni farah bc jap g eh. gtg ;p

Anonymous said...

Layout yang adorable~!!

Amboih la Nadia. Gatai naaa [hahaha diya pun dua kali lima jugak kekadang]. Tapi rasanya situasi kita terbalik =p

P/s-Ehem. Sape blogger yang terjun masuk dalam mimpi Nadia tu? Story lah sikit =D

Nadia said...

farah:hehe..okay, sempat lagi tuuu ;)

diya: gatai2 dengan family takpa naa..Tersorok sikit.kekeke. Blogger yg masuk dalam mimpi tu perempuan2 semuanya (termasuk diya skali) ehehe :D

Anonymous said...

Hahaha. Diya pun terjun jugak ey. Ni yang buat diya curious nih =p

Btw, untuk fix komen dok bawah, Nadia kena ubah kat edit html. Diya sendiri pun pening bila belek coding xml. Tak pakar mana. Huhu. Kalau html, boleh la. Dulu kan kita guna classic template, yang tu senang je nak ubah bahagian komen. Sekarang kan dah advance sket, tu yang tak reti sangat. Huhu. Sorry tak pat tolong.

Nadia said...

diya: diya! nadia dah berjaya ubah kat html dah. Waaahhh Hepi ni. Br google tadi..hehehe..Thanks anyway diya ;)

Nadia said...

diya: Nadia terserempak dengan diya di majlis perkahwinan yana. hehe..maybe lepas baca blog dia tu yg tiba2 termasuk dalam mimpi tu..wihihi

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Hihihi.. camne lah boleh termimpi blogger ni.
Tu tandanya dah makin erat :):)
Comel je nadia ni.

p/s: Layout ni simple..nice.. akak suka sebab ruang entry wider than the previous layout. Barulah syok baca.

Nadia said...

kak nonoi: mungkin kot. Dah hari-hari bukak blog diorang kan..hehehe

yup, bahagian post dah wide sikit daripada dulu. Beso-beso tulisan, nadia pun suka jugak ;)

Yana Ismail said...

kiki..dear, pe slhnye..gurau2 jadi btol2..ahaha..

ckp dgn mak,kalau nak carikan. cr yg ada smua lgkap bpakej...huhuhu;)

wah!yana ada msk dlm mimpi skali tak?huhuhu

bestnye nak blk kg...weee yana pn minggu ni blk kg..huhu;)

farah, s. said...

okay okay now bleh sambung komen. eheh

kampung nadia kt melaka ke? ehee. mesti best blk kg kalau da lama tak blk. kampung yg menghijauuu tu tak tahan hehe KL tak cukup hijau kan kan? ;p

erhhh kelaakar ah nadia bleh lak wat lawak cmtu ngan mak dia. oh btw ur mum cikgu ke?

mimpi tu sgt comel okeh. hehe. ape karakter farah agknye? bertudung hitam maybe? haha

Nadia said...

yana: cr cikgu lelaki pun ok kan? masa terluang lebih di rumah. Anak2 tak akan terabai tanpa kasih sayang. Eceh :P

mestilah yana masuk sekali dalam mimpi nadia.Nadia jumpa semua blogger di majlis perkahwinan yana. Tu tandanya tak lama lagi majlisnya. Chewahhhh!! pandai2 je nadia. hehehe ;)

farah:ahaha..yes, farah bertudung hitam.Pandai farah teka.hehe..

Yup, kampung kat melaka. kl tak cukup ijau. Walaupun ada jugak hijaunya tp masih tak cukup.hahaa..Dia jadi tak cukup hijau sebab bising. Bila bisng, tak dapat menikmati suasana 'hijau' tersebut. EHEHEE

Mak nadia bukan cikgu. Dia staff non akademik, dok kat office bahagian pentadbiran.