Pages

Meet my bff

Fiza: Eh, ko perasan tak nadia. Muka Nur Amina ni macam Farahiyah la..
Aku: Ish mana ada. Tak sama pun aku tengok.
Fiza: Ye...Cuba ko tengok betul2 terutamanya kalau Nur Amina ni buat muka sedih. Memang sama la..
Aku: Yeke..Tak sama pun...



Akhirnya bukti telah pun ada bila ada orang lain pun cakap macam tu. Bila refresh2 balik, ye kot, mungkin sama sikit especially yang macam kakak aku cakap tu, bila Nur buat muka sedih.


BFF stand for what? Best friend forever. Jangan pandai2 pi reka nama lain eh. Menukarkannya menjadi perkataan lain terutamanya bertujuan ingin memerli, tak berfaedah okay. Sebab ia akan bertukar menjadi melawakkan.hahaha...Tadi aku pergi kenduri kawan kat tempat kerja mak. Kenduri sempena nak pergi haji. Sesuatu yang mengejutkan aku ialah kawan mak aku tu adalah mak saudara Farahiyah (i called her farah). Patutlah rumah tu macam familiar, rupanya aku pernah pergi dulu rumah tu sekali dengan Farah (masa Form 2). Memang terkejut giler la. How u expect yang kalau korang pergi kenduri entah sape2 pastu terjumpa pulak dengan orang yang korang baik giler.Rasa macam ajaib. Dah la lama giler tak jumpa dengan farah ni since dia belajar kat Johor. Sure rasa terperanjat sampai menggigil tangan pegang pinggan. muahahah..Ada plak macam nih.



Farah ni merupakan best friend yang paling lama yang aku pernah kenal. Aku dengan dia kenal masa darjah enam tapi kami rapat sejak Form 1. Dan yang sangat pelik adalah bila ada jugak orang yang kata muka kitorang sama. Padahal memang sikit pun tak sama langsung. Dia putih, aku tak putih sangat, mata dia besar mata aku sepet, dan dia rendah daripada aku (memang beza giler). Mungkin sebab bila aku kehulu-kehilir asyik dengan dia membuatkan orang tiba2 nampak persamaan kitorang. Aku rasa kunci utama orang kata muka kitorang sama adalah kening kitorang lebat sikit dari orang lain kot.



Dia cantik. Pelik betul aku, dari dulu lagi kawan2 aku semuanya cantik2, aku je yang tak cantik. hakhakhak. Oh ye, perkara yang aku nak highlight tentang dia ni, dia tak pernah rasa dia cantik*aku dapat bezakan*. Sepuluh orang puji dia cantik ke, dua puluh orang puji ke, tiga puluh orang puji ke, dia tetap maintain. Reaksi dia terhadap pujian tu aku dapat 'baca' apa yang tersirat di hati dia Macam tak terkesan langsung pujian orang tu terhadap diri dia. Macam takde perbezaan, orang puji ke orang tak puji ke, dia tetap rilek. Errhhh..aku pun tak tahu macam mana nak explain. In a short way, mungkin dia tak pernah rasa langsung diri dia cantik kot. That's why dia macam kelihatan 'humble' di mata aku. Aku kagum dengan orang yang humble. Rasa macam seronok berkawan dengan orang2 yang humble. Orang2 dalam blog ni pun humble2 belaka. Kagum betul ^_~


Berkawan dengan dia, sekali je kitorang pernah bermasam muka. Masa hari jadi dia ke berapa tah. 15 tahun kot. Masa tu kamera (kamera dia ke kamera aku tah lupa) ada kat tangan aku. Aku cakap aku nak ambil gambar dia. Dia cakap taknak, jangan ambil. Aku kan degil, aku cakap nak ambil jugak, dia kata jangan (sambil gelak2). Aku ingat dia bergurau. Sekali dia keluar je dari pintu bilik terus aku snap gambar dia. "Nadiah!!!" Hanya dengan satu perkataan je yang keluar dari mulut dia , yang kedengaran agak kuat cukup membuatkan muka aku pucat lesi. Dia masuk balik bilik dia, tutup pintu tak keluar dalam jangka masa yang lama. Fuh, menyesal akuu tak sudah. Sejak tu aku macam fobia. Takkan melakukan perkara yang mungkin boleh menimbulkan pertelingkahan. hahaha..Oh ye, tak lama pastu kitorang baik balik. Hari yang sama jugak. Dia kan lembut hati.


Masa aku nak pindah sekolah sebab dapat tawaran Sek. Teknik (sebelum MRSM), dia ada bagi sepucuk surat kepada aku. Isi surat itu boleh aku simpulkan yang antara geng kami, aku mendapat tempat pertama kat hati dia. Eh, salah keempat kot. Selepas mak dia, ayah dia dan bf dia *grin*


p/s: Sebenarnya aku macam blur hari ni tak tahu nak tulis pasal apa. Kalaulah peristiwa aku terserempak dengan farah tu tak berlaku aku rasa sure aku akan keluarkan entri mengandungi dua@tiga baris ayat, yang bertajuk 'BLUR' . Macam entri takde faedah sangat, lepas tu terus delete.Hadui la.hahahah


p/ss: Aku ada interview hari Isnin. Rilek ar nadia, kau menggelabah lebih2 apasal? Kau kalau menggelabah memang akan jadi gagap, menyampah aku tengok kau ni tau, cubalah jadi rilek sikit *ayat sedang marah diri sendiri* Walaupun bayang2 rasa macam dapat tapi rasa was-was mengatasi segalanya. Mana tahu entah angin ribut apa melanda tetiba aku menjadi gagap, habis aku melepas. hahaha..Aku mengharapkan orang2 yang positif untuk mempositifkan aku yang sedang dalam cas negative ni. Fuhhhh.... Harap2 segalanya berjalan lancar. Biarpun ayat tak bombastic, as long as aku mampu bercakap BI dengan lancar, it's quite ok for me. Gud luck Nadia! Aja-aja fighting! Keputusan interview itu mungkin aku beritahu minggu depan. Harap2 aku boleh dapat gaji yang aku request.

Suka, kekok, kahwin

1. Aku dah jatuh suka dengan Shah Alam weh. Hahaha.. Rasa nak ajak family aku beli rumah kat sini pastu duduk sini je.hahahh..Leh pulak.., Bagi aku situ seolah-olah kampung dalam bandar. Sunyi dan tenang. Jauh dari hiruk-pikuk kota. Berbeza betul dengan Cheras. Kedai makan pulakkk (hehehe aku ni fikir makan je.haha). Selalu kalau kitorang nak hang out makan, kedai mamak la yang jadi pilihan. Oh ye ada sorang mamak ni, suka sangat berkerek dan main2. Ada ke aku order mee goreng biasa, dia kasi mee goreng ayam. Harga tambah 2 ringgit la jadinya. Aku terpaksa amik .“Mamak, sudu!” aku bersuara. “Sudu tarak. Tangan makan. “ dia balas dengan serius padahal sudu ada je kat meja sebelah. “Tangan makan, putus la. Macam mana mau makan?”*dengan lagak muka serius, sengaja aku balas kerek jugak*



2. Aku masih kekok dengan lelaki melayu di sini. Hahaha… Aku pun tak tahu kenapa aku begitu ber-problem dengan lelaki melayu. Padahal aku bukan dari sekolah all girls. Susah betul nak kamceng dalam masa yang singkat. Susah betul nak berteguran atau berbual-bual kosong . Sepatah ditanya sepatah jawab. Untuk baik yang betul2 makan masa sebulan (berdasarkan pengalaman dulu2). Sifat aku yang ini sangatlah berbeza dengan fiza, kakak aku. Fiza senang betul baik dengan lelaki dalam masa yang agak singkat. Kagum aku. Hahha, tetiba. Bila dengan mereka, aku lebih rela memilih untuk diam seolah-olah ada tongkong emas di dalam mulut. Emas, kene la simpan mana boleh tunjuk pada orang. Wakakaka.... Errr....Ada tak ‘ubat’ supaya aku tak kekok dengan lelaki walaupun first time kenal?



3. Jiran nak kahwin hari ni. Dengan gadis yang muda daripada aku. Tahniah kepada mereka. Ada juga insan yang akan menjaga anak yang masih kecik2 tu. Oh ye, jiran aku tu seorang duda. Isteri dia dulu meninggal sebab kene denggi*Al-fatihah untuk arwah cik wani*. Fiza cakap, sedih giler masa mandikan mayat arwah. Darah tak berhenti-henti keluar dari liang roma. Waktu arwah kene denggi tu sama waktu dengan mak aku. Remember entri ini? Arwah masuk hospital lambat sikit je dari mak aku. Mak aku masuk pagi, arwah masuk petang, hari yang sama. Dah la masuk petang, pastu kene hold lama la pulak kat wad kecemasan. I consider my mum as a very very lucky person. Masuk je wad kecemasan terus masuk ICU (hari yang sama) tanpa berlengah dan sebab itu mak aku terselamat (walaupun koma beberapa hari). Doktor cakap, lambat beberapa minit je, mungkin keadaan tak macam sekarang. Bahaya betul demam denggi ni. So kalau ada sesiapa yang demam (yang agak teruk, sampai tak boleh nak bangun) tak sembuh lebih daripada seminggu baik pergi hospital terus. Klinik tak payah, tak boleh pakai. Arwah jiran aku tu pergi klinik la mula2, pastu klinik cakap demam biasa je. Apakah? Emak aku pun pergi klinik jugak tapi macam biasa lah mesti doktor kata demam biasa. Sampai ada satu hari tu, masa otw nak balik dari kerja mak aku cakap dengan ayah aku yang badan dia rasa macam sejuk(macam menggigil sikit), ayah aku dah rasa lain macam. Ayah pegang tangan mak, sejukkk. Kebetulan tempat kerja mak aku tu sangatlah dekat dengan HUKM apa lagi mesti la ayah aku ajak pergi HUKM . Mak aku taknak pergi (sindrom takut pergi hospital) tapi AYAH AKU PAKSA. Ayah aku macam marah mak & sound sikit2 , apa la nak ditakutkan dengan hospital tu bla bla bla. Terima kasih ayah sebab marah & paksa mak. Jasamu amat dihargai =)

Demi dadahku yang bernama TakoTao a.k.a Takoyaki


Blog sudah bertukar nama buat kali kedua. Tidak ada lagi Me And People Around Me (panjang sangat). Nadia♥TakoTao . Teehee…*senyum nampak gigi* Demi memahatkan rasa kecintaan terhadap spesis takoyaki tanpa berbelah-bahagi dan tak pernah padam di ingatan. Ceh ceh ceh. Rasa takoyaki? Sedap seyh. Umpama cair di mulut tidak ditangan. Orang melayu kata, macam cekodok tepung yang kita selalu makan dan ini ditaruk sotong didalammya. Tapi ini lagi ‘up’ dari cekodok kot.ahahaha…Nadia, ko ni kan tak habis2 takoyaki takoyaki takoyaki, kau boleh blah sekarang, blah blah blah. Kahkah…


Macam comel je sebut TakoTao instead of Takoyaki. Jom sebut laju2. Takotao takotao takotao takotao takotao takotao takotao takotao takotao. Comel kan? Teehee…Takoyaki ni ada macam2 nama yang boleh disebut. Kejap2 tako tao, kejap2 tako zhen. Tapi nama yang general dan paling famous, takoyaki kot.


p/s: Setelah meng-addict-kan diri dengan takoyaki, aku telah berjaya membuatkan mak,nana dan fiza ter-addict sekali. Setiap kali pergi Jusco mesti semua nak beli, macam ketagih ke apa tah.wakakaa..Sampai ayah keseorangan terpelik-pelik dah. “Sedap sangat ke?” ayah tanya.Mungkin ayah pelik dengan rupa dan bau serbuk bernama katsuo itu. Aku pun suakan kepada ayah, terus ayah geleng kepala, taknak. Oh ayahku, selagi tak rasa tak boleh banyak bunyi. Eceh. Ayah je yang tak pernah rasa. Dia memang tak minat makanan2 luar ni. Pizza hut pun dia mana ada layan. Ok, pizza tak layan takpe, sebab aku sekarang ni pun dah tak layan pizza dah. hahaha….Seminggu dah tak makan tako tako ni, sangap dah aku. 'Dadah' bernama Tako, dimanakah kau. hahaha.. Tak makan benda lain seminggu is tidak mengapa, masih sabar menunggu, tapi tak makan tako seminggu is nehi nehi. Ok japgi nak pergi Jusco mau beli.


p/s: woot woot woot , ady bukan bf aku eh. Adoooo, ada jugak reader yang salah faham. Sila rujuk entri ini ye. Sekian..

p/s: Err macam best jek kalau aku ada bf bernama ady. Macam sesuai jek. Kan? Kan? Ada sesapa yang nama ady tak? Siapa? Siapa? Meh sini, meh sini. Huehueuhue……..

updated: Atas permintaan arina, nah ni gambar dadahku.hihihi



sumber: google.com