Pages

Komen

Semalam aku up status kat whatsapp




Kawan aku reply status tu. Dia mempertikaikan ayat tu kenapa aku nampak kuasa cinta tu kat married man sahaja. Dia kata yang single tu ada cinta gak. 

Macam aku ckp, dengan kawen dapat membuktikan cinta. Sebab kt taktau tu cinta betul ka palsu ka. Kene macam kes aku hari2 cakap cinta i love you bagai tapi sebenarnya tipu sape je yang tahu. Then dia kata ada je orang yang cinta tak kesampaian. Aku kata itulah point aku.. Macam mana dia nak buktikan cinta kalau belum kawen. Sebab dengan cinta lah lahirnya perasaan tanggungjawab dan manifestasi cinta dapat dilahirkan tanpa perlu rasa berdosa atau bersalah. Tanggungjawab utk berkorban demi keluarga/pasangan atas ikatan yang suci tersebut. Cinta perlukan pengorbanan. Sebab bila cinta, kita akan memikirkan perasaan orang yang kita cinta lebih daripada perasaan diri sendiri. Macam dulu2 masa form4,  aku pernah call ayah cakap “Boleh ke kalau nak patah balik sekolah lama, nak keluar dari mrsm”. Ayah tanya “Kenapa?” Dan masa tu aku ingat lagi air-mata aku laju mengalir macam air terjun. Nasib baik kat public phone tu takde orang lain so aku tak la malu sangat. Dengar suara ayah, hening suara dia, terus aku tak jadi nak tekadkan diri buat keputusan tu. Sebab aku teringat balik betapa ayah dah susah payah hantar aku ke sini dengan harapan menggunung dan aku akan kecewakan dia kalau buat keputusan ni. Aku tak ingat aku jawab apa. Rasanya aku jawab “Takde apa la, saje je tanya2” 😂😂😂 Masa tu aku dah tekadkan diri apa nak jadi pun jadi lah, biarlah aku mati kat mrsm ni daripada keluar ahhahaha. Over kan! So aku buat keputusan x jadi keluar. Padahal last2 itulah keputusan yang membawa perubahan positive dalam diri aku. Aku lalui zaman persekolahan dengan gembira dan bahagia di situ. Mula2 je first 3 month sengsara sikit hahah. Rupanya apa yang kita tak suka tak semestinya tak baik buat kita. Apa yang kita nak tak semestinya terbaik buat kita. Allah lebih Mengetahui. Lepas aku dah besar dan mendalami maksud cinta, aku teringat balik kisah ni dan baru aku boleh kaitkan. Rupanya inilah cinta, aku memang sayang mak ayah aku dan aku dah buktikan dengan pengorbanan tersebut, aku fikir perasaan diorang lebih daripada perasaan aku sendiri 😂


Then okay sambung balik kisah perbualan aku dgn kawan aku tadi, dia kata ingat orang yang bercinta tu tak bertanggungjawab ke. Aku cakap kalau dia tak bertanggungjawab pun tak jadi apa pun. Dia kata tak jadi apa cmne. Aku cakap takde effect or buat orang rasa worth pun. Contoh, kalau bf-gf cinta nak mati pastu salah seorang lari ke, xde apa2 yang worth pun yang tinggal. Kalau kawen, salah-seorang lari, yang lelaki boleh pergi mahkamah tuntut perintah isteri kembali taat or eitherwise kenekan nusyuz terhadap isteri. Yang perempuan pulak kalau laki lari, boleh tuntut fasakh. Benda2 mcm ni walau negative tapi jika ditinggalkan masih nampak worth dan boleh naikkan self-esteem coz it’s involve all the legal action & be officialized.  Begitu tinggi nilai perkahwinan kan. Dan disebabkan itu jugak, married person patut pertahankan marriage tu la tak la senang2 nak cari jalan keluar cerai ke apa sebab impact dia begitu besar. Kalau belum kawen, kene tinggal, nangis di bucu katil je la 😂 Dan itu jugaklah yang aku maksudkan, tak perlu nak cinta sangat pun sebelum kawen otherwise, ko nangis di bucu katil macam nak mati pun tak jadi apa. Kalau jadi ke gerbang perkahwinan tu alhamdulillah la. 

Then dia ckp kalau sebelum kawen effort tu semua dikira sebab cinta la kalau tak kenapa letak effort. Aku cakap maybe itu dikatakan suka, belum betul2 cinta pun. Aku takde la cakap suka itu salah, malah aku rasa ianya bagus sebab boleh la bawa ke gerbang perkahwinan sebab kalau tak suka sesetengah orang susah pun nak proceed untuk kawin.  Dia kata bab tinggalkan orang tu mmg la takde legal action tu semua, tapi tu atas sympathy dan empathy x boleh suka2 buat orang mcm tu. Tu aku cakap, bukan semua orang ada that sympathy dan empathy. Yang dah kawen pun boleh takde sympathy empathy sampai yang perempuan bertahun-tahun turun naik mahkamah untuk tuntut cerai, apa lagi yang belum kawen kan.

Then ayat last aku utk tamatkan session perbincangan 

Me: Hahah tatau la. Susah aku nak percaya cinta sebelum kawen ni 😜
Her: Just because u never been in one 😁
Me: Maybe 😁


0 voice out: