Pages

KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH

Mood minggu ini: Sentimental !

Tau tak, lately nadia asyik pasang (melalui hp) lagu kat bawah ni je. Hampir setiap masa asyik pasang je lagu ni. Sampai rumate nadia naik boring dah (agaknye la.hehe) . Tapi aneh,nadia tak boring pun dengar lagu ini berulang-ulang kali. Nadia kalau dah start minat sesuatu memang akan jadi lagenda sepanjang zaman la. Means susah nak hilangkan dan tak mudah boring (Citer My Girl tu pun nadia tak jemu tengok banyak kali sampai sekarang tau). Dah jadi macam die hard fans pulak. Jatuh cintakah nadia pada lagu ini? Nak tidur dengar(kadang2 dah tido pun still pasang), tengah study dengar(sempat lagi), sidai baju dengar(boleh pulak) dan kalaulah handphone nadia ni kalis air, dah lama nadia bawak masuk dalam toilet. Hahaha(Melampau!)



~LAYAR KEINSAFAN~

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

SUMBER: liriknasyid.com

Suara penyanyi + lirik + irama lagu = Sangat best lagu nih!!!!!!!!!!!!!!!

Serius suka suara penyanyi lagu ni. Rasa nak cakap je dengan penyanyi 2 tu “Suara kamu sangat best! Kita tukar suara boleh?” (Aik? Over nadia nih!!!)

Lagu ni sebenarnya dah lama. Masa Sya perkenalkan kat nadia dulu,nadia takde respon pun. Mungkin belum terbuka untuk menghayatinya. Tiba-tiba masa cuti raya ari tu, kakak n adik nadia perkenalkan lagu ni pada nadia. Diorang cakap lagu ni jadi lagu tema drama hit masa bulan puasa ari tu. Citer dia tentang lelaki yang jahat giler pastu insaf dan dia minta maaf dengan semua orang yang dia pernah buat jahat dulu. Tapi sayangnya,ucapan maafnya tidak diterima malah dia dicaci dan disumpah seranah. Kenapa ye? Nadia agak mungkin kesalahannya terlalu besar untuk dimaafkan(nadia tanya kakak nadia kesalahan apa yang lelaki tu buat,tapi kakak nadia boleh terlupa pulak.Aiseh).

Erm..mungkin kesalahan-kesalahan kecil seperti menipu,gaduh biasa,aku terasa kau terasa,cakap lepas or seangkatan dengannya should be no problem untuk dimaafkan tapi macam mana kesalahan yang besar seperti

1) 1)Orang itu DENGAN SENGAJA membuat sesuatu supaya anda disumbat ke dalam jail selama berpuluh-puluh tahun atas kesalahan yang anda tidak buat dan menyebabkan anda dipandang serong.

2) 2)Orang itu DENGAN SENGAJA merogol anda(jika anda perempuan) pastu siap boleh main pas-pas kat kawan dia dan sekaligus membuatkan anda trauma dan tertekan sepanjang hidup.Ia sudah tentu memusnahkan hidup dan masa depan anda.

3) 3)Orang itu DENGAN SENGAJA membunuh ibu atau bapa atau keluarga terdekat anda dengan kejamnya. Pastu siap main kerat-kerat 18 macam kes Mona Fendi tu !

4) 4)Orang itu DENGAN SENGAJA memfitnah anda berzina with sumone. Pastu siap boleh bagi bukti tu(of course bukti yang direka-reka untuk menyedapkan perjalanan cerita) dan menyebabkan keseluruhan masyarakat mempercayainya dan anda dipandang serong.

5) 5)Dan segala macam kesalahan yang boleh memusnahkan perjalanan hidup dan masa depan anda

Err…bila nadia bayangkan nadia berada dalam situasi di atas(minta dijauhkan la.Amin),nadia rasa nadia pun mungkin susah nak maafkan kesalahan insan-insan itu. Sebagai manusia yang tidak dapat lari dari emosi, kemungkinan besar nadia susah nak maafkan mereka tapi kemungkinan kecil boleh(hanya apabila Allah gerakkan hati kecil nadia. Hati Nadia kan milik Allah,Dia berhak). Orang kata kalau bercakap memang mudah tapi orang yang pernah mengalaminya yang dapat merasakan sebenar-benarnya persaan itu. Selama pembacaan nadia di paper,internet,majalah,buku, kesemua orang yang pernah mengalami peristiwa di atas ni mengatakan yang mereka TIDAK MEMAAFKAN PESALAH ITU DUNIA DAN AKHIRAT SAMPAI BILA-BILA walaupun pesalah itu sudah insaf dan meminta maaf. Mungkin ada sebilangan kecil ada yang sudi memaafkan pesalah tapi nadia tak jumpa lagi. Kalaulah nadia tahu ada orang yang pernah mengalami peristiwa di atas tetapi sudi memaafkan pesalah itu dengan kerelaan hati, nadia nak jumpa mereka!!! Nadia nak luahkan kekaguman nadia kepada mereka. Nadia nak selami hati mereka. Nadia nak tanya mereka atas dasar apakah mereka memaafkan kesalahan insan itu. Nadia nak tahu!Dan mungkin selepas mendengar kata-kata dan nasihatnya, nadia boleh menjadi seperti mereka..

Bila kakak nadia pasal citer tu , Nadia pun mulalah membayangkan nadia berada dalam situasi lelaki itu sambil mendengar lagu atas ni. Rasa sebak pun ada. Ye la, tak sedih ke kalau kita minta maaf seikhlas hati dengan sungguh-sungguh tapi orang berkenaan tak nak maafkan kita? Sedih, okay! Tapi kalau nadia berada dalam pihak yang lagi satu pulak, nadia pun mungkin susah nak maafkan lelaki ni(kalau kesalahan yg dibuat ada dalam senarai di atas). Bila jadi macam tu, nadia rasa lagu ni sangat menyentuh hati dan memberi kesan kepada nadia sangat2. Sampai nadia cari lirik dia dan tafsir maksud setiap baris lagu ni. Pastu siap letak dalam profile frienster lagik. Aiseh,profile kat friendster nadia tu, lagu yang berkumandang ialah Witch Yoo Hee OST tapi sekali letak lirik ‘Layar Keinsafan’. Sesuaikah? Tapi, takpe la, Nadia letak je ^_^ lalalalala

“KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH”

Pernah dengar word ni? Nadia setuju 100%.

p/s: Aik? Kenapa entri kali ni panjang? Kerana kesemua virus-virus itu nadia dah halau out from my laptop and my lappy telah pulih seperti sediakala. Thanks kepada sape2 yang mencadangkan antivirus2 yang berkesan. Juga kepada nadxoxo yang sudi antar file antivirus GVR by email ^_^

18 voice out:

Thenadi said...

erm susah nak maafkan org. dah susah juga nak bencikan org .

just ingat. nabi pon maafkan umatnya, nikan

kita yg x seberapa ini xD

Nadia said...

betul jugak tu :D...

p/s: dalam usaha pembersihan hati act.heheh ^_^

Thenadi said...

bersih, semua depend kat diri sendiri kan.
ikotkan hati badan binasa

Nadia said...

yeah! Thats right :D.Take time jugak kot.Slow2.Untuk merenung diri sendiri dan memikirkan hikmah atas apa yang berlaku :D

p/s: Suka sebenarnya bayangkan situasi orang lain ni :D

farah, s. said...

salam nadia..
no worries..
farah pun ade time bz sampai xle nk blogwalking..
erm..best ek lagu tu? nnt farah nk try cr la..hehe.
oh ye..kalau nadia nk tau, farah wat masuk je hp dlm toilet.. wakakaka

Encik Shino said...

masuk toilet pastu menyanyi kuat2...sambil nangis.... :(

mahsyar90 said...

rasa penah dengar lagu ni..
bes jugak..hehe

Anonymous said...

iye, me insaf dgn kelemahan n kekurangan diri me yg inih.. uhuhu

Nadia said...

farah>--- salam..try la cari.heheh..masuk dlam toilet pun nadia bw jugak. Yang nadia tulis tu means bw masuk masa mandi.wakakakaka

shino>--- sabar shino...sabar..huhuhu

mahsyar90>--- ko bukan pemint lagu nasyid ke? mesti tau punye..

yg insaf>--- sama la kite :)

farah, s. said...

masuk masa mandi eh?? hehehe.. aah la kan.. nnt habisla rosak hp masuk air.. hik3..
sekarang dah jadi penonton tegar drama witch yoo hee yek.. haha.. virus farah dah jangkit kt nadia LOL

Nadia said...

farah>--- hehe..tu la pasal..rasa nak bungkus dengan plastik je*LOL*

virus korea dah mai dah...hahaha

13may said...

dendam...tetap dendam!

>:)

farah, s. said...

hoho.. 13may ni pendendam la ek. haha

kalau farah la kan nadia,

erm..
erm..

depends pd kesalahan org tu buat..
kalau teruk sgt smpai xleh terima, hati pun xingin nak maafkan... ;)

Nadia said...

13may>-- macam ada pengalaman je 13 may...
farah>-- betul2 farah! depends kat orang tu buat.kalau terlalu teruk sangat2 agak susah..huhuh

Anonymous said...

bila kita memaafkan org yg kita dendam... rasa lega sangat... ambikla masa seberapa bykpon utk releasekan perasaan tak baik tu... tp jgn lama sgt yer...rugi...

Nadiah Suhaidi said...

orang kata, boleh nak maafkan orang atas kesalahan yang berat ni tapi biasanya mmg ssh utk dilupakan. tapi lebih kurang jelah tu kan? kalo nk maafkan, kenelah lupekan skali. tul x?

tapi itu lah. sesapa yg boleh maafkan sesuatu kesalahan, kecil atau besar, mmg org tu sangaaaaaatlah baik dan penyabar.

Anonymous said...

memaafkan kan adalah perkara yang mulia...

Nadia said...

i also admit it :D