Pages

Kenangan dan er...rindu la

Walaupun tengah busy study untuk exam selasa ni, boleh pulak terkeluar entri ni. Mungkin tension asyik menghadap nota, so pe lagi, ronggeng2 kat blog lah (hihihi). Sekarang pukul 3 pagi, mata masih tak mengantuk. Pengaruh nescafe tadi kot. Err...macam malas lah nak tidur malam ni. Haha…Sebenarnya baru balik dari dewan k5. Kat dewan k5 tadi baru berlangsungnya satu event besar k5 iaitu PENITI a.k.a Pertandingan Pidato Kepimpinan Harmoni Intervarsiti anjuran Kolej Kelima UPM dengan kerjasama Kementerian Penerangan Malaysia. Antaranya IPTA yang join ialah UM, UKM, UTM, UIA dan IPTA-IPTA yang lain. Err...Yang hadir tentulah bukan menteri itu tapi Ketua Pengarah, Kementerian Penerangan Malaysia.







Erm..taknak cakap banyak2 lah pasal event ni, sebab saya tak terlibat pun dalam acara ni. Jadi penonton je..haha…Entri ni nak cerita pasal event ni jugak tapi untuk tahun 2008 punya. Erk. macam cerita basi pulak. hoho..Kalau aku ada blog tyme tu, rasanya dah lama aku ceritakan pasal event ni kat blog.





Kat kolejku, event yang besar ada dua je iaitu PENITI dan Dinner Kolej. Tyme ni lah kalau nak pakai baju lawa2 atau nak bermake-up tanpa ada orang akan pandang sinis atau nak bergambar sana-sini . Ye bergambar! Ini fenomena yang paling biasa. Lepas bergambar, masing2 letak kat friendster. Yelah, gambar event (apa-apa event pun) kira cukup standard la kalau nak letak, kalau setakat gambar kat bilik, macam tak berapa nak best lah nak upload kat friendster tu.



Definisi Usher: Orang yang mengiringi VIP atau mengiringi siapa-siapa yang naik ke pentas.Dan..oh ya! Usher hanya perempuan sahaja (tak tahu kenapa tah perempuan je, lelaki tak acceptable)





Masa PENITI 2008 tu, tiba2 aku dilantik Ketua Usher bersama-sama Kak Amy. Untuk PENITI INTERKOLEJ dan juga PENTI INTERVARSITI. Masa dapat surat jemputan ke meeting first, aku dah pucat giler dah! Masa tu memang berdebar-debar abis la.Biar betul! Aku mana ada pengalaman jadi usher, tetiba plak kene jadi ketua. Masa tu aku terpaksa akur je. Ialah, takkan nak tarik diri pulak. Just try my best lah. Tyme tu, memang busy giler la. Selalu meeting. Selalu meeting start jam 9 abis 11-12 malam. Lepas tu, rehearsal ambil masa seminggu sebelum event. Fuh! Kira seminggu la, kami berkampung kat dewan. Tak dinafikan, tyme ni kolej nampak happening sebab ramai orang keluar masuk dewan dan berkeliaran di kawasan kolej.








Yang pernah jadi usher hanya rakan-rakan ku sahaja (sumpah aku tak pernah). Biasanya, untuk sesebuah majlis, mereka pakai 4 orang usher sahaja. So, saya lah orang yang first tarik diri untuk jadi usher tu. Sebab geng kami tyme tu 5 orang (Sekarang dah jadi 4 orang je include me. Kenapa? Biarlah rahsia.haha) Mungkin sebab kawan2 ku pernah jadi usher, dengan aku-aku sekali kene cop usher jugak. Ini natijahnya ber’geng’, apa yang rakan anda buat, anda dikira buat jugak walaupun anda tak buat. Satu kene cop, semua kene cop (Tengok! Siap bold dan berwarna merah darah tu. Maksudnya keyword ni penting, masukkan dalam kepala cepat). Masa aku jalan sorang2 ke apa, ada pernah orang tegur “Mentang-mentang lah usher”. Errkk…Sejak bila pulak aku jadi usher plak ni? Okay, malas nak layan punya pasal, aku diamkan aje.







Bila jadi ketua ni, maknanya aku tak payah la beraksi sebagai usher kan. Aku hanya organize sahaja. Di mana, aku HANYA MENGARAHKAN ORANG UNTUK BERAKSI JADI USHER DAN MEMBERI TUNJUK-AJAR KEPADA ORANG-ORANG BAWAHANKU . Ada la dalam 10 orang camtu. Kak Amy serah tugas untuk mengajar usher di tanganku sebab dia pun ingat aku expert dalam hal ni. Nampaknya, semua dah terpedaya (padahal takde orang yang memperdaya pun. Orang yang terpedaya ada lah kot.Tak tahu siapa yang memperdaya siapa sebab orang yang memperdaya sebenarnya tak wujud. Arrghh!!! Apasal macam berbelit je ayat nih?). Since aku takde pengalaman jadi usher ni, apa lagi, aku pun mintalah nasihat rakan-rakanku yang agak expert tu (eceh!). Tanya mereka macam2. Kalau dengan VIP nak jalan sebelah dia ke, depan sikit ke, nak jemput VIP macam mana. Dari akar ke umbi aku tanya. Dan dengan itu, aku berjaya jugak ajar orang2 bawahanku tu..huhu…











Macam biasa, sebaik saja majlis tamat, sesi bergambar haruslah ada.








Kahkahkah!!!! PERASANNNNN!!! Err…sekali-sekala berperasan apa salahnya la kan?
Tyme ni, pemenang pergi mana tah, pergi toilet kot. So, ramai la yang mengambil kesempatan bergambar dengan benda ni.AGAGAGA~ Masa ni INTERVARSITI.







Bersama anak buahku. Tengok! Sambil tunggu kedatangan VIP , sempat lagi tu kami bergambar. Tyme ni INTERKOLEJ.




Ni lah anak-anak buah ku. Satu, dua, tiga, empat....sembilan,sepuluh.Okay, sekarang cukup 10 orang. . Extra 1 tu maksudnya aku adalah dalam gambar ni.




Aku bersama-sama rakan-rakan. Tyme ni, diorang jadi AJK Cenderahati. Mereka beraksi di pentas untuk membawa hadiah, hamper dan bla bla bla untuk diberikan kepada pemenang dan juga cenderahati untuk para hakim. Sya angkat Piala Pusingan untuk juara pertandingan. Berat dan tinggi woo..Dia cakap tyme angkat tu, piala tu lagi tinggi daripada kepala dia :0 Aku cuba bayangkan kalau aku lah yang bawa piala tu lepas tu tersungkur depan pentas ke apa ke, maluuu okeh!!! Dah la dengan VIP & reporter semua kat depan.





Kadang2 bila dah tak join aktiviti kolej, rasa rindu pulak. Rindu dengan suasana dewan yang sibuk bila nak ada event, rindu dengan meeting yang hingar-bingar itu, rindu dengan post mosterm , rindu untuk bergambar sakan. SEMUA PUN RINDU. Ya, bila dah keluar UPM ni, aku pasti akan rindu dengan semua ini. Since sem terakhir, Cuma ada 1 event je la yang boleh kami bergambar sakan iaitu Dinner. Err…5 April nanti lorr…Can’t wait for it. My last event. :D



p/s: Habis exam nanti nak tukar layout blog lah. Tiba-tiba je rasa mata macam berpinar-pinar tengok blog nih. hahaha..Tiba2 je nak komplen sana-sini tentang blog sendiri padahal dulu takde pun.hoho

Pre-Tunang dan ku yang ke-busy-an

Best fren saya ye.. Bukan saya :D





Kelmarin aku dapat call dari wawa (best fren masa kat matrik. Dia jugak rumate ku masa di sana). Dia menyampaikan berita yang agak mengejutkan aku.

"Nadia, wawa nak beritahu ni. Wawa nak tunang dah. 23/5 tahun ni. Kahwin 27/9 tahun ni jugak."

Aku: "Wah! Cepatnya!"

Bf nya pilot MAS, so no wonder la kawin awal..hehehe. Lepas tu kami berborak macam biasa dan sesekali mengimbas memori lama...




Wawa ni masa kat matrik , rumate aku. Kami memang baik giler2 la. Kami saling berkongsi cerita peribadi (macam orang2 lain yang mempunyai best friend juga). Mula2 masuk bilik tu, dia ingat aku sombong sebab aku banyak senyum dari bercakap masa awal2 tu (biasalah, nadia kan pemalu). Lepas lama2 kenal tu, dia cakap tak sangka aku macam ni (macam mana? Entah, tak tahu macam mana yang dimaksudkan). Dia memang baik dan mempunyai sikap yang keibuan. So, bila dengan aku yang sedikit (note: sedikit je) childish ni, kami memang boleh masuk la. Kadang2, dia layan aku macam anak dia pulak,,haaha... Peristiwa unik (means dengan dia je aku wat camni) yang aku tak boleh lupa ialah aku suka menyakat dia tyme dia balik dari toilet.




Bilikku agak dekat dengan toilet. Sebaik sahaja aku dengar bunyi selipar dia (aku sangat cam bunyi selipar dia. Kiranya dia sorang je yang ada bunyi selipar macam tu), aku akan berlari keluar dari bilik dan menyembunyikan diri di sebalik corner. Bila dia lalu je corner tu untuk masuk bilik, aku akan sergah dia "Hahhh!!!" Memang pucat lesi muka dia tyme tu. Apa lagi, berguling-guling aku ketawa. Kadang2 aku wat masa dia nak masuk pintu bilik, guling2 aku ketawa atas katil. Dia pun cakap "Nadia ni jahat! Suka kenekan wawa tau!" Lepas tu kitorang akan sama2 gelak. Lepas tu? Apa lagi, dia pun buat perkara yang sama la. Dia buat kat aku plak. Kami saling berlawan. Siap ada mata lagi tu (contoh:3-2) . Yang paling tak boleh blah, kalau orang yang dikenekan tak terkejut, orang berkenaan akan cakap "Tak terkejut pun..Tak takut pun.." sambil membuat muka mengejek dengan gaya2 sekali..hahahaah...




Dalam koleksi besties, dia la yang paling awal akan berumah-tangga. Maksudnya aku akan pergi Langkawi dalam tahun ni jugak. Yahooo..!!! Boleh cuti2 Malaysia. Aku rasa tak susah nak pujuk ayah aku untuk berjalan ke sana kali ni sebab ayah aku pun kenal baik dengan mak dan ayah wawa ni. Dulu pernah pergi Langkawi, selamba je ayah kontek ayah wawa ni nak jumpa dan borak2. Mereka jumpa first tyme masa kat matrik tyme tengah kemas2 nak balik. Tapi tyme tu baru berkenalan, borak tak rancak sangat tapi tukar2 no. telefon). Bila jumpa kali ni, memang rancak giler2 la mereka berborak. Macam borak2 orang yang dah lama kenal je..Siap gelak sakan lagi. Sayang aku tak dapat join sebab aku ada program kat UPM.



p/s: Minggu ni aku sangatlah busy. Busy sampai tercekik leher tak boleh bernafas. Minggu ni kene submit draft tesis projek tahun akhir . Aku kene present solid (subjek TKB) khamis ni. Dia memang jenis yang banyak tanya. Aku takut dia tanya soalan yang aku tak pandai nak jawab. Err.. minggu depan aku ada dua test (See..DUA). Macam mana pun aku kene skor jugak test kali ni, kalau tak , sia-sia je markah test 1 aku ari tu. Pastu minggu depan kene present pengucapan awam. Serius, tak boleh bernafas aku dibuatnya.

Nana ku....

Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu dan engkau abang…




Eh silap

Aku kakakmu dan engkau adik..



Kepada yang belum tahu, nana (adik saya, rujuk gambar di sebelah kiri sidebar bahagian bawah sikit) akan mengambil result SPM hari ni . Berdebar-debar dia. Dia tak mengharapkan kecemerlangan dalam SPM ni tapi dia sangat berharap result dia tak teruk, orang kata cukup2 makan pun okay. Walaupun dia tak berapa pandai, tapi dia rajin. Dia selalu kata “Aku teringin nak jadi macam ko angah, masuk mrsm, masuk university” (sampai sekarang dia cakap camni) dan macam2 la. Dulu2 kan, dia selalu cakap yang best kalau jadi orang pandai, mak dan ayah selalu take care. Mak ayah gembira semacam (selalu tersengih-sengih) sebaik sahaja tahu anak dapat result flying colours. Pergi rumah sedara-mara jadi perhatian. Orang selalu bercakap. Kalau ayah atau mak bagi perbelanjaan untuk asrama, beli makanan (untuk dibawa ke asrama) ke apa ke mesti dia kata ayah sayang saya lebih dari dia (sebab bagi duit lebih kat saya) padahal dia tak tahu ayah sayang kami adik-beradik sama-rata. Saya rasa biasa saja. Cuma dia yang salah faham. Perhatian yang dia maksudkan tu mungkin sebab saya duduk jauh dengan family, so kene lebih sikit la kot. Selalu tanya saya sihat ke tidak, selalu telefon. Kene beli barang2 asrama semua. Bila dia cakap camtu of course lah saya kene explain kat dia kan supaya dia tak salah faham...




Oh ye, dia bekerja sementara sekarang. Kat 7-eleven. Dia baik dengan supervisor (awal2 saya dah bagi nasihat, bila kerja kene baik dengan bos.Jangan buat hal) . Dia semakin pandai berinteraksi dengan customer2 yang kerek (belajar dari mana nih nana? Hahah) dan semakin pandai berkata-kata (Aik?).Masa jadi cashier,dia tak pernah shot duit ke apa ke (means duit keluar masuk adalah tepat , tak tersilap bagi) .Dia kata seronok. Dia rasa best sebab dapat pegang duit hasil titik peluh sendiri (oh, kepuasan dia berlainan. Saya pernah rasa) dan dapat membeli milo kegemarannya kat kedai mamak, novel kegemarannya tanpa ayah saya bising2 dan juga belanja saya makan setiap kali saya teman dia shoping (hehehe..Part ni memang paling best :grin:)




Tapi, saya rasa ‘tak syok’ sikit sebab dia selalu takde kat rumah lepas tu kalau kerja shift malam (7 malam-7 pagi) alamat, tidur sorang2 lah saya. Bosan! Tapi, yang bestnya kan, stok2 makanan kat rumah tahan lama lah sikit. Tak faham? Camni, adik saya, kakak saya dan saya memang kaki makan punya olang. Wakakaka! Stok2 makanan yang best2 (contoh: nugget tempura, French fries,burger) selalu sold out cepat. 2 hari cukup untuk menghabiskan makanan2 tu. Saya la yang selalu ketinggalan. Selalunya saya makan ikut mood. Takde mood, tak bergoreng lah benda alah tu. Tapi tyme lapar giler tiba2 mengidam benda alah nugget, fries semua, tengok2 kosong peti ais. Hoh! Kecewa okay! Haahahaha. So, bila mereka2 ni bekerja, waktu kat rumah tak banyak, balik kerja penat so….faham2 je la. Waktu cuti ari tu, saya la yang rajin menggoreng makanan tu..hehehe…Nyum2!




Oh ye, masa awal2 keje kat 7-e tu, awal2 saya dah bagi warning kat dia “Nana, ko kerja lama-lama sikit okay. Nanti dah abis u nanti aku nak keje sana jugak. Ko kene rekemankan aku (kekekeke). Jangan berhenti selagi aku tak masuk ye.Nak berhenti pun tunggu aku masuk dulu”. Banyak kali jugak saya bagi dia ayat ni dan setiap kali tu la dia bagi reaksi
“Hah? Biar betul! Ko nak keje kat 7-e jugak ke angah?” Tak percaya: NADIA TERINGIN NAK KERJA KAT 7-ELEVEN. Maksud saya bukan lah sampai bertahun. Sekejap beberapa bulan pun jadi la (Tak tahu kenapa teringin sampai tahap mengidam nih.Dari dulu lagi) hahaha



*gud luck nana*
*Nana tiba-tiba jadi glemer. Ada jugak orang yang bercerita tentangnya di alam maya ni. Nanti kalau dia google lagi mana tahu dia sampai lagi ke entri ni (hai, selamat datang nana, jemput masuk) .miahahaha :D