Pages

Agak-agak la kalau nak kutuk pun...




source: flickr
err..gambar takde kaitan dengan entri. Tak ada idea nak letak gambar macam mana. Macam comel jek sebab tu saya letak ni.hoho




Tak tahu nak update apa dah ni. Bila baca entri rakan sekolej (Aimi Liyana), tiba-tiba dah ada idea dah. Heheh..Itu lah gunanya blogger kan? Bila takde idea nak buat post, baca je blog orang. Confirm dapat idea..hehee..Okay, back to the story, saya teringat masa awal sem dulu. Kami, (saya , Sya dan Nora) masa masuk ada satu bilik kuliah ni, kami selalu aim ada satu tempat duduk ni. Tempat duduk tu kira macam selesa giler la. Sebab dalam bilik kuliah tu, kebanyakan meja macam dah nazak ke apa tah.hahaha.. Tercabut sana-tercabut sini. Patut tutup je la bilik kuliah tu la okay.hahaha..Ok, ok move! Move!





Nak dijadikan cerita, tempat duduk tu macam ‘berhantu’ la pulak (Aiyyooyoo!). Err.. sebenarnya, tempat tu ramai peminat la pulak. Ada sekumpulan pelajar cina ni selalu lah ‘compete’ dengan kitorang semata-mata nak dapat tempat tu. Yang kelakarnya, setiap kali kelas tu, kami seolah-olah macam ‘berlumba dalam diam’ nak dapat tempat tu. Kadang2, mereka dapat tempat tu, kadang2 jugak kitorang dapat tempat tu. Disini pakai konsep siapa cepat dia dapat.Yang tak boleh blah tu, tak sangka ia macam menimbulkan ‘rasa tak puas hati’ di pihak mereka. Kitorang rilek je takde rasa apa. Bila nampak mereka dah duduk tempat tu, kami carilah tempat lain apa susah. Tak pernah komplen apa pun. Mereka plak yang menggelabah, rasa tak puas hati la, komplen sana sini, semua la. Setiap kali nampak kitorang dah duduk, mereka akan buat muka sambil menjeling.





Macam mana kami dapat tahu mereka tak puas hati? Jeng jeng jeng! Glad we have Nora among us. Hehehe… Ada sekali tu, masa kitorang dapat tempat duduk tu, mereka macam pandang kitorang lepas tu cakap something sesama mereka. Mereka mengumpat kami okeh! Depan mata kami dengan jarak tak sampai 1 meter pun. Kuat plak tuh Beraninya. Ok, memang berani, sebab mereka berkomunikasi dalam bahasa Mandarin. Mereka ingat kami tak faham lah kot mereka cakap apa since masa tu sem 1, bahasa Cina tak ditawarkan kepada kami sebagai subjek pilihan untuk semester itu. Nasib baik Nora faham mereka cakap apa (dia pernah sekolah cina dulu). Nora pun beritahu kami on the spot. Masa dengar tu, memang macam panas jugak la sebab mereka ada kaitkan dengan bangsa Melayu ke apa tah, lupa la pulak.Tapi, i'm preety sure ayat yang digunakan boleh menaikkan kemarahan orang lain. Mereka melepaskan ke-bengang-an dalam bahasa mereka (Cuba bayangkan orang melayu tak puas hati biasanya akan cakap apa, sure bodoh bangang semua keluar) . TAK DAPAT TEMPAT DUDUK PUN BOLEH BUAT BENGANG KE? ADEH, TAK FAHAM BETUL LA.




Haiyoohh, kalau nak kutuk pun agak2 sikit la. Kutuk jauh-jauh sudah. Kalau nak kutuk benda yang boleh kami perbaiki takpe lagi..Ni nak perbaiki apa? "Tempat itu direserve untuk mereka so tak boleh duduk?" Ewah-ewah, macam VIP la pulak kan.




Lepas tu, saya cakap dengan nora, “Nora, macam mana nak balas balik? Bahasa Cina jugak. Bagi ayat dasyat2 sikit” sebab bila ‘membalas’ dalam bahasa yang kita tak faham, akan rasa macam tak bersalah sangat mengutarakan ayat sebegitu. Hahahaha.. Kalau setakat nak cakap “Chee- see” (gila),macam dah common sangat, sebab tu tanya nora cari ayat yang lain sikit. Bila dah dapat ayat yang nak dicakap, saya apa lagi bersuara la (konon-konon berborak sesame sendiri membalas mereka dalam bahasa Cina),saya cakap perlahan je la. Lepas tu nora menyampuk “Tak yah la ady” sebab maknanya agak tak sopan dan berunsurkan carutan bagi orang cina..hahaha..So, cancel cakap. Tak jadi. Lagi satu, tak nak bocor rahsia kami tahu apa mereka kutuk kami (sebab nanti tak boleh pasang telinga dah apa mereka cakap pasal kami lagi. Mesti mereka control )




Sekarang, ok je.. Sebab dah lain-lain kelas, tempat pun dah lain, takda rebut-rebut dah kan..hahaha..



p/s: Masa tahun ke-dua baru aku first time dengar nora bercakap bahasa Mandarin. Since takde orang tahu dia boleh cakap cina, so dia tak pernah la keluarkan bahasa tu untuk berkomunikasi. Masa tu, ada sorang budak cina ni kitorang baru je kenal tapi memang boleh borak rancak gile la even for the first tyme jumpa (biasanya balik dari cafe pukul 9 malam, tapi untuk hari tu, disebabkan rancak borak, kami bersurai pukul 11).Peramah orangnya. Dia macam impress bila nora cakap dia boleh cakap cina. Budak tu pun nak test la, ajak nora berkomunikasi dalam bahasa Cina. Hah! Amik kau! “Cong ceng cong ceng meng wa, cong ceng cong ceng yow la, cong ceng cong ceng…” (satu apa pun aku tak paham).Siap gelak bagai. Terkebil-kebil aku kat situ. Nak menyampuk tak boleh. Dahla kami bertiga je kat situ (Saya, nora and Chinese tu). Sudahnya, macam tunggul la kat situ dalam setengah jam.hahah..Geram je. Rasa cam nak cakap “Dah, dah! Switch to BM balik.” hahaha




Kesimpulan entri (Eceh, sejak bila plak entri nadia ada kesimpulan2 neh?):



1) Belajarlah banyak bahasa. Tak rugi pun :)
2) Cakap siang pandang2
3) Kalau nak buat benda tak baik, jangan ingat orang lain bodoh tak tahu apa. Kadang2, orang lebih suka berdiam-diri @ berpura-pura tak tahu apa-apa kerana ingin melihat apa tindakan anda selanjutnya.
4) Kalau nak kutuk orang dalam bahasa yang tak difahami, silalah belajar bahasa Negro ka, bahasa Urdu ka, confirm2 lah orang lain tak kan faham punya. Kahkahkah!


p/s: malam ni ada satu paper. Pagi esok ada satu paper lepas tu yahoooo...Tapi...adeh, paper untuk pagi esok memang banyak benda yang nak dihafal. Meroyan sekejap.

16 voice out:

Cikgu Ije said...

cakap siang pandang-pandang! ehe. betul2!

zureen @ mama said...

Kutuk2 org ni memang tak baik..he3(mcmlah kak zureen tak pernah buat..)
Nak gak belajar bahasa mandarin..mcm best jer.."Nie how maa....???"

farah, s. said...

kutuk bertempat la kan. bajet semua org taktau bhs diorg. nasib baik ade kawan nadia tu kn.

tp bile bc citer ni, frh teringt ms awal2 kt auckland, kalau satu lif ngan omputeh yg busuk tak mandi, kitorg kutuk2 dlm bm. hahaha. taktau dia phm ke tak. *lariiiiiiiii*

Nadiah Suhaidi said...

woo hebat tol cik nora. savior. haha :D

Unknown said...

haham bagus bagus. kalau orang kutuk, kita buat bodoh je. Lagi menampakkan yg kita ni bijak

nadia-ady said...

ije: cakap malam pulak dengar2 :)

kak zureen: hehehe..Tapi kene agak2 jugak kan.Takkan takdapat tempat duduk yg diinginkan boleh jadi marah2 plak..adehh..hahaha

farah: betul2. Kutuk biar bertempt dan logik sikit. Err..kalau kutuk sebab yg farah mention tu takpe. Setidak-tidaknya kalau terdengar boleh bw kebaikan kepada dia. Mana tahu lepas tu dia terasa lepas tu rajin mandi ke..Okay ape..ngehehehe

nadxoxo: heheh..Pasni marilah semua belajar bahasa cina =D

helmi: hahahah...Tapi takkan selamanya nak diam kan..Kalau dah lebih2 tu, rasa macam berbaloi melemparkan kata-kata tajam sedas-dua..hahaha

Lovely Emy said...

la, nora bole ckp cina ke.?? baru tau,.. huhuu~!!

entry dpt inspirasi dr blog kte eh, huhuu~!!

all the best utk final paper,,

go go chaiyok~!!

Fatin Baharum said...

salam singgah.
tu kelebihan belajar bhd mandarin.
kdg² kt kedai baju pon, dieorg suke mengumpat ngn bhs mrk.
mentang² kita xtau sgt bhs dia. hehe`

Encik Shino said...

kena muhasabah diri ni..
hurmmm :)

Nadia said...

aimi liyana: hehehe..yup2.baca blog emy baru teringat kisah ni. hehehhe.

nora tak pernah beritahu org dia boleh cakap cina sebab tu takde sape yang tahu..huhu

fatin: thanks singgah =) betul2. Tu la salah satu kelebihan belajar bahasa mandarin ni.Paling utama. Boleh tahu kalau orang mengumpat kita..hehehe

Insyirah said...
This comment has been removed by the author.
Insyirah said...

nak belajar bhs cina dgn akak? lagi ori... ;p

yup...bnyk kelebihan kalau tahu bnyk bahasa. so far...akak tahu BM, English, Kantonis & Mandarin. InsyaALLAH dlm perancangan utk belajar Arabic plak.

selalunya org lain tak tahu akak fasih Kantonis & Mandarin. So, prnh la jugak org mengata & mengutuk. tapi akak sabar je. buat² tak paham. tapi kalau melampau, akak sound jugak. bikin panas je hati ni...

Nadia said...

shino :)

Nadia said...

kak syira:wah! akak pun pandai cakap cina? ya meh? wawawawa..bestnya.Kawan saya tu expert mandarin je, kalau kantonis tak dapat tangkap sgt. Kiranya akak ni terer la ea, semua slang cina tahu ..ehehee...

betul2..sound je mereka . Dalam baahasa cina jugak. Baru mereka tahu langit tinggi atau rendah..hohooh

afendie said...

nak komen gambo tu boleh tak!?.. hehe!!.. comel la.. spisis ape tu erk!?..

Nadia said...

afendie: hehhee..comel kan? err..saya pun tak tahu la spesis apa. Try la bukak link tu, kot ada dia inform apa2 ke.. =)