Pages

Obsession: Perasaan itu datang lagi

Lama betul tak menonton drama bersiri. Korea ka, Taiwan ka mana ada tengok lagi sekarang (apa cerita hot korea sekarang eh?) Cerita melayu lagi la tak tengok. Seperti yang semua maklum, DRAMA MELAYU MALAYSIA AGAK TIPIKAL. Setiap masa kita disogokkan dengan jalan cerita yang lebih kurang sama. Dah la plot cerita tak kuat, pastu pelakon berlakon macam tak berapa berkesan sangat, pastu teknik kamera tak cantik, tak kreatif bla bla bla. Menonton drama melayu ni memerlukan keazaman yang gigih atau boring yang terlampau sampai tak tahu nak buat apa dah baru lah tengok cerita melayu. Tu diaaaaa, dah terkutuk la pulak kan. Haha…




Tapi cerita Nur Kasih ni SANGAT LAIN. Sinematografinya cantik dan kreatif! Peminat fotografi tentu perasan kelainan aspek yang ini berbanding cerita melayu yang lain. Yang paling aku perasan kelainan cerita ini adalah dialog2 pelakonnya. Aku sangat mengambil berat penggunaan dialog dalam sesebuah cerita yang aku tonton. Kalau setakat dialog sampah aku takda tengok punya la..haha.. Bukan semua cerita melayu mampu memberikan dialog yang kreatif2 macam ni yang mampu membuatkan aku berfikir, yang simbolik, indirect tapi berkesan dan kita faham maksudnya. Aku suka dialog2 yang simbolik ni. Short but meaningful. Menggalakkan aku berfikir. Cerita korea+taiwan ada elemen-elemen ni. Teknik kamera yang berkesan, penghayatan yang superb dan jugak dialog yang kreatif2. Sebab tu walaupun kadang2 jalan ceritanya nampak sama je semua, kisah cintan-cintun, konflik keluarga tetapi setiap satunya mempunyai moral value yang tersendiri dan tetap ada kelainan. Cerita melayu takde semua ni (except nur kasih I think)


Cerita Taiwan pulak, penuh dengan kata-kata motivasi yang mampu menaikkan semangat yakin kepada diri sendiri khas untuk orang yang selalu tak yakin terhadap diri sendiri macam aku ni. Kekreatifan mereka mengolah ayat, teknik penggunaaan kamera yang kreatif, penggunaan muzik yang variasi dan disesuaikan dengan mood membuatkan aku rasa nak tengok je semua cerita korea+taiwan yang wujud. Dan satu lagi drama terbaik mengikut tafsiran aku ialah drama yang mampu membuatkan aku tertanya-tanya apakah yang akan terjadi seterusnya dan disebabkan sifat aku yang selalu ingin tahu on the spot tu, ia membuatkan nak sambung tengok lagi nak sambung tengok lagi nak sambung tengok lagi... non-stop. Sudahnya, tu yang jadi TER-MARATHON cerita korea direct tu sampai kadang2 sanggup tak tidur. Kadang2 sampai tak terperasan “Eh2, dah 10 jam tengok tanpa berhenti? Biar betul?!” Hohhh!

Antara dialog Nur Kasih yang membuatkan aku terkesima sekejap

Adam: Kita ni berbeza. Bagai langit dan bumi.

Nur: Tapi..Bukankah langit dan bumi saling melengkapi?


Ustaz Hassan: Isteri orang ada intan, berlian. Isteri abang…

Hajah Khadijah: Isteri abang ada abang…


Short but meaningful =)



p/s: Peminat2 cerita korea yang tertengok (walaupun sekali) tentu tertarik dengan cerita ni kan? Dan aku ternyata tak bersendirian

"Actually saya peminat drama korea and saya byk koleksi drama2 korea yg best2 utk tgk berulang2 kali. But Nur Kasih telah mengubah tanggapan saya drama melayu selama ni malah ia lebih hebat dr drama korea...syabas Khabir Bhatia. Kalu boleh nanti terbitkan DVD dan novel dia sekali utk koleksi."

Aku terjumpa komen ni kat ada satu website ni masa search pasal nur kasih. Serius terlupa link dia.

p/ss: Memetik kata salah satu komen terhadap cerita ni.

"Semoga semua pengarah2 yang ada di Malaysia menonton drama ini. Kita tak perlukan 'BOHSIA' atau 'REMPIT' untuk menginsafkan atau menyedarkan orang. Cukup dengan NUR KASIH...."

p/sss: Cerita ini tak jiwang. Jangan salah anggap. Ia lebih dari itu.

p/ssss: Yang pastinya, TV3 tak bayar aku untuk promote citer ni

p/sssss: Amboiii, banyaknya p/s aku

"Adam dan Aidil tak sama. Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga.
Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagitu, takkan berbunga, bang.
Malah jadi layu. Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur.
Dia perlukan matahari, tapi kita beri air,bang..."

15 voice out:

farah, s. said...

wah itu dia sorang lagi peminat tegar drama nur kasih. hehehe.

betul2. drama ni mmg nampak ade class. ade ciri2 islamik lak tu. best2

Nadia said...

eh, farah still online? ingatkan dah tidur dah :)

yup2, ciri islamik tu yang macam menyeru2 kita untuk tgk tapi ciri islamik sahaja tak cukup. Macam nadia cakap td, cerita ini ada segala-galanya. :D

farah, s. said...

wahhh segala-galanya. hehe

tp farah bc komen kt tv3.com.my tu ramai jugak yg tak puas hati ngan cite ni. haih. susah betul la nak puaskan hati semua org. for me, cite ni mmg dh molek dah. hehe

farah, s. said...

nadia, farah approve komen tu bleh??? hehe comel la. pasal tourist guide tu no prob. haha

Anonymous said...

Yeah! dialog dia yang buat diya nangis bagai nak rak. Wuwuwuwu. Sangat terkesan kan paling short je. Dan dialog2 yg Nadia highlight tu le yang buat diya tersentuh. Huhu.

Anonymous said...

*Sangat terkesan kan walaupun short je.

P/s-Huhu, bila menaip diya suka rush =p

Nadia said...

farah:betul2. Susah kan nak puaskan hati ramai org. Tapi, mostly komen lain sokong cerita ni kan? Cuma segelintir je yg tak berapa. Diorang suka cerita rempit, bohsia etc kot untuk menyedarkan mereka .hhiihi..

errr, komen tu ..memandangkan farah dh reply kt sini, boleh je approve.hehehe

diya: byk dialog dia yg buat tersentuh kan? Nadia sure lepas ni , episod akan dtg ni, tentu akan ada lagi dialog2 yg menyentuh hati. Short but meaningful ...

Dota Melayu said...

aku rase cerita nue bgus..
i loike..
tapi..
jgn jdi mcm syurga cinta sudah..
ade sesetengah bab macam tak mengambarkan islamic pun..
wuwuwuwuwu..

anyway..
i hope this drama will be succeed!

Yana Ismail said...

huhu kakngah hrtu masa diya cite kt blog.fikir2 mcm penah tgk..rupanya mmg penah pn..tp tk smpt nak follow..ritu mkn kt cafe, hehe cite tu tgh tayang..

cite tu mmg lain drpd yg lain..n islamic;)uhuhu tk sbr nk tgk pe jd..;)

Yana Ismail said...

eh sorry tbahasakn diri kakngah..yana la...;)

Nadia said...

syaquost: Jangan risau. Khabir Bathia dengan Ahmad Idham tak sama ;)

yana: Yana follow la di tv3 ea...Rugi kalau tak follow =)

IamYonna said...

kalangan blogger skang ni tengah gilekan nur kasih! heee

sumpah cerita ni mmg best gilakkk! semua sentuhan khabir bhatia mmg akak tabik spring!

Sitie BUm BUm said...

best citer ni

Nadia said...

kak yonna: yup2, rasanya semua blogger yg nadia masuk sumer minat cerita ni. And nadia terseru-seru nak tengok sebab blogger la..hehehe

sitie: welcome to this blog siti..yup2, best! =)

mun-e said...

lagi 2 hari nak jumaat =D