Pages

Masih sama? Fuh....

Hari ni saya tengok notice kat board kolej. Notice untuk dinner budak2 final year kolej dah keluar. Dan kami agak terkejut. What?? Tempat yang sama dengan tahun lepas? How come? Act, ramai jugak budak yang dah pergi tahun lepas (AJK dan MTM), complain why dinner at this year still at the same place as previous year. Apa salahnya kalau they search for a new place? Kata orang, be more creative, not same as before. Dah la tempat sama, dengan tema2 sekali sama(dengar2 cerita dari orang sebab mereka tak mention tema pulak dalam notice tu).






Tahun lepas (okay, ini cerita tahun lepas punye), saya, Sya dengan Nora join dinner kolej. Walaupun bukan pelajar final year pun lagi tyme tu..hahah..Act, tyme tu saje2 je nak raikan orang yang kami baik iaitu senior kami (Kak Azah n da geng. Mereka semua budak final year tyme tu). Ingatkan ramai la budak 2nd year yang join. Rupanya takde. Hanya AJK je la pun. Lain semua budak final year. Macam malu la kan? Pastu cakap dengan mereka, segan nak pergi. Lepas tu mereka pujuk habis la suruh pergi jugak. Masing2 tayang muka bersungguh-sungguh. 1 hari sebelum dinner mesej Kak Akmar . Bagi alasan tak ada baju glemer nak pergi. Wakaka! Walaupun nampak macam tak logik, tapi bantai je la! Ialah, tema untuk malam itu adalah ‘GLAMOROUS’ haruslah pakai baju glemer la kan? Hahah.. Tapi Kak Akmar cakap “Pakai je baju apa-apa. Baju kurung pun takpe. Kitorang pun baju biasa2 je ni” Dan keputusannya selepas ditimbang banyak perkara, kitorang pergi je la. (tapi baju tyme tu memang tak glamor langsung.hoho).







Tempat dinner tu adalah di Manhattan Ballroom 2, Berjaya Times Square Hotel, KL (Oh, dinner untuk tahun ini juga). Menu masa tu adalah Chinese Style (kalau menu pun sama jugak, tak tahu la nak cakap apa. Dah macam 'copy' and 'paste' pulak.hehe). Memang sedap la jugak. Unik (tapi sayang tak ada shark fin soup. Saya suka soup itu). Lepas tu macam biasa la, ada majlis penganugerahan sekali. Anugerah kepada mereka yang banyak berjasa kepada kolej. Lepas tu persembahan nyanyian and bla bla bla bla… Dan kemudian, macam biasa, sesi bergambar.




Tabblemates :)













Oh ye, I wonder, macam mana la agaknya suasana dinner tahun ini? Yang paling best, Ayie my rumate join sekali (yippe2!yeay!) .Walaupun dia bukan final year (course dia required 4 years compare to mine that require only 3 years)), tapi dia join sebab nak raikan kitorang..hehe.. Tahun lepas dia tak join sebab segan dengan geng Kak Azah. She keep saying “Segan la. Korang budak kelab. Bla bla bla” hahaha…Lepas tu saya ‘fire’ dia balik “Ayie bukan budak kelab kembara jugak ke?” (sambil buat muka gangster tapi tetap tak jadi) wakakaka.. Errr..sebenarnya dia segan sebab jarang aktiviti kami bersama geng2 kak Azah tu. Camping, pergi shopping complex berkaraoke dan jalan2, pergi rumah terbuka Hari Raya ahli kelab bersama-sama and etc.





Cakap pasal Kelab Kembara (k5), akhir2 ni dah jarang join aktiviti Kelab Kembara(err..bukan jarang tapi langsung tak join). Sebab mereka2 ni (geng2 Kak Azah) dah takde, macam dah hilang keseronokan dan kegembiraan. Ialah, nak buat aktiviti mesti kene ada keseronokan, kalau takde buat apa kan? Hoho.. Ari tu masa kelab buat aktiviti pergi Nenggiri, mereka tanya kami join tak? Kami jawab “Kalau geng korang pergi, kitorang pergi la” heheh



p/s: Untuk dinner tahun ni (5 April 2009), saya dan Ayie buat baju kurung moden, Sya dengan Nora pulak buat Kebaya. Pasal warna pulak, saya dengan Sya warna kuning cair manakala Ayie dan Nora warna pink. Ececeh, macam berjanji pulak! Hahaha..





p/ss: Dah lama tak menempek gambar rakan2 di sini



siapa mereka??? hehe!



Me, Sya, Nora dan Ayie (ni sesi memperkenalkan diri serupa minggu orientasi ke apa nih? kah3x!)

Kali terakhir keluar berempat bersama-sama (Ingat lagi entry pasal saya beli hard disk baru?Tyme tu la :) ). Final sem yang busy, jarang suda keluar bersama-sama..

p/sss: Tak siapa sedar, dinner juga melambangkan 'majlis perpisahan' secara tak langsung . Ayie, jangan sedey2 *smile* :)

21 voice out:

Anonymous said...

dgr citer diner klj sblm2 ni wt kt dwn harmoni je, yg lps 1st time buat kt luar...(betul ke x, aku pn xtaw)...so ok kot klu wt kt tmpt same...hehe

miSS lyAn4 said...

yeay!i`m olso going to dat dinNer..of course la mau celebrate moment ngan korang..Sob..soB sem depan kamU2 sudah tiada di UPM sudaa...sedihh!!!

p/s:thinking about our plan time kluar tadi;D...pergi satu place buat girl`s nite out n hangout sampai puas2...harap2 jadi la yeh?

Nadia said...

anonymous: Adoi la. Belum sempat mau edit ayat tu sudah datang komen dari kamu.hohoho..Act, apa salahnya kalau kita semakin lama semakin berkembang kan? Kalau tahun lepas for the first tyme buat kat luar, apa salahnya tahun ni bertukar location pulak (be more creative). Tapi, ok je sebenarnya..haha..

Nadia said...

ayie: ayie, jangan nangis2. Smile2! :)

jom2! G PD pun ok jugak kan? Tapi kene make sure lepas final exam dan sebelum nora buat LI..hehe

Cikgu Ije said...

senang nt nk wat kerja kerja.. ubah tarikh je~ haha

farah, s. said...

huhu yeke tempat n theme yg sama. alahai x bestlah.hihi. so teme thn ni glamorous lagi lah ye?? hihi. wawawa dh siap tempah baju yek :)

dulu ms frh annual dinner sblm fly punyela skt kepala pk nk pakai ape. last2 pakai je ape2. xkene theme pun.kwang3.

shark fin soup tu sedap ke? xpenah try pon T_T

Anonymous said...

aisshh..jgn menu cut and paste dah..hheheh!!
btul2 kreatif la pelbagaikan lokasi..
baru la nampak kelainan 'pengurusan'...heheh!!

Nadia said...

ijechan: tau takpe...ahahha

farah: tu la, jadi kurang best sikit lorr..huhu..Baju? ehee...dah siap dah. kui3x..

kali ni diorang lambat sgt bagi theme, nadia main buat je baju. Kalau tetiba theme bertukar ke 'songket' ke , 'flora' ke, baju yang tu (yg dah beli) tu jugak nadia pakai kot. Kalau tak ikut tema pun, main pakai je la..Biar2x! hahaha

shark fin soup sedap giler farah! Try lar. First time makan masa dinner kat matrik. Banyak giler nadia makan (2-3 mangkuk). wakakaka!

sya: heheh..kalau menu pun sama jugak, tak tahulah nak cakap pe..hahaha..

err...kata nak creative (ayat ni selalu ditekankan oleh..oleh...err...hahah), mesti lah perlu 'berfikir di luar kotak', tak bolehlah asyik nak follow orang yang lepas2 je kan? hahahah



note from nadia-ady: Jap g ayah nak amik, ku balik rumah...yuhuuuu(heaven2!)Ok, sayonara!

Yana Ismail said...

selamat berdinner!huhu;)

Nadiah Suhaidi said...

sonoknya mau dinner2 ;)

farah, s. said...

tp mhl kn soup tu T_T

Nadia said...

liyana: thanks2!

nadxoxo: yup2! sebab dapat melaram sakan tanpa membuatkan orang rasa pelik..hehehe

farah: tak tahu lah farah..Tapi kalau orang melayu jual rasanya tak semahal orang cina...huhu

Admin said...

pergh. ayu2 sungguh gadis2 dibelakang tu

Anonymous said...

nadia..
bila mau candle light dinner ngan sy? ekekek

Nadia said...

ubey: hoho...

kusu: hahaha. Sungguh tak boleh blah pertanyaan itu...Boleh aje, ko set lah tempatnya. wakakakakaka!

mahsyar90 said...

malam ni dekat UTP..
ingat tau..aku blanje..wakakak

Nadia said...

mahsyar: hahaha...Best giler orang belanja. Alamak, jauh bebenor la pulak tempatnya kat UTP plak. Cancel la cenggini.Hua3! :D

farah, s. said...

nt nk bgaya tudung ungu ala siti la nnt ek? hihi

Nadia said...

farah: malu2...hihihi :D

Anonymous said...

selamat maju jaya nadia, think b4 u says something about another people. u will face it soooooooooon.
haha.
support u,

Nadia said...

hoho..Mungkin sebab saya seorng yang complaining dan tak berapa gemar benda yang berulang-ulang dan sama.I like sumthing new. Tapi, mungkin SILAP SAYA la kot sebab saya pergi dua-dua dinner. Kalau saya just pergi yang tahun ni punya, saya mungkin tak complain la kot =)

support saya? support apa? hahaha..Bukan saya AJK pun..hoho

oh ye, siapa kamu ye? rasanya komen yang first dalam entri ni semua datang dari kamu kan?

p/s: I guess u're one of mtm this year. Betul tak?