Pages

Mudahnya tergoda....


makanan! I lap u!

Aish..Risau pulak bila jadi orang merempat ni.Merempat>--- stay kolej walaupun semua pelajar balik. Mana taknya,bila pelajar takde kafe pun takde la. Bila kafe takde, nadia mau makan apa ni? Dah la kenderaan takde. Harapkan bas kolej yg kadang2 ada kadang2 takde tu mmg tak boleh diharapkan..huhuh..Setakat ni kafe still bukak. Nadia tanya dia,bukak sampai bila. Mak cik tu kata tak tahu lagi. Sekarang still bukak sebab student still ramai lagi. Kalau sumer dah balik dan kafe tak bukak? Takkan nak panggil delivery mc D or pizza hari-hari..Ayoyo..Serius nadia tak boleh hidup tanpa makanan. Cakap pasal perkaitan dan kepentingan makanan dalam hidup nadia ni,mengingatkan nadia terhadap perkara yang Nadia paling tak lupa iaitu masa minggu orientasi.Adegan kejar makanan bersama ‘teman berlari’ yang seperjuangan. Tentu kedengaran pelik bukan? Oh ye, lupa nadia nak cerita pasal ‘teman berlari’ nadia. First ialah sya. Dia satu group dengan nadia masa minggu orientasi tu dan dia juga tinggal depan bilik nadia. First nadia tegur dia masa di toilet. Nadia tak tau la kenapa ada yang menggelarnya ‘muka sombong’ kerana nadia tak rasa muka dia macam tu. Ceria jek. Kalau betul la nadia rasa muka dia sombong, nadia pun susah nak tegur rasanya walau apa pun terjadi. Okay, kita pergi ke ‘teman berlari’ kedua pula Azalea. Dia ni memang semulajadi peramah dan banyak cakap rasanya. Dia juga merupakan salah seorang yang nadia boleh baik kurang 24 jam kenal. Bila jumpa dengan orang yang peramah,serta merta terkeluar la sifat peramah nadia ni.Hehehe..Pasal adegan kejar makanan. Selalunya bila start aktiviti kitorang hanya berjalan lenggang kangkung(note: lenggang mak limah) sahaja tetapi sebaik sahaja aktiviti tamat, kitorang akan berlari laju serupa kanak-kanak rebina untuk sampai awal di tempat makanan. Semua orang tahu minggu orientasi kene segalanya cepat. Mandi cepat,makan cepat dan semuanya cepat la. Kalau berjalan lenggang mak limah tu rasa-rasanya sempat makan dengan tenang tak? Dah la ramai giler beratur. Harus berada di belakang la kalau lambat. Pastu kan, bila nadia dan kawan-kawan nadia ni berada di antara barisan terawal mengambil makanan, terasa semacam bangga la pulak. Mana taknya, bila habis aktiviti kitorang di belakang skali, tup-tup bila beratur ambil makanan tiba-tiba terpacul muka kitorang di depan. Dapat bayangkan kitorang berlari macam mana?

Cakap pasal lari@joging ni, nadia sebenarnya sangat tidak menggemari aktiviti sebegini. Takde bakat la. Harap badan je kurus tapi nak berlari tu malas yaamatz. Dah beberapa kali kawan nadia ajak ‘Jom,jogging kat bukit ekspo’ dan nadia hanya mampu jawab dengan senyuman..hehehe.. Cakap pasal berlari ni nadia ada dua peristiwa nak relate.

1) Cakap pasal jogging ni teringat masa Kursus Pembangunan Sahsia Mahasiswa(KPSM) K5 UPM dulu. Tyme tu diorang buat aktiviti jogging ramai2. Diorang lepaskan ikut kumpulan. Tup-tup bila habis sesi tamat NADIA MERUPAKAN ORANG YANG TERAKHIR YANG SAMPAI. Rasanya nadia antara group terawal yang diorang lepaskan. Macam tak percaya pulak(tapi harus percaya). Ada seorang peserta tu yang berbadan agak besar dan terkenal di kolej kitorang sebagai ‘orang yang berbadan besar’. Fuh, NADIA KALAH DI TANGANNYA. Nadia sampai lebih lewat daripada dia! Bila fikir-fikir balik memang tak logic. Badan nadia ni rasanya 1/3 daripada badannya tapi…..tapi…

2) Masa aktiviti treasure hunt KPSM tu, memang penat giler. Berlari ke sana-sini. Bukit ekspo,bangunan akademik,padang kawat,padang bola dan boleh kata 1 UPM kitorang pusing. Sampai nadia jadi lembik dan tidak bermaya( korang harus faham,sebarang aktiviti berlari@joging macam ni la keadaan fizikal nadia). Tapi yang anehnya, sebaik sahaja sampai di pintu masuk kolej,apabila nadia semacam terdengar laungan “Cepat2.Makan2!” nadia yang daripada lembik tidak bermaya tiba-tiba berubah menjadi seorang pelari yang cergas lagi aktif! Fuh, siap cakap dengan member 1 group “Korang,cepat korang! Ada makanan kat depan! Tak sabo nak makan nih! Cepat2! ” See…Member satu group pun macam tak percaya nadia mcam nak pengsan ni tiba-tiba menjadi cergas. Padahal sebelum itu mereka yang memberikan semangat kepada nadia untuk menghabiskan larian. Ni terbalik pulak! Nampak sangat mudah tergoda kan?

Nadia pun pelik kenapa nadia macam ni. Mesti budak group nadia ingat nadia ni pura-pura je penat n macam nak pengsan. Tapi memang rasa macam tu pun. Lagi sikit nak jatuh. Bila teringat je makanan terus nadia semacam mendapat semangat@energy untuk menghabiskan larian. So,lain kali kalau nak memberikan semangat kepada nadia untuk menghabiskan larian JANGAN cakap macam ni “Cepat nadia. Sikit je lagi nadia.Nadia boleh!Go nadia!” Agak TIDAK BERKESAN cara itu. Lain kali cakap macam ni “Nadia! Cepat Nadia! Kat depan ada nasi tomato sedap2, ayam besar2 gedabak! Sayur brokoli pun ada! Air mango juice lagik! Kalau lambat nanti habis tak dapat makan!”

rasanya nadia dah jumpa jawapannya..Nadia sanggup buat apa sahaja demi benda yang nadia suka. That’s the fact.

Oh,makanan.Jangan dikau datang kepadaku di saat aku tidak memerlukanmu kerana daku pasti tidak akan dapat menolak kehadiranmu..huhu

p/s: mudahnya nadia tergoda dengan makanan…Astaghfirullahalazim…

14 voice out:

farah, s. said...

oh... bab berlari. farah mmg fail. huhuuhu. selalunye kalau aktiviti lari merentas desa ke ape ke mesti cr alasan xnk join. bkn semput pun, tapi ntah. cam xde bkt lgsung. kadang2 tgk org yang lagi berisi dpd farah pun ley abeskan larian. huhu. mmg salute la kepada pelari2 ni. hehe.

makanan? ala..kesiannya. nak masak pun xleh kan.erm

Nadia said...

farah>--- sama la farah. Kita serupa :D ..Kadang2 bukannya semput pun tapi tak suka. Takde bakat.huhu...nak masak boleh tapi periuk elektrik takde..so kira tak bleh masak la..huhu

farah, s. said...

tula kan bila hati da tak suke.. ekekeke..

er.. kalau ade periuk maknanya bolehla masak? ke xdibenarkn?

Nadia said...

boleh masak :D Ramai yang masak kat sini. Rumate bawa periuk tapi dia da simpan dalam kotak letak kat stor..lupa nak minta kat dia ari tu..huhuh

Anonymous said...

ohh x blk lg,hehee =p yelaaaa,siyes,kdg2 kt msia nie ssh jgk ehh crk mknn,btol3 =p

Nadia said...

yg7>--- bila keadaan terdesak mmg susah nak dapat makanan..huhu

nads said...

hehehe..
mane2 org pun sama dik..
sanggup buat ape saje demi sesuatau yang disukai...
tp, ssh gak kan kalo kafe dah tutup nanti...

Anggerik Hutan said...

hahaha takpe la bdn kecik juga...dasat juga yerk nadia bile bab2 mkan ni..:-p

Nadiah Suhaidi said...

bila baca cerita nadia ni, rasa kelakar pulak. boleh bayangkan nadia ni mcm dalam anime yang kite sll tgk, asal nampak makanan je terus semangat. comel tol.

tapi pasal bab lari tu, masa skolah dulu slalu skip je atas alasan kesihatan :P

Nadia said...

kak nads>--- huhuh..itu la..sengsara ni kalau kafe tutup.huhu

anggerik hutan>--- hehe..tu la peliknya.badan tak besar2 pulak.huhu

nadxoxo>--- ek? anime camtu ek? jarang pulak tengok anime..huhuhu..err...xtvt lari2 ni, nadia dulu kat sekolah selalu skip sebab 'buat-buat ada masalah kesihatan' hehehe

Thenadi said...

wei makanan dgn joging ada kaitan ka =.=" peeelikk....

Nadia said...

eclipse>--- ngeh3x..aku tak suka n bencikan aktiviti lari2 tapi demi makanan aku sanggup :D

en_me said...

"Nadia sanggup buat apa sahaja demi benda yang nadia suka." - jangan sampai Queen controlll weiiii.. ahaks

Nadia said...

en_me>--- err...manusia bukan 'benda' lar en_me..*LOL* misconception nih. Manusia kan ada hati da perasaan,tak main la kongkong2. suka ati diorang lar nak buat apa :D