source:
flickrBaru semalam lepas exam KTO 3. Soalan not bad jugak. Dan sebab hati tengah lapang sikit (walaupun masih di mood exam), maka terlahirlah entri ni. Dari kerana mata… (macam pernah dengar je lagu ni. Sape tah nyanyi)
Dulu kan, masa kecik2 aku selalulah bergaduh dengan kakak aku, si fiza tu. Kadang-kadang sebab kecik pun boleh jadi bahan untuk diejek. Ejek-mengejek tu macam perkara yang sangat biasa. Pantang diejek, cepat je aku melenting (biasa la budak2). Paling aku ingat dia selalu ejek saya cinapek (cina apek). Semuanya gara-gara mata aku yang sepet ni la. Sejak kecik aku dimomokkan yang mata aku ni huduh, sepet, lain dari orang lain. Kesimpulan=muka tak lawa. Kesimpulan yang mudah. Ye la, orang kan selalu kata mata besar macam Heliza tu lawa kan…
Fiza : Sepet! Eii..dah la mata sepet! Anak cina mana ni? Cinapek berak tak basuh. Eii..!!! kah3x! (baca dengan versi ketawa berdekah-dekah)
Nadia: Biarlah ! Daripada ko tu, dah la hitam! India mari. Keling!! (baca dengan nada sensitive dan marah giler)
Fiza: Cinapek!
Nadia: Keling!!!!!!
Hahaha. Oleh sebab dia suka2 hati ejek aku cinapek (macam hodoh je sebutan word nih, sebab tu menyampah), aku geram la. Aku ejek la dia India (kebetulan dia gelap sikit daripada saya time tu. Saya putih sikit dari dia). Ayah aku pun selalulah usik kata aku ni dalam gambar nampak macam hantu jepun la apa la. Tension masa tu.
Disebabkan geram dengan semua tu, kadang-kadang kalau berjalan bawah panas, aku sengaja menadahkan muka bagi kasi matahari lama-lama. Dalam hati aku berkata, biar kasi saya gelap sikit lah (hah, amik kau! Nasib baik tak hitam!). Dengan harapan, lepas ni biarlah takde rupa cina ke apa ke. Okay, bila dah gelap sikit sekarang, menyesal tak sudah . T.T
Zaman berlalu.. Masa sekolah menengah pulak, aku tak suka bergambar. Sebab aku akan nampak macam pelik dalam gambar. Buruk! Mana tak peliknya, setiap gambar, aku akan sedaya-upaya buat nampak mata aku besar (ye la, dah dari kecik asyik kene ejek mata sepet je kan.Trauma). Macam mana?
Masa kat matrik(lompat cerita sekejap), aku, Nashimah, Alia dan Suhairul je yang budak MARESMART dalam kuliah Hayat 1 tu (kuliah kami). Masa majalah sekolah dah keluar (post kat rumah), Alia tak dapat lagi (maybe sebab rumah dia jauh kat Kelantan, so lambat dapat). Nashimah tu bawak la majalah sekolah tu nak tunjuk kat Alia. Tak lama lepas tu, best friend saya Nashimah tu beritahu saya
Nashimah: Nadiah, ko tau, tadi aku tunjuk la majalah Taiping kat budak Tutorial aku. Diorang nak tengok. Lepas tu aku tunjuk la gambar ko, Alia dengan Suhairul kat diorang. Lepas tu semua terkejut tengok gambar ko. Diorang macam tak percaya je itu gambar ko. Apasal ko buat mata macam tu nadia? Pelik la. Hahahah..Lawak la ko ni nadia. Eii…nadia2x.. hahaha
Aku tak ingat sangat. Macam lebih kurang ni kot dia cakap.
Gelak giler dia. Reaksi aku? Saya bantai gelak la takde jawab apa-apa. Hahahah. Sebab aku pun macam tak percaya apasal muka aku macam tu. Aku tak senyum langsung, lepas tu buat mata terbeliak macam hantu pontianak mana ntah. Kah3x! Gila horror okeh! Hahah. Itu sebenarnya Nashimah nak cakap, tapi aku kan kawan dia, mesti la nak jaga hati saya, so dia takde la cakap terbeliak macam hantu semua .Cuma dia buat gaya je (tapi aku faham. Chewah!) Semuanya gara-gara nak bagi mata nampak besar sikit la. Last2, amik kau!!! Malu tujuh keturunan gambar tu satu batch aku tengok. Lepas tu mana tahu mereka pas2 kasi orang lain tengok.Dusshhh!!!
Betul la tu, yang aku perasan, gambar2 aku dulu-dulu memang lah horror (termasuk gambar passport.hoh!). Dalam setiap gambar, aku takkan senyum sebab kalau senyum mata akan nampak lebih kecil (of course la muka masam mencuka kan), lepas tu buat mata besar2. Kakakaka. Aku tak sangka pulak, bila buat mata macam tu, gambar aku akan nampak macam hantu pelik.Miahahaha. Bila aku tengok gambar2 tu, aku tak tahu lah cara macam mana supaya gambar aku nampak ‘normal’ tapi bermata besar. Okay, kesimpulannya, sejak tu aku MALAS dah nak masuk dalam gambar. Buat muka macam mana pun asyik buruk je.
Malah masa form 5, aku sampai kene ‘tangkap’ dengan cikgu displin lelaki sebab ponteng masa nak ambik gambar batch (satu batch amik gambar ramai2 kat dewan). Aku Am dan Shairah (classmate) duduk kat depan kiosk .Dah la ponteng, berani lagi berlegar-legar kat tempat tumpuan ramai cikgu lalu-lalang. Nashimah tu selamat sebab dia menyorok bawa meja kelas dia, so takda orang tahu dia ponteng amik gambar.Kami je la yang kantoi. hahaha. Cikgu displin tu siap amik no. maktab (ID student) dan dia kata nak bagi kat pengetua.Nasib baik takda apa-apa jadi, tak kene denda ke apa ke..Malu woo…(maklum la, nak mengekalkan ‘rekod baik’ kan. Hahaha..) Kalau ada kawan2 perasan, aku jarang letak kat mana2 (friendster ke, blog ke), gambar masa muka sekolah menengah dan kecik2 dulu. Memang aku jarang bergambar pun, kalau tersesat ada tu, gambar ‘jenis2 yang macam tu la’. Ye la, kalau tunjuk kat orang tak pasal2 heart attack nanti orang tengok! Bertambah malu berbelas-belas keturunan nanti.
Bila lama-lama kan, aku mula berfikir. Kalau takde gambar muka aku, aku takkan ada kenangan yang boleh aku ingat. Contoh, bila pergi mana-mana dengan siapa-siapa, kalau ada gambar kita, at least kita boleh ada kenangan bergambar dengan orang sekian-sekian. Kat tempat sekian-sekian. So, kalau tengok gambar, ada ‘kenangan’ disitu. So, sekarang dah tak berapa kisah dah. Biarlah orang kata mata kecik ke apa ke. Saya dah mampu ‘buat muka normal’ dalam gambar.
p/s: Peristiwa masa kecik jelas memberi ‘impak’ yang besar dalam hidup aku. ‘Rasa’ itu belum hilang sepenuhnya, Cuma mungkin dah berkurangan… Dan err…kakak aku dah tak ejek saya pasal mata@cina2 tu dah. Sebab kalau dia ejek pun, aku akan bantai cakap “Ala, Siti Nurhaliza pun mata sepet jugak. Cantik jugak!” hahah.. Walaupun bentuk mata aku dengan Siti jauh beza, peduli apa kan, janji fiza dah tak ejek aku dah.