Pages

Nana ku....

Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu dan engkau abang…




Eh silap

Aku kakakmu dan engkau adik..



Kepada yang belum tahu, nana (adik saya, rujuk gambar di sebelah kiri sidebar bahagian bawah sikit) akan mengambil result SPM hari ni . Berdebar-debar dia. Dia tak mengharapkan kecemerlangan dalam SPM ni tapi dia sangat berharap result dia tak teruk, orang kata cukup2 makan pun okay. Walaupun dia tak berapa pandai, tapi dia rajin. Dia selalu kata “Aku teringin nak jadi macam ko angah, masuk mrsm, masuk university” (sampai sekarang dia cakap camni) dan macam2 la. Dulu2 kan, dia selalu cakap yang best kalau jadi orang pandai, mak dan ayah selalu take care. Mak ayah gembira semacam (selalu tersengih-sengih) sebaik sahaja tahu anak dapat result flying colours. Pergi rumah sedara-mara jadi perhatian. Orang selalu bercakap. Kalau ayah atau mak bagi perbelanjaan untuk asrama, beli makanan (untuk dibawa ke asrama) ke apa ke mesti dia kata ayah sayang saya lebih dari dia (sebab bagi duit lebih kat saya) padahal dia tak tahu ayah sayang kami adik-beradik sama-rata. Saya rasa biasa saja. Cuma dia yang salah faham. Perhatian yang dia maksudkan tu mungkin sebab saya duduk jauh dengan family, so kene lebih sikit la kot. Selalu tanya saya sihat ke tidak, selalu telefon. Kene beli barang2 asrama semua. Bila dia cakap camtu of course lah saya kene explain kat dia kan supaya dia tak salah faham...




Oh ye, dia bekerja sementara sekarang. Kat 7-eleven. Dia baik dengan supervisor (awal2 saya dah bagi nasihat, bila kerja kene baik dengan bos.Jangan buat hal) . Dia semakin pandai berinteraksi dengan customer2 yang kerek (belajar dari mana nih nana? Hahah) dan semakin pandai berkata-kata (Aik?).Masa jadi cashier,dia tak pernah shot duit ke apa ke (means duit keluar masuk adalah tepat , tak tersilap bagi) .Dia kata seronok. Dia rasa best sebab dapat pegang duit hasil titik peluh sendiri (oh, kepuasan dia berlainan. Saya pernah rasa) dan dapat membeli milo kegemarannya kat kedai mamak, novel kegemarannya tanpa ayah saya bising2 dan juga belanja saya makan setiap kali saya teman dia shoping (hehehe..Part ni memang paling best :grin:)




Tapi, saya rasa ‘tak syok’ sikit sebab dia selalu takde kat rumah lepas tu kalau kerja shift malam (7 malam-7 pagi) alamat, tidur sorang2 lah saya. Bosan! Tapi, yang bestnya kan, stok2 makanan kat rumah tahan lama lah sikit. Tak faham? Camni, adik saya, kakak saya dan saya memang kaki makan punya olang. Wakakaka! Stok2 makanan yang best2 (contoh: nugget tempura, French fries,burger) selalu sold out cepat. 2 hari cukup untuk menghabiskan makanan2 tu. Saya la yang selalu ketinggalan. Selalunya saya makan ikut mood. Takde mood, tak bergoreng lah benda alah tu. Tapi tyme lapar giler tiba2 mengidam benda alah nugget, fries semua, tengok2 kosong peti ais. Hoh! Kecewa okay! Haahahaha. So, bila mereka2 ni bekerja, waktu kat rumah tak banyak, balik kerja penat so….faham2 je la. Waktu cuti ari tu, saya la yang rajin menggoreng makanan tu..hehehe…Nyum2!




Oh ye, masa awal2 keje kat 7-e tu, awal2 saya dah bagi warning kat dia “Nana, ko kerja lama-lama sikit okay. Nanti dah abis u nanti aku nak keje sana jugak. Ko kene rekemankan aku (kekekeke). Jangan berhenti selagi aku tak masuk ye.Nak berhenti pun tunggu aku masuk dulu”. Banyak kali jugak saya bagi dia ayat ni dan setiap kali tu la dia bagi reaksi
“Hah? Biar betul! Ko nak keje kat 7-e jugak ke angah?” Tak percaya: NADIA TERINGIN NAK KERJA KAT 7-ELEVEN. Maksud saya bukan lah sampai bertahun. Sekejap beberapa bulan pun jadi la (Tak tahu kenapa teringin sampai tahap mengidam nih.Dari dulu lagi) hahaha



*gud luck nana*
*Nana tiba-tiba jadi glemer. Ada jugak orang yang bercerita tentangnya di alam maya ni. Nanti kalau dia google lagi mana tahu dia sampai lagi ke entri ni (hai, selamat datang nana, jemput masuk) .miahahaha :D

10 voice out:

Lovely Emy said...

hehe, semoga dorg suma berjaya yg mengambil result la..

en_me said...

good luck wat adek kamoo yg chomeyyy tewwww..

zureen @ mama said...

Semoga adik kepada nad berjaya..mesti berdegap-degup jantungnya pagi ni..

farah, s. said...

mesti terharu si nana ade org blog pasal dia. hihihihi.

sm ngan farah la, xpenah shot duit ms jd cashier. keh3.

oh, dia dh nk amik result eh? farah br tau dia dh lps spm.huhuhu

Nadiah Suhaidi said...

hehehhe...by now sure nana dh tau result dia kan? same goes to my sis :)

IamYonna said...

gud luck for ur lil sis' result eh hehe
ape2 pun dah usaha kan :)

mmg syiookk dpt pegang duit sendiri.
nk beli ape pun suka hati huhu

Anonymous said...

aimi: yup2..hehehe

en_me: thanks ya..dia happy dengan result dia..heee...

kak zureen: yup2..berdebar-debar n now dia happy..huhuhu..

farah: wawawa...bagus2..tu namanya teliti tu..hehehe

dia dah amik dah farah. Lepas tu terus pergi kerja. Orang call nak tanya result, dia takleh angkat coz tgh kerja kan. Tahu pun dari mak. Mak sempat call dia..hehehe

nadxoxo: yup2..dia dah tahu dah. Happy dia. Subjek yg tak disangka-sangka, dia boleh skor pulak..hohoho..

kak yonna: yup2. Agaknya dia struggle giler la tu..huhu..

hehe..orang dah keje kan (termasuk kak yonna sekali)..heehe

Insyirah said...

so, mcmmana result ur sis? moga² dapat result colorful, insyaALLAH! :-)

farah, s. said...

nadia, np nk sgt kje 7e? hihihi

Nadia said...

kak syira: Tak berapa flying colours tapi quite ok bagi dia compare dgn percubaan n result2 sebelum ni.Semua lulus n banyak yg kredit.. :)

farah: tak tahulah kenapa farah.Sebab teringin nak jadi cashier kat situ kot..Tapi before ni pernah je jadi cashier kat tmpat lain, tapi entah..Nak keje situ jugak...hehe..Maybe organization dia bagus kot..hihi..