Pages

Tabiat tidur


sori, lupa kat mana amik gambar ni. Main save je..heh

Rasanya orang terdekat aku mesti tahu yang aku ni kalau tidur memang orang kata tidur mati. Letak kepala kat bantal 1 minit confirm boleh tido. Masa kat kem, tengah duduk, asal dapat sandar kepala kat sesuatu tak kira lah beg ke, batu ke memang aku boleh lelap punya la. Aku teringat satu kisah yang pernah diceritakan oleh rumate aku masa kat UPM.



Tengah2 malam, lepas tido, rumateku itu selalu jugak la kejutkan aku bangun teman dia pergi toilet. Selalunya kebarangkalian aku bangun teman dia tu memang sikit la daripada peratus aku tak bangun langsung atau bangun, pisat2 lepas tu tido balik! Nak wat camne kan, dalam hidup aku, jarang aku bangun sebab orang kejut. Selalunya aku bangun dengan bunyi jam handphone je (sebab tu bila handphone takde, aku boleh sasau). Lagi satu, aku bangun bila dengar bunyi bising. Kalau kejut dengan suara lembut errr..susah sikit..ngeh3x. Agaknya la kan, kalaulah ada gempa bumi berskala 8.1 Richter, dengan aku-aku sekali pun akan tertimbus sama tak sempat nak bangun lari apa semua.



Nak dijadikan cerita, ada suatu hari tu rumateku cerita yang semalamnya dia ada kejut aku bangun dari tido dan teman dia pergi toilet sampai la kami masuk bilik sama2 semula.Tapi yang buat macam shock tu, aku tak tahu pun yang aku ada pernah bangun teman dia! Biar betul! Fuyoooo!!!! Siapakah yang bangun itu sebenarnya? Akukah atau ‘orang lain’ kah? Kah kah kah! Macam berunsurkan seekers pulak entri kali ni ye. Bukanlah. Yang sebenarnya aku mamai@ngigau masa tu. Hiihihihi.. Mula2 memang aku tak percaya cakap rumate aku tu sebab aku memang tak ingat apa2 pun, langsung! Tapi memandangkan dia beria-ia cakap so aku percaya dan takkan dia nak tipu pulak kan.


Macam biasa, bila di alam separuh sedar ni, bukannya aku ingat apa-apa pun. Sebab tu aku tanya dia aku buat apa malam tu, aku jalan macam mana, masa dia masuk toilet aku buat apa. Macam2 lah aku tanya dia. Lepas je dia cerita ciri2 aku malam tu, bila aku lalu jalan yang sama on the way pergi toilet serta-merta aku dah ingat balik dah kejadian malam tu. Memang ciri2 yang dia cakap tu ada dalam gambaran aku. Tapi sikit2 lah, tak semua aku ingat. Tengah mamai kan, mana nampak jalan. Mata pun kejap bukak kejap tutup. Jalan pun main raba2 dinding je sambil terhuyung-hayang. Orang kata macam jalan aci redah je. Pulak tu, rumateku cakap, aku ada berjalan menuju ke tangga, terus rumate aku cepat2 tarik ke tengah semula. Kuuusss semangat! Kalau aku jatuh tergolek ke tangga tak ke haru? Hahaha! Pendek kata memang sah betul lah kisah aku bangun berjalan tapi tak sedar tu. Rupanya rumateku berjaya jugak mengejutkan aku dari tidur untuk teman dia ke toilet tengah malam tu. Macam orang amnesia dah ingat balik pulak. Kihkihkih…Dan aku harap ni kes pertama dan terakhir aku bangun tapi tak sedar tu. Bahaya woo... Mana tau time rumate aku masuk toilet pastu aku berjalan pi masuk hutan ke. Wah! Wah! Wah! Satu UPM cari aku nanti.Kehkehkeh!



Ada jugak rumate aku beritahu yang kalau tidur, aku tidur dengan penuh aksi. Benda ni family aku memang siap sedia tahu dan diorang siap hafal tu gaya2 tu. Kuak dada ke, kuak lentang ke, kuak kupu-kupu ke, aku pun tak tahu la. Kaki senget sana, senget sini, lipat sana, lipat sini. Silang kaki berserta tangan pun ada jugak. Macam2 gayalah (mungkin juga gaya yang anda dan saya pun tak terfikir). Sudahnya bila bangun, mulalah kaki rasa cramp. Sakit giler! Belum sempat nak bukak mata pun dah rasa sakit. Fuh, hampir setengah minit la aku gunakan untuk legakan kaki yang cramp bila bangun tidur tu.


Selalunya aksi aku tidur dijadikan bahan ketawa ahli keluargaku. Siap diorang buat demo tuh seolah-olah ulang tayang kepada ahli keluargaku yang tak berkesempatan untuk tengok. Contoh, bila ada sesiapa (selalunya ayah or emak) yang tanya (note:sengaja tanya) “Eh, macam mana Nadiah tidur?” , maka akan adalah volunteer(selalunya kakak or adik aku) yang suka rela menunjukkan macam mana aku tidur. Lepas tu mereka akan ketawa terkekek-kekek beramai-ramai. Ceh, ingat hiburan ke apa?. Nana sendiri pernah nasihatkan aku “Angah, tolong la jangan la tidur macam ni. Kelakar la angah” sambil gelak . Reaksi aku? Bluurrrr. Sambil buat muka pelik. Tak kelakar langsung aku rasa. Dan yang paling sadis, ayah aku siap amik gambar tunjuk kat aku tuu (sambil gelak2). Terus aku buang gambar tu malu nak simpan. Tapi, aku tak marah diorang jadikan itu sebagai bahan ketawa. Alasan aku,…. well unik la tu bukan semua orang boleh tidur dengan pelbagai aksi (ayat sedapkan hati). Hahaha!


p/s: Orang lain tidur macam mana? Err..diya, nadia dah tau dah(based from ur entry). hehehe…


pesanan penaja:


Aku faham semua ada sifat curiosity masing2. Tapi jangan la melampau sangat. Dia dah la STRANGER, KENAL PUN MELALUI INTERNET JE (specific: blog.Dia pernah sampai sini suatu ketika dulu), lelaki pulak tu, tapi segala mak nenek(maksud:segala-galanya) pasal aku dia nak tahu. Best friend aku pun tak macam tu..Rimasnya. Tolong HORMAT. Kalau aku beritahu tu maksudnya aku beritahu la, kalau aku tak beritahu tu maksudnya tak beritahu la. Aku ada sebab tersendiri. Bila sampai masanya MUNGKIN akan aku beritahu. Sharing is caring tapi tak semua kita boleh share kan? Kita perlu ada ruang peribadi kita sendiri. Huh, kalaulah dia baca pesanan penaja ni …

12 voice out:

Anonymous said...

Hahaha. Bab diya tido baik tak payah tahu lah. Mimpi ngeri kang susah pulak nak berubat. Hehehe.

Tapi, bab Nadia tak sedar terjaga member kejut teman pegi tandas tu macam wah dahsyat gak tu. Maybe sebab Nadia penat sangat kot sampai kena ingatkan betul2 pernah terjaga masa tido. Huhu.


P/s-Ada secret admire eh? =D

Insyirah said...

Kebanyakan org cakap, akak tido mmg tak bergerak langsung. Then tangan akak plak berqiam elok je di atas perut. So, bila org tengok...diorg kata seram juga, mcm orang yg dah tak de nyawa sbb tangan plak berqiam.

farah, s. said...

hahaha nadia. boleh pulak dia tak sedar tu.. hehe seraammm..

farah jenis senang bangun kalau org kejut. kecuali aleeya yg kejut, hahaha

Nadiah Suhaidi said...

bagaimana kak nad tdo? ayu je heheh :P

nik aiyie said...

hehe ady..tringatlak tyme kite kejut ady tu..heheh tengs sbb slalu bangun kalo kite kejutkan..huuu rinduunyaaaaa x sangka dah 3 tahun kita rumatekan??adyyy rinduuuu...nanti kite jumpe eh.. huuu my rumate ade secret admirer ehh..aish aishh saham naik nampak..ekekkeke

Nadia said...

diya: nadia dh tau dah tidur mcm mna..hehe..
tu la, itu first time tu. Mmmg tk ingt lngsung+separuh sedar tyme tu.nasib baik takde benda buruk jd..hehehe

eh takde secret2 admire diya. Dia biasa2 je tp maybe dia ada sift ingin thu yg tinggi..

kak syira: aish..seram tu kak syira. Klau nadia tgk pun takut..hehehe

frah: kiranya alia kejut je la yg farah tk bangun kn. nape frah? sebb alia comel kot...hehe

kak nad: cewh kak nad, ayuuu...hehehe

ayie:yup2 rindu zaman berumate ngn ayie dulu..huhu..nanti kita konvo mesti datang okay ;)

mna ada secret2 admire. Tak secret lah sebab kita tahu dia sp, tp semua benda nak thu macam rimas sikit lorr..huhu

Yana Ismail said...

hehehe..bgusnya dear, senang tido..yana ni depends la..kdg2 senang, kdg2 susah..huhu..

hahahaha...mesti mereka suka sakat cr kamu tido...hehe

Nadia said...

yana: senang tido tp nk bgun susah kalau tkde alarm..heheh...

nasya said...

hehhe...mmg lawak ah..
xdpt byngkan..hahah!!
tuh blum lagi part silent henset...kalu tdo plus enset silent...adeeehhh!!

IamYonna said...

ohh gaya tidur mcm tu?? kalau kita share setilam mungkin akak sengsara sikit HAHAHHAHHA. roomate akak yg tidor gaya hantu kot, akak sumpah seranah dia HAHHAHA..

takpe la dik. kahwin nnt, tido la gaya apa pun, suami takkan ejek.

motif? takde :p

farah, s. said...

haha. betul2 sebab dia comel. lgpun dia budak kecik. mls nak layan. haha. kalau umi gerak, lajuuu je bangun

Nadia said...

aish...nadia pun seram gak kalau jdi macam kak yonna.Bukak2 je mata tgk sebelah org tidur mcm mayat.haha

farah: hehe..betul2. Nadia kalau ada adik kecik pun mesti cenggitu agaknya..heh!