Pages

Ibu



Bagi aku, punya anak yang tidak taat dengan kita bisa buat hati tercarik-carik. Mungkin kerana atas sebab kepayahan melahirkan dan membesarkan buat ibu2 meletakkan harapan agar hatinya dijaga oleh sang anak.

Harapan tersebut tak salah. Allah faham sebab itu Dia raikan dan mengeluarkan perintah untuk anak taat dengan ibu selagi suruhannya tidak menyebabkan akidah terbatal, selagi tidak bertentangan dengan apa yang Islam gariskan.

Apa salahnya berpenat untuk mereka? Engkau pun seorang ibu dan sepatutnya kau berkongsi rasa yang sama dan paling sedia maklum faham akan ini. 

Kau mahu dilayan raja oleh anakmu sedangkan kau tidak melayan ibumu begitu. Layakkah?

Kau mahu anakmu taat dengan kau sedang kau tidak taat dengan ibumu. Adilkah?

Apa-apa pun, Allah Maha Mengetahui apa yang zahir dan apa yang kau sembunyikan.

0 voice out: