Pages

Lost...........

Nota: Awas, entri ini agak panjang. Errr, entri emo biasa la memang macam ni.hahaha. Blog, kasi can aku nak beremo kejap bukan selalu



Aku tak suka rasa asing dengan orang yang pernah aku baik giler2 suatu ketika dahulu. Sebab aku seorang yang ‘setia’ dengan persahabatan. Sekali berkawan, bermakna selamanya berkawan. Sekali perhubungan dah terjalin kalau boleh aku taknak ia terlerai dengan mudah. Semudah ABC. Tak nak. Sebab selagi kenangan bersama orang tersebut berlegar-legar dalam memori, selagi itulah aku akan tetap berkawan dengannya (selagi tak officially bergaduh). So, boleh faham tak kenapa sampai sekarang aku jadi takut@tak berani nak couple atau menjalinkan hubungan istimewa dengan boy? Ahaha, tetiba, off topic pulak. Mari kembali ke topic asal. Walaupun aku akan dan terus mempunyai rakan baru namun aku akan pastikan aku tetap baik dengan rakan2 lama dan sentiasa “in contact” . Anda tentu tahu makna ‘rakan’ dan ‘kawan’ yang aku maksudkan dalam perenggan ni kan? Ini bukan ‘kawan’ biasa tetapi ‘kawan’ yang memenuhi ciri2 tertentu.



Dan aku rasa ralat jika berjumpa atau bermesej dengan kawan sebegini tapi aku macam kelu tak tahu nak cakap camne. Kalau mesej pun macam tak tahu apa yang nak ditaip padahal dah lama tak jumpa bertahun-tahun sepatutnya tanya khabar atau berborak tentang apakah yang dibuat oleh rakan itu sekarang. First time tau aku rasa camni. Padahal mana ada kitorang bergaduh ke apa. Aku tak tau siapa yang ‘tak kena’ sebab aku dah seboleh-bolehnya try untuk memesrakan suasana, tanya macam2 bla bla bla tetapi bila balasan yang diterima ‘tidak setimpal’ buat aku rasa ‘asing’ dan ‘lain’. Buat aku berkata-kata dalam diri “Ah, malas ar nak cakap dengan kau lagi”. Entah la, dengan orang lain ok je rancak berborak tapi dengan ‘seseorang’ ni aku rasa lain macam sangat. Dengan orang lain boleh je dia berhuahuahua tapi dengan aku je dia macam kelu. So, memang ‘sesuatu’ sangat la kan. Nadanya lain, gaya bahasa dia lain, pendek kata semuanya lain.Bila rasa lain tu mulalah bila mesej tu macam takde isi sangat dan diakhiri dengan ayat yang errr boleh kata ayat yang asing la.Padahal kali terakhir dulu2 aku mesej dia, rancak je tak rasa asing pun.



Aku memang macam ni. Kalau boleh aku akan try memeriahkan suasana tapi bila orang tersebut bertindak untuk ‘dingin’ aku tak boleh buat apa la dan automatik akan menjadi dingin jugak. Pada pandangan aku, “Oh, dia dah tak suka/menyampah ngan aku kot. So, aku blah ar”. You give me a bread, I give you a butter. We’re even. Right? Itu la ‘prinsip’ yang aku pegang sampai sekarang. Bila aku berkali-kali try tapi menemui ‘jalan yang hampa’, aku akan berundur sehingga la orang berkenaan datang kepada aku semula DAN BERBUAT SEPERTI BIASA. Dan ANDA PERLU TAHU ITU ADALAH SALAH-SATU LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN ANDA JADI SEOLAH-OLAH MACAM TERHEGEH-HEGEH DENGAN RAKAN SENDIRI. Oh, I don’t like using this word actually. Mana ada istilah terhegeh-hegeh dalam persahabatan bukan? Oh please jangan buat begini terhadap rakan anda. Jika ada apa yang tidak kene, sila perjelaskan dan jangan buat rakan ada macam terhilang arah.



Aku tak mudah merajuk hanya jika rakan ‘tak sengaja’ atau ‘terlupa’ atau ‘takde niat nak buat kita terasa’. Tetapi aku menjadi sedikit tensen la jugak kalau bercakap, rasa macam bercakap dengan dinding. Yang mana aku tahu dia mendengar tapi sengaja tidak mahu membalas. Itu adalah sedikit rude bagi aku.Itu la satu-satunya perkara yang aku kurang tahan sikit.hahaha. Mungkin sebab kalau aku la, marah mana atau merajuk mana pun dengan seseorang, aku takkan buat orang tu macam bercakap dengan dinding. Mungkin kalau tak boleh nak cakap sangat, aku akan pergi dari tempat kejadian untuk menenangkan diri ke apa buat sementara waktu. Okay semua boleh simpan ini dalam kepala. Sebab tu sejarah aku bergaduh dengan kawan(1-2 orang camtu) adalah sebab utamanya ‘orang berkenaan buat aku bercakap macam cakap dengan dinding’. Siapakah kawan aku? Kamu atau dinding? Siapa boleh tahan lama2 weh kalau hari2 cakap dengan dinding kan? Sebab tu bila orang membuat formula dingin dengan aku, maka aku lama-kelamaan akan membalas dingin dengan dia jugak akhirnya.



Sekadar nak share. Pernah dulu2, kawan aku terasa dengan aku. Aku salah faham dengan ayat dia tapi dia ingat aku sengaja tinggalkan@abaikan dia sorang2. Padahal aku memang betul2 tak sengaja.Serius! Bila aku jelaskan berkali-kali (note: berkali-kali. Gigih la bukan?) tapi dia still tak boleh terima so apa je yang boleh aku buat? Aku hanya mampu mengikut rentak dia. Akibatnya hari pertama kami melancarkan perang dingin, air mata aku menitis laju. Dalam selimut takde sape tahu. Tak tahu kenapa perlu sayu. Mungkin sebab baru semalam je aku bergurau dan bergelak-ketawa dan berbual-bual dengan seseorang tapi hari ini orang tersebut telah ‘tiada’. Semuanya lain.Can u imagine? Hari kedua pulak aku macam terbayang2 je dia kat sebelah aku sama2 study, berborak-borak, bergelak-ketawa. Sedih lagi. Tak boleh terima sebab yang simple sahaja kami tak berkawan dah. Lama2 baru aku boleh terima kenyataan. Kami tak bertegur-sapa untuk berbulan-bulan lamanya. Bila kami kebetulan bergelak-ketawa dengan rakan bersebelahan lepas tu bertembung tengah jalan dan mata kami kebetulan bertembung, senyuman tadi akan SEGERA MATI kemudian menoleh muka ke tempat lain. Pelik je keadaan tu tapi kami teruskan sampai berbulan-bulan. Kemudian dia sendiri datang kepada aku dan meminta maaf dan aku menerimanya dengan hati yang senang dan kemudian kami kembali seperti biasa dan bergurau-gurau seperti biasa. Sebab? Aku tak pernah marah dengan dia. Sebab lain? Sebab dia ‘treat’ aku macam biasa dan aku dapat rasa tiada ke-kekok-an di situ. Sama seperti sebelum kami berperang dingin. Hal lama dah tak diungkit kembali.



Back to the topic, I don’t find my fault yet. Mungkin ada salah aku yang membuatkan dia macam terasa hati ke aku tak tahu la. Mungkin kalau ada pun secara tak langsung kot (sebab dah lama giler tak berjumpa .Cuma bersms sahaja). Dan mungkin jugak dia mungkin terasa dengan entri2 aku yang lepas(mungkin dia terbaca~dia tahu my link dan pernah sampai sini before). Mungkin bila aku complain sana complain sini dia berkata dalam hati “Dia macam cerita pasal aku je kat blog dia ni. Dia tak suka aku kot.” Atau mungkin jugak berkata macam ni “Eh, ciri yang dia cerita ni sebijik macam aku la. Dia menyampah kat aku ke?” Oh please, please aku tak pernah simpan perasaan benci, menyampah terhadap rakan sendiri atau orang yang aku baik. Bila mana aku bertanya “***, buat apa sekarang?” bermaksud aku memang nak tahu perkembangan kau, bukan setakat berbahasa-basi ok. Dan bila mana aku bertanya keadaan terkini seseorang maksudnya aku takde simpan perasaan tak suka ke, benci ke menyampah ke atau apa2 yang negative la terhadap seseorang tersebut. Get it? Sebab aku ni jenis yang kalau tak suka seseorang, aku tak kuasa la nak ambil tahu perkembangan orang tersebut. Tak kuasa aku nak tanya2 bagai.



Semua manusia berubah takde yang sama macam dulu. Walau macam mana pun kau sekarang, walau macam mana pun perubahan kau sekarang, aku tetap akan terima kau sama macam dulu.


p/s: Dengan lelaki pulak, twice orang berkenaan senyap dan dingin (padahal before tu baik je) terus aku pun senyap tak kuasa nak tanya2 dah. You blah, I pun blah ar. Lepas tu macam best je bila terjumpa in future, aku nak buat2 tak kenal orang berkenaan lepas tu terus menyuarakan ayat ini sambil mengerutkan kening “Eh, siapa nama eh? Rasa macam kenal tapi lupa la kat mana.” Haaa amikkkk…Macam best je bermain permainan yang dinamakan ‘TAK KENAL TAPI KENAL’ ni. Pastu kalau dia cakap “Sampai hati tak kenal…” buat2 lah perah ingatan yang gigih untuk mengingat nama dia. Mungkin boleh menyebut sukukata pertama nama dia. Contoh kalau nama dia Aaron Aziz, buat2 la sebut “Aa...Aa..Aali Aziz ke?” Eceh. Lepas tu kalau dia cakap nama dia sekian sekian, buat2 lah baru ingat dah sikit2 dan sebut peristiwa yang berkaitan dengannya mana2 yang patut.. Huehuehue. Bdw, kalau dia pun pura2 tak kenal jugak? Jangan malu jangan malu, teruskan lakonan anda sambil buat muka tak bersalah “Owh…yeke…Rasa macam familiar, tapi takpe la, maybe tersilap orang kot.” Okay, panjang betul imiginasi aku ni. Fuh fuh….Penat jugak eh berimiginasi nih.


p/s: Tak boleh ke kalau once aku dah baik dengan seseorang tu, AKU NAK BAIK DENGAN DIA SAMPAI BILA-BILA?