Pages

PC Fair adalah sangat best!

Ini kali kedua aku masuk KLCC. Hahah!!! Sila gelakkan aku. Selalu kalau ke shopping mall, aku pilih Mid Valley sebab sangat senang untuk ke sana compare to KLCC yang kene tukar 2 train. Leceh. Kali pertama pergi pun sebab terpaksa, ada kerja kursus course yang mewajibkan pelajar course kami untuk pergi melawat Petrosains. Macam budak sekolah pulak pergi lawatan sambil belajar, Petrosains pulak tuh..hahah..



Ok, ok, kali ni sebenarnya pergi PC fair. Before tu mendarat ke KLCC dulu sebelum pergi ke PC fair tu. Lepas tu terus pergi Kuala Lumpur Convention Centre, tempat exhibition tu. Eh tak tak. Sebelum tu, saya dengan Nash (real name: Nashimah) sempat ber-photoshoot kat pemandangan indah air pancut2+kolam renang kat Luar KLCC tu. Ingatkan nak ambil gambar kat kolam renang tu dekat sikit tapi kami disound oleh seorang makcik guard yang gila kuasa neh.


Mak Cik Guard: Tak boleh pergi situ!
Kami: Kenapa tak boleh?
Mak Cik: Diorang tu ada anak! Kau tu ada anak ke?!! (dengan nada yang agak menjengkelkan, kuat dan sengaja memperli)


Dalam hati aku ngan Nash “Hek eleh makcik ni apa kes nak perli2 orang plak nih? Cakap elok2 tak boleh ke? Budi bahasa budaya kita. Kang aku buat gangster sound kau depan orang ramai baru kau tau”

Kami: Kami tanya je. Cakap elok2 tak boleh ke? Alahhh....


Sebelum blah, sempat gak kami sound makcik tu dengan suara yang tidak berapa nak lembut, keras sikit daripada biasa especially di hujung ayat . Lepas tu kami ambil gambar makcik tu dari jauh. Nash cakap “Ambil gambar mak cik tu lepas tu antar kat Berita Harian komplen, padan muka! Hahaha”



Aku terfikir, macam mana kalau aku tiba2 baik dengan sorang budak ni(on the spot lepas guard tu sound), main2 ngan dia, mesra2, lepas tu bawa dia pergi kat Kolam renang tu pastu cakap kat depan makcik tu “Budak ni bukan anak saya tapi adik angkat saya. Dia nak datang sini, saya bawak. Sekarang, apa makcik nak kata?”. Heh, best giler kalau jadi kenyataan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------



Tutup kisah makcik tu, sekarang bukak kisah PC fair pulak. Ya Allah, bestnya kat sini. Bagi pencinta teknologi, ini adalah tempat terbaik untuk anda. Segala-galanya ada disini. Benda yang anda tak tahu pun mungkin akan jumpa di sini. Laptop pun murah-murah dan cantik2 pulak tu. Seperti biasa, bagi yang extra-canggih tu dah tentu mahal kan. But then, aku macam boleh terima kenapa dia mahal.Sebab ia canggih dan memerlukan teknologi yang tinggi, idea yang kreatif dan melangkaui zaman untuk menciptanya. Bukan macam barang kemas ke silver putih ke, berlian ke. Macam tak boleh nak terima sangat kenapakah perlu mahal. Sebab cantik dan berkilat-kilat tak ditelan zaman tak cukup untuk aku terima ia adalah mahal. Hahaha. Never mind. Aku bukan pencinta barangan kemas :P



PC fair ni di-design dengan sengajanya supaya kita round semua area exhibiton tanpa skip (Nash yang inform sebab dia pernah pergi tahun lepas). PC fair ni ada banyak hall. Contoh kalau kita tinjau2 satu hall ni dari luar lepas tu tak nak masuk, tak boleh, kene masuk jugak baru boleh further ke hall lain. Biasa la . Strategi... Bagi aku, aku suka hall yang terakhir (tingkat bawah) dimana ada macam2 dijual di situ tanpa had.Campur-campur. Semua benda ada. So, hall yang depan2 tu aku tengok sebelah mata je la (means takde singgah@tengok2, lalu je) ..haha..




Masuk2 je, aku tertarik dengan manusia yang berpakaian macam anime ni. Selain kami, ramai juga yang mengambil kesempatan bergambar dengan mereka ni.

Aku pergi pc fair tu dengan niat nak tengok2 aja. Dengan kata lain, nak temankan Nash je, sekali terbeli daa,haha.. Dahla bawa duit sikit je masa tu.


Gambar di bawah adalah yang sempat aku curi2 snap. Tak cantik@kabur? Biasa la, kamera phone yang ber- 2MP + diambil secara curi2 + malu orang tengok setakat kemera phone sibuk nak ambik gambar sana sini dah la tengah sesak dengan orang ramai nih. Kahkah!!!

Seriously kabur tapi aku aku letak jugak la kat sini. Sebagai bukti dah pergi sana. Ceh bukti tuuuu, tak boleh blah.hoho











Web-cam ni Nash dah selamat beli. Melopong je aku tengok dia beli T___T. Memang aku nak beli la gaji sekali lagi akan datang. Nanti aku pergi cari kat Low Yatt. Harga biasa dia jual kat Low Yatt RM55 tapi kat sini discount dia kasi RM45. Best okeh, walaupun 1.3 MP tapi memang clear daripada lappy yang built in camera. Serius I cakap u!




Oh, harusla sushi tu aku punya. Sikit je kali ni aku beli. Ter-over budget kan..haha

Untuk lunch, takde nasi-nasi. Kami makan ini. Lasagna je. Mengidam macam orang pregnant pulak HAHAHA! Nash tak pernah makan lagi.So, tapau je, kalau makan kat Pizza Hut, sure caj perkhidmatan melambung-lambung. Saya beli ini dia ikut aje, nak try suggestion saya. Memang selama ni saya selalu suggest kat dia makanan yang jarang orang makan atau yang sedap2. Memang tak pernah menghampakan la kesedapan semua makanan yang saya suggest tu.hoho..




Kasi zoom sikittt

(macam takde perbezaan je, zoom ke tak zoom ke)

Ingat, makanan tersedap yang tiada tandingan bagi saya adalah Takoyaki inti Octopus (murah dan lazat hingga menjilat jari). Ingat! Ingat! Siapa belum rasa, silalah pergi beli (kat mana2 outlet Jusco selalu ada) dan rasa. Tak sampai RM5. Tak akan menyesal punya.hahaha.. :P



Aku: Nash! Cepat posing. Aku nak amik gambar candid ko ni.
Nash: Haa?.. Okay2..

Maka terjadi lah gambar ini





Gambar penutup.haha..Habis dah entri ni.


p/s: Hanphone PDA jenama HTC adalah sangat sangat coolllllll okeh :D

11 voice out:

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

HAHAHAHAHA.. Letak gak ek gambar kabur-kabur. Sama je lah kita Nadia... Kabur ke tak kabur ke, letak je lah! Gambar-gambar dalam blog akak tu hasil daripada camera HP yang banyak berjasa le tu.. *Tepuk tangan*

Laptop murah-murah ek?
Sampai bila je PC fair ni ek...
Rasa nak usha laptop le.. hihihihi

Nadia said...

kak noi: kat kl dah habis kak 2 ogos ari tu. Tapi kat negeri lain ada la..huhu.Akak area kl keor area lain?

As said...

zoom guna phone kah atau digi cam atau apekah
hehe
kalau zoom guna macro mode baru smart gambar nampak bezanya..
but u have a fine image here too :)

btw thanks for the wish

farah, s. said...

farah penah pegi sekali je PC fair. hahaha. tp mmg rambang mata lah. satu je tak suke psl pc fair, ramai sgt org. pening ^%#$#$%

farah sgt suke lasagna pizza hut! huhu tp mhl. basically satu hidangan tu leh share2 je. nk mkn semua muak sgt. huhu

oh oh takooooyaki... 2 tahun farah xmkn mende tu.. nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

okaay okaay i know. over. haha

Anonymous said...

Ahah. Manusia anime tersebut agak menarik perhatian. Macam dalam TV.

Kelaparan pulak tengok itu makanan. Huhu

Nadia said...

as:zoom guna kamera phone. Act tak zoom tapi dekatkan sikit kamera dengan makanan tu.hehehe..

sama-sama=)

Farah: betul2. Tapi selalunya hari first tak berapa ramai. Hari terakhir yg selalunya ramai..huhu

Lasagna memang mahal T____T. Thats why tgh gigh cari resipi dia kat internet nak blaja wat sendiri..hehe.. Takoyaki pun.

lazat kan takoyaki. Takpe2, 4 bulan je lagi.Nanti farah boleh beli 3 bungkus sekaligus.(banyaknyaaaa)..hohoho

diya: betul2. Macam anime jepun yang dalam tv. Comel2! Yng paling rendah tu la yg paling comel sekali :D

farah, s. said...

farah boleh masak lasagna sendiri. tapi mende tu leceh. malas2. nak yg dah siap. haha
nnt blk msia, mmg mknn first nk beli adelah tako. kihkihkih

Nadia said...

farah: Nadia yang tak makan tako sebulan je macam dah sasau (over), farah yg tak makan 2 tahun ni lagi la kan. Mesti first sampai Malaysia terfikir nak makan tako nyer la. muehehehe

IamYonna said...

lasagnaaaaaaaaa! im craving nak makan la dik! hahaha

dik,akak pon sangat suka pegi pc fair malangnya sangat menyampah nak pergi sebab nak kena berebut dengan org2 lain smua. dah la sangat beribu manusiaa!!

time tu la rasa nak beli semua lappy and camera! T__T

Yana Ismail said...

Huhuhu tk pernah rasa lagi tako tu..nnti nak g rasalah..;)ahaks..pe kes ni bukak blog nadia dah lapar tiba2 mengidam sushi plak tgh2 mlm ni?adoii..;P

Mesti sgt sonok dpt g sana..yana tk smpt g ritu...nnti kt jb nk g la..huhu

Nadia said...

kak yonna: betul2, rasa macam susah je nak buat pilihan kalau nak beli lappy or kamera sebab terrrrrrlalu byk pilihan..hahaha

yana: Yana! Cepat pergi mid valley rasa! Booth dia kat tingkat mawah sebelum nak masuk jusco (bhg makanan)