Pages

Tentang kejujuran


Hari tu aku ada bagi kat ayah RM50 6 keping. Ayah aku lipat2 gitu je masuk dalam poket (tak masuk dalam purse pun!) . Nak dijadikan ceritanya, tak lama pastu ayah aku ada gi kedai (stesen minyak kot rasanya, nak isi minyak). Suatu kebiasaan la seluk2 poket nak keluarkan dompet ke nak bayar apa2. Pastu kan pastu kan (ni ayah aku yang cerita balik kat aku aku tak saksikan pun), duit yang aku bagi tu (enam2 keping ye) terjatuh sejelepuk ke bawah masa ayah aku tengah berjalan ke kaunter . Ditakdirkan ada seseorang (india) tegur tunjuk duit tu kat ayah aku so ayah aku sedar duit tu terjatuh n amik balik.

Baik&jujur kan india tu????!!!


Ingat senang ke nak jumpa orang sejujur itu zaman sekarang. Duit RM50 segumpal weh, sape je yang bleh tahan tengok je tak amik. Kalau india tu tak jujur senang je dia akan buat, dia akan buat tak tau, bila ayah aku dah blah, dia amik. Easy kan? Kalau dompet tu aku bleh kata logik la kalau orang tegur sebab dalam tu ada ic/kad bank/pastu duit entah2 ada RM5 je dalam tu sape tahu kan? Tak berbaloi amik. Kalau terang-terangan RM50 segumpal terjatuh, aku macam terkesima je dengar cerita ayah aku, tentang kejujuran orang berkenaan.

Ayah aku cakap, sebab duit berkat kot sebab tu selamat. hahaha. Pendapat aku plak, buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat. hohoho. Bunyi cam baik plak, baik disini maksudnya aku tak buat orang so orang tak buat aku. Bukan nak kata apa, kalau bab2 duit ni aku agak 'menjaga' dan agak teliti sikit. Selama ni aku tak pernah berniat jahat nak amik/tipu duit orang so sebab tu duit aku insyaAllah takkan 'hilang' ditipu orang. Style aku, kalau beli apa2 kalau cashier terlebih bagi (even RM1 atau limapulohsen sekalipun) aku mesti akan pulangkan balik. Pendek kata aku mesti akan kira balik betul2. Kalau kurang di pihak aku, aku tak kisah sangat, kalau kurang kat pihak orang lain, mesti aku pulangkan balik. Kalau tak silap aku sepanjang 2 bulan kat sana, ada la dalam 4-5 kali orang terlebih bagi duit kat aku so aku pulangkan balik jumlah yang sepatutnya. (selingan: tahukah anda cashier2 kat stesen minyak petronas tu kalau short duit kat kaunter~maksudnya ada terlebih bagi duit kat customer~ diorang kene ganti balik duit yang kurang tu guna duit sendiri, so tak kesian ke kat siorang dah la gaji rendah kene bayar lagi so bantulah menyenangkan diorang dengan turut mengira betul ke tak baki yang dipulangkan)

Ingat masa insiden aku jatuh motor dulu? Masa tu aku isi minyak RM3 tapi isi2 sekali RM2 je dia setkan rupanya. Aku cam bengang gak la tapi memandangkan RM1 je beza aku malas nak bising2 amik balik duit (kaya lah katakan baru dapat gaji, RM1 cam tak bape heran sgt. hehehe). Nak dijadikan cerita, 1 minggu lepas kejadian aku datang balik tempat tu untuk isi minyak sekali lagi. Out of nowhere, tetiba ada orang (cashier) datang kat aku bagi duit RM1. Aku tanya kenapa. Dia jawab "Ari tu terkurang isi minyak RM1 ingat tak time jatuh motor ari tu (sambil tunjuk part muka aku yang cedera teruk ari tu)". Opkos aku ingat. hahaha. Aku cam tak caya je selepas 1 minggu dia masih cam aku, dan ingat tyme tu dia terkurang isi minyak motor aku. Dan malu dia ingat kejadian aku jatuh motor tu siap ingat exact location luka kat muka aku ni haaa..

Pernah sekali ayah aku bergurau gelak2 (saje nak test aku la tu) pasal duit2 ni. Dia kata, kalau orang terlebih bagi ke, tersilap bagi ke takpe la bukan salah kita, salah orang. Aku cakap, mana bleh, kita tahu so kita kene jujur la. Walau orang tak tahu tapi Allah tahu.

Sama kes macam ada kawan aku ni tertengok iklan HP CSL kat tv pastu dia kata 'Aku kalau keje kat kilang diorang ni memang aku rembat 2-3 biji'. Aku sound dia 'Tak baik la'. Pastu dia jawab 'Ala, kalau kau takkan baik sangat tak ambil langsung'. Heran aku. Aku bukan berlagak baik pun tapi AKU SANGAT PERCAYA DENGAN HUKUM KARMA. Kalau aku buat jahat kat orang mesti aku akan dapat balik. Tu yang taknak. Walaupun manusia tak nampak, Allah nampak. So bila2 je Dia boleh balas. Contoh nanti aku bukak company dapat pekerja kaki songlap camni mesti aku taknak kan? Pastu HP tak berkat anytime boleh kene curi/rompak/hilang .

Sekali lagi, aku bukan bajet baik pun (kalau ikutkan hasutan syaiton nirrajim ni memang nak buat jahat je selagi orang tak nampak) cuma aku sangat percaya dengan hukum karma. Percaya yang walaupun manusia tak nampak tapi Allah nampak setiap apa yang dalam terdetik dalam hati aku/perbuatan aku so aku tak boleh 'buat-buat' tak tau. Lainlah kalau jalan2 je jumpa RM50 taktau sampe punya, so memang rezeki terpijak lar tu kan takleh nak kata apa. hehehe

p/s: Sampai sekarang aku masih rasa kagum dengan india tu.

0 voice out: