Hari tu masa outing dengan kawan2 aku yang dekat setahun lebih tak berjumpa, semua kata aku makin kurus. Mula2 aku tak perasan tau. Sekali aku teringat yang banyak seluar2 yang dulunya sedang2 semua takleh pakai sebab nampak besar giler dengan aku. Sampaikan ada salah seorang kawan sekerja tegur seluar tu seluar masa aku gemuk ke (wahhh sejak bila aku pernah gemuk?haha). Nampak sangat yang seluar tu nampak besar giler dengan aku kan.
The problem is aku tak reti owh nak tambahkan berat badan macam mana. Entah2 semua ingat aku diet, padahal????? Aku rasa aku makan banyak je. Cuma mungkin akhir2 ni aku perasan yang aku kurang selera nak makan.
Ke sebab aku dah jarang makan spaghetti carbonara secret receipe, lasagna etc etc? Maklum la bende2 tu kan penyumbang lemak jugak. HAHA.
So ada solution nak menambahkan berat badan?
1) Makan nasi dalam kuantiti yang banyak
Dengan syarat, mak aku masak/makanan kat rumah. Aku kalau makan nasi campur kat luar jarang lerrr abis kecuali kalau betul2 sedap. Memilih apakah? Takleh nak telan banyak kalau betul2 tak sedap.
2) Telan je
Telan je nasi sambil mind set 'Nak tambah berat badan nak tambah berat badan nak tambah berat badan'. Eh eh dah macam zikir la plak kan.
3) Weight gain
Pernah dengan susu weight gain perisa/bau ala2 pisang tu? Dulu aku pernah try, tak berkesan deknon. Kawan aku pun cakap tak berkesan gak.
4) Makan benda2 yang menggemukkan
Burger McD, spagetti carbonara, lasagna etc etc. Mak aihhh boleh pokai ni kalau makan selalu. Dulu masa keje kat Shah Alam, aku selalu pokai sebab slalu makan benda2 gini la. Wakakaka
Pendek kata, aku nak gemuk sikit. Wawaawaawa..... Tak best kurus2 sangat ni. Sluar dolu2 pun takleh nak pakai
5 voice out:
be careful of what u wish nadia. dulu kita sgt kurus ramai kawan suruh kita naikkan berat sikit. makan memang banyak TAPI skrg bila berat dah nbaik dia x mau turun2. ish.
ya Allah, best-nye jadi akak... bole complain-complain pasal berat badan yang ringan sangat. saya... tidak lah berpeluang. T_T
farah lak yang gemok ni nak jadi kurus. wargh! haha
fay: is it? huhuhu... Lepas ni nadia mkn lebih skit tp still kene kawal gak la takut terlebih..huhu
arina: aish tak best mana arina. Mahu berat badan ideal T___T
farah: farah kira dah ideal la tu...takde la bleh kata gemuk...
tak ideal pun babe. gambar boleh menipu. hahaha :p
anyway kan pasal contact lens tu betullah nadia ckp, yg dari korea ni mcm senang nk pakai. murah pulak tu. habis ah pasni asyik shopping contact lens korea la jawapnye
Post a Comment