Pages

Bermata baruu...


Akhirnya terbuka jugak hati aku untuk ber…ehem contact lens! Tetiba je tak ada perancangan apa, tup2 keluar je gaji first terus gi kedai beli. Untuk pengetahuan umum, mata aku ni boleh tahan jugak rabunnya especially belah kanan. 275. Ada yang pelik. Eh, power 275 boleh nampak ka? Jawapannya boleehhhh. Sebab yang belah kiri tak kuat sangat power dia. Dulu 50 sekarang dah naik 125. Ramai doctor, pakar mata macam pelik sebab power kedua-dua mataku ni tak balance. Jauh beza. Pakar urut tradisional kata urat mataku dah tak betul. Mana taknya, masa kecik aku pernah terhantuk kuat kat dinding. Orang tu kata, tu yang effect kat urat mata tu.



Kelebihan memakai contact lens ialah aku dah boleh menikmati suatu pemandangan yang clear+terang bederang. Maklum la, dulu kabur2 ayam je kan. Bila orang tanya, "Nampak tak sekian-sekian?" ku main angguk je padahal mana nampak. Wakakaka! =D



Sekarang baru tahu betapa nikmatnya mempunyai mata yang clear. Betapa bertuahnya orang yang matanya clear takde masalah. Rasa syok je. Dunia mempunyai colour yang cantik rupa-rupanya. Huhu.. Aku tak boleh pakai spek lama2 sebab aku akan rasa macam cepat pening+sakit mata especially kalau pakai selalu. Tak besh, rasa terkongkong. Sebab tu aku akan pakai time kuliah je. Bila baca kat newspaper pasal pembedahan mata guna laser kan (untuk membetulkan rabun secara tetap. Kira buat sekali je pastu mata dah ok clear), aku pun rasa teringin nak buat gak. Tapi fulusnya enggak ada dong! Bukan main sen sen, ringgit ringit or ratus ratus tapi RIBU RIBAN tuuuuu. Sebelah mata je kosnya atas RM5000 . Ke nak dekat RM10 000 tah. Dua mata? Alamatnya tunggu aku kahwin dengan doctor+pilot+Dato’ je la baru boleh buat.Haha. Berangan larr!



Keburukan memakai contact lens ialah jika berada pada jarak lebih kurang 1 meter dari cermin, aku sudah boleh nampak segala gunung-gunung berapi di mukaku sama ada yang sudah memuntahkan laha atau belum, sudah boleh nampak gunung berapi mana yang aktif, mana yang tak aktif. Clear! Bahkan aku boleh kira satu-satu di tempat kejdaian. Waa….T______T (sedih dengan tiba-tiba). Padahal kalau dari pandangan mata kasar orang lain, takde la nampak sangat mereka kata. Biasa2 je. Tapi aku nampak! Huuhu..Dulu aku tengok cermin ku rasa macam best jek, rasa macam muka licin kurang masalah. Sebab tu sekarang kalau nampak je cermin, aku akan lari dan mengelak dari tengok. HUA HUA HUA. Macam silly je bunyi dia.



Percubaan pertama memakai lens, aku pilih yang berwarna. Aku pilih warna ni sebab warnanya tak terlalu fake dan kelihatan tak berapa menakutkan. Hehe..Ye la, ada orang kata bila tengok dalam2 mata orang yang pakai lens colour ni, nampak macam menakutkan. Salah satu sebab mataku tak nampak menakutkan ialah kondisi mataku yang agak sepet ni. Bila mata kecik maksudnya aku tak bukak mata besar2 (erk..bahasa apa yang aku pakai ni?). The meaning is, takde la nampak macam pakai colour lens pun. Kene tengok dekat2 baru nampak. Dalam gambar ni aku dah bukak mataku sehabis baik dah. Sedaya-upaya aku bukak sebesar-besar alam. Dah terbeliak-terbeliak habis dah. Kahkahkah.@guling Eh, serius betul tak tipu.



p/s: Ada someone ni yang nampak pendiam, angkat muka pun tak nak, nampak macam sombong tiba-tiba menegur aku dengan ramahnya pada hari pertama aku memakai lens. Macam tak percaya je muka tersebut boleh mengeluarkan suara depan aku. Terkelu seribu bahasa sekejap. Hahaha..Selingan ni tak berapa penting. Abaikan. Cuma ia mengingatkan aku kepada satu peristiwa.

12 voice out:

farah, s. said...

woah. da pakai contact lens. cayalah nadia.
aish. sebelum ni nadia pakai spek ke? tinggi jugak power tu ea

nasya said...

selepas di tegur..di wastekan begitu shj dgn hnye tersenyum...hahhaahhahahha!!

huhuh..kite lagi truk..dua2 belah 275..uwawawa!!

Nadiah Suhaidi said...

kak nad pun rabun sket2 tapi takmo pakai spek :P

Anonymous said...

"Sekarang baru tahu betapa nikmatnya mempunyai mata yang clear. Betapa bertuahnya orang yang matanya clear takde masalah. Rasa syok je. Dunia mempunyai colour yang cantik rupa-rupanya. Huhu.."

Terkesan dengan ayat Nadia nih. Huhu.

Dah pakai lens ek. Mesti kena cermat banyak kan. Diya tengok kawan diya pakai lens rasa terpenatkan diri. Mana taknya, semua benda berkait ngan lens kena careful lebih.

Nadia said...

farah: Aah, tp nadia pakai spek time kuliah je sebab nak tengok tulisan kat depan kan..huhuhu.. Tu la, tinggi gak kan? Tp sebab power sebelah kira tak tinggi so kira mcam tak pakai spek pun tak ada masalah sgt..

sya: aish, jgn mention jgn mention. haha! Power 2-2 275 memang takleh kalau tak pakai spek@lens kan.Bak kata sya, tak nikmat.hehe

kak nad: Rabun sikit2 tak pe kalau tak pakai spek kak. Kalau boleh, selagi jelas takyah pakai la sebab power semakin lama semakin naik.

diya: Yup2, nadia tahu mata diya sgt clear. Jeles tau. hehehe. So, jaga mata elok2 ye diya. Jangan baca buku malam2 di bawah cahaya malap, jgn tengok tv dekat2 macam nak masuk je dalam tv tu, jgn try2 pakai spek orang lain yang ada power tinggi. Ceh, dah macam nasihat dokyor mata pulak :P

Tu la, penjagaan kene lebih. Kalau pakai masa kat u susah sikit kan sebab kat u ada banyak aktiviti. Kalau kat rumah ni nadia pasif sikit. Just pkai untuk pergi kerja n jalan2 je. Duduk rumah tk pakai..

Insyirah said...

Alhamdulilah, mata akak masih ok. Walaupun selalu duk depan pc, laptop dan segala bagai. Alhamdulilah, ALLAH belum tarik nikmat yg satu ini.

Nadia, akak nasihatkan jgn buat pembedahan laser mata. Sebabnya, nanti ia akan ada effect bila dah lama-lama nanti...or dah tua nanti. I'm not very sure, but better dapatkan kepastian dulu sebelum nak buat...tu pun kalau nadia nak buat la.

Cousin-cousin akak ada juga yg buat. Lepas dah buat tu memang tak payah pakai spek langsung dah. And betul kata nadia, kos pembedahan laser memang la sgt mahal. Huhuhu.

Anonymous said...

Hehe. Terima kasih banyak Nadia, untuk peringatan tu. Diya jarang baca buku [tak tahu lagi dah macam mana caranya nak pupuk minat membaca], jarang tengok tv, dan pernah la sekali sekala try pakai spek kawan ber power tapi tahan beberapa saat je. Huhu.

zureen @ mama said...

Pernah pakai contact lens satu ketika dulu..tapi tak sesuai, sbb kak zureen punya tahap silau tinggi.(lagipun balik kg ramai yg tak cam he3..)

Nadia said...

kak syira:huhu..Baguslah tu. Akak jaga mata baik2 ok =)

tau2, pembedahan laser tu ada side effect tp bergantung kepada doktor tu sendiri. Kne pandai cari doktor yg betul2 boleh buat. Macam ada sorang doktor ni , bg nak buktikan pembedahan laser ni selamat, dia buat pembedahan tu untuk anak dan isteri dia. Macam percaya sikit sebab takkan dia nak bahayakan nyawa keluarga dia sendiri kan. Tapi tu la, betul kata akak, memang kene kaji betul2 side effect dia kalau nak buat. huhu

diya:wa bagus2 diya. Sebab2 yg boleh meninggikan rabun diya tak buat.Patutla mata diya clear kan.Tapi diya selalu ngadap lappy kan. Kira beruntung la sebab diya tak tereffect apa2...huhu..

kak zureen: Erm bukan contact lens boleh letak power untuk reduce silau ke? Tak sure pulak nadia...

org tak cam? hehehe..Akak pilih warna apa kak? heheh

Yana Ismail said...

huhu nasib nadia pandai pilih warna..hehehe..kalau pakai warna hijau ke biru ke nnti org pandang, wah!mat saleh..hihihi...

mesti btambah comelll dh pakai tu;)

farah, s. said...

dh pakai contact lens ni nampak besar sikit mata kan? haha ;p

Nadia said...

yana: hehe, nadia memang banned contact lens kaler biru+ungu+hijau dan sewaktu dengannya. Memang takkan dipakai meskipun dipaksa..hoho

farah: hihi..ye kot..sebab boleh nampak jelas anak mata bulat kat tgh2 tu.hahaha.. :D