Pages

The easiest & cheapest way to go Universal Studio Singapore from Malaysia


Aku rasa cara aku ni adalah cara termurah dan termurah untuk ke Universal Studio, Singapore. Aku google/buat research seminggu sebelum pergi. Percaya tak aku pergi JB tanpa booking ticket masuk ke USS pun. Hahaha. Selamba badak je. Kalau habis memang mengelupur la kat pintu masuk USS tu.muahaha. Ye la, WAJIB ada kad kredit ok untuk book ticket masuk ni. Kad debit tak boleh! Sengal betul la diorang buat rule macam tu.. Apesal kad debit yang terang bersuluh ada duit dalam akaun takleh guna plak. Takkan tetiba nak buat kad kredit atau pinjam kad kredit orang lain semata-mata nak gi sana kan. Dalam website and blog yang aku survey semua kecoh kata kalau tak book awal nanti ticket abis tambah2 time aku pergi tu peak hour (weekend+dekat Tahun Baru Cina). Terdetik dalam hati aku nak cancel trip ni (terdetik sikit je) sebab takut susah payah pergi tapi tak dapat tiket masuk USS tapi sebab taknak kecewakan kawan aku dan adik aku yang tengah excited nak pergi, aku redah je. Kadang2 nak survive kita perlu berani. Tak berani memang tak berjalan ler.

Do u know trip aku, Sya and adik aku ke hotel JB dari Paka ni hanyalah berpandukan Google Map sahaja ok. Takde GPS bagai, peta lukis sendiri saja noksss. Memang tak pernah pergi langsung dan tak tahu apa2 langsung. Kalau sesat aku redha je. Teringat cerita Sya, anak beranak mat saleh time nak naik Cylon kat USS aritu (roller coaster yang dasyat giler), ayah dia pujuk anak dia suruh naik "Come on. You have to be a risk taker"

Luckyly kitorang tak sesat langsung. Everything go smoothly, takde sesat patah balik ke apa. Dalam 7 jam sampai sana. Sampai ayah aku pun terkejut giler aku dengan kawan aku yang tak pernah jalan jauh langsung tetiba dah sampai JB tanpa sesat dan tanpa tanya2 orang pun. Mula2 aku kata nak pi JB dia kata "Boleh ke" nada suara memang sakarstic abis la siap gelak2 lagi, aku kenal la nada suara gitu. Macam perli2 aku la kiranya. hahaha. Sekali aku kata aku dah sampai JB dah pun, kat Skudai, terkejut giler ayah aku. Sebab ayah aku dah cop aku awal2 sebagai orang yang mudah sesat dan senang lupa jalan. Kalau ayah aku tau aku lah copilot yang paling banyak menyumbang idea untuk perjalanan kali ni mesti ayah aku pengsan sebab terkejut. wakakaka. Ini namanya di mana ada kesungguhan di situ ada jalan. Aku kalau bersungguh camni la, tapi kalau malas, 10 kali lalu jalan yang sama pun aku tak ingat2 jugak. kahkahkah

Melalut mana tah, mari kembali ke cerita tadi. How I managed to book USS ticket?

1) Aku bermalam kat Kozi Hotel JB. Sampai sana dalam pukul 6 petang. Aku book 2 minggu awal hotel ni melalui website dia, BOOK TANPA DEPOSIT (dia takde suruh bayar dulu pun.haha.best kan hotel ni). Book untuk 2 malam. Pukul 2 petang dia call hp aku tanya book tu confirmed tak dan dia tanya pukul berapa aku akan sampai. Macam mana aku tahu pasal Hotel ni? Thanks to Google!!! Aku google hotel yang paling dekat dengan Singapore dan paling dekat dengan Tune Hotel. Bilik Deluxe rate satu malam RM98, dua malam dalam RM200 la gitu. Mula2 aku nak amik Tune Hotel (sebab semua kata murah pastu hotel ni glemer semua negeri ada dan glemer sebab terkenal dengan title hotel budget) tapi disebabkan hotel ni letak syarat ‘MAXIMUM OCCUPANCY is 2 ADULT’ pastu bilik pulak semalam dalam RM138 maka aku cancel nak duduk situ. Sebab aku nak duduk 4 orang untuk bilik yang paling murah. .heh. So aku google la hotel yang berdekatan dengan Tune Hotel. Nasib baik dekat, jalan kaki pun boleh yooooouuu. Bleh duduk 4 orang yang paling penting. Murah itu opkos la.haha

2) Kenapa aku google hotel yang dekat dengan Tune Hotel? Ini lah jawapannya---> shuttle bas direct to USS from Tune Hotel. Hahah. RM25 untuk pergi dan balik. Dia hantar terus ke USS dan balik pun kene tunggu tempat yang sama gak, dia hantar direct ke Tune Hotel tu balik. Mudah kan keje? Aku ingatkan penduduk Tune Hotel je yang boleh naik bas tu rupa-rupanya orang luar boleh jugak, dia tak link pun dengan Tune Hotel cuma location office dia je yang letak dekat2 dengan Tune Hotel (kalau nak senang, gi kaunter Tune Hotel tanya nak book bas ke USS kat mana, dia akan tunjuk). Aku book sehari awal, itu pun jam 7-8 malam camtu, nasib baik ada lagi. Masa aku nak book tu orang tu tanya untuk bas sahaja ke atau dengan ticket USS sekali? Time tu aku excited giler! Oh myyyyyy boleh beli dengan ticket sekali ke yahoooooo!!!! Terus beli dengan ticket masuk sekali la opkos! Campur ticket masuk harga dia RM205. Aku kira2 kalau beli kat kaunter masuk USS kat SG tu (tunai je maklum la takde kad kredit) RM187.20 (rate 1SGD=RM2.60), kira punya kira murah la kan amik package RM205 ni. Tu pun ada orang kata mahal. Pelik bin ajaib aku rasa. Cer cerita dengan aku cara lagi murah untuk trip 4 orang please? Haha. Lainlah pergi 20 orang mungkin ada diskaun skit. Kalau bermalam kat Singapore toksah kata apa la, paling murah aku survey dalam 80 dollar something untuk satu malam standard hotel backpacker kat sana. Dengar macam murah, cer darab dengan 2.6 skit. Hahaah. Melainkan korang ada nak pergi tempat lain kat SG, bleh la usha2 hotel kat sana. Kalau setakat nak masuk USS je, adalah lebih baik dan menjimatkan duduk JB je. Just remember, kat sana semua benda kene darab 2.6, kalau ada cara yang memudahkan dan menjimatkan, kenapa pilih cara yang mahal dan menyusahkan? Melainkan korang kaya giler, duit mengalir macam air so tak heran pasal duit pun. haha.



Ni tiket bas. Aku book trip bas gerak kul 8:30 pg, balik 9:30 malam. Sampai sana 11 pagi keluar dari USS 9 malam. Believe me, dengan waktu macam ni, dengan peak hour nya(weekend di-declare sebagai peak hour), dengan ramai giler orang, aku boleh cover hampir semua attraction/permainan kat sana (kecuali Jurassic Park sebab masuk situ confirm basah dan aku tak bawak baju spare). Sedangkan kat Genting dulu timeframe macam ni aku just sempat cover 4-5 permainan je. Fikir punya fikir , aku jump kepada satu conclusion yang membuatkan aku rasa USS ni awesome dan geliga giler merancang taman tema macam ni. (compare dengan Genting la) Dan memang berbaloi-baloi untuk pergi (I will go in brief next entry)

Dia kata trip bas ke USS 1 jam 15 minit kan? Act kalau diikutkan memang la perjalanan camtu tapi disebabkan kitorang semua kene turun naik imigresen Malaysia pastu kene turun naik imigresen Singapore pulak, tu yang buat lambat tu. Tambah2 lagi kalau orang nak check in pun ramai gak so beratur la kat kaunter tu. Tapi alhamdulillah, we managed to get into USS dalam pukul 11 pagi.



Ni ticket masuk USS. Tau tak ticket ni valid masuk sampai bulan 7 camtu (ada tulis kat belakang ticket). Boleh masuk bila2 dari 11 Januari sampai la bulan 7 tu, tapi boleh masuk sekali je la (takkan harga ni masuk banyak kali plak kan.haha). Tau tak kalau book ticket kat website USS tu kene fix pada satu tarikh je kalau tak silap aku, kalau cancel maka ticket pun burn. Heh. So mana lagi memudahkan?

Entry ni untuk orang luar JB. Kalau orang JB lagiii senang takyah sewa2 hotel bagai kan, boleh direct je. Ada kawan aku tu kata dia memang JB dah, naik kete parking kat City Square pastu naik bas ke SG pastu sampai sana naik MRT plak ke USS which is aku rasa sangat leceh untuk orang luar JB macam aku ni. Nak google map City Square lagi, nak study MRT map lagi. Leceh . Kang sesat plak. ahahah. Dengar cerita kalau nak bawak kereta masuk SG terus, prosedur nya leceh siap kene beli kad apa tah macam touch n go kot. So nak senang, ikut je cara aku. Huehue.

Entry USS menyusul kemudian. Zasssss

Jap jap nak buat entry penghargaan jap.

Terima kasih kepada orang paling kuat iaitu Sya kerana sudi membawa kereta (maklum la kami bertiga enggak ada lesen kereta lagi dong) dan merealisasikan impian aku ke Singapore, USS to be exact dan terima kasih kerana sudi bersusah-payah bersama-sama meredah JB dari Paka. Terima kasih sebab sanggup ke imigresen Kuantan jumaat lepas semata-mata nak siapkan pasport dalam masa satu hari (sebab imigresen kat Kerteh amik masa seminggu untuk siap, dah tak sempat). Dia buat pasport ari jumaat, esok tu pagi2 terus nak ke JB dah, selamba kan? Segalanya tak mustahil! Walaupun dia ni busy giler keje tapi sanggup amik commitment untuk trip kali ni. Dan terima kasih sekali lagi Sya kerana ada rasa berani dalam hati sebab percaya kat Nadia ni sebagai copilot ke JB walaupun Nadia ni agak terkenal dengan susah ingat bab2 jalan ni. Even ayah aku sendiri pun tak percaya dengan aku so dia ni kira berani la sebab percaya dengan aku. Dan aku pun tak mensia-siakan kepercayaan dia dengan bersungguh-sungguh buat research untuk trip kali ni (wahhh ayat dramatik abis, sila muntah)

Terima kasih juga kepada Nora kerana sudi menemankan kami dan merealisasikan impian aku untuk pergi bersama kawan2 yang lain. Walaupun btahu last minute but she willing to take a risk.

Terima kasih kepada camerawoman utama iaitu adik aku Nana (ekekeke) kerana ko, kamera aku penuh dengan gambar aku kali ni.Wakakaka. Ala, full sponsor kan, haruslah berbakti sikit pada kakaknya ini. Terima kasih sebab sudi temankan aku trip ni. Terima kasih sebab membenarkan aku untuk menggembirakan ko dengan pengalaman trip kali ni.Terima kasih sebab merealisasikan impian aku nak bercuti bersama ko dan kawan2 aku jugak dalam masa yang sama.

Dan terima kasih kat Google. Tanpa Google, aku rasa trip budget kali ni takkan berjalan.

Lastly, terima kasih untuk diri sendiri sebab berani initiate idea untuk trip ni dan pujuk semua orang untuk buat pasport secepat mungkin walaupun perancangan aku boleh kata less than 1 month. Idea untuk pergi USS start muncul dalam kepala 3 minggu yang lepas secara tiba2 sangat (semua pun terkejut apasal tetiba sangat) tapi research ke tempat ini start less than 1 week to be exact. Maklum la, busy keje kan, masa agak terhad. Bleh kata agak kelam-kabut tapi alhamdulillah sangat semuanya berjalan dengan lancar seolah-olah dah berbulan-bulan merancang.

Kenapa aku siap ucapan terima kasih bagai ni? haha. Cam lawak la plak. Hermm.. Maybe sebab aku rasa macam tak percaya je trip last minit ni berjaya jugak akhirnya. Mungkin sebab aku sendiri pun tak yakin trip ni jadi se-lancar ini tapi dengan hadirnya mereka2 di atas, buat aku 'cari' jugak keberanian dalam hati untuk redah je. Bak kata Sya, kalau kita tekad, kita mesti ada rasa berani dan tekad nak pergi jugak walau macam mana sekalipun.

Ouchhh tak sabar nak cerita pengalaman masa kat USS. So exciting! Next entry!

4 voice out:

Anonymous said...

Sangat membantu tq

Unknown said...

Thanks.. really help me alot

shakira hamzah said...

thanks for the info!

sgt membantu :)

mane entry ke USS?

nak tgk gmba :)

Anonymous said...

salam..kalau dari hotel kozi ke hotel tune brp minit ya jalan kaki..tq..