iMbAsaN meMorI: DETIK ITU....
14 jan 2007…8.00 malam
Aku menerima suatu panggilan mengejut dr ayahku.
Ayahku: Nadia, ni…mak masuk hospital.HUKM.Kene demam denggi.Sekarang tengah koma.
Aku:Haaa…kenapa boleh jadi macam tu?teruk ke?
Ayahku: Teruk jugak. Masa ayah hantar hospital,sampai2 je terus virus tu tangkap kat otak.Mak jadi macam sawan kejap. Badan menggigil. Masa tu doctor n nurse kelam kabut. Doktor terpaksa koyakkan baju mak sebab nak tebuk saluran pernafasa(agaknya la.aku pun dah lupa sebab pe kene koyakkan baju).
Aku: (aku terdiam) Abis tu ok ke tak? Doktor cakap apa?
Ayah: OK macam mana kalau dah koma. Doktor cakap terpulang kepada nasib..Tak tau nak cakap macam mana…
Aku:Hurmm…ok lah…
Sesungguhnya dalam keadaan fikiran aku bercelaru aku tak mampu nak bercakap banyak..Tak mampu nak terkata apa..Aku hanya diam dan seperti biasa mindaku berfikir dan berjalan dari satu peristiwa ke satu peristiwa yg berlaku. Sesungguhnya aku memang celaru!!! Aku call kakak aku.
Aku: Fiza,mak kene denggi kan?
Fiza: Aah..Patutlah mak ngan ayah tak balik2 dr ptg tadi.
Aku: Abis tu ko sedih tak?
Fiza: Mesti la sedih..
Lama jugk kitorang berbual. Semuanya pasal keadaan mak aku dan macam mana simptom2 yg mak aku alami sebelum masuk hospital. Macam mana kalau mak aku dah xde nanti. Dah byk kes demam denggi yg aku dgr menunjukkan kebanyakkannya meninggal dunia dan…AKU TAKUT!!!!Aku dengar suara kakak aku tersekat-sekat(mungkin tgh nangis). Aku tak mampu nak nangis masa tu sebab terlampau terkejut dengan berita yg aku dengar…
12 malam…
Aku dapat msg ayah aku mengatakn mak aku dah masuk icu malam tu. Aku tak boleh tido.Ayah aku cakap doa2 je supaya mak sedar cepat. Tyme tu lampu bilik dah padam. Di kala gelap malam aku menangis. Tapi seorang pun tak nampak. Aku tak nak nangis depan sape2 sebab aku xnak diorang sedih gak. Aku nangis sorang2. Walaupun aku bukanlah seorang yg sensitif tetapi apabila melibatkan perihal IBU BAPA aku menjadi terlalu sensitif SANGAT-SANGAT .Pantang kalau cerita pasal ibu bapa cepat je air mata ni nak mengalir. Aku rasa aku x cukup hargai betul2 mak aku walaupun aku rasa aku x pernah menyakitkan hatinya(mungkin masa kecik ada tp aku tak perasan).Aku takut aku tak sempat nak minta maaf. Aku x sempat gapai kejayaan yg mak aku harapkan. Aku selalu doa kpd Allah supaya janganlah Dia tarik nyawa ibu bapaku selagi aku tak sempat membalas jasa mereka dalam bentuk kejayaan yg mereka inginkan..
Keesokannya…
Ayah: Nadia,virus tu dah berjangkit kat paru2. Doktor cakap peluang nak hidup 50-50.Ko bz ke skg?
Nadia: (aku sgt terkejut) Skg ada rehearsal natyanjali. Aktiviti kat u…takpe la,orang dtg sana sekarang.
Aku bergegas menuju ke HUKM. Aku sedaya upaya menahan air mataku dari tumpah di hadapan kawan-kawanku. Dalam bas aku tak sedar yg air mata aku mengalir setitik dua…Dan seperti biasa HATI AKU CELARU DAN SERABUT!!!!
Sampai2 HUKM aku lap air mata yg masih bersisa. Aku tak nak ayah aku tgk aku nangis. Ayah aku bw masuk icu. Masa tgk keadaan mak aku,aku tak mampu tahan air mata dah. Air mataku tumpah lagi. Aku pandang makku dgn pandangan sayu. “Mak,kenapa mak jadi macam ni??” . Tyme tu ayah aku dah kluar dan biarkan aku keseorangan di situ. Dengan wayar yg berselirat,dengan mulut dan hidung ditekupi dan disalurkan oxygen dr tangki oxygen,aku dapat rasakan kesukaran mak aku mengambil nafas. Aku perasan sesuatu. Perut mak aku dah kempis! Hanya dengan beberapa hari di icu.Walaupun aku tahu mak aku masih koma dan tidak sedarkan diri tp aku nak cakap jugak…
“Mak,bangunlah mak.Semua orang nak tgk mak bangun.Mak maafkan orang kalau orang ada buat salah selama ni. Mak,bangunlah mak.Orang tak nak tengok mak macam ni.”
Dan ayat itu kuulang beberapa kali…Aku dah tak tahan melihat keaadaan mak aku tuh,aku keluar dr wad icu. Kat luar,kat bangku, aku bersama-sama kakak dan adik aku sama-sama menangis. Menangis sambil merenung kosong. Pandanganku seolah-olah tembus. Selama 20 tahun hidup,aku tak pernah menangis macam ni. Menangis tanpa berkata apa-apa sambil berfikir. Berfikir macam mana kehidupanku tanpa makku di sisi. Kalau terlalu sedih+fikiran aku tgh fikirkan sesuatu aku tak mampu mengeluarkan walau satu bunyi pun. Masa tu,aku dah tak pedulikan berpuluh pasang mata yg sedang memandang. Para doctor,jururawat,attenden hospital dan juga orang awam yg lalu lalang.Ada juga memandang pelik. Ya,tengoklah dunia,aku sedang menangis di kala ibuku bertarung nyawa untuk hidup. Aku menangis sebagai seorang ANAK. Malu?Ah,mereka bukan kenal aku pun. Buat apa nak malu?? Mereka tak tahu apa yg sedang aku rasakan. Sumpah! Tyme tu aku rasakan yg aku berharap sgt Allah tarik nyawa aku tyme tu jugak. Tapi orang kata tak baik doa macam tu tp jauh di lubuk hati aku,itu yg aku harapkan. Aku tak nak rasa kehilangan orang yg aku sayang walaupun selama ni aku jrg tunjukkan secara directly sebab…aku malu! Pelik kan?? Takkan dgn ibu bapa sendiri pun nak malu kan? Tp aku mmg macam ni…MALU!!!! Aku susah nak tunjuk kasih syg pada org yg aku sayang.Selama ni aku tak biasa nak manja2 dgn mak dan ayah aku sbb aku malu..Tapi aku takdelah sampai berkasar…Just smooth n steady…cool jek..Tyme tu aku rasa menyesal sebab tak pernh tunjukkan kasihsayang aku kat mak aku.Dan yg paling pasti, AKU TAKUT TAK SEMPAT!!!!
Semua saudara mara aku datang dan kesemuanya mengalirkan air mata. Cik Zidah kawan baik makku menangis bagaikan menggila. Mereka sangat rapat sebenarnya. Ayah aku cakap darah mak aku dah terlalu kotor. Kotor disebabkan VIRUS GILA TUH! Kata ayah aku,doctor mencadangkan sample sel darah mak aku di ambil dr air tulang belakang. Ini dibuat untuk mengetahui tahap virus tu menjangkiti mak aku dan memberikan rawatan yg sesuai untuk menghalang virus itu merebak. Ayah aku terkedu! Menurut pembacaanku, jika sample air tulang belakang diambil,ia boleh membawa maut atau kelumpuhan. Ayah aku bingung dan tak tahu nak membuat keputusan. Ayah aku termenung dan serba salah. Kalau lambat sign kebenaran ambil air tulang belakang tu,keadaan mak aku akan bertambah kritikal. Doktor ckp tak semestinya ambil air tulang belakang boleh lumpuh. Atas dasar kemanusiaan, ayah aku menelefon abang2 makku untuk meminta pendapat mereka. Dan,mereka semua bersetuju. Ayah aku cakap dia nak inform kat nenek aku pasal mak aku. Tanpa ayahku sedar, aku mengekorinya dengan pandangan mataku. Dari kejauhan aku lihat ayahku mengelap air mata ketika menelefon nenekku. Mengelap air mata lelaki yg tumpah dari bening matanya. Dan…aku hanya mampu menangis..Walaupun begitu,jauh di sudut hatiku,aku yakin mak aku akan hidup. Dia akan menang dalam pertarungan melawan virus denggi yg sedang menjalar hebat di tubuhnya itu. Dia akan menang! Seorang kawanku pernah kene denggi dan masuk icu selama beberapa hari. Dan dia hidup. Atas dasar itu,aku yakin mak aku akan macam itu. Dia akan hidup. Atas dasar keyakinan itu, aku tidak menangis menggila atau meraung sebab AKU SANGAT2 YAKIN MAK AKU AKAN SEMBUH. Aku gunakan ayat tu untuk menenangkan hati kakak aku.
Tak lama beberapa hari lepas tu aku dapat berita yg mak aku dah keluar icu(masuk wad biasa) dan keadaannya dah stabil. Dia dah sedar. Syukur sangat2. Aku lega dan menangis kegembiraan. Belum sempat aku melawat mak aku,ayah aku cakap mak aku dah boleh keluar wad dan balik rumah. Aku mengiringi mak aku balik rumah tyme tu…
Mak aku: eh nadiah,ko takde kelas ke ari ni?(sakit2 sempat lagi tanya)
Aku: Takde..Ari ni kan ari ahad.Mana ada kelas…
Sejak itu,aku dah pandai bermanja dengan mak aku. Mungkin mak aku sedikit pelik pada mulanya tp aku tak kisah. Mungkin mak aku tertanya-tanya tp aku tak kisah. Sejak itu juga mak aku sudah pandai bermanja dgn aku. NGEH3X. Sejak peristiwa tu, kami straight forward dalam semua hal. Aku semakin berani menunjukkan kasih sayang aku kepada mak aku. Aku totally berubah! Takde malu-malu dah.
Aku ingat masa kecik2 dulu.Kalau mak ngan ayah aku balik lambat je,aku kat rumah dah fikir macam2 dah. Aku terfikir yg diorang accident!!! Memang tak baik fikir bukan2 tp kalau terlalu risau aku akan fikir macam tu. Aku rasa macam cacing kepanasan kat rumah. Tengok tv tembus sebab fikir macam2. Kadang2 bila bayang2 macam tu aku sampai boleh menangis meleleh-leleh air mata. Aku siap fikir macam mana nanti bila mak n ayah aku takde.Aku adik beradik nak duduk kat mana. Aku nak nangis macam mana(contoh: meraung ke,pukul2 dinding ke~macam dlm drama tv slalu tunjuk tu) Sedaya upaya aku tak bagi kakak n adik aku nampak aku nangis sbb…malu! Malu sbb fikir bukan2. Pastu bila ayah n mak aku dah balik rumah baru aku lega+kesat air mata…huhu..gembiranya takde apa jadi kat diorang. Gembira apa yg aku bygkan x jadi kenyataan..
p/s: 1) Tunjukkan kasih sayang anda pada orang yg anda sayang sementara mereka masih hidup. Jangan nanti bila mereka tidak ada,penyesalan mula tumbuh dari hati walaupun anda tahu penyesalan itu takkan memberi makna dan tak mampu merubah apa-apa pun. 2) Sayangilah ibu bapa anda sementara mereka masih hidup. Berikan apa yg mereka mahu dan jangan sesekali melukakan hati mereka. 3) Kadang2 bila kita hampir kehilangan seseorang, baru kite menyedari yg kite amat menyayanginya 4) Pendek kata hargailah orang yg anda sayang di depan mata anda….
perihal sombong dan isu remaja lari dr rumah
atau orang yg bila ditegur tapi kaku tanpa memberikan reaksi macam ni>---
Sebenarnya aku tak percaya di dunia ni ada orang yg sombong unless kalau orang tu memang x bercampur dgn orang sekeliling dia ataupun luar komuniti yg dia berada sekarang atau di mana-mana sahaja. Maksudnya dia tidak mempunyai kawan langsung walaupun seorang! Itu baru aku boleh dikatogerikan sebagai SOMBONG. Apa definisi sombong bagi korang? Adakah jika kamu menegur dia tp dia x menyahut@membalas? Atau dia tak pernah menegur kamu di kala ramai orang menegur kamu?(maksudnya semua orang sekeliling tegur kamu kecuali dia sorang yg tiba2 tak tegur kamu). Atau dia tak pernah memberi reaksi dengan setiap yg kamu katakan?
Kalau ada salah satu di atas….Pernah kah kamu terfikir apa sebabnya? Pernah x? Aku cukup x setuju kalau bila ada salah satu ciri kat atas ni je terus di cop SOMBONG! Aku memang pelik kalau ada orang yg berfikiran begini(walaupun aku sedar memang ramai yg berperangai macam ni).Kalau dia seorang yg sombong, dia takkan mempunyai walau seorangpun kawan di dunia ni. Kalau dia seorang yg sombong dia takkan reti@tahu bagaimana berinteraksi dengan kawan-kawannya.
Berbalik kepada puncanya…Kenapa kamu tak terfikir sebab kenapa orang tu tak membalas teguran kamu ? Tambah2 kalau dengan orang lain ok je tp dengan kamu dia berperangai begitu? Di situlah letaknya kemahiran ‘memahami orang lain’. Cubalah memahami dia dari sudut yang berbeza. Jangan berfikiran terlalu straight.
1) Dia adalah LELAKI. Adakah di masuk semua blok perempuan dan tanya satu2 perempuan adakah mereka pernah bertegur dengan budak tu?
2) Adakah dia ada buat interview dengan semua satu kolej? Mungkin salah satu soalan yg boleh ditanya adalah ‘Pernahkah budak ni senyum@bertegur dengan kamu?’
3) Dan…pernahkah dia terfikir sebabnya?(mungkin bukan satu,mungkin banyak dan berangkai)
Yang aku cakap kat sini adalah ‘tolong jangan buat statement UMUM terburu-buru’.Mungkin statement itu mewakili kumpulan tertentu tapi tak mewakili SEMUA orang. Kalau kamu berhadapan dengan orang yg x banyak cakap takpe la…Angguk geleng je..Kalau tiba2 orang yg kamu cakap tu adalah seorang yg suka berhujah dan memberikan pendapat macam mana? Tiba2 dia dapat mengeluarkan hujah yg dapat menentang kamu macam mana?(maksudnya dia dpt membuktikan tanggapan kamu adalah salah). Jangan kamu cakap kurang ajar pulak kalau dia mengeluarkan pendapat dengan cara yg elok(walaupun dia menentang kamu dan dia lebih muda daripada kamu). Cubalah berfikiran terbuka dalam menerima pendapat orang lain(Maksudnya jangan la cakap kurang ajar ke@melawan ke@apa ke..)
Kalau aku la…kalau aku tak berapa mengenali seseorang dengan lebih mendalm@kenal rapat, aku tak berani menentangnya@memberikan pendapatku yg tersendiri lebih2 lagi kalau orang tu lebih tua daripada aku. Aku Cuma xnak dia fikir aku ni kurang ajar ke @melawan ke @apa ke..Selagi rasa hormat tu masih ada….
Tapi kalau dengan ayah aku lain pulak. Aku kenal ayah aku dan ayah aku memang memahami aku. So,kitorang selalu berdebat tentang sesuatu isu. Isu semasa. Isu remaja..Isu rumah tangga@lepas kahwin.Masing2 mengeluarkan pendapat masing2 dengan cara yang elok dan betul (Ayah aku takdela cakap kurang ajar ke@melawan ke..sebab dia tahu aku sudah cukup dewasa untuk mengeluarkan pendapat.Dia tahu aku sudah cukup sumber di sekeliling untuk dirujuk). Takde istilah terasa ke@apa ke kalau memberikan pendapat sebab masing2 faham.. Kadang2 aku menang,kadang2 aku kalah juga..Dan aku masih boleh terima pendapat aku salah dan menerima pendapat@pandangan ayah aku tu...Bila tyme ayah aku kalah mesti dia terdiam(xtau nak cakap ape dah coz dia takkan berhenti bercakap@memberikan pendapat jika dia x bersetuju dengan apa yg aku cakap).Samalah dengan aku(sebenarnya dalam hal ni perangai ayah aku dengan aku sebenarnya sama je(khas kalau berhujah dengan ayah aku je kalau dengan orang lain,x sangat sebab….susah nak cakap sebabnya).…Adik aku dengan kakak aku selalu join jugak. Biasanya kitorang satu geng. Dah jadi 3 lawan 1 dah.. Walaupun macam 3 lawan satu yg satu tu(ayah aku) agak kuat hujah dan pointnye. Kadang2 memang susah nak sangkal. Yang satu tu la kadang2 boleh menang jugak...Mak aku je x join(sebab dia x suka memberikan pendapat ala2 macam berhujah. Dia just dengar je)
Sebenarnya best jugak kalau memberikan pendapat ala2 macam ni. Tujuan aku dua je. Aku nak ayah@mak aku memahami aku@kakak@adik aku dari sudut yang berbeza. Kitorang agak straight forward dalam semua hal. Aku nak diorang faham aku lain drpd orang lain@saudara-mara faham aku..Di samping itu juga aku nak memahami mak dgn ayah aku juga..Kenapa diorang berfikiran macam tu@atau apa2 je.. PENDEK KATA ‘KITORANG JUST NAK SALING MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN’.Apa yg aku suka,apa yg aku tak suka..
Dulu masa kecik2, aku selalu merajuk dengan mak n ayah aku.Pecah rahsia..Shhh..jgn btau org lain. Mungkin sebab aku tak faham kenapa diorang tegur@marah aku. Pendek kata aku tak memahami diorang. Bila kene marah je aku rasa geram. Tiba2
Bila aku dengar kisah remaja lari dari rumah,aku terfikir yg mungkin remaja tu tak memahami ibu bapanya.. Sebab tu dia boleh berfikiran singkat@membuat keputusan drastic tanpa memikirkan akibatnya..Pendek kata komunikasi antara remaja dan ibu bapanya tak berapa berkesan… Bila mak n ayah dia bising2 or cakap apa2 dia cakap mak ngan ayah dia suka membebel la.Sebab tu diorang pekakkan telinga tak nak terima teguran. Dia tak pernah terfikir yg kenapa ibu bapanya berfikiran begitu. Dia tak pernah terfikir kenapa ibu bapanya tak bagi dia berkawan dengan orang yg tertentu. Dia tak pernah terfikir kenapa ibu bapanya tak mengizinkan dia keluar malam dalam umur yg macam tu…Pendek kata dia tak pernah terfikir kenapa,kenapa dan kenapa….Mungkin juga mereka terfikir tapi tanpa mencari jawapan yg betul…Hanya membuat tafsiran sendiri. Diorang tak pernah terfikir yang “MEMBUAT TAFSIRAN TERSENDIRI TANPA MENYELIDIKI PUNCANYA DAN TIDAK MEMAHAMINYA DENGAN BETUL BOLEH DIKATOGERIKAN SEBAGAI TAFSIRAN YG BOLEH DISANGKAL DAN MUNGKIN JUGA TAFSIRAN YG SALAH” .Sebenarnya banyak cara untuk membuatkan ibu bapa faham kita TANPA PERLU kurang ajar @ meninggikan suara@berkasar tiba2 apabila bercakap dengan mereka.Semuanya terpulang kepada kita. Semuanya terletak di atas kesabaran dan cara kita mengendalikan situasi. Kita yg perlu bertolak ansur lebih dengan mereka.Jangan ingat mereka je kene faham kite tp kite tak nak faham mereka. Ingat! Mereka yang melahirkan kita di dunia ni.Tanpa mereka siapalah kita. Nak tengok dunia pun tak boleh. Nak bercakap apatah lagi...
p/s: sekadar memberikan pendapat. Juga untuk mengingatkan diri sendiri…ari ni ari ahad pagi. khamis ni exam ptk sempat lagi buat blog…xpe,blog ni hanya mengambil masa 30 minit untuk difikirkan dan diungkapkan dalam kata dalam bentuk tulisan…dan baru je bangun tido…saje je nak relax2 kan otak…Bila otak dah tepu tanpa relax plak kang,jadi tension pulak
nota pendek(tgh xde idea nak menulis)
Kekadang aku terfikir~boleh ke aku bertahan dgn environment ber'kimia' selama bertahun-tahun?berbulan-bulan ok lagi...kalau bertahun-tahun..erm...fikir dulu la..ada peluang aku cabut je dr bidang ni. Masuk la mana2 pown,janji aku boleh idop..tak larat bau bahan kimia dah...
p/s: xnak cakap banyak sbb tgh pening nak tido ...bubye
kenangan kat genting
alo fren ..nak citer sket pasal g genting ari tu..ahli yg terlibat hanyalah 3 orang perempuan iaitu aku,sya and nora(ayie@nik nur liyana x bleh ikut sbb ada hal tertentu.haaa...jgn pikir lain pulak.Tak baik tau.. walaupun ada hal2@keadaan yg x besh di sekeliling tp kitorang tetap heppi.tgk la antara gmbar yg aku upload kat cni...hepi jer muka2 semua
Perjalanan aku bersama kawan-kawanku ke genting memang mencabar sungguh! Bukan mencabar dr segi fizikal tapi EMOSI..Punyalah excited bertolak dr kolej kul 8 pg,sampai2 kl sentral tiket(pakage: tambng bas pegi balik+skyway+tiket masuk all theme park) yg bertolak pagi dah abis.Kalau ada pown tiket bas perjalanan sehala kul 2 ptg tp bukan pakej punye.Tiket masuk theme park beli kat
1)Snow World
Indah khabar dr rupa sebenarnya. Kawasan dia taklah sebesar yg dalam gambar(dalam gmbr nampak mcm besar) .Tiket masuk RM17.. Dia kasi glove+sweater+but skali.But tu x yah citer la pasal bau dia.Hapak gilerrrrr!!(almaklum la,benda yg dirotate dr org yg berlainan). Masa yg diperuntukkan kat dalam tu hanyalah 40 minit..Hampeh je..Ingatkan boleh lama2 sesuka hati. Tapi,memang aku x boleh lama2 kat dalam tu..Grrrr… Sejukkkk…Suhu -6 darjah celcius tuuu.Setelah beberapa minit kat dalam(dlm 30 minit), tgn aku dah kebas dah.Bukan setakat tgn je tp muka dan kaki pun sampai aku rasa susah nak berjalan dah coz kebas kan..Apa yg aku notice kat situ,salji buatan dia texture nya lebih kasar dpd salji sebenar. Aku tgk salji dalam citer
Aku bersama kesayanganku snowman*peace*
Syg bear….snowman juga! muehehehe
Pas dr snow world tu,macam biasaaa…makan duluu…lapar kan…lepas makan kitorang g theme park beli tiket masuk outdoor nye sebab kalau nak beli yg all park punye(outdoor+indoor+wet) rs cam x larat la nak main semua…(ceh, padahal sebab duit cam x cukup sbb byk dah abis kat snow world je~alasan jer ni.klu duit manyak,confirm2 amik yg all park punyer.ngee).Tp kalau difikirkan secara logic memang x larat nak main semua pun.Yang aku main outdoor pun rasa cam tak puas coz tak dapat try semua yg best2 cam monorail ke,flying dragon ke....ok,berikut merupakan atur cara@permainan yg aku try kat outdoor theme park..Check out!
2) Grand Prix Fun Kart
Yang ni pun indah khabar dr rupa jugak. Dgr nama Go Kart mesti la laju
boleh la try..…
3) Pirate train
Yang ni bukan setakat indah khabar dr rupa…tp memang x best langsung..Orang umur 18 tahun ke atas x yah la naik ni.Tak berbaloi pun.Penat je beratur panjang2 sebab nak masuk.Cam hampeh je..Dia lepaskan train yg mengandungi 2 orang je untuk masuk ke dalam..Dgr bunyi (bunyi hantu mengilai-ngilai) dr luar macam best…Gmbar kat luar siap ada hantu bergerak-gerak lagik.Tp…rupanya x de apa-apa pun kat dalam. Usahkan hantu olok2, rupa tengkorak ke,alien ke,tulang ke(kire adik beradik ngan hantu la tu) semua tak de..Yang ada hanyalah suasana gelap dan bunyi hantu mengilai-ngilai(Hihihihihihihi..hahahahahahhaaha…Haa macam tu la lebih kurang bunyinyer)
4) Crazy space lab
Tak nak la komen n cerita pasal kat sini. Kesimpulannya,inilah tempat yg paling tak best yg kitorang pegi sepanjang kat sini…Budak kecik or org yg tak tahu apa-apa mungkin rasa best@ajaib@magik ke…Tp untuk kitorang yg peka ni, x best la kot..Dah tahu taktik apa yg diorang pakai. Rasa tak berbaloi masuk. Nasib baik x yah beratur panjang nak masuk, kalau tak mesti rasa rugi masa terbuang…
5) Cyclone
Ha…yg ni agak best jugak…dia macam roller coster. Laju jugak la.Best! Pendek kata memang puas hati dan berbaloi. Dia lepaskan satu2 unit.Setiap unit ada 4 orang.. Sebelum naik aku berazam tak nak jerit. Saje =)Kat sini aku tak jerit sebab lom cukup power untuk jerit(bg aku la) walaupun still rs macam gayat giler+geli isi perut tyme nak turun tu…Tp,x pe…stil bleh tahan..Yang ni latihan untuk kitorang sebelum ke cabaran yg lebih besar ‘corkscrew’….
6)Space shoot
Ha…yg ni power n best giler! Dia naikkan kite kat aras yg tinggi giler.Pastu dia tunggu jap(bg kite menikmati pemandangan theme park dr tempat plg tinggi).Pastu dia turunkan kite ke paling bawah(tempat yg start naik tu) dgn kadar yg palinggggg laju!Bergegar jantung! Geli isi perut pun ada.
ni la rupa space shoot tu...
Tyme turun tu aku rasa macam (bukan rasa tp memang pun) punggung x jejak kat tempat duduk!Bayangkan betapa lajunye benda tu turun! Masa badn aku terapung tu aku terfikir yg aku reda je kalau aku mati tercampak dr sini.Aku redha je kalau muka aku keluar paper sbb mati kat sini.Aku redha! Tp…aku selamat jek..Sya mula2 tak nak naik benda ni,dia fikir banyak kali.Tapi aku n nora paksa dia jugak…Mana syok tak naik sama2..Takut pun sama2 la baru syiok..hehehe..Tp last2 sya pulak yg suka space shoot tu.Dia kata seronok.Tu la aku cakap ngan dia ‘Tak kenal maka x cinta’..mueheheh..Tapi kalau permainan yg adik beradik ngan pirate train atau pun crazy space lab tu kalau tak nak try pown takpe…Jgn risau,x rugi pun…Permainan yg takut2+adventure+ala2 boleh menggegarkan jantung ni best n seronok kalau try.Tak try rugiii…Mula2 takut memang la takut(sebab tak pernah naik kan)...Tapi aku nak try jugak tak kira apa jadi pun. Aku suka rasa perasaan ‘takut’ n ‘gayat’ tu..Prnah naik roller coster kat mana2 tak? Tyme roller coster nak turun dr tempat tinggi..Itulah salah satu contoh perasaan itu la yg aku rasa best..Lagi dasyat lagi syiok…eheheh
7) Corkscrew
Haaa…yg ni baru betul2 power! Yn ni lg power compared to Cyclone walaupun lebih kurang sama~ala2 roller coaster jugak..Best giler!!! Dia lepaskan satu2 unit gak..Setiap unit ada 4 orang. Dia punyer pusing tu memang betul2 macam screw..360 darjah tu..Kalau pakai spek ada possible untuk spek tu jatuh.Lepas naik permainan ni kepala aku da start pening+bengong2 dah (note:aku tak mudah pening lorr)…Sebab bnyak kali terhantuk kepala kat tmpt pemegang tgn tu,tu yg pening tu…Haaa…tyme ni aku memang JERIT..walaupun be4 tu ak berazam x nak jerit,tp aku terpaksa jerit!!!.Tgh mende tu pusing2 sempat lagi aku kutuk2 siapa la yg buat mende ni.Sempat lg aku terfikir apasal la dia bleh terfikir nak wat ni..Aku macam x percaya aku bleh takut mende2 macam ni..Aiseh…Walaupun agak dasyat…tp aku suka…Dah abis tu,walaupun pening2,aku sempat lagi berazam…NAK NAIK YG LAGI DASYAT DPD NI!heheh..kat Disneyland Tokyo ke…
Permainan macam corkscrew dan space shoot memang popular di kalangan org yg datang ke theme park ni sebab ‘kedasyatannya’. Disebabkan popular,so time nak masuk main tu kene beratur panjang la..Silap2 boleh makan masa 1 jam lebih sebab beratur je..so,kene pandai2 bahagikan masa la..Tyme ramai beratur tu,korang g la mana2 dulu…Permainan yg x ramai orang ke..Makan ke..Amik gambar ke(macam kitorang.heheh)…So,masa tak la terbuang mcam tu jer… Mula2 risau jugak tak dapat naik corkscrew n space shoot sebab ramai sgt orang beratur.Tambah2 tyme tu hujan renyai2,operasi ditangguhkan wat sementara..Macam takde harapan nak naik…Rasa rugi g theme park genting kalau tak naik benda ni..
Nora: Ady,camne ni ady?Benda yang dasyat2 kite tak naik lagi ni..Rasa sedih
pulak..At least,kite kene naik jugak benda dasyat2 ni, satu pun jadi la
Aku: Tu la…sayang je dtg sini tak naik benda dasyat2 tu..Rasa cam rugi pulak..
Nora: Betul2! Nanti,balik2 takde benda@pengalaman yg best yg boleh diingati..
Aku: Takpe nora,kite akan naik jugak benda tu..Kejap lagi hujan mesti berhenti
punyer..Ramai pun ramai la,kite beratur je”(tyme tu dah pukul 3).
Bila hujan da reda, kitorang beratur untuk naik space shoot tu, tetiba hujan balik,operasi tergendala.. Masa tu dah beratur 20 minit dah..Tyme tu permainan yg berhampiran space shoot yg bernama Matahari masih lg beroperasi. Permainan ni hujan pun takpe,x effect.Tau x camne permainan ni? Ala2 eye on
Aku rasa macam ada trdgr sya cakap(rasa la) “Eh,korang.Jom la naik benda tu” Aku ingatkan dia tunjuk kat permainan Matahari tu. Aku cakap “Eh…takkan nak naik benda tu kot?” sambil tunjuk arah yg sama..Rupanya yg sya cakap tu benda lain.Arah dia dekat2 ngan Matahari tu. Pastu nora cakap “Sya,kalau kite nak naik permainan ni la(permainan Matahari tu),baik BUNUH DIRI la” sambil menggayakan tangan kat leher beberapa kali(
p/s: wah,suker la tgk