Pages

Pre-Tunang dan ku yang ke-busy-an

Best fren saya ye.. Bukan saya :D





Kelmarin aku dapat call dari wawa (best fren masa kat matrik. Dia jugak rumate ku masa di sana). Dia menyampaikan berita yang agak mengejutkan aku.

"Nadia, wawa nak beritahu ni. Wawa nak tunang dah. 23/5 tahun ni. Kahwin 27/9 tahun ni jugak."

Aku: "Wah! Cepatnya!"

Bf nya pilot MAS, so no wonder la kawin awal..hehehe. Lepas tu kami berborak macam biasa dan sesekali mengimbas memori lama...




Wawa ni masa kat matrik , rumate aku. Kami memang baik giler2 la. Kami saling berkongsi cerita peribadi (macam orang2 lain yang mempunyai best friend juga). Mula2 masuk bilik tu, dia ingat aku sombong sebab aku banyak senyum dari bercakap masa awal2 tu (biasalah, nadia kan pemalu). Lepas lama2 kenal tu, dia cakap tak sangka aku macam ni (macam mana? Entah, tak tahu macam mana yang dimaksudkan). Dia memang baik dan mempunyai sikap yang keibuan. So, bila dengan aku yang sedikit (note: sedikit je) childish ni, kami memang boleh masuk la. Kadang2, dia layan aku macam anak dia pulak,,haaha... Peristiwa unik (means dengan dia je aku wat camni) yang aku tak boleh lupa ialah aku suka menyakat dia tyme dia balik dari toilet.




Bilikku agak dekat dengan toilet. Sebaik sahaja aku dengar bunyi selipar dia (aku sangat cam bunyi selipar dia. Kiranya dia sorang je yang ada bunyi selipar macam tu), aku akan berlari keluar dari bilik dan menyembunyikan diri di sebalik corner. Bila dia lalu je corner tu untuk masuk bilik, aku akan sergah dia "Hahhh!!!" Memang pucat lesi muka dia tyme tu. Apa lagi, berguling-guling aku ketawa. Kadang2 aku wat masa dia nak masuk pintu bilik, guling2 aku ketawa atas katil. Dia pun cakap "Nadia ni jahat! Suka kenekan wawa tau!" Lepas tu kitorang akan sama2 gelak. Lepas tu? Apa lagi, dia pun buat perkara yang sama la. Dia buat kat aku plak. Kami saling berlawan. Siap ada mata lagi tu (contoh:3-2) . Yang paling tak boleh blah, kalau orang yang dikenekan tak terkejut, orang berkenaan akan cakap "Tak terkejut pun..Tak takut pun.." sambil membuat muka mengejek dengan gaya2 sekali..hahahaah...




Dalam koleksi besties, dia la yang paling awal akan berumah-tangga. Maksudnya aku akan pergi Langkawi dalam tahun ni jugak. Yahooo..!!! Boleh cuti2 Malaysia. Aku rasa tak susah nak pujuk ayah aku untuk berjalan ke sana kali ni sebab ayah aku pun kenal baik dengan mak dan ayah wawa ni. Dulu pernah pergi Langkawi, selamba je ayah kontek ayah wawa ni nak jumpa dan borak2. Mereka jumpa first tyme masa kat matrik tyme tengah kemas2 nak balik. Tapi tyme tu baru berkenalan, borak tak rancak sangat tapi tukar2 no. telefon). Bila jumpa kali ni, memang rancak giler2 la mereka berborak. Macam borak2 orang yang dah lama kenal je..Siap gelak sakan lagi. Sayang aku tak dapat join sebab aku ada program kat UPM.



p/s: Minggu ni aku sangatlah busy. Busy sampai tercekik leher tak boleh bernafas. Minggu ni kene submit draft tesis projek tahun akhir . Aku kene present solid (subjek TKB) khamis ni. Dia memang jenis yang banyak tanya. Aku takut dia tanya soalan yang aku tak pandai nak jawab. Err.. minggu depan aku ada dua test (See..DUA). Macam mana pun aku kene skor jugak test kali ni, kalau tak , sia-sia je markah test 1 aku ari tu. Pastu minggu depan kene present pengucapan awam. Serius, tak boleh bernafas aku dibuatnya.

14 voice out:

zureen @ mama said...

Kak zureen tag adik ye..

Nadiah Suhaidi said...

nadia bile lagi? hehehe saje je menyakat nadia :P

public speaking?? hehehehe.. confidence je yg penting :D

all the best for thesis submission, presentation, tests, and public speaking :) huiyo :P

Encik Shino said...

buatnya kawan lemah jantung..
xpengsan kawan tuu..

nakal tul nadia ni...
hehehe

Anonymous said...

alahai. dah masuk minggu sibuk ye nadia. all the best lah ye. takleh bernafas? pakai lah alat pernafasan. hihihi. good luck utk test ;)

anyway, suka baca cerita nadia dan wawa tu. tahniah utk kwn baik nadia. awal nya lah jodoh dia =)

Yana Ismail said...

huhu tuan empunya bila nak tunangnye?huhu tng tk pyh lama2 byk dugaan;)

heee..good luck tau wat keje leklok!;)

Nadia said...

kak zureen: dah pernah buat tag tu..so, boleh excuse la ea? hehehe

nadxoxo: Nadia lambat lagi..ngehheh

thanks for the wishes...

shino: sebelum buat, sy dah selidik betul2..Dia takda penyakit jantung dan seangkatan dengannya..hehehe

diya: thanks for that wish..Masa tahu kisah percintaan dan cara percintaan mereka tu, nadia macam dah boleh agak mereka akan kahwin awal.. Now, it's true pulak..heeee

liyana: tuan punya blog lambat lagi..hohoho...:D

thanks for that wish! I'll try my best =)

Yana Ismail said...

hu hu hu..kdg2 yg ckp lambat lg cept tau..ekeke;)

Nadia said...

lyana: ye ke? hehehehe

Yana Ismail said...

yer...tk percaya?pcayalh...ahaha

13may said...

kamu tak tunang lagi?

sib baik...masih ada harapan...


hehhe hehe hehhe

Nadia said...

13may: harapan apa itu? hahaha..err..ada ke sepupu-sepapat, anak buah yang massih single, nak rekemenkan ke? kihkihkih

Nadia said...

yana: okay2, dah percaya sekarang..mueheheh

farah, s. said...

baru berpeluang nk mengkomen. huh.. aritu dh bc dh entry ni tp setakat bc dlu. ;p

kwn nadia ni nmpk st lembut.hehe (kalau tgk gmbr n cr nadia cite psl dia)

oh ye.. nadia dlu matrix kedah eh? ramai gk my friends kt situ ;p

Nadia said...

farah: yup2,memang dia jenis yang lembut camtu. Bila dengan dia tiba2 nadia jadi lembut cam dia juga.hhoho..

siapa kawan farah tu? Kot la nadia kenal ..hihi