Pages

Kerana Milo, melayang RM50

Kelmarin, 27 hb masa syok2 je bertwitter akak aku offer Ais Blended Milo la kononnya. Yang dibuat hasil air tangannya. Ceh ceh ceh. Macam biasa aku pegi bawak minum depan lappy. Pastu eh eh nak update twitter la, tengah2 syok2 menaip tu tetiba gedengang!!!! Air Milo tumpah kat lappy!!!!!

Haaa?????!!!! Berdebar toksah cakap la. Masa tu aku blur giler tak tahu nak buat macam mana dah. Blur sebab kepala aku ni sibuk fikirkan sesuatu. Tau aku fikir apa?

'OMG. Kang lappy rosak takleh on langsung camne dengan koleksi SS501 variety show yang berlambak dalam lappy ni? Adakah akan lenyap jugak? Oh sayangnyaaa. Penat2 aku download'

KAHKAHKAH

Tu pulak yang aku fikir plak kan. Harga lappy yang beribu ni aku tak terfikir plak kan. Ayah aku dok fikir lappy aku, aku fikir benda lain. muahaha. Ye la, variety show yang aku save ni banyak dah lenyap kat youtube tu, sayang giler ah kalau kat lappy aku pun lenyap jugak. Ingat senang ke nak download. Pengajarannya, ok esok nak burn dalam cd =D.

Kalau air masuk, pastu off pastu on balik, confirmmmm short circuit, memang takde jalan lain dah selain beli lappy baru. Orang yang service tu pun cakap camtu. Huh gila!!! Sudahnya otak aku sempat berfikir untuk off cepat2 lappy ni then cabut wayar suis sepantas mungkin pastu terusss hantar pi service. Hamik kau RM50 kene. Tsk tsk tsk

Pengajaran kedua, jangan makan dan minum depan lappy lagi nadia. Ok take note. Sayang lappy. Heeee =D