Pages

orang bawahan?apa salahnya...

Kalau diberi pilihan, aku xnak keje kat upm. Walaupun aku teramat suke dgn k5+upm ni. Bukan sebab apa. Aku suke pergi ke tempat baru di mana di situ tak ada seorang pun yg kenal aku. Aku suka environment baru dan berlainan. Aku suka dapat pengalaman baru walaupun pengalaman baru itu aku tak tahu kesudahannya. Mungkin lebih baik or mungkin lebih buruk. Tapi kalau buruk pun aku takkan menyesal nak menghadapinya. Sebab biasanya pengalaman buruk itu mengajar kite untuk lebih matang dan lebih bersedia. Contohnya dalam pekerjaan. Kalau diberi pilihan jugak,aku lebih prefer bekerja dari bawah.Pastu naik,naik dan naik sampailah kite berjaya berada di atas. Aku rasa cara macam ni lebih bernilai dan berharga daripada kite naik terus berada di atas. Cuba bayangkan orang yg jadi manager@bos dengan bermula dari bawah dengan orang yg tiba2 je jadi manager@bos. Kalau orang yg bermula dari bawah dia akan pernah rasa bagaimana perasaannya jadi orang bawahan, deritanya membuat pekerjaan yg berlambak-lambak,berhadapan dgn pekerja2 lain yg ‘kaki bodek@kaki ampu bos’. Kene marah dgn orang atasan… Once bila dia dah naik jd orang atasan dia akan jadi manager@bos yg memahami. Tak marah dengan tak tentu pasal.Tahu macam mana nak tegur@handle pekerja. Tahu nak berkomunikasi@ambil hati pekerja. Tahu nak bertegas macam mana supaya pekerja tak pijak kepala.Dan macam2 lagi la. Dulu masa berhadapan dgn bos yg suka marah2 tak tentu pasal ni, aku slalu cakap dlm hati aku ‘Kalau suatu hari aku jd bos@orang atasan, aku taknak marah2 pekerja dgn tak tentu pasal. Aku nak ambil hati pekerja aku supaya pekerja aku lebih bersemangat untuk kerja.Kalau aku nak tegur aku akan tegur macam ni’ Pastu aku akan kenal pasti ciri2 orang yg kaki bodek@kaki ampu bos ni (Sebab dah pernah jd org bawahan mesti tahu).Orang macam ni bahaya! Masa aku keje kat tempat lain pulak(pas abis matrik, sementara tunggu twrn nk masuk u), aku keje kat ada satu kedai ni. Gaji dia bagi murah giler. Dalam RM500. Berbeza dgn tempat keje dulu yg pas spm tu RM800. Tapi bos kedai ni memang baik sgt(tak la sampai pekerja pijak kepala). Best je masa keje kat situ. Happy je. Walaupun ada bos yg mengawal tp suasana kerja mesra dan tenang je walaupun ada masalah. Masalah kat situ hanya satu iaitu bila stok baru sampai,banyak gile brg sampai. Berserabut kepala memikirkan macam mana nak susun dan handle brg ni. Kedai pun jadi agak serabut sket(brg byk kan) . Tapi masalah dengan bos memang takde. Cara dia tegur@marah sedikit pun x membuatkan aku tensen. Aku bukan seorang yg suka mengelak tekanan masa d tempat keje. Tapi biarlah tekanan tu berpatutan dgn kesalahan yg aku buat. Jangan la sampai kesalahan kecik@biasa2 je(biasala manusia mesti buat silap wpun sedikit) tapi dia punyer marah macam syarikat yg rugi berjuta-juta lemon. Ada sorang akak ni boleh bertahan kerja kat situ selama berapa bulan tah kat situ walaupun gaji murah je. Kalau nak, dia boleh minta keje kat tempat lain sbb gaji kedai lain lagi banyak. Sebelah kedai kitorang ni ke.. Tapi dia stay lama kat situ sebab dia ckp dia selesa kat situ. Sepanjang kerja kat situ mmg best sgt. Takde tekanan langsung dari bos aku tu. Berbeza dgn tempat aku keje pas spm tu. Aku pun agak pelik sebab dia pandai handle kitorang n tahu macam mana nak tegur supaya kitorang sedar kesalahan n sentiasa beringat. Cara dia tegur mmbuatkan kite lebih bersemangat dan TAK MEMBENCI@MENYAMPAH kat dia pun. Lagi suka adalah. Aku nak tahu sgt2 kenapa dia macam tu. Aku korek rahsia drpada isteri dia. Aku tanya life diorang macam mana. Macam mana kehidupan diorang sebelum jadi bos ni. Dan aku jumpe sesuatu. Dia pernah jadi ORANG BAWAHAN dulu. Dia cerita betapa susahnya hidup jadi orang bawahan. Diaorang SPM pun tak lepas. Blaja sampai Form 3 je. Tapi sekarang dah dapat pegang satu kedai. Pakai kereta Toyota Vios sorang sebijik (ok la jugak kan?). Diorang berusaha sampai la tahap sekarang. Orang Cina selalu macam ni. Dah banyak aku jumpa dah. Orang Melayu yang aku jumpe yg macam ni jarang sgt. Sket2 tu ada la. Aku suka berborak n berbual dgn org yg bermotivasi tinggi dan berfikiran jauh ni. Dengan mereka aku boleh berborak dan bertanya apa-apa je dari sekecil-kecil isu sehingga la sebesar-besar isu. Secara x langsung boleh membuka fikiran aku dan memotivasikan aku.Muehehee…Kebanyakan orang Cina(contoh bos aku ni) ,walaupun tahap pelajaran diorang rendah tp diorang kuat berusaha untuk naik. Kadangkala tahap ekonomi diorang jauh meninggalkan orang yg lebih tinggi tahap pelajaran dpd diorang. Malu x? Berbeza dengan orang Melayu. Kebanyakannya kalau kerja jd orang bawahan tu, itu la kerja diorang sampai la da tua dan tak larat nak wat keje. Pastu berhenti la. Takde inisiatif langsung nak naik ke jawatan@tahap ekonomi yg lebih baik. Tak terfikir untuk jangka masa panjang. Aku tahu benda2 macam ni sebab aku pernah dikelilingi oleh orang2 macam ni masa keje dulu. Aku selalu nasihat@beri cadangan kpd diorang pasal masa depan ni. Tapi diorang ignore je. Diorang malas nak argue@ bincang perkara ni pastu tukar topic lain. Dan aku sedar inilah salah satu contoh pemikiran org melayu yg x berpelajaran(tp x semua mcm ni,ada yg ok dan bagus) . Isteri bos aku tu cerita betapa peritnya berhijrah dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dengan RM 20 je kat tangan…Dahla kerja susah. Asyik kene ‘bambu’ dgn bos. Itulah rahsia dia…Pernah jadi ORG BAWAHAN. ..Aku lebih kagum dengan diorang. Kalau orang yg terus naik jawatan manager@bos ni, diorang biasanya tak berapa memahami psikologi pekerja bawahan diorang ni. Sebab dia tak pernah melaluinya. Teori yg diorang belajar kat universiti tak sama dengan keadaan sebenar. Diorang tak memahami perasaan, situasi, pemikiran org yg kerja di bawahan ni. Sebab diorang sendiri tak pernah rasa so macam mana nak tau.. Kalau cakap je senang la. Itu,ini,itu,ini. Diorang tak tahu nak sesuaikan situasi diorang dgn situasi pekerja itu sendiri. Kalau nak marah,main marah je. Diorang hanya memikirkan perasaan dan situasi diorang je.Kalau nak tegur pulak, kasarnya yaamatzz! Tak tahu menggunakan kemahiran psikologi untuk memberikan teguran yg baik dan lebih mendalam dan berkesan tanpa menyakitkan hati mana-mana pihak. Tapi ada jugak yg bermula dr bwh tp once bila dia jd org atasan ni, dia balas dendam kat orang bawahan. Dia nak orang bawahan rasakan macam mana yg dia pernah rasa dulu masa dia dulu di situasi yg sama. Semuanya terpulang kat individu itu sendiri. Kalau dia gunakan pengalaman pahit tu ke jalan yg positif, positif la dia. Kalau dia gunakan ke jalan yg negative, negative la jadinya…

0 voice out: