Pages

AZAM BARU AKU

Haish! Jeles plak aku tgk sumer orang ada blog sendiri. Aku plak rasa ketinggalan dalam hal2 macam ni. Ala,aku ni bukannya gheti sangat mende2 IT ni. Yang aku tau,cari citer korea,tengok movie,cari lirik lagu. Hah yang tu je la kot! Sebenarnya aku lebih prefer tulis dalam buku(yg rupa cm diari ,yang cantik2 tu). Sebab sebelum tido aku boleh ulang2 baca. Bila baca tu konfem aku tergelak sensorang. Pastu rumate aku mesti pandang pelik.Tu yang best tu!

Sekarang nak masuk sem baru kat upm,berikut merupakan azam aku:

1) nak perincikan setiap yang berlaku dalam hidup aku.
aku rasa sumer benda2 dan kejadian2 yg berlaku di sekeliling aku ni sangat berguna dan boleh dijadikan pengajaran. Selain tu,aku nak ingat peristiwa2 penting dan menyeronokkan. Supaya aku dapat rasakan rupanya hidup aku ni ada macam2 kaler. Berwarna-warni.Sesuai beno dgn nama blog nih-MY COLOURFUL LIFE.ada suka dan duka.
2) aku akan kawal sifat emosional aku
aku tak tau la mende ni boleh dikatogerikan sebagai emosional atau tak. Setiap yang orang cakap,aku akan cepat bertindak balas. Terutamanya kalau orang tu salah anggap(misconception).Tapi bukan dengan cara marah2 la. Cara macam bagi penjelasan dan boleh membuatkan orang tu berfikir. Aku suka berfikir dan aku jugak suka membuatkan orang lain berfikir.Tapi yang pelik tu,orang tu mesti sound aku balik “menjawab2x!”. Kalau benda yang aku rasakan salah dan perlu bg penjelasan,aku mesti nak jawab. Tak kira la orang tu nak fikir aku apew.
3) aku nak kurangkan feeling-feeling
tak tau nape,aku suka membayangkan sesuatu. Macam-macam yang aku bayangkan. Kadang-kadang yang x masuk akal pown adew.Aku bayangkan 10 tahun lagi life aku macam mana. Nak beli jenis umah yg camane,hiasan dalaman tema ape,kete jenis ape n ect. Kadang2(slalu kot) aku akan bayangkan sesuatu peristiwa yang konon2nye terjadi kat aku. Kadang-kadang peristiwa yang dasyat gilew!. Macam aku kene sepak ke,kene ragut ke,kene culik ke,ada orang nak bunuh aku ke,aku kene bunuh ke. Pastu angan2 aku tu mesti ada kesinambungan. Aku macam wat cerita sendiri dan konfem la aku yang jadi pelakonnya..Aku akan fikir apa akan aku wat dengan orang jahat tu. Aku cakap apa kat dia,pastu aku akan agak ape yg dia akan balas kat aku.Aku jerit ke,pastu nak pukul kat mane!hahaha.Macam2 yang ada kat kepala otak aku ni.Dulu(time kecik2) masa jalan sensorang balik rumah(coz ayh x dpt amek) aku selalu terfikir yang aku akan kene culik dalam perjalanan tu.Pastu bila kene culik,mesti aku kene bunuh coz macam la ayah aku ni ada manyak duit nak bayau kat penculik tu.Pastu mesti gambar aku keluar paper “budak 13 tahun dibunuh sebab tidak mendapat wang tebusan”. Masa tu aku terfikir ‘uish!glemer plak aku kalau macam tu’. Aku senyum sensorang bila membayangkan gambar aku kuar kat cover page paper. Popular seh!.Satu Malaysia kenal aku!Budak kecik,biasala,piker glemer je.Bila abis je aku berangan tup2 da sampai umah. Selamat je,x kene culik pown.So kalau ayah aku x boleh amik aku kat skolah,mesti keluar ayat klise aku “abis tu,kang orang kene culik macam mane?” pastu ayah aku mesti terdiam. X tau nak cakap pe. Ceh! Alasan tu zaman kecik2 bleyh la. Sekarang alasan tu dah tak laku dah!.Kalau sekarang aku ulang ayat tu konfem kene gelak punye.Hmm.. Sebab tu la,kalau aku duduk sensorang aku takkan bosan coz kepala aku ni sedang memikirkan banyak perkara. Ceh! Fikir ke? Tak la,SEDANG MEMBAYANGKAN SESUATU.eheeee..Tapi type angan2yang aku nak kurangkan tu pasal…ehem2.rahsia ler!haha

4) aku nak belajar sungguh-sungguh

haish!kalau bebudak hime baca tang ni konfem2 aku kene gelak punye! Ayat2 skema2 macam ni jarang keluar dpd mulut kitorang. Kalau nak kuar pun tyme dapat result or nak memulakan sem baru. Selain daripada tu..hmmm…harapan tinggal harapan! Tapi yang peliknya,kalau azam ‘sem ni kita mesti pegi genting’ ON! ‘minggu depan kite mesti kuar makan steamboat’ ON! ‘walaupun dulu kt pnah g stemboat,tp tetiba teringin lagi la nak makan sekarang. Teringin sgt nih!Minggu dpn kite pegi’ ON! Semuanya on! Walaupun tanpa perancangan rapi pun boleh on jugak.Yang x ON NYA azam yang adik beradik macam ni ‘Sem depan nak study giler2!Kalau x faham je ape2 subjek kt terus je tanya Dr sekian2 cepat2.’ Dulu,tiap2 kali nak start sem baru,muka aku juga la yang slalu kuarkan ayat ni.Sampai da jadi trademark aku dah(sya,ayie ngan nora pown ada trademark jugak kan?.ngeh3x).Yang buat kene gelak ngan bebudak hime ialah,aku cakap je tapi x berubah pown.Tetap sama mcm sem2 yang lepas. Pastu bila masuk lagi sem baru yang seterusnya,buat muka tak malu,aku p ulang lagi la azam keramat aku tu!Tu yang jadi bahan tu.Konon2 nak dapat 4.0(walaupun mustahil),paling koman pun bleh la masuk Dean List ke..Tapi untuk melengkapkan azam baru aku ni,x kira,aku nak letak gak azam aku ni!Chaiyok2!

5) aku cuba nak meminatkan benda yang aku tak minat

camane aku nak jadi top scoorer,kalau aku terpaksa menghafal benda yang aku x suke dan aku x minat?Pastu benda tu pulak tak reality,yang aku x nampak. Baca buku,hafal pastu jawab exam. X suke!huhu.. At least bagi la aku tengok rupa2 mesin yang aku berhempas pulas hapai tu. X nak gambar je!nak tengok betul2 depan dua bijik mata aku ni. At least biar aku try handle mesin2 tu skali pun cukup Biar aku rasa kagum “fuyoo!canggih la mesin ni!” Bila ada rasa kagum,aku boleh automatic minat.Haa…camtu baru senang nak ingat.Aku suka kalau benda tu praktikal dan aku nampak hasilnya. Baru ati aku puas! Penat pown x pe.. Konfem2 boleh ingat punyer.Aku x suke menghadap buku 24 jam ni.Pastu da menghadap mesti kene hafal.Skema! Aku pelik gak coz dulu aku ok jer menghadap benda2 tu.Score gak sket2 walaupun x la terer mana. Maybe dulu aku tak matang sket.ceh, bajet skarang da matang abis!. Dulu aku x tahu apa kehendak aku dalam hidup. Aku hanya jadi pengikut dan follow je jalan yang telah aku terpaksa pilih . Masa aku dapat *A masa PMR dulu aku ingat lagi,aku ngan Ayu minta nak masuk kelas akaun(ktrang 2 orang je dpd kelas tu yg mintak).Nak tau Miss Lee tanya ape? “u dapat berapa A?” ktrang pun btau la. Nak tau dia cakap pe? “U all dapat *A mesti la kene masuk kelas pure sains.Takkan nak masuk kelas akaun.bla,bla n bla” banyak gak dia membebel.Pastu aku ngan Ayu ikut je la cakap Miss Lee tu.Kalau la dulu aku ni macam sekarang konfem2 dengan tegasnya aku akan menjawab “Miss lee,memang secara lumrah dan tradisinya macam tu,tapi kalau saya memang tak minat bio,nak buat macam mana?Ini melibatkan masa depan saye.Kalau cita-cita saya nak jadi akauntan@eksekutif pemasaran@eksekutif jualan@sealiran dengannya takkan kene amik pure sains.Saye tak nak masuk kelas sains,saye nak masuk kelas akaun jugak.” Dah dapat masuk sek teknik aliran akaun lebih kurang 2 minggu,aku p gatai2 terima tawaran mrsm tu buat ape? Mana taknya,aku diprovoke oleh orang2 sekeliling “MRSM ******* tu bagus. Susah nak dapat tempat kat situ. Tu mrsm top jugak tu. bla,bla and bla”.Puji abis la mrsm yg aku nak masuk tu. Diorang cakap kat mrsm pun ada sujek akaun gak.MRSM tu x de pown! Yang ada pun kat MRSM lain. Rasa nak pindah je kat mrsm yang ada subjek akaun tu,tapi kesiankan ayah aku. Leceh nak tukar2,banyak urusan.Sudahnye sekarang aku melopong je bila nampak adik aku pegang buku bertajuk ‘ASAS PERNIAGAAN’ ni. Jeles je bila aku dengar perkataan2 seperti ekuiti pemilik,angkutan masuk,angkutan keluar,liabiliti semasa,invois n lain2 keluar daripada mulut dia.Dulu aku tak berapa nak degil(almaklumla,x pegi lagi dunia luar,pemikiran tertutup sket). Orang cakap macam tu?haa ikut! Orang cakap macam ni? Haa ikut! Buat macam tu x boleh?Haa ikut! Dapat *A PMR kene masuk mrsm@sbp?Haa ikut! Bila masuk mrsm,keluar2 kene jadi doktor?Haa ikut! Dapat *A dalam SPM wajib masuk matrikulasi? Haa ikut lagi! Ikut,ikut dan ikut! Macam x de pendirian kan?Naseb baek BI aku slack masa SPM dulu. Aku bagi alasan kat ayah aku,BI slack so x leh minta JPA.Kalau aku minta JPA untuk jadi doktor n kalau aku dapat macam mane? Kalau nak ikutkan,budak2 yang dapat tu,result cam aku je tp BI je la yang bezanya. Kalau aku dapat la JPA untuk jd doctor tu(lepas interview),abis aku!Masak seh!Aku mane minat bio! Subjek second kiler masa SPM dulu.Naseb2 je dapat A.Tapi subjek paling top yang aku x minat mesti la fizik.Kenapa aku paling x minat fizik? Coz eksperimen dia x letup2 macam eksperimen kimia. Tak kaler warna-warni macam eksperimen kimia. Aku ingat lagi first eksp fizik masa form 4 dulu.Troli kecik turun landasan and pita detik. Bosan!.. Erm.. Sekarang,darjah kedegilan aku dah semakin tinggi gamaknye.. Kalau benda tu aku x suka memang susah la nak lekat kat kepala otak aku ni. Aku hanya put my full effort hanya pada benda yang aku minat je. Tak tau nape.Macam masa keje promoter kat kedai cd dulu(tyme pas abis spm). X makan lunch pun ari-ari pown xpe coz sronok sangat nak serve customer. Tambah2 kalau customer tu orang korea n jepun(time tu tgh giler citer korea).Rasa teruja! Si David selalu nak berebut ngan aku.Asyik dia je nak jaga department korea! Aku pun nak gak!Banyak kali aku pujuk Hiromi(bos aku) supaya aku dapat jaga situ.Aku asyik kene jg department jepun je. Aku x layan sgt citer jepun. So kalau customer tanya citer ape best,apa aku nak jawab? Pelakon jepon pown aku x cam.Muka tengok lebih kurang sama je!Terkulat-kulat la aku! Slalunye aku mencadangkan citer yang pernah kuar tv je la. Masa jage department korea best sket.Aku kenal kebanyakkan pelakon dia and kalau ada je cd terbaru kuar aku cepat je surve internet cari synopsis penuh termasuk nama pelakon dia. Citer yg aku tgk setakat yg kuar tv je la. Camane aku tau jalan citer yg lain walaupun aku x tengok?Aku buat taktik la!Selalunye aku tanya mana2 customer yang dah tengok pasal apa yang bestnye citer tu.Pastu aku pown citer dengan penuh bersemangatnya kat customer yang lain.Konon2 aku dah tengok,padahal mana pernah tengok.Nak beli?mahal woo…satu citer koman2 pun rm90.Kopak aku! Biler customer tu tengok aku rancak je bercerita,dia tanya aku “oh,ye? Awak dah tengok la ni?” reaksi aku? Aku senyum je pastu jawab “Belum! Customer yang lain dah tengok dia citer kat saya.Tapi dia cakap memang best giler la citer ni.bla,bla and bla”.Ada sekali tu ada customer tu tanya pasal citer Little 18 Bride. Aku pun explain kat dia

aku:Citer ni unik kak. X macam citer2 korea yang lain.Citer dia lebih kurang macam cite My Little Bride yang Kim Rae Won berlakon tu tp ni versi drama nye.bla,bla…(x larat nak citer sumer kat sini)

customer A:Ye ke? Kalau saya tengok tak best macam mane?Boleh saya datang sini balik komplen kat awak?

Aku:boleh….kalau x best,akak datang sini komplen dgn saye.saya berani potong jari la kalau citer ni x best(ceh,konfiden giler!tapi memang citer ni best coz de tgk sket2..aku ada pasang sket2 kat cni dgn tujuan untuk mempromote).

Lepas 3 minggu berlalu ada sorang lagi customer

Customer B: Betul ke best citer ni?
Aku: Betul kak,citer ni best!bla,bla(ulang balik yg aku cakap dulu and tokok tambah2 mana yang patut). Dulu ada sorang customer ni cakap nak komplen kat saye kalau citer ni tak best.Pastu dia x datang2 pun. Maknanya citer ni best la.

Ada satu customer lelaki melayu ni. Umur dalam 20-an(x sangka laki minat citer korea,selalunye pompuan je). Dia nak beli ada satu citer korea ni. Mahal nak mampus tapi citer hampeh!Lembab!Xbest! Dia tanya aku best tak citer yang dia nak beli tu.Aku jawab straight je!

Aku: Citer ni tak best la bang. Dah la mahal.Citer dia lembab sket dan jalan citer x brapa menarik..Plot dia lambat berkembang and of course memboringkan. Kalau orang cina suka la citer camni. Kebanyakkan orang Melayu x suke tengok citer camni.Tapi kalau nak beli jugak boleh je.Boleh la setakat nak tengok..

Customer: Abis tu citer apa yang adik rasa menarik?

Aku: Citer Lover in paris ni da tengok dah?

Customer: Belum(dia pun belek2 cd citer yg aku cakap tu)

Aku:Haa…citer ni citer paling terbaru. Belilah citer ni.Memang best giler!Kelakar! Jalan citer pun mantap.Pasal sorang laki kaya yang jatuh cinta kat satu pompuan miskin ni.Diorang jumpe kat Paris coz pompuan ni datang paris coz nak keje.Mula2 tu pompuan tu jadi orang gaji kat umah dia. Lama2 dia jatuh cinta plak ngan pompuan tu.Pastu ada la konflik2 yang melibatkan laki kaya tu,heroin tu and ada 1 lagi lelaki yang lain. Hero ni walaupun x terkenal and x hensem,tapi lakonan dia best and berkesan tau.Ye la orang selalunye kalau nak cari citer mesti nak cari yg terkenal,yang hensem,yang lawa je.erm.. kesimpulannya best la citer ni. Masa citer ni mula-mula ditayangkan kat korea box office tau(mengikut fakta.aku x reka tau).

Customer:OK la ,saya beli yang ni

Aku:ok,boleh bayar kat dalam ek.

Customer:Aik,awak x de tulis2 ke?(sambil menunjukkan aksi seperti menulis ats buku)

Aku: Aaa.. x de.

Customer: Takkan adik x dapat komisen ke ape ke…rugi la adik.saye beli ni sebab adik yang promote tau.

Aku: Aaa…takde komisen pun...Advice percuma(sambil senyum nampak gigi)

Pengajaran daripada citer ni:kalau korang nak beli ape2 minta la pendapat jurujual(kalau ada) untuk pilih. Jangan main amik jek. Kang beli mahal2,x memuaskan hati,menangis x berlagu pulak korang nanti. Aku bukannye pe,kesian plak kat customer2 aku tu. Aku dapat bayangkan perasaan diorang.Diorang beli2 mahal2 tapi x best,kecewa plak nanti. Citer korea x macam citer jepun yang boleh dapat dengan rm20 satu citer. Citer korea ni(kalau terbaru) paling murah pun rm83.90. Tu pun lepas sesi tawar menawar.
Sepanjang aku keje kat situ macam2 pengalaman aku dapat.Ada sekali tu(tengok muka x macam cina Malaysia).Dia nak testing pasang soundtrack lagu citer korea. Aku tanya dia “Are u Korean?”Pastu dia jawab “No,I’m Japanase”.Tak sangka walaupun x paham Korean,dia tetap nak beli gak soundtrack tu. Macam aku gak. Apa susah? Cari je lirik kat internet..konfem jumpe. Pastu boleh nyanyi dgn confidennye.Eh! Terpanjang pulak explanation untuk point 5 ni.Ehe….Sory! Erm berbalik kepada tajuk utama, So,sekarang ada 1 jalan je untuk aku . Aku terpaksa meminatkan benda yang aku x minat. Boleh ke? Hm…nak wat cmane cuba je la.Mana tau boleh…Ah!Takde2! Aku kene minat jugak! Aku kene cari jalan yang membolehkan aku minat subjek2 yang bakal aku tempuh.Aku dah tau dah sasaran aku ape tapi xbleyh cakap kat sini. Kalau x jadi malu! hahaha

0 voice out: