Pages

Antara perkara yang menyedihkan

kredit: Wawa pict.

Masih ingat dengan entry yang ini? Mungkin berkaitan.


Nadia tak datang majlis wawa ea? Huhu..Nadia antara best friend wawa, wawa sedih tau nadia tak dapat datang :( “



Walaupun hanya sebaris je ayat yang dikeluarkan oleh wawa ni, ia MAMPU membuatkan air mata aku mengalir laju menuruni pipi. Mencurah-curah lak tu. Ya, aku menangis. Bukan setakat sedih biasa2 je tapi menangis. Menangis sebab tak dapat datang wedding dia. Ada ke orang macam aku ni? Rasanya dah dua-tiga kali dia bertanyakan soalan yang sama kepadaku, dan setiap kali itulah akan ada air mata mengalir.


"Orang kata pengapit mesti orang yang belum kawen kan. Nape eh?"
"Sebab supaya lepas tu pengapit tu cepat jodohnya"
"Confirm wawa akan kawen awal dpd nadia kan. Of corse tyme wawa kawen nadia single lagi.Nanti wawa kawen, nadia nak jadi pengapit wawa! Boleh tak wawa?"
"Bolehhhh. Tapi nadia kene datang awal sikit la. Kene datang waktu majlis berinai. Malam sebelum tu"
"InsyaAllah, boleh. Wah, tak sabar dah nak jadi pengapit wawa ni.Ngeh3x"

-KMK, 2005


Sebenarnya, jarang benda2 yang membuatkan aku menangis kecuali jika ia melibatkan orang-orang yang aku sayang atau sesuatu yang membuatkan aku terharu gile *yang extreme*. Dan percayalah, jika aku tak berjaya jawab soalan peperiksaan yang susah giler nak m*mpus pun, aku tak pernah menangis. Paling koman pun, aku hanya jadi bad mood je atau diam membisu dalam jangka masa yang lama tetapi memang tak akan menangis. Tak mendapat pointer yang aku harapkan juga tak mampu membuatkan aku menangis. Kene bambu dengan bos yang kerek pun tak mampu buat aku menangis. Pendek kata, selama ni kalau aku gagal buat something, aku takde feeling nak nangis pun. Tapi yang ini………

*perbualan di FB, non editted, copy paste*

Wawa
salam nadia
nadia mmg x jd dtg umah wawa ea:(

11:37pmNadia
huhuhu...sory wawa, i can't make it. :( Kakak n adik nadia tak dapat cuti. So , kami balik kg hari raya ke 4-8, tak berkesempatan gi langkawi...huhu..sedeynye wawa....

11:37pmWawa
xpe la nadia

11:37pmNadia
:( *nota:tyme ni aku tengah nangis gila*

11:37pmWawa
xde rezki nk jumpe nadia
nway, doakan wawa ea:)

11:37pmNadia
huhuhu...sory wawa, i can't make it. :( Kakak n adik nadia tak dapat cuti. So , kami balik kg hari raya ke 4-8, tak berkesempatan gi langkawi...huhu..sedeynye wawa....

11:43pmNadia
wawa, walaupun nadia tak dapat pergi sana, wawa jgn lupakan kita ek.Mana tahu kita dpt tak dtg, wawa taknak kawan kita lagi dah..huhu..Kt mmg nak g sana sangat2 wawa, kalaulah kt ada jet peribadi memang kita dah g sana da on the spot.huhu.. Wawa remember, no matter what, wawa tetap best fren kt sampai bila2. Luv you forever. Nadia sentiasa doakan yg terbaik buat wawa :) Hope our frenship still forever even u're married :)

11:43pmWawa
nadia jgn risau
wawa fhn..lgpun nadia bkn sengaja x nk dtg
kite merancang allah menentukan
kn nadia :)
wawa saaaayang nadia sgt :)

11:45pmNadia
thanks wawa *hugs* :)

11:45pmWawa
u r welcome my dear :)
mmuuuuaaaaaaaaahhhhh:)

*lega setelah mendengar respon positif dari wawa.*


Best friend aku tak ramai, malah boleh dikira dengan jari sahaja. Wedding pula hanya SEKALI seumur hidup. Justeru itu, menjadi impian aku untuk attend majlis bersejarah ‘KESEMUA’ best friend ku ini. Jika aku tak dapat berbuat demikian , ia seolah-olah kegagalan besar bagi aku. Jadi aku menangis. Kadang2 aku macam pelik gak kenapa aku boleh menangis. It's just happen and I can't control it.


Tahu tak, tentang majlis wawa ni, aku dengan nash dah rancang nak pergi sana. Ya, BERDUA DAN NAIK BAS. Walaupun tak pernah naik bas gi sana dan tak cam jalan+jauh yaamatz, kami memang tekad nak pergi jugak. Apa nak jadi pun jadi pun jadi lah. Que serra serra, whatever will be, will be. Eceh macam kenal je lirik lagu nih. Walaupun kami berdua dua-dua pun perempuan, kami memang tak kisah. Berani mati betul sehh tindakan kami nih. Ya, aku memang berani dalam hal2 macam ni. Maksud aku, kalau gi tempat baru, kalau tak tahu jalan ke apa, ala mulut kan ada kan. Di situ mulut memainkan peranan yang besar. Just ask if any. Malu bertanya sesat jalan. Dan aku salah seorang manusia yang tak tahu malu itu..Weee… Memang aku dah rancang dengan nash (nashimah, a girl) dah, sape nak book hotel,nak sewa kenderaan, sapa nak bawa kenderaan, pukul bape nak bertolak dari hotel ke rumah dia and so on. Memang semangat giler dah ni. Tapi, seperti yang wawa katakan “Kita hanya merancang, Allah yang menentukan”. Ayah tak kasi aku pergi alone dengan nash. Bahaya katanya. Kalaulah ayah bagi 'lesen' untuk pergi memang dah pergi dah. No doubt. Aku dengan nash ni spesis berani mati skit. Rasa takut2 boleh letak tepi. Pergi je, kat sana nanti pandai2 la survive.

Kalaulah dia buat bukan pada waktu raya mesti aku dah bleh pergi dengan my family dah..huhu



Berita tak berapa best no 2: For the first time raya kat KL. Tak tahu perasaannya lagi sebab tak pernah beraya kat sini. Tapi mungkin boleh diubati berita yang tak best ni dengan pergi ke tempat2 yang menarik “Ayah, jom gi putrajaya. Gi rumah najib ke, rumah Mahathir ke, untung2 muka boleh masuk tv. Hamboih! Wakakaka!!!!”


Mungkin berita yang sedikit menceriakan aku. Kelmarin, tengah hari, aku dapat panggilan telefon yang menyatakan nama aku termasuk dalam senarai mereka. I’ve been selected into this one programme(yg telah diceritakan dalam entry yang lepas) and I accept it. Yuhuuu….

5 voice out:

Anonymous said...

Oh oh. Diya pun terasa sebak sekali di dada baca perbulan Nadia dengan Wawa. Dah start sebak masa dialog korang dulu2 tu. Huuuuuuuu. Sedihnya tak pat pegi wedding kwn baik sendiri. Mesti rasa terkilan kan. Mungkin ada hikmah kot Nadia tak pat pergi. Jangan sedih2 sangat kay. Wawa paham kot tu.

Huhu. Nanti pegi rumah terbuka VVIP tu, Nadia cari lah kamera selit kat mana2. Confirm boleh masuk TV =D

Nadia said...

huhuhu..Akan menghantar sumthing kepadanya sebagai pengganti diri (idea Kak Noi). Sekarang dah tak sedih sgt, feel better now. Thanks diya ;)

Yana Ismail said...

Alaahai..yana faham camne perasaan nadia..lg2 best friend..honestly. ritu ms yana tunang pun a few of my friends yg rapat tk dtg pn yana sedih. smpai merajuk tu.hik hik cm bdk2 je..alaahai..

tp tula dear..Kita merancang, Allah yang menentukan...:D

Selamat hari raya dear..mohon maaf ek kalau ada salah silap..huhu

Nadia said...

yana sedih gak ea? uwaaa, ni mesti wawa merajuk gak ngan nadia nanti tp tak cakap..huhuhu

selamat hari raya yana.. selamat balik kampung jugak :D

farah, s. said...

sedihnya entri ni. farah leh fhm perasaan wawa, perasaan nadia. semoga wedding wawa dpt berlangsung dgn lancar dan meriah, insyaAllah.

selamat pengantin baru buat wawa.

dan, selamat hari raya nadia. maaf kalau ade salah silap sepanjang kite kenal kt alam maya ni :D.