Pages

Wah,amannya idop aku kat sini!Bahagia! Kat sini ari-ari aku bau makanan. Asal aku lalu pi toilet je mesti ada bau makanan. Kejap2 bau roti,kejap2 plak bau benda yang digoreng,kejap2 plak eh2 macam bau coklat! Ah! Bahagianya! Bahagia punya pasal aku senyum sensorang setiap kali lalu. Naseb bek xda orang nampak,klu x konfem2 dicop gila!

Erm,aku suka la apa-apa yang berkaitan makanan. Mungkin sebab aku suka makan. Tapi minat aku bukan ke arah memasak atau mencari resepi baru. Aku lebih suka me’modified’ makanan supaya menjadi lebih sedap & baik dari segi kesihatan(terbukti melalui kajian sains) berbanding dengan yang sedia ada di pasaran. Aku ni cepat kagum dengan semua benda. Ada skali tu Kak Ramlah(dia keje kat sini) bawa keluar aiskrim yang dihasilkan kat MPOB. Kiranya kajian yang dibuat oleh sape tah,simpan kat situ. Masa tu dia kemas peti ais,dia bw kuar la aiskrim tu bagi aku rasa. Aku pun pe lagi(pantang diajak),aku bantai ler makan,terus pi amik sudu n mangkuk & cedok aiskrim yang berperisa vanilla tu.. Tapi aku hanya mampu makan dua mangkuk kecik jew,coz x larat. Mana taknya,before tu tekak aku dah sumbat French fries yang banyak.huhu..Bila aku rasa ais krim tu,erm…lembut la aiskrim ni. x macam aiskrim2 kat luar. Aku rasa la kan,dia modified minyak(kira cm dia blend 2 jenis minyak yang diguna untuk buat aiskrim tu kot) Dah la sedap,berkhasiat untuk kesihatan plak tu(dari segi prinsip kimia dia). Masa tu otak aku terus berfikir “kalau aku jual ais krim ni mesti laku!”. Lebih kurang macam aiskrim jenama ‘mingomingo’ tu kot. Bila aku makan aiskrim lembut ni,aku teringat artikel dalam paper yang baru aku baca beberapa ari yang lepas.Pasal aiskrim jenama ‘mingomingo’ Jenama tu dibangunkan oleh seorang usahawan bumiputra kat M’sia ni. Dianyer trademark ‘soft aiskrim’.Bagus betul la dia tu. Mula2 masa dia nak buka perniagaan ni,abis dia kene gelak ngan orang. Yela! Jual aiskrim kan,mana orang tak gelak! Tapi yang bagusnya dia x peduli cakap orang. Dia tetap teruskan dengan usaha dia. Inilah orang Melayu zaman sekarang. Suka pandang rendah dengan keupayaan orang lain. Berbeza dengan bangsa2 lain. Diorang x sedar yang benda2 macam tu boleh melemahkan semangat orang. Kalau macam ni,sampai bila bangsa kita nak maju? Mungkin sebab diorang rasa diaorang x mampu buat,so diorang rasa orang lain pown x mampu buat gak. Kenapa la suka berfikir macam tu?X semestinya kita x mampu buat,orang lain pown x kan boleh buat. Selagi ciri2 usahawan tu ada pada dia,selagi tu dia mungkin mampu buat walau apa pun jenis perniagaan yang dia ceburi. Naseb manusia kan lain2,keupayaan orang pun lain2.Tapi nasib baek semangat usahawan ni kuat.Bagi aku bagus pe,dia bukan setakat jual kat pasar malam je(tapi bagi aku jual kat pasar malam pown bagus gak,mula dari bawah). Yang bagusnye,dia hasilkan n adun sendiri aiskrim tu(mungkin dia beli formula aiskrim tu dpd saintis kot) n ada pelbagai mesin yang canggih n konfem2 mahal. Setahu aku mesin2 cenggitu bukan setakat ribu-ribu je tapi PULUH-PULUH RIBU tu..Kiranya nampak gak la usaha sungguh2 dia tu n dia nak buat betul2. Benda yang simple macam ais krim tu pun kalau buat betul2,mesti boleh gempak punye. Asalkan bersungguh-sungguh dan dia tahu matlamat perniagaan dia. Kalau jual benda yang hebat giler pun,kalau x bersungguh-sungguh pun x guna jugak,boleh lingkup!


Ada lagi kisah satu usahawan yang buat ‘coklat diabetis’. Coklat ni dihasilkan oleh gula yang diubahsuai. Gula ni bukan berasaskan gula tebu tapi gula lain. Tapi bukan aspartame yang diharamkan tu.Dan of course la gula type ni baik untuk kesihatan(mengikut kajian saintis) dan sesuai dimakan oleh pesakit diabetis. Kagum giler aku! Dia ni bekas saintis gak pastu dia resign sebab nak buka perniagaan sendiri…Inilah sikap orang Melayu yang patut kita contohi,x pernah kenal erti putus asa…to semua usahawan n bakal usahawan melayu,chaiyok2!! aja!aja!fighting!!

0 voice out: