Saya ni suka makan tapi saya sangat hairan kenapa berat badan saya tak naik2. Nak naik 1 kg pun susah yaamatzz. Dah la saya makan dengan bermaharajalelanya tanpa fikir apa-apa. Cakap je apa makanan menggemukkan, semua saya dah telan! Burger Big Mac McD (okay, ini dulu. Sekarang rasa bersalah. Israel2! wakakaka!), coklat, kek, satay, susu Dutch Lady, semua tu memang favourite saya.Saya rasa macam pelik “Mana pergi makanan banyak2 yang selama ni saya makan?” Saya ni dah la jenis yang tak suka bersenam (kecuali jalan kaki pergi fakulti kalau takde bas.Secara tak sengajanya bersenam. Kalau bersenam saje2 untuk kesihatan memang takde). Jangan harap lah saya nak berjoging sebab saya memang tak suka jogging. Inilah yang menambahkan kepelikan saya. Macam mana lemak saya dibakar? Ada sesiapa boleh tolong jawabkan?
Dilema saya>--- saya nak gemuk sikit. Aik? Orang berlumba-lumba nak kurus, apa kes saya tiba2 nak gemuk pulak kan? Don’t get me wrong… Saya memang nak gemuk tapi BUKAN gemuk sampai ada ‘spare tyre’ tu) Boleh kata biar berat badan ni naik 3 hingga 5 kg ke (selama nak dekat 3 tahun kat upm ni, kenaikan berat badan yang paling tinggi ialah naik 1 kg je. Sadissssssss). Tak tahu nak wat camne lagi. Takkan nak makan style macam Erra Fazira dalam filem Cinta Kolestrol tu kot. Tu macam dah lebih tu. Selera saya belum ke tahap itu lagi la.hahahaha.
Hakikatnya waktu makan saya memang jarang miss (kecuali kalau ada hal yang TERLALU urgent, tak sempat makan atau entah angin apa yang melanda, takde mood nak makan). Saya ada target minimum jumlah nasi yang saya makan setiap kali tu(ala,macam biasa2, sepinggan nasi untuk seorang makan). Kalau kurang daripada tu, CONFIRM SAYA KOMPLEN DALAM HATI “Apa lah bagi sikit sangat nasi nih! Dia ingat nak bagi makan budak 5 tahun agaknya” (sebab sikit kan. kah3x!). Masa pergi apa-apa kem kat kolej(ehem! k5 la), biasanya makanan yang AJK provide memang sikit giler (sebab naik bukit turun bukit, buat aktiviti lasak mana boleh bawa stok makanan banyak2). Bayangkan sepinggan nasi biasanya untuk makan seorang , kat sana mesti kongsi dalam 3 ke 4 orang. Saya hanya mampu…...Uwaaaa!!!! (menangis dalam hati sebab nak complain tak boleh, nanti mereka kata mengada-ngada.Terpaksa tunduk akur). Tu belum campur kalau ada kem yang mementingkan displin(KPSM. Hahaha!), mereka bagi 5 minit je waktu makan. Beratur dan amik makanan dah 1 minit. 4 minit makan mana sempat! Purata masa saya makan 20 minit. Tapi terpaksa akur jugak(Ala, bukan susah tahan selama 2,3 hari,nanti balik rumah lepaskanlah rindu dendam terhadap makanan). Masa tu saya fikir tak sabar nak balik rumah sebab nak makan banyak2 dan sedap2. Cover balik tak dapat makan masa kat kem tu.Wakakaka! Boleh pulak!
Dan paling saya tak puas hati+geram tu, bila balik kampung ke, pergi rumah saudara ke, ada je makcik2, kakak2 yang datang kat saya, picit2 lengan saya sambil cakap “Kenapa ko seorang je yang kurus tapi nana dengan fiza gemuk ea? Makanlah BANYAK SIKIT ! Ni mesti DIET ni kan?” Waktu tu saya rasa saya sangat INNOCENT (tak bersalah!) Saya memang makan banyak sikit tapi kalau saya tak gemuk, tu bukan salah saya. Mereka ingat saya menganiayai badan sendiri dengan tak makan dan berdiet. Sebenarnya saya bukannya kurus sangat tapi mungkin sebab perbezaan saya dengan adik-beradik saya terlalu besar membuatkan saya kelihatan ‘terlalu kurus’ di mata mereka tu. Macam penat je explain “Dah makan banyak dah, tak diet pun” sebab mereka sikit pun tak percaya. Ingat saya tipu.
p/s: Ada bestfriend saya (girl) pun sama macam saya jugak. Yang sorang tu suka makan yang sedap2 je. Yang tak sedap, dia no layan, tak habis. Yang lagi sorang tu sebijik macam saya jugak la, kalau tengah lapar, sedap ke tak sedap ke, yang pasti licin pinggan! Licin2 tu sempat lagi komplen sambil membuat muka “Tak sedap la makanan ni” dan confirm yang lain akan mencelah “Aik? Dah habis licin baru komplen? Tak sedap, tak sedap pun, licin jugak.” Whahaha. Saya ada menjengah ke blog2 orang, ternyata ramai orang yang kurus mengalami dilemma macam saya(makan2 tapi berat tak naik padahal aim nak naikkan berat badan). Ramai jugakkkk la. Yes! Ada geng! (apa la, semua benda pun nak ada geng.hohoho) Eh,ada fungsinya ada geng ni. Sebab saling memberi semangat antara satu sama lain. Setiap kali cuti, kami(saya+2 best fren saya tu) selalu mengingatkan antara satu sama lain “Ingat aim kita cuti ni. Makan banyak2, naikkan berat badan!” dan setiap sekali naik dari cuti, kami akan segera mendapatkan mesin penimbang berat badan(yang kene bayar 20sen tu). Kalau berat badan naik, tersenyum sampai ke telinga. Di mata terpancar sinar cahaya kegembiraan blink3x (ayat tak boleh blah!). Kalau berat tak naik pulak, kami merungut tak puas hati. Salahkan penimbang . Dan mungkin keluar assumption “Penimbang ni rosak kot” . Wakakakaka!!





