Semalam, bos besar (Head of Technical) dari cawangan US datang company melawat. Maklumlah, nak pindah dah kan maka harus lah dia mengambil tahu hal banyak benda.Dia jarang datang, sekali-sekala je kot. Dari sumber yang aku dengar budak2 Technical (lab) memang akan seronok giler kalau dia datang. Kata mereka boleh makan besar, mula2 aku tak faham tapi last2 aku faham jugak
Seramai 13 orang berkumpul dan destinasi makan kali ini adalah di restoran T.G.I Friday. Aku tak pernah dengar pulak nama restoran ni tapi harga makanannya agak mahal. Bagi aku je la, kalau bagi orang lain murah, tak kisah la.Aku seorang yang tak suka bazirkan duit ke arah makanan. Beli baju ke, beli buku sebijik RM60 takpe kot. Bak kata ayah aku, kalau makanan mahal2 tapi sampai kat tekak je pastu dah takde dah, hilang macam tu jek. Aloo nadia! Takoyaki tu bukan makanan ke??? Teehee . Takoyaki takpe, itu kan ‘dadah’ dan murah pulak tu. Teeheee…
Sambung ke cerita tadi. Bila sampai2 aku tengok budak2 ni kemain galak order. Bukan masa sampai je, start dari dalam kereta lagi diorang dah siap2 rancang nak makan apa. Nak appetizer ni nak appetizer ini, main course bla bla bla. Aku? Hanya mampu diam tanda tak faham. Aku tengok menu je telan air liur kejap. Meraba mata aku cari menu yang paling murah. Kemudian aku rasa macam ‘something’ maka aku pun bertanya la soalan yang bercirikan fresh graduate dan berunsurkan innocent kepada Kak Nita “Err…Kak.. Bayar sendiri-sendiri ke?”:”Bos bayar la, order je”. Laaaaa, apasal tak cakap awal2. Zassss!!!!!!!!!
Air sampai dulu. Chocolate Chip Milk Shake. Sedapppp!!! Dia punya chocolate chip sedap giler rasa macam coklat cadbury.
First makanan yang sampai, mushroom soup. Fuh, memang terbaik ah mushroom soup dia ni. Dah la cendawan dia besau-besau. Aku rasa, mereka reka sendiri resipinya bukan amik jenama Sup Campbell. Unik. Lain benar dengan mana2 tempat yang aku pergi (specific: Piz*a H*t) dan mana2 gerai western food yang pernah aku pergi bersama family dan rakan. Semua pakat amik jenama sup Campbell jek pastu pandai-pandai pi modified sendiri tambah susu sejat ke apa ke pastu claim diorang yang punya dan letak harga tinggi2. Eleh, macam aku tak tahu pulak kan.hahahah.. Kak Nita makan yang ni, tak habis2 memuji sepanjang makan “Terbaik ah sup ni. Ni kalau anak aku makan ni mau menangis nih” (sebab sedap sangat.hahaha. Comel je menangis sebab sedap sangat)
*saje ambil gambar pelbagai sudut. Mungkin boleh menajamkan skill mengambil gambar (konon la)*
Aku pilih menu atas ni untuk main course, tak terlalu mahal tak terlalu murah. Dimmed Chicken with Shrimp. Mula2 sampai makanan ni kan, hati aku macam komplen sikit 'Hek eleh keciknya ayam dia. Harga dekat 40 hengget kasi la besar sikit. Ni saiz ayam pun macam saiz ayam goreng RM1.80 yang selalu kat pasar malam jual jek'. Lepas makan, hamik kau, kenyang sampai sebu perut. Mashed potato tu pun hanya mampu makan separuh jek (menyesal sebab mashed potato dia macam sedap dan rugi tak habiskan). Tak pernah2 macam ni.Rugi!Rugi! Sos dia sedap. Aku tak minat sangat western2 ni. Bagi aku, yang membezakannya sedap atau tak hanya bergantung kepada sos/kuah kot.*Aku tak dapat bezakan sangat*
Apa tah nama menu ni. Ayam. Yang pasti sos dia masam2 sikit. Budak2 chemist kalau dah berkumpul mulalah 'meng-kimia-kan' semua benda. "Sos dia masam kan? Asid banyak giler tuh" hahaha. Err, tak banyak nak cerita pasal benda ni. Biasa je kot.
Oh my God!!! Gambar apakah ini nadia? Harap maaf, lepas diorang godek2 benda ni baru aku snap gambar. Mencemarkan nama benda ni je padahal masa baru2 sampai punya lah cantik rupa dia, alih2 aku perkenalkan jadi buruk pulak. hakhakhak. Punca aku tak amik gambar awal2 ialah masa benda ni sampai, semua orang dah habis makan main course pastu semua pakat pandang benda ni malulah kalau aku nak snap gambar kan tetiba. Tah la, aku rasa perbuatan meng-snap gambar makanan semasa makan adalah blogger je kot. Silalah semua faham ye. huahuahuahua... Kadang2 KFC yang semua orang biasa makan pun aku tengok ada jugak blogger yang snap gambar letak dalam blog. Bagi aku ia adalah normal. Ialah kalau cerita pergi KFC dengan best friend yang 10 tahun tak jumpa ke, takkan nak letak gambar cendol pulak kan.hohoho... Oh ye, tersasar pulak. Nama benda ni Mud Pie. Nama Pie tapi ia adalah aiskrim sebenarnya. 'Mud' sebab limpahan coklat kelihatan seperti lumpur. Sedap giler+manis. Sesungguhnya aku tak menyesal tak makan yang ini sebab aku dah rasa hanya dengan satu sudu dah cukup bagi aku. Sebab kalau aku makan lebih sikit je lagi, sure aku akan muntah di tempat kejadian lantaran perut yang full tank tak boleh masuk apa dah.
Ikan salmon panggang sape punya tah aku rasa, pun sedap jugak la. Selama ni aku makan yang mentah je (yang toping untuk sushi). Mula2 masa tengok menu memang nak try makan ikan salmon panggang ni (sebab tak pernah makan kan) tapi tengok harga dekat 60 hengget, aku tak sampai hati la pulak habiskan duit orang. hakhakhak. Baik kan aku? kehkeh
Kejap, tengok aku snap gambar orang curi2 a.k.a skodeng
Yang girl tu Head Of Technical US punya, yang lelaki tu Head Of Technical cawangan Malaysia (Mr. Yap)
Ingat lagi interview yang aku cerita dalam entri lepas? Yang ni Quality Control Manager (baju hitam). Dia ni la yang nak interview aku bersama Mr Yap. Dia ni la yang puji2 aku buat keje efisien la, cepat la, alih2 tetiba nak lantik aku jadi QC executive. Tapi... tak sangka pulak perkara itu jadi kontroversi akhirnya. Aku nak cerita kat sini tapi Oppsss tak boleh cerita kat sini, sangat private. Aku ni kan sangat berhati-hati, mana tahu orang berkenaan tiba2 TERbaca, habis aku. Nanti aku cerita dalam entri akan datang tapi macam biasalah, akan didelete terus. Just check it at ur google reader ok. Setahu aku, entri yang telah didelete will remain there.
p/s: Macam best jek motto restoran ni. "Give me more Friday's!" Sebab keesokannya cuti boleh rehat2 takyah keje :D . Sekarang aku nak cipta motto: Tomorrow is Monday. Say no to Monday. Give me no Monday! Erk.