Pages

Kembali Lagi

Ya Allah. Baru tahu kewujudan blogger apps ni. Tak pernah terfikir ia wujud (maybe kerana sudah melupakan blog setelah sekian lama). 

Selama ni punyalah aku lakarkan personal thought (hasil daripada pemerhatian sekeliling) dalam notepad phone je lepas tu tetiba rasa pelik je nak share di instag. Maka mereputlah segala catatan tersebut dalam phone je. Cukup masa, bila kemas2 phone, aku delete semua2 dalam notepad. Walla! Hilang macam tu je . Tetiba rasa rugi.

'Menulis itu merupakan penghargaan kepada masa'. Aku terjenguk entri sekitar 2009, aku ada bercerita tentang satu suasana pekerjaan dan orang2 yang terlibat. Tapi tiba2 aku tak ingat watak salah satu nama. I was like who is Syafiq? Syafiq yang mana satu ni? Aku tak boleh capture image dia dalam kepala macam mana. Lol. Ni kalau aku jumpa kat memana sekarang sure aku tak kenal orangnya.

0 voice out: