Pages

Facebook is to care each other

Aku: Mak, kat Kampung Ayer Limau ada masjid yang ada kebun dekat2 dengan area tu tak? Mak: (Aku lupa mak aku reply apa)
Aku: Owhhh.. Mak nak tau, R*m* Is*ak ni dulu masa kecik2 nakal. Dia selalu pergi kebun curi buah
Fiza: (menyampuk dan memotong cakap aku) Heh, cakap orang, ko tak ingat kita pun dulu2 macam tu. Curi buah kat rumah Cina kat lorong tu.




Heh, baru teringat. Izinkan aku menyimpang tajuk sebentar. Hahaha.. Dulu kan, umur darjah berapa tah, aku dengan Fiza selalu lalu kat tepi lorong rumah orang Cina ni dekat2 je dengan area rumahku sekarang. Kat rumah dia ada tanam satu pokok yang tak la tinggi sangat (ala2 macam pokok mangga) tetapi berbuah pelik. Means, buah yang tak ada jual di pasaran, heh. Masa kecik kan, rasa ingin tahu tu tinggi, nampak je benda yang agak2 boleh makan, main ngap je (Nasib baik la aku tak tinggal kat hutan kalau tak, entah2 buah yang beracun pun aku makan jugak). Disebabkan keunikan buah tu, dan aku macam tak pernah jumpa, so selalu la aku dengan fiza panjat dan petik dan makan buah tersebut tanpa rasa bersalah DAN TANPA PENGETAHUAN TUAN RUMAH. Selalunya aku usha dulu line clear ke tak. Line clear barulah proses memanjat dan memetik dan memakan dilakukan. Dan apabila tengah syok memetik dan memakan tu dilakukan, terdengar je bunyi tingkap dibuka atau pintu dibuka, dan nampak macam tuan rumah nak meninjau-ninjau, mencicit kitorang lari. TAU TAKUT.


Dasyat tak dasyat perbuatan memetik tu dapat dilihat apabila saat pokok itu merimbun dengan buah yang warna merah tetiba hampir botak bila selesai je kitorang memetik dan makan di situ. Konon2 tak nak nampak obvious sangat so tinggalkan sedikit buah-buah buat penghias mata tuan rumah . Konon2 buah itu takde sape amik. Ye la, kadang2 aku tengok buah tu macam tak berusik je kadang2 jatuh ke bawah dan busuk camtu je, so baik aku yang makan kan.heh!


Nak dijadikan cerita, suatu hari ni terkantoi la pulak kan.Dushhh.. Bagaimana terkantoi? Masa leka memetik buah secara aggressive tu, tetiba entah muncul dari mana tah tuan rumah tu tetiba terpacul depan mata. Kusssss semangat. Nak lari tak sempat dah. Nak tak nak terpaksa tayang senyuman*malu*. Lepas tu, tuan rumah tu telah melakukan perbuatan angelic kepada kami dengan menghulurkan plastik kepada so that kami boleh kumpul banyak2 masuk dalam plastik. Tuan rumah tu macam membenarkan kami secara rela mengambil buah tersebut siap tolong kami petikkan lagi (yang mana jauh atau tinggi yang kami tak sampai). Sejak tu kitorang dah tak melakukan perbuatan itu secara sembunyi dah tapi dalam pengetahuan tuan rumah. Hehe. Malah setiap kali datang, mesti tanya “Untie, saya mahu amik buah boleh?” pastu untie tu keluar sekali dan tolong kami kanak2 ni petik buah sekali. Heh, baiknya untie tersebut. Rasanya macam nak pergi rumah dia sekarang nak cakap terima kasih kat dia sebab kasi kitorang makan buah tu dan tak pernah marah kami sebab curi buah dia dulu.


Ok, kembali ke tajuk asal. Facebook is to care each other. Cewah, tajuk tak boleh blah.hihi. Facebook adalah social networking yang berbeza dengan yang lain aku kira sebab ia flexible dan kita boleh tahu perihal seseorang hanya melaui status updatenya (selain dari blog I mean). Dia tak sihat ke, dia bad mood ke, dia tension ke, dia happy ke. Dan macam2 la. Dan yang uniknya, kita boleh komen setiap status yang berupdate itu.


Dan satu lagi yang berbeza, kita boleh groupkan rakan-rakan dalam group tertentu. Yang ni aku tahu daripada kak Yonna. Masa tu aku tak tahu lagi so aku curious nak tahu macam mana dia boleh tahu berapa ramai rakan blogger dia dalam senarai facebooknya. Fikir punya fikir, last-last aku godek2 la tool2 kat fb dan try and error last-last jadi juga aku membuatnya. Camni caranya (kepada yang belum tahu) Contoh: Rakan2 di university masuk dalam group yang dinamakan ‘UNIVERSITI’ dan mungkin rakan sekolah menengah boleh masuk group ‘SEKOLAH MENENGAH’ . Nama group boleh reka sendiri harap maklum.


Caranya adalah


1. Pergi kat home, halakan cursor ke arah tab “FRIEND” dan click “ALL FRIEND” dan click kat tab “create new list” dan akan tertera seperti gambar di bawah




2. So, click je mana-mana rakan yang kita nak groupkan setelah tu bagi nama group kat ruangan “enter a name” tu.

3. Selesai sudah. Senang kan?

Contoh:



Kemudian, list yang kita dah buat tu boleh ditemui di ruangan sebelah kiri dalam list friend. Kalau rasa nak baca update rakan yang dalam sesuatu group je, just click nama group itu kat belah kiri kat home (kalau takde, click ‘more’)

p/s: I have 'something' on this weekend. 2 days. Wish me luck. Aku tak berharap sangat untuk dapat , means kalau tak dapat, I'm not frust anymore. Pemergian aku untuk itu lebih kepada 'mengusha' macam mana proses itu dilakukan. Hehhe. Curious nak tahu macam mana it will be held. At least I can earn some exprience on that. Bdw, I still need to work for it. Improve my English. So faham-faham lah kenapa perenggan ni boleh terselit ayat english. hahah ;)

4 voice out:

farah, s. said...

cik nadia nakal dah friend ngan remy ke? hihihihi :p

buat ms ni farah disable wall post. kalau pape nadia htr msg kt fb ok.

ape dia something tu? curious nih. hehe

zureen @ mama said...

Boleh tahan juga nakalnya masa kecik2..kak zureen camtu gak..he3

Yana Ismail said...

huhu nakal gak nadia dulu ek..huhu tp aunty tu sgt baik kn..gitula yg kita nakk..heee;)


weee..apakah something itu?hik hik...nnti citela dear..good luck tau ;)

Anonymous said...

Mula2 baca, macam ey ehhh sejak bila nih Remy update status gitu. Rupanya lepas dia tukar akaun, diya tak add lagi dah. Tunggu dia add diya pulak. Ngahaha *tunggu lah sampai berjanggut

All the best ye Nadia =)